Pages

24 Februari 2009

Sepi II

" Sis, hang punye blog dah berhabuk...."

"Terbersin gue masuk blog kamu....gatal hidung ni. Habuk menggeletek hidung..." anTusufi melayangkan ym secara ringkas.
Itu tanda cetusan amaran kepada saya. Saya ketawa geli hati. Kemudian, saya mula mengetuk keyboard. Perlahan-lahan idea saya datang.

Saya menyoroti kerja yang sememangnya masih berbaki. Blog dah berhabuk...lantai penuh dengan debu.

Kenapa sepi je ni...Dihah ada masalah erk....meh lah beritahu...saya mendapat sms ringkas juga. SMS ini sudah seminggu berlalu. Kemudian dijawab dengan perlahan.
Sepi yang tiada apa-apa, nak rehat. Lagipun, ramai dah blogger kat Malaysia ni. hehe......

Isk.....rindu nak baca tulisan Dihah lagi...tulis kembali please.....janganlah sepi je......