Pages

25 Februari 2009

Kerana Hati Busuk!


Hai..dalam banyak-banyak kisah terkini,
cerita lembu paling menggelihatikan hati dan usus ini. Tiada cerita lain ka....
Kata penarik beca..kisah-kisah busuk dan berbangkai politik ini susah nak digambarkan, malahan, bagi mulut kipochi ini, banyak lagi kisah-kisah yang dah ditutup dalam SPRM. Antara sengaja ditutup, atau ada antara mereka yang mahu menutup kes-kes rasuah tersebut.....kerana......"Owhh..itu sudah tutup..jadi bagi tutup sahaja lahhh... "luah satu bapak menteri..katanya....eleh! Nyampah akak....

Dalam hal-hal begini juga kita melihat korupsi dan jumudnya akhbar dan media menilai dan menjadi ahli panel busuk.
Bangkai yang busuk , juga mengeluarkan nanah yang busuknya.

Berulat-ulat dan merebak menjadi virus. Arakian juga, kisah-kisah pekong dalam pimpinan
MB Selangor di keluarkan dan dipertontonkan ramai seolah mahu menjatuhkan dirinya. Betul atau tidak, Allah lebih tahu.

Kalau lah lembu boleh jadi saksi...kelakarnya dan ajaibnya.... Itu kita tidak lagi buka isu bagaimana pihak polis meneliti kes Nurin Jazlin, Adik Sharlinie dan kes-kes pembunuhan berleluasa di Malaysia .

Sebab, polis banyak buka kes saman itu, saman ini. Saman orang sana, saman orang sini...menambah koleksi cerca dan maki busuk rakyat jelata.
Muak dan jeliknya ahli politik Malaysia..Duit saman juta-juta leh bagi akak je, buat kenduri kawen anak sulung. Huh....nyampah tengok utusan...ahhh..aku buhsan sungguh!

Kak Kipochi rasa, tak payah lah semua antara mereka ni jadi Yang Berhormat...kerana hati mereka sebenarnya telah beraja dengan 'wang, kekayaan, harta, dunia, wanita dan nafsu serakah semata-mata.......duit juta-juta menjadi taruhan.......makanlah kamu semua dengan bangkai busuk dan nanah itu...aku tidak pernah kisah....yang aku kisah...hidup yang perlu diteruskan...kerjaya dan keluarga juga laki, mak apak....tapi sesekali, hati gue jadi bernanah dan sungguh mahu meletup melihat kejadian busuk-busuk dan bangkai ini. Hati tetap mahu berkata tentang politik semasa......


Luahan rasa Kak Kipochi,
(Jiran baik Dihah...selalu bagi Dihah ulam raja segar) - berulam dengan nasi, sungguh selera sekali. Terima kasih kak....
Cayang akak!


Buek lauk lomak cili api, sedap ni... Lepas tu hidangkan dengan daging salai...seleranyaaa!


11 ulasan:

  1. errr... kasitah godam dulu kena apa ek?

    BalasPadam
  2. kasitah godam tu sapo? hik hik...kak kipochi tak kenal..

    BalasPadam
  3. laaa... kasitah gadam tak kenal? ishhh....

    BalasPadam
  4. layan ulam lagi best ya Dihah, daripada melayan cerita busuk.... nanti semua terpalit :(

    BalasPadam
  5. akak muak la isu lembu korban tu diperbesar2kan...
    bg umat islam makan daging korban pun salah ker?
    yg 'dorang' abih kan duit rakyat 'mengeyangkan' perut 'dorang' tuh, tak plak 'dorang' kecoh ek...
    :)

    BalasPadam
  6. Diha..
    politik memang memualkan...juga memenatkan...

    BalasPadam
  7. Kasitah Gadam .. ala .. tak kenal ke dik? ;)

    BalasPadam
  8. Akhbar sekarang, baca boleh...percaya tunggu dulu.

    politik sekarang memang memualkan. Tapi disebalik kemualan itu, kita semakin berhati2.

    Agak2 isu politik yg kian sempit dan terhimpit ni boleh menjadikan kita kreatif tak? Yup, berfikir kritis...

    pada saya, melihat senario politik sekarang menjadikan saya semakin banyak membaca, menyelidik dan menilai lalu menulis utk disampaikan.

    BalasPadam
  9. salam kehidupan,

    suatu ketika dulu tilam menjadi saksi, kini lembu. ntahla.....

    BalasPadam
  10. jangan menilai pada sesuatu yang kite tak pasti...rasuah memang tak dapat dielakkan dalam poitik baik UMNO, PKR, PAS, DAP dan mane2 parti politik...pelikkan ? kenapa ek?

    BalasPadam
  11. pa'chik - dihah tak kenal lah..hehehe

    mak su - :)

    tukang cerita - betul tu kak..betul betul betul..heheh

    Honey Bee - memang memualkan..tapi krisis ini nampak berlanjutan..

    Izariza - isk kak,,,tak kenal lah

    Ustazah Engineer - ulasan yang bagus sekali..heheh

    Cermin diri - salam kehidupan..

    da8300 - :)memang pelik......

    salam raikan cinta untuk semua ya!

    BalasPadam