Pages

22 Disember 2011

Mr Pai Epal 13

Episod kejar-mengejar Mr Pai Epal bersambung! Ceh, macam KL Gangster pun ada episod kali ini. Semoga terhibur ya! Apa yang kurang, saya pohon maaf untuk semua.Silent reader, mari berikan komen. Dapatlah saya tahu kan, siapa namanya dan siapa nama bertuah itu. Ngeee. Manalah tahu kan, nanti dapat hadiah misteri dari saya! Ceh!

Okey alls, jom terjah! Zassssss!!!




Peluh turun mencurah-curah ! Boleh pitam dibuatnya ketika ini. Kami berlari selaju mungkin ! Seperti filem Jackie Chan pun ya ! Izz Amir masih menarik aku dan kami berlari lagi. Perompak atau lebih tepat lima budak hitam itu masih mengejar kami. Ya Allah, selamatkanlah kami. Ya Allah, aku belum kahwin lagi ! Janganlah diri ini diapa-apakan !

Aku telan air liur !

“Kan bagus hari-hari dapat lari macam ni ! Sukanya saya !” jerit Izz Amir dan disambut ketawanya. Lesung pipitnya kelihatan lagi. Mentraumakan sanubariku!

Aku pelik dan memandangnya tubuhnya yang berlari. Suaraku menjerit lagi ! “Bagus ? Tuan, saya tak larat dah ni ! ”

“Awak nak tahu sebab apa saya suka ? ” dia menoleh dan aku membetulkan kain baju kurungku. Aku sudah masam bersama peluh ! Nasib baik juga aku memakai kasut sarung murah ini ! Jikalau kasut tinggi, ayu-ayu elegen sudah pasti aku terbungkang depan matanya ! Ataupun kami berdua akan masuk ke dalam longkang!

“Sebab apa?”

Walau sedang berlari dan dengan senyumannya yang bersisa bibirnya bersuara lagi, “Sebab awak ada bersama saya!”

Automatiknya lutut rasa macam tercabut! Pankreas rasa bergegar dalam badan ! Angin dingin lantas menjadi teman. Kami kini berbalas senyuman. Kejadian sedih semalam dengan ibu akhirnya lenyap begitu sahaja.

Kami lantas berpandangan sebelum aku cepat-cepat menarik jemariku! Mata dia yang memang sah-sah nakal itu terus memberikan kenyitannya. Dia bersama senyuman mahalnya!

“Oh, saya minta maaf. Bukan sengaja saya menarik tangan awak, cik Yaya sayang! Err…saya terpegang dan mahu selamatkan kita berdua! ”

Dia menjeling aku. “Tangan awak sejuk, cik Yaya sayang!” Bibirnya mengalahkan Nek Pa sedang membebel. Lepas itu Izz Amir memandang aku yang serba salah. Aku terkulat-kulat menjauhkan diri darinya.

Ah, malunya aku!

Sebuah balai polis tersergam di hadapan kami kini. Kami berdua berpandangan sekali lagi. Betul-betul kami berdiri dan bersandarkan dinding. Hari ini, seolah-olah dia menjadi Inspektor Izz Amir dan aku detektif Yaya! Wah-wah, berangan lagi! Tapi alangkah bagus jika geng-geng transformers datang mengucapkan tahniah kerana kami membantu menyelamatkan dunia. Wah, rasa nak lempang laju-laju diri sendiri sebab berkhayalkan robot-robot berkenaan.

“Apa yang awak berangan tu cik Yaya sayang?”

“Kan bagus kalau ada transformers selamatkan kita!”Akhirnya terluah perasaanku kepadanya.

Dia memandang aku dengan wajah lapan belas. Penuh tanda tanya! Okey, memang Izz Amir tidak akan memahami khayalan tinggi aku ini.

“Kita dah sampai. Saya dah penat berlari dengan bawa beg ni! Asalkan awak selamat, saya rasa lega! Jom!”

Bibir lelaki itu berbicara lagi, “Saya dah jadi transformers selamatkan awak, cik Yaya sayang ! Segala halangan dan rintangan saya berjaya lunasi ! Nak saya jadi robot transformers, tunggu saya jadi pelakon Hollywood. Dah, jom!”

Dan tanpa dipinta, sekali lagi jemariku ditarik kuat lelaki ini. Sehingga dia tersedar yang aku bersama muka monyak empat belas sedang mencuba sedaya upaya untuk membuka genggamannya.

“Saya kan transformers awak!” jemari aku ditarik lagi. Sehingga kami berada betul-betul di hadapan balai polis.

“Lepas kita kahwin baru boleh pegang tangan saya!” aku separuh menjerit sambil mencuba lagi membuka genggamannya. Gengaman terlerai sendiri. Dia memandang aku dengan wajah seriusnya.

“Serius?” tanyanya dengan memandang aku. Wajahnya pulas memerhatikan aku. Aku anggguk berkali-kali dengan mata terkelip-kelip!

Dia tersenyum. Bunga sakura lantas mengiringi langkah kami. Terasa ia jatuh berguguran di atas kami berdua. Angin dingin seperti biasa, menemani perjalanan kami. Alahai, Yaya!

Izz Amir tersenyum lagi. Sumpah aku tidak akan tipu yang senyumannya telah memutuskan satu urat di kepalaku! “Lepas saja akad nikah, terus saya bawa awak lari!”

Erk! Kali ini aku tidak pengsan, tetapi dari mataku, kelihatan Optimus Primes sedang berdiri tegak menghulurkan sekuntum mawar merah. Salji tiba-tiba menghujani!

Adakah kisah cinta agung Izz Amir dan Yaya akan bermula?

Puan penulis, Yaya mahu bertanya satu soalanlah, ‘Bila nak mulakan kisah cinta jarak jauh kami berdua’? Puan penulis tersengih geli hati, “Err..cinta kamu kan cinta jarak jauh?Tetapi saya akan pastikan Izz Amir dekat di mata dan hati!”

Yaya angguk berkali-kali sambil Izz Amir memerhatikan wajah merah-merah pink Yaya!

Yaya! Yaya! Selalu sangat berangan! Izz Amir gelengkan kepalanya sambil menatap wajah Yaya yang menyejukkan matanya! Yang selalu menjadi penawar jiwanya!


***

lee-min-hoo

Dan kini kami sedang berdiri di sebuah kedai aiskrim. Entah apa nama kedai berwarna hijau ini, aku tidak tahu! Mahu menyebutnya pun payah! Tergeliat rasa lidah. Selepas keluar dari balai polis dan menyerahkan beg misteri itu, kami menarik nafas lega.

Aku memandang ke atas. Langit terbentang luas. Tetapi kali ini tiada salji dan bunga sakura menemani. Sudah dibawa pergi oleh angin segala khayalanku.

+Haihlah Yaya, bunga sakuralah, saljilah, Optimus Primelah, transformerslah!
-Yaya tak tahulah kenapa dengan Yaya ni! Asyik berangan saja kan?
+Eh eh, bukan ke kau sendiri yang berkata, bahawa angan-angan itu percuma!
-Hehehehe!

Ada duit hasil rompakan kecil-kecilan kata polis berkenaan. Okey, selamat menyelesaikan tugas kepada kalian inspektor polis! Puan penulis ingat mahu panjangkan lagi cerita ini macam main tembak-tembak ke, Yaya berdarah-darah ke, Izz Amir pengsan ke sebab terkejut tengok darah! – nanti tidak logik dan jadilah seperti filem gangster-gangster macam yang selalu pengarah filem Malaysia buat. Jadinya, saya buat ringkas sahajalah, okey? Ceh – puan penulis tiba-tiba sibuk pula menempel dalam cerita cinta agung Yaya dan Izz Amir! Okey-okey, mari menyambung bercerita.

“Kita makan aiskrim ya? Saya teringin pula makan aiskrim” sapanya.

Aku pandang jam di tangan. Memang betul perut lelaki ini perut ular sawa ! Eh, perut gajah pun sekali ! Kuat makan.

“Alah, awak ambil half day saja hari ni! Teman saya menikmati aiskrim ni pula! Aiskrim paling terbaik! Sedap tau, cik Yaya sayang! Dari tak lapar terus akan jadi lapar! Serius!” Izz Amir tersenyum sambil mengambil dua mangkuk cawan kertas yang besar.

Aku gigit bibir! Suka hati emak dan ayah dia sahaja menyuruh aku untuk half day! Sudahlah dia meminjam aku dari bos. Kemudian bibirnya itu masih lagi kekal memanggil aku dengan nama, cik Yaya sayang, cik Yaya sayang! Aku lantas duduk memerhatikan kedai yang ringkas dan menarik pandangan mata ini. Kemudian susuk tubuhnya terus beralih ke hadapan.

Aku perhatikan sahaja tingkahnya. Bersahaja. Memilih perisa aiskrim. Kemudian Izz Amir ke sebuah kaunter untuk mengisi pilihan topping yang tersedia. Ada biskut, buah-buahan dan entahlah macam-macam ada. Susah nak sebut! Iyalahkan, sebab mana pernah aku menikmati aiskrim yogurt yang mungkin sedap ini! Izz Amir yang kata sedap dan sesiapa yang tak lapar pasti akan lapar!

Perlahan-lahan aku bangun mengikutnya. Mata macam orang gila memerhati bekas-bekas teratur yang penuh dengan berbagai-bagai pilihan. Warna-warni! Eh, ada kacang gajus dan badamlah! Eh, ada buah kiwi! Eh, ada biskut rokoklah! Eh, ada buah strawberry! Buah nanas, pisang, beri biru pun adalah! Wah, seronoknya! Hilang penat aku berlari-lari tadi melihat aiskrim dan pilihan topping yang ada.

“Eh awak, ada coklatlah! Biskut oreo pun ada! Buah strawberry pun ada!” Aku macam orang gayat! Sumpah aku gayat!

Dia tersengih. “Inilah tutti frutti cik Yaya sayang oi! Frozen yogurt.” Ceh – dia memperkenalkan nama yang aku katakan susah untuk aku sebut. Macam buat iklan percuma saja dia memperkenalkan produk ini kepadaku! Bolehlah lelaki kacak ini menjadi promoter atau artis Tutti Frutti. Kalaulah dia jadi artis memperkenalkan produk aiskrim ini kan? Ada pula gambarnya depan kedai aiskrim ini, aku pasti terpacak melihat gambarnya sampai malam! Malam balik ke pagi dan kemudian sambung ke malam pun boleh.

“Susahlah nak sebut nama kedai ni. Saya pandai makan saja. Tuan belanja saya ya?” Ah – aku memang tidak tahu malu! Sudah tahu lelaki ini pasti belanja, mahu bertanya pula! Hik hik hik!

Dia pandang aku dengan senyuman menawannya. “Iyalah, saya belanja awak, cik Yaya sayang. Pilihlah nak topping yang mana?” dia memegang cawan besar yang penuh dengan aiskrim dan dihulurkan kepada aku.

Wah, perasa coklat dan vanilla! Erm…awak kan tahu saya suka warna merah jambu, kenapa tak ambil perasa strawberry? Mahu merajuklah kalau macam ni!

+Yaya!!!
-Apa?
+Amboi-amboi. Izz Amir dah beri betis, awak nak peha pula ya!
-Saya kan suka warna merah jambu. Tak kan dia tak tahu lagi?
+Dah, ambil sahaja cawan tu! Memilih! Tak pandai bersyukur.
-Alhamdulillah. Amin-amin! Sibuklah awak ni! Asyik kacau saya sahaja.
+Tahu pun sebut syukur!

“Tunjuk saja dengan pelayan kedai ni awak nak topping yang mana. Kita duduk di sana!” bibirnya dimuncungkan ke arah sebuah meja kosong. Pelayan wanita itu memandang wajah Izz Amir lama-lama. Iyalah kan, seperti semua sedia maklum – Izz Amir handsome ! Izz Amir ada lesung pipit ! Izz Amir memiliki hidung terletak ! Kulit putih dan bersih pula! Badan tinggi lampai! Kalau senyum, aku juga jadi cair! Haih, tidak terkata nikmat dan anugerah kekacakan yang Allah swt berikan kepada dia. Aku jadi penasaran juga dibuatnya!

Aku pandang pelayan itu dan bila dia tersedar aku memerhatikannya, terus dia memberikan aku senyuman malu! Ceh – mesti dia cemburukan aku kan? Wah-wah! Perasan sendiri si Yaya ni!

Serentak itu juga dia melayani permintaan aku. Seperti yang selalu aku sebut, ‘Rezeki jangan ditolak, iya tak?’ Berpinar-pinar biji mata ini memilih! Sampai terkulat-kulat aku menunjuk topping pilihan. Sekejap mahu itu. Sekejap mahu ini! Izz Amir hanya angguk dan mengangguk sahaja. Mengiayakan semua pilihanku. Tapi entah kenapa, dia asyik tersenyum memerhatikan aku!

Kami ke kaunter pembayaran.

Harga Tutti Frutti, Frozen Yogurt aku sahaja bernilai RM55.70! Pengsan! Seperti mahu pitam dibuatnya! Kenapa mahal sangat harga aiskrim ini?

Aku memandang Izz Amir yang tersengih geli hati. Dia meninjau-ninjau bekasku. Pantas aku menutupnya dengan jemari halusku.

“Eh, eh! Jangan tengok! Jangan! Jangan! Malulah saya, tuan! Banyak saya pilih! Ingatkan harga aiskrim ni murah! Tapi mahal!” aku mencebik. Malunyaaaaaaaaa. Rasa mahu lari laju-laju keluar dari kedai ini. Izz Amir terkekek-kekek ketawa. Dan dia terus berjalan perlahan ke meja yang ditunjuknya tadi. Kepalanya menggeleng-geleng dengan ketawa yang masih bersisa.

Aku bagaikan orang lurus! Memerhati kawasan sekeliling dengan rasa keajaiban! Makan aiskrim yogurt mahal macam ini? Sudahlah malu tahab gaban dengan mr pai epal! Manalah mahu aku letakkan muka yang makin menebal ini?

Aku duduk di hadapannya. Jemari menutup-nutup bekas Tutti Frutti yang penuh bagaikan mahu tertumpah! Dia perhatikan aku dengan senyuman! Aku pula buat-buat jual mahal! Ceh – hari ini aku sudah langgar arahan ibu. Aku juga sudah lupa kesedihan yang berlaku malam tadi. Aku lupa kesebakan lelaki ini dan langsung lupa mahu bertanya kisahnya. Dan ada tiga perkara menarik berlaku dalam hidupku hari ini. Hanya dengan dia, tuan Izz Amir atau lebih tepat dengan gelarannya, Mr pai epal.

1) Aku tidak pernah cuti half day ! Hari ini adalah sejarah aku memonteng kerja. Hanya untuk menikmati makan tengahari dengannya. Izz Amir belanja minum air batu campur. Ada aiskrim lagi! Seronoknya!
2) Aku dan dia berlari-lari dikejar entah perompak mana ! Macam tak percaya sahaja. Sebab puan penulis rasa ini detik menemukan mereka secara lebih dekat lagi. ‘Terima kasih puan penulis !’ Detik indah yang sukar untuk aku gambarkan. Kalau nak dikata secantik sinematografi filem Ombak Rindu, maka aku rasa sinematografi kami berdua berlari-lari anak lebih umphh dan teknik lakonan bersahaja kami lebih mantap!
3) Aku menikmati Tutti Frutti dengan mr pai epal ! Sedap dan mahal gila ! Mr pai epal turut belanja aku makan sekali lagi ! Dan juga kami berdua sedang duduk dengan nyaman di sini. Eh, eh. Ini juga kali pertama aku makan dan duduk di dalam kedai cantik ini ! Selalu Kak Mahani sebut-sebut sampai meleleh-leleh air liur aku !

Hari ini – dan sekarang kami berdua sedang menikmati aiskrim yogurt ini ! Sedap ya rabbi ! Tanpa sepatah perkataan dan kami masing-masing menyuap masuk ke dalam mulut. Sesekali dia menjeling-jeling aku! Kedai aiskrim ini dipenuhi ramai pelanggan! Sesekali dia mencuri aiskrim aku dan masuk kali ketiga ketika dia sengaja mahu mencedok aiskrimku, dengan pantas aku mengetuk jarinya dengan sudu dijariku!

“Tak boleh ambik! Ni aiskrim saya. Tuan yang belanja, lepas tu nak main minta-minta pula! Buruk siku!” bibirku terherot ke kanan. Dia tersenyum lagi dan matanya menangkap wajahku. Terbantut aktiviti mencuri aiskrimku. Tangannya cepat-cepat mengundur ke belakang.

“Iyalahkan, orang kesayangan dia belanja!” Ceh – dia mula jiwang karat! Jantungku kembali berdebar-debar! Urat rasa mahu putus!

Dia merenung aku ! “Pipi cik Yaya sayang saya ni dah bertukar menjadi warna pink-pinklah!”

Serentak itu juga, bersama dengan aiskrim yogurtku yang berbaki setengah, buah strawberry sebanyak 4 ketul, biskut rokok coklat dan segala macam mak nenek topping berwarna warni terpelosok jatuh ke bawah bersama denganku. Kerusiku sekali lagi hilang kawalan! Aku terus ke belakang dan gedebub sekali lagi! Bagaimana ya kerusi cantik ini boleh menggelongsorkan aku? Huwaaaaaa….

Tudung bersama wajahku dipenuhi aiskrim tutti frutti! Lekit wajah dan separuh badanku. Ditambah dengan bau masam kerana berlari tadi dan bau tutti frutti ini. Jenama minyak wangi baru menyusup terus ke hidungku ! Jemariku juga dipenuhi aiskrim! Aiskrim perisa coklat dan vanilla merayap dari dahi ke bibirku !

Aku terkebil-kebil. Hari malang sedunia muncul sekali lagi hari ini. Bersama dengannya juga ! Dia ketawa tak ingat dunia !

Inilah balasannya menderhaka dengan larangan ibu? Kenapa Optimus Prime yang comel itu tidak datang menyelamatkan aku dari terjatuh tadi?

Kenapakah? Mengapakah? Bagaimanakah? Apakah?

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

6 ulasan:

  1. Yaya senget! kah kah kah... pantang kena 'jek'. Asik ler tergolek jer.

    BalasPadam
  2. Ahkak RSL ku sayang : hehehe, kah kah kah...Yaya sengal!

    BalasPadam
  3. arasnieryie@199524/12/11 17:44

    waaaaaaaa,tutti fruiti..yum yum yum!!

    BalasPadam
  4. Wah x sangka best!!! Dan x sangka berbeza dengan novel2 sebelumnya...

    BalasPadam
  5. @arasnieryie@1995 nyum nyum...serius Yaya suka tutti fruiti..hehe

    BalasPadam
  6. @FidaTerima kasih Fida sebab suka. Berbeza sedikit sahaja. Mengubah genre. ^___^

    BalasPadam