Pages

02 Disember 2011

Mahu Memeluk Bulan 1


HB19


Letak gambar bulan tak dapat sambutan hangat e-novel ni. Baru episod pertama kan? Suam-suam kuku. Belum hangat lagi! Ceh! Nah, saya tukar gambar bulan mengambang kepada gambar hero 'Mahu Memeluk Bulan' Hyun Bin! Hahahaha. Ini pelakon korea lelaki yang berlakon dalam drama Secret Garden. Hencem kan? Hwa Hwa Hwa...Rasa tembus komputer ni!



********
Oh, maaf-maaf, Yang Terindah akan saya publishkan beberapa hari lagi. Saya tak menang tangan! Hohohoho.

Mahu Memeluk Bulan?? Ceh, ini projek tiba-tiba yang terlayar di minda. Tidak selalu akan saya paparkan di blog. Sebulan sekali, Insya-Allah. Selamat meladeni kelainan lagi untuk 'Mahu Memeluk Bulan.'

********

Kisah biasa antara As dan abang chik. Ada gembira, sedih, ketawa, air mata, kecewa dan sesekali jatuh di jiwa. Kalau mahu ibaratkan dia dengan bulan, memang sah-sahlah dia bulan di hatiku. Ceh! Kadang-kadang rasa mahu As memeluk sahaja dia! Ops, anak ustaz tak boleh buat perkara terlarang! Anak ustaz kena jadi yang baik dan tunjukkan sifat solehahnya. Penipu betul kau, Asmidar! Ha ha ha. Syhhh..kalau abah tahu, mesti As akan dirotan. Abah pasti akan mengurung As lagi jika rahsia ni pecah!

Sudah jam 10.00 malam. Malam ni, As mahu melihat bulan lagi! Bersama dengan Abang Chik duduk di atas pangkin yang Mak Tok dan Pak Aja buatkan untuk kami. Ah, hanya Mak Tok dan Pak Aja sahaja yang faham isi hati kami budak-budak ni. Iyalah kan, aku baru saja berumur 12 tahun. Abang Chik pula 13 tahun. Mana ada pun kami bercinta-cinta. Mana ada Abang Chik sebut I love you. Jauh sekali Abang Chik nak peluk-peluk As. Abang Chik baik. Abang Chiklah selalu hiburkan hati As. Hanya dia sahaja kawan As dalam dunia ni.

Bonda, As dan Abang Chik cuma main kahwin-kahwin dan masak-masak sahaja. Tak lebih dari tu! Kadang-kadang Abang Chik akan bawa As jalan-jalan dengan basikalnya. Kalau As bosan, Abang Chik akan buatkan As layang-layang. Paling seronok kalau kamu berdua berjalan berdua dan akan ke air terjun belakang rumah Mak Debot dan berendam sampai ke petang. Nini pastilah jadi orang tengah untuk menyelamatkan keadaan. “As pergi belajar rumah Nini lah bonda! As kena belajar dengan Nini. UPSR nak dekat, kan?”

“As jangan tipu bonda!”

“Betul! As tak tipu!”

“Kalau As tipu bonda. Bonda cakap dengan abah! Asyik sangat berkawan dengan abang chik. Sana sini asyik berdua. Jangan dipanjat pokok rambutan rumah Pak Kassim tu! Habis kamu kena rotan dengan abah nanti!”

Itu kata bondalah. Aku ingat setiap kata-kata bonda yang menyerap ke dalam hati. Tapi bonda yang penyayang. Kalau abah pukul di punggung As pun, bondalah yang selamatkan As. Seronok kan?

As tak suka abah. As kadang-kadang benci sangat-sangat dengan abah. Sebab Abah selalu larang As berkawan dengan abang chik. Salahkah As berkawan dengan abang chik? Abah selalu kurung As. Setiap kali kelas mengaji, abah akan asingkan As dengan abang chik. Kesian abang chik. Abah sengaja rotan telapak tangan abang chik jika abang chik salah ayat dan grammarnya ketika membaca muqaddam. Kata abah, “Sudah tingkatan 1, belum naik al-quran! Lembab!”

Oh, tersentuhnya As. As rasa nak menangis bila abah rotan jemari abang chik yang selalu meletakkan bunga mawar di sebalik telinga As. Jemari itu jugalah yang selalu membantu As keluar dari kurungan di bawah rumah.


Sebaknya As rasa. Rasa mahu sahaja As gigit tangan abah. Tetapi, dialah abah As yang paling As sayangi. Kata cikgu Norbaya, jika tanpa abah tiadalah kita di dunia ini. Abahlah yang menyara kita sehingga kelak kita akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan Ilahi.

Eh eh, abang chikkah yang akan berkahwin dengan As bila As besar nanti? Eeee, seronoknya kan, kalau abang chik yang kahwin dengan As. Main-main kahwin zaman kecil ni nanti, adakah menjadi kenyataan kelak bila As sudah dewasa?

As renung bulan lama-lama. Manalah abang chik ni? Kenapa tak sampai-sampai lagi? As pantas menoleh dan melihat kelibat abang chik yang muncul di sebalik semak. Abang chik berlari-lari anak menuju ke arah pangkin kami. “As, lari As. Abah As kejar dengan rotan!”

Menggelupur kami berdua berlari.

Termengah-mengah As dan abang chik. Langkah seribu… eh… langkah sepuluh juta!

Tangan kami berdua berpautan erat. Tidak akan terpisah walau ada lautan api di hadapan. Itu janji As sekarang ini. As dan abang chik menyelinap ke sana dan ke sini. Suara jeritan abah kedengaran. Menjauh dan menjauh akhirnya.

As janji, kalau kelak abah kejar kami lagi, As akan ikat kaki abah sebelum As keluar dari rumah. Tapi kena pastikan Abah tidur lena dahulu.


Iyalah kan, abah selepas makan malam, pasti akan tertidur sekejap. Berdengkur-dengkur abah sambil air lius basinya meleleh.

Eh eh eh, As dan abang chik sedang berpandangan. Abang chik memberi senyumannya untuk As. Jemari As dipegang erat. “Kalau ustaz Shaari kejar lagi As dan abang chik sebegini, abang chik akan bawa As lari!”

“Tapi kita belum besarlah! Abang chik pun belum kerja!”

Abang chik tersengih. As dan abang chik terhendap-hendap di bawah rumah Makcik Debot.

Haaaaa..sini rupanya kamu berdua ya! As, balik!” suara abah dilontarkan bagai kilat!

As pejam mata. Abang chik terketar-ketar sampai terkencing lagi!

Bulan kini menghilang di sebalik awan hitam. Malam kian pekat dan likat. As diheret balik oleh abah!

As benci abah!

2 ulasan:

  1. salam,,,, buka je blog saudari tadi terus je ternampak gambar hyun bin,,, hehehe memang terus menarik perhatian saya terus je klik n membaca,,,, terus mahu memeluk bulan,,, wahh menarik juga,,:)

    BalasPadam
  2. permulaan yang besh!! teringin sambung membace!

    BalasPadam