Saya tak bolehlah lambat update siri Mr Pai Epal! Rasa nervous! Serius! Jantung ni berdebar semacam. Haaa..macam Yaya! Hahahaha.
Antara sebab: Januari 2012 e-novel fantasi juga akan saya ketengahkan di blog ini. Jadinya serba serbi akan dipelbagaikan genrenya di dalam blog kesayangan saya ni. Insya-Allah. Tunggu kemunculan Dunia Fantasi Kusuma, Musim Pertama!
Okey, mari berlari mengejar Mr Pai Epal! Terbebel-bebel pula! Eh, tapi dengan siapa lagi saya mahu mengadu nasib ni kan? Tanpa pembaca maka tak adalah penulis biasa macam saya ni? Betul tak?Okeylah, jom kita mengejar Mr Pai Epal!
Aku pandang komputer dan mahu mengemaskini kerja-kerja yang tergendala kerana cuti. Suasana senyap sepi dengan Kak Mahani di dalam bilik Encik Sulaiman. Kak Zabedah sebagai eksekutif sedang berbual dengan seorang lagi pelanggan. Telefon sedang melekap di telinganya sambil mata memandang skrin komputer. Beli rumah agaknya. Osman Jelani pula sedang duduk di tempat Kak Mahani. Layan facebook lah tu ! Tersengih-sengih dia macam kerang busuk !
Tiba-tiba terdengar satu suara, “Cik Yaya sayang!”
Aku pandang skrin komputer. Mata masih terkebil-kebil. Aku bermimpikah ?
“Cik Yaya sayang!” suara yang sama. Jelas bunyinya dengan dikawal lantunan suara agar tidak didengari ramai. Kerusi yang aku duduk segera aku belakangkan sedikit jauh dari mejaku. Terasa jantungku berdebar-debar lagi. Kerusi yang mempunyai roda dan memudahkan aku bergerak ke kanan dan kiri. Aku berhalusinasikah? Pantas aku mengambil pen dan mula mahu menulis setiap kerja yang harus aku buat untuk hari ini. Baru sahaja aku mahu mendekatkan kembali kerusiku dengan meja, suara itu kedengaran lagi.
“Cik Yaya sayang! Saya ni!” Suaranya jelas di telingaku kini. Yaya, ini bukan mimpi ! Aku dongakkan kepalaku selepas aku perasan ada batang tubuh seorang lelaki di depanku. Mata bertentang mata dan dia sekali lagi tersenyum dengan sebakul epal berwarna hijau. Siap dengan ribennya sekali.
“Cik Yaya sayang! Assalammualaikum. Awak sihat ? ”
Aku saat ini ?!
Kerusi terasa terkebelakang dengan sendirinya. Tubuh mengikut laju !
Gedebub ! Macam nangka busuk ! Kerusi beroda itu akhirnya tidak dapat menahan kegugupan seluruh anggotaku. Juga aku akhirnya terpelosok jatuh ke bawah meja. Alih-alih ketika aku cuba mendongak, kepalaku pula terhantuk! Sakitnya!
Aku gosok kepalaku di bawah meja. Aduhai, Yaya! Malang! Malang!
Dan malu lagi! Macam mana pula aku boleh terjatuh ? Kenapa gemuruh lagi, Yaya ?
“Lah, bangun-bangun!” dia meneliti aku.
“Kenapa awak sampai terjatuh dan terpelosok ke bawah meja ni Yaya ? ” Izz Amir menahan ketawanya. Aku menggigit bibir. Dia kini turut sama terbongkok-bongkok mengambil pen dan buku notaku yang terjatuh. Aku pandang ke atas. Kak Mahani, Kak Zabedah, Osman Jelani dan bosku Encik Sulaiman sedang bersama menyaksikan aku di bawah meja.
Wajahku sudah merah. Oh, pink-pink merah!
+Berlagak macam biasa, Yaya! Bangun Yaya! Betulkan baju, cepat!
-Serius rasa terkejut. Dia datang sini. Nak buat apa?
+Yaya, dia nak jumpa kau, Yaya !
-Nak apa lagi? Nervous tahu tak?
“Saya nak jumpa awak sekejap, boleh? Ni saya bawakan sebakul epal untuk awak. Ambillah!” Izz Amir pantas menghulur tetapi cepat-cepat disambut Encik Sulaiman! Eh eh, sesuka hati mak ayah dia saja ! Tak tahu malu betul bos aku ni. Aku tersengih sambil membetulkan bajuku. Kak Mahani tersengih-sengih.
Kak Zabedah menggelengkan kepala, “Sampai jatuh bawah meja, Yaya?”
“Sedap betul kalau kita makan buah epal ni. Lagi-lagi free. Awak simpan buah ni, Mahani. Nanti potong, kita kenduri ramai-ramai. Eh, apa khabar encik Izz Amir.”
Aku ketap bibir dan menjeling Izz Amir yang bersalaman dengan Encik Sulaiman dan Osman Jelani. Mereka berbual-bual. Lagak macam sudah kenal lama. Bertepuk tampar bahu pula !
“Terjatuh sikit kak. Saya tak apa-apa.” Aku kawal pernafasan. Memang hari malu sedunia betul-betul berlaku.
“Saya nak jumpa Yaya sekejap. Saya ambil masa dia dua tiga jam, boleh?”
Aku tenung Izz Amir yang tersengih. Eh eh, suka hati dia pula ! Kak Mahani pula mengamati lelaki berkenaan.
“Eh, boleh-boleh. Nak pinjam sampai petang pun boleh. Tapi Yaya, awak jangan lupa siapkan kerja yang Kak Mahani beri tu! ”
“Yaya, ni mr pai epal lelaki penggertak tu ya ? Facebook petang dulu tu ya ?”
Aku terangguk-angguk bersalah sambil memandang wajah lelaki berkenaan yang masih dengan senyuman mahalnya. Lantas aku teringatkan status facebook ku dahulu kepadanya.
“Kacaknya Yaya! Eeeee…sukanya akak dapat tengok ‘live’. Betullah Yaya, dia handsome gila!” Kak Mahani tergedik-gedik. Aku terkebil-kebil.
Sekejapan itu, lantas aku berjalan ke arah pintu. Izz Amir masih tercegat memerhatikan aku. Dia berbual-bual pula dengan Kak Mahani. Penuh ramah tamah pula. Amboi-amboi, sudahlah datang tidak berjemput. Mentang-mentanglah dia dipuji bagai nak rak! Buat pejabat ni macam milik dia pula!
“Kak, saya pinjam Yaya sekejap ya!” lantas dia melambai Kak Mahani yang tersengih luar biasa! Ceh, Kak Mahani ada hati dengan ‘bakal kekasihku’!
Dia berjalan ke arahku dengan harumannya kembali menusuk-nusuk paru-paruku.
+Yaya, jangan perasan, boleh tak? Kan ibu kata, bercinta lepas kahwin saja? Bila pula dia jadi kekasih kau?
-Okey, okey! Yaya tahu! Yaya mengaku Yaya silap. Yaya memang suka berangan-angan. Tapi angan-angan itukan percuma?
+Memanglah percuma! Tapi angan-angan mat jenin namanya tu! Jumpa mr pai epal sekejap saja ya! Ingat pesan ibu!
-Okey!
Aku dengan pantas membuka pintu. Terus menyarung kasut dan turun lima langkah ke bawah. Dia masih menuruti dan sama-sama turun mengikutku dari belakang. Aku berdebar-debar.
Terhenti langkahanku untuk ke bawah. Aku menoleh dan melihat dia yang berada di belakangku.
“ Awak nak apa?”
“Jumpa awak. Sekejap pun jadilah!”
“Tapi, janganlah sampai datang ke sini!”
“Oh, so saya boleh jumpa awak bila-bila masa sahajalah ya?” dia melangkah turun lagi ke bawah.
“ Kita minum sekejap, boleh?” suaranya gemersik lagi! Ahh! Izz Amir turun setapak lagi dan sengaja mendekatkan wajahnya ke wajahku. Mata kami bertentangan lagi! Aku tergamam! Ada bunga sakura gugur saat ini! Oh, indahnya!
+Yaya!
-Apa?
+Yaya!
-Ya!!!!
+Tarik telinga nak? Jangan pandang mata dia! Nanti terpikat!
-Ah, kacaulah!
Aku terkebil-kebil dan melihat senyumannya. Pantas aku menoleh dari melihat matanya dan aku terus menuruni tangga. “Awak jangan sengaja nak buat-buat tak senonoh dengan saya! Saya beritahu ibu! Berdosa tahu tak!”
Gelak ketawa dia memecah suasana tangga yang suram.
“Saya janji, lepas awak minum dengan saya, saya tak akan kacau cik Yaya sayang saya ni. Boleh?”
Aku terkebil-kebil. Kami berdua sudah melangkah bersama di laluan pejalan kaki. Entah mana kaki ini melangkah, aku turutkan. Aku sembunyikan keresahanku.
“Tapi saya akan tetap kacau sampai saya dapat kahwin dengan awak!”
Aku sedikit tersenyum. Begitu juga dia. Ada rasa bahagia menjelma.
“Eh, bukan tuan kata kita akan berkawan dari jauh sahaja ke?”
Dia mengangguk. Ada mendung di wajahnya. “Ya, saya tahu! Saya tahu apa yang ibu pesankan dengan saya. Saya hormat segala pesanan ibu.”
Izz Amir memasukkan jemari ke kocek seluarnya. Tersengih dan pantas menyambung bicaranya, “ Sekarang ni yang kita berdua keluar ni, sama-sama ni, saya berdiri di sini dan cik Yaya sayang berdiri di sana – Ini namanya persahabatan jarak jauh.”
Aku terkebil-kebil. Konsep tidak masuk akal langsung! Adakah patut dia berdiri sejauh 2 meter dariku ini dipanggil persahabatan jarak jauh?
“Itu maksud jarak jauh?” aku ketawa. Dia turut sama ketawa. Ah – kacaknya dia! Kalaulah boleh aku meloncat tinggi dan memeluk awan, kan bagus?
“Kenapa awak ketawa? Saya seriuslah, cik Yaya sayang!”
Aku geleng kepala. Mengawal pernafasan yang tidak teratur. Sesekali aku mencuri memandang dia. “Jarak jauh tu bila tuan di Malaysia dan saya nanti di luar negara.”
“Eh, awak nak pergi mana?” Muka serius gila! Pandang aku macam tak ingat dunia. Terkebil-kebil matanya inginkan kepastian. Kami berdua melangkah lagi.
“Manalah tahu, satu hari nanti saya belajar ke luar negara ke, kahwin dengan orang arab ke atau larikan diri ke sana!” Celupar sahaja mulut aku mengeluarkan ilham.
Kepalanya tergeleng-geleng. “Eh, tak, tak! Belajar ke sana saya boleh terima lagi. Bab kahwin dengan orang arab tu lagi saya tak akan izinkan. Larikan diri ke sana tu saya tahu kenapa.”
“Kenapa?”
“Sebab awak merajuk dengan saya. Sampai larikan diri ke luar negara. Kalau awak merajuk sampai ke luar negara, saya sanggup tinggalkan segala kerja, keluarga dan segalanya di sini. Saya cari awak sampai jumpa!”
Proses pencernaan bagaikan terbantut! Gulp! Aku telan air liur. Dia masih tersengih biasa dan melangkah kakinya bersamaku. Impian dia sudah sampai aku merajuk! Ceh!
“Eh, kita nak ke mana ni?”
“Jalan-jalan, kita minum sekejap saja!” jawabnya ringkas.
Kakiku terhenti. Dia turut sama menoleh. “1 jam sahaja!” dan kakinya laju menapak meninggalkan aku terkontang kanting tanpa jawapan. Aku mengeluh! Tetapi dengan derasnya, kakiku melangkah mengikut tubuhnya yang tinggi melayang itu.
***
“Minumlah.” Sapanya selepas minuman yang dipesan oleh Izz Amir terhidang. Dia akhirnya memilih sebuah restoren mamak. Restoren mamak yang sebenarnya, sumpah tidak pernah aku masuk. Gara-gara aku pernah terpandangkan dua ekor tikus yang sedang berkejar-kejaran. Siap main cak-cak dan melompat lari bila aku menyergahnya. Aku angkat sedikit kakiku dan kain baju kurungku aku kepit perlahan dengan betis.
Kalaulah tikus di kedai ini akan masuk ke dalam kain aku, mahu melompat dan pecah bumbung kedai mamak ini!
Aku perhatikan air yang dipesan. Ini bukan minum, ini melantak namanya! Ada segelas air barli suam. Sah-sah untuk aku. Tangannya menolak barli suami itu tepat menuju ke depanku. Dia tersenyum lagi! Kemudian di hadapan Izz Amir ada air batu campur special bersama aiskrim vanilla. Ada pula lai chi kang dua gelas besar. Juga dua gelas air suam. Aku terkebil-kebil.
Kemudian Izz Amir pantas menikmati air batu campur dengan matanya memandang aku. Sambil menyudukan air yang membangkitkan seleraku dia menjeling aku. Haih, minum pun sempat menjeling anak dara orang?
“Cik Yaya sayang nak minum air batu campur tak? Saya orderkan ya !”
Aku geleng, “Ni siapa nak minum air banyak-banyak ni tuan ? Perut saya tong kecil!”
Dia ketawa, “Tak apa, saya boleh habiskan. Sekejap lagi sampailah nasi ayam istimewa. Saya pesan dua. Satu untuk awak dan satu untuk saya. Kita makan-makan, lepas tu awak boleh balik pejabat semula. Teman saya sarapan ya?”
“Eh eh, belum masuk waktu tengahari lagi. Sarapan pagi makan nasi ayam? Tak pernah dibuat oranglah tuan! Ni perut saya ni, kenyang lagi dengan sarapan pagi tadi!” aku pandang wajah Izz Amir.
“Ala, tak apalah. Nanti tengahari awak tak payahlah makan. Awak makan dengan saya ya. Jom-jom minum!” gesanya cepat-cepat dan menikmati lagi air batu campur berkenaan. Jam 9.30 pagi, minum air batu campur? Gila betul lelaki ini. Pelik! Aku telan air liur dan memandang cara dia menikmati minuman berkenaan. Sumpah macam orang kebuluran. Aku pula terliur dengan air batu campur berkenaan.
“Err…err…” aku pandang wajahnya yang putih mulus. Alahai hati! Siap pula dia tersenyum dan lesung pipitnya yang comel itu muncul di hadapanku.
Dia pandang aku, “Kenapa?”
“Err..saya nak air batu campur boleh tak? Lamanya tak minum air batu campur siap dengan aiskrim macam yang tuan punya tu! Nampak macam sedap je!” Tadi aku jual mahal, sekarang teringin pula.
Izz Amir memandang aku dengan wajah bersahaja. Terkebil-kebil sehingga memaksa aku menarik nafas supaya jangan nervous! Jangan pengsan dan jangan pitam, Yaya!
Izz Amir tersenyum. Penuh menggoda!
“Saya orderkan untuk awak ya? Nak dua, tiga, empat, lima?”
“Eh, satu cukup! Lima tu banyaknya!” jawabku cepat. Kisah tikus yang berkejar-kejaran terus luput dari ingatanku. Pandang sahaja muka lelaki ini, semua memoir bagaikan hilang begitu sahaja. Apa sahaja yang dia makan, semuanya nampak sedap di mata aku.
Dia meletakkan sudu dengan perlahan. Penuh gaya! Rasa nak tampar pipi sendiri sebab apa yang dia buat hatta meletakkan sudu pun aku jadi gila bayang. Belum dia kenyit mata lagi!
“Saya orderkan. Nasi ayam nanti awak makan sekali ya cik Yaya sayang. Air barli tu elok sejukkan badan awak yang panas tu. Jangan malu-malu, saya belanja! Kita kan sahabat jarak jauh!” dia pandang aku dengan sengihannya lagi!
Erk!
Akhirnya aku buat tak peduli dengan usikannya. Cik Yaya sayang, cik Yaya sayang! Eeee, malulah saya! Pesanan diambil oleh pekerja kedai mamak. Lima minit seterusnya, air batu campur bersama aiskrim coklat, 3 skop tersedia untuk aku! Wah, mata berblink-blink sebab penangan air batu campur sedap tahap dewa. Jagung memang lebih dan kacang merah dia terbaik!
Kalau malu dan menolak, makanya akan rugi. Betul tidak?
Bersama nasi ayam, air batu campur, lai chi kang, air barli suam dan senyuman Izz Amir yang berpanjangan. Sumpah, boleh tidak tidur malam dibuatnya.
Kata dia kepadaku, “Saya memang suka makan! Mana-mana saya pergi saya akan makan sahaja. Tapi saya tak gemuk kan?”
“Oh..” Memang pun kuat makan! Kalau ada 3 pinggan nasi ayam, mesti semua habis dia telan. Dasar perut tong gas ! Gajah pun berhenti makan kalau dah kenyang !
“Kalau saya gemuk pun, awak tetap akan suka saya, kan?” soalan cepu emas tiba-tiba keluar dari bibirnya selepas dia menghabiskan nasi ayamnya. Ayam dan separuh nasiku juga dia rembat bila aku tarik muka semput tidak larat menghabiskannya.
“Angguklah, cik Yaya sayang oi!”
Eh eh, main paksa-paksa untuk suka dia pula. Memang suka pun! Tapi saya malulah! Aku tersengih sambil menyedut pula air suam. Lega rasa tekakku. Buat-buat memandang ke luar. Beberapa orang pekerja mamak melayan pelanggan dengan tangkas dan cepat!
“Kenapa pula saya kena suka dengan tuan?” aku mengherot bibir ke kiri. Dia mengikut sekali mengherotkan bibir ke kiri. Suka benar dia mengejek gerak geriku!
“Jangan menafikan!” sambungnya dengan jelingan. Dia mula mengacau pula lai chi kang. Tu dia! Perut ular sawa betul lelaki ini!
“Awak suka saya kan?” tanyanya buat aku terkebil-kebil.
Aku ketawa. Serentak itu dia menyedut dan bersama sudu diselang selikan menikmati lai chi kang. Tetap menjeling aku! Aku pantas menyedut lagi air suam. Mengawal rasa nervous! Mengawal rasa debaran yang makin memuncak!
“Saya akan sentiasa kacau awak sampai awak mengaku yang awak sayang saya. Sampai awak panggil saya, Izz sayang!”
Tersedak! Aku terus batuk sehingga air keluar dari hidungku. Perit! Pantas aku menolak kerusi dan berlari ke sinki! Izz Amir tersenyum lagi dan turut sama berdiri mengikut aku. Rasa terkujat sekejap tubuh badanku! Melayang-layang lagi. Pantas aku buka kepala paip dan membasuh mulutku yang basah. Hidung sudah memerah!
Selesai membasuh hidungku, aku mengambil sehelai tisu. Pantas aku menoleh dan dia tersengih. Kebetulan dalam jarak 40 meter , ada beberapa orang lelaki sedang berkejar-kejaran. Masuk berlari melanggar meja, kerusi dan meluru ke arah kami berdua. Kes rompakan? Kes bunuh membunuh? Dalam keriuhan yang tiba-tiba datang, aku amati seorang lelaki yang mara ke arah aku dan sepantas kilat mencampakkan sebuah beg berwarna hitam kepadaku. Lelaki itu pantas berlari ke arah bertentangan.
Tangan menadah beg berkenaan dengan selamba!
Kami berdua berpandangan sekali lagi. Aku terkebil-kebil.
Pemuda bertopi merah lantas menjerit. “Ambil beg tu! Kejar dia!”
Rakan-rakannya pantas berlari. Lima orang kesemuanya. Izz Amir memandang aku. Mereka makin mendekati. Aku terus gemuruh dan kelu separuh mati ! Dada berdebar-debar. Beg apa pula ini ?
“Lari Yaya! Lari!” Pantas Izz Amir dengan tiba-tiba menarik jemariku dan kami berlari berdua. Izz Amir menolak meja dan kerusi yang menghalang pergerakan kami. Kami bagaikan berlakon sebuah drama gangster. Eh, kenapa kami bukan dalam filem transformers ? Muka Izz Amir pucat ! Kami berlari sederasnya.
Bagaikan mimpi.
Kami berdua berlari dan beg ditanganku terus dirembat dan dipegang Izz Amir. Tangan kanannya membawa jemariku bersama dan tubuhku berlari senada dengannya. Tangan kirinya pula mencengkam beg berkenaan erat dengan tubuhnya.
Laju. Dada berdebar-debar lagi !
Peluh membasahi. Sepantas kilat kami memasuki lorong-lorong kecil. Berlari ke kiri dan kanan. Dikejari entah siapa dan apakah kandungan beg yang sedang dipegang erat oleh Izz Amir itu? Hati terus berkecamuk !
Kami masih dikejari. Dan jemariku sekarang memang sedang dipaut erat oleh lelaki kacak ini ! Dan kami masih berlari menyelamatkan diri.
Dalam keadaan termengah-mengah aku menjerit, “Saya penat ! Tak larat ! Dengan baju kurung ni ! Awak gila ya main terus lari sahaja !” Mengapa tiada robot Transformers seperti Optimus Primes, Bumblebee dan Ironhide datang menyelamatkan kami?
+Yaya!
-Apa?
+Aku ketuk kepala engkau dengan helmet nanti. Berangan lagi dengan transformers! Lari laju-laju. Tu, Izz Amir jadi penyelamat! Asyik berangan, berangan saja!
-Tapi dia bukan Autobot dan bukan Optimus Primes!
+Eeeeeee, geramnya!
-Okeylah, Yaya lari laju-laju. Hero ni pun bolehlah!
Kami membelok ke sebuah kedai pakaian. Tercungap-cungap melepaskan lelah di situ. Berhenti berehat sambil berpandangan antara satu sama lain.
“Beg ini pasti ada sesuatu, Yaya! ” Ceh –macam pegawai penyiasat lagaknya.
Dia pandang aku lagi yang betul-betul berdiri di sebelahnya. Kali ini kami bukan duduk jarak jauh. Bukan juga bersahabat jarak jauh. Kami sedang berdiri berdua. Agak rapat! Handsomenya lelaki yang sedang berdiri di sebelah aku ini! Mahu pengsan rasanya lagi!
“Saya nampak lelaki paling hadapan tu sembunyikan pisau dalam bajunya, cik Yaya sayang! Lebih baik kita lari dari dia tikam perut awak! Duduk di Bandar macam ni, banyak perkara boleh berlaku! Lebih baik saya bawa awak lari!” Haaa..ini memang membebel kalah mak nenek. Inspektor Izz Amir sedang menghuraikan satu kes baru, okey? Macam mana pula boleh dia nampak ada pisau dalam bajunya itu? Pembohong! Memang sah-sah pembohong! Kaki bohong!
“Kalau awak tak larat lari. Saya dukung awak! Dah, cepat!” arahnya tegas.
Aku pandang dia yang masih erat menggenggam jemari ini ! Rasa sejuk macam batu ! Kepalanya tertoleh-toleh kiri dan kanan. Orang ramai kelam kabut bertempiaran kerana jerit pekik Izz Amir. “Tepi! Tepi!” Rentak kaki berdua semakin laju.
“Kita lari sampai jumpa balai polis! ”
“Kalau tak jumpa juga? ”
Kami berdua berlari lagi !
“Cari sampai jumpa. Perut saya pun mengah ni, Yaya ! Penuh makanan tadi dan tak sempat hadam pun ! Cepat, sebelum lima ekor budak hitam tu jumpa kita. ”
Dan jemariku ditarik kuat lagi!
Ya – saat berlari ke sana dan ke sini. Masuk kedai baju warna warni. Masuk kedai kasut bata, masuk kedai makan dan masuk ke gedung beli belah. Macam drama atau filem KL Gangster II lah pula ya! Kalau jadi pelakon, mesti kami menang award!
Aku amati ombak rambutnya yang berlari di depanku. Aku pandang jemari runcing yang memegang erat jemariku. Serta mataku amati belakang tubuhnya yang tinggi lampai itu. Aku rasa selamat! Rasa dilindungi dan rasa disayangi!
Haruman minyak wanginya menusuk kalbu dan sesekali dia akan menoleh memastikan aku berlari senada dengannya. Bila aku termengah-mengah dan terberhenti, dia menanti! Pantas beberapa minit kemudian, dia menarik lagi jemariku dan kami berdua menyelinap menyelamatkan diri. Kami terus pecut dan memecut !
Hari indah! Meski ketika ini aku dan dia sedang berlari-lari. Tengok, cara dia berlaripun tetap kelihatan handsome ! Tetap membuatkan dadaku penuh dengan debaran. Gaya rambut memukau ! Oh ya, bajunya kemas dan seluarnya bergosok cermat ! Kasutnya juga baru aku terperasan, berjenama mahal ! Wajahnya bersih ! Jika Nek Pa pandang akan dikatanya lawa !
Saat itu, jikalau mahu membandingkan baju yang sedang aku pakai, ah –jauh sungguh bezanya denganku. Kasut sarung berwarna hitam ini sudah beberapa kali dihantar jahit ! Kasut murah harga dua puluh lima ringgit sembilan puluh sen sahaja. Tapi meski dia dan aku berbeza, aku tetap rasa yang aku sudah disayangi oleh dia. Dia –Izz Amir, lelaki yang ibu terang-terangan larang menjadi kawanku !
Oh, Izz Amir Optimus Primeku !

meroyan baca sambungan ni. mengekek-ngekek gelak. sambung cepat kak!
BalasPadamTerima kasih dik. :) jangan meroyan! hehehe
BalasPadamhahahaaaa..mmg drama sgguh lar n3 kali ni!..hahahaaa,suke suke suke!..kekekeke{sgih yg gatal2 gitu}
BalasPadamCepatlah sambung kak oi!seronok baca. hilang stress. hehehe
BalasPadamUiks... jiwang karat.. I likeeeee.... Tapi Izz Amir tu anak jin ke? Boleh pulun sampai 3 pinggan nasi ayam? hehehe...
BalasPadamarasnieryie@1995 : amboi! sengih sengih gatal!
BalasPadamTanpa Nama : hehehe, tu dah sambung MPE13..selamat membaca
BalasPadamKak Maya Iris : hehehe, dia bukan anak jin. hehehe. Kuat makan, perut ular sawa si Izz Amir tuh.
BalasPadam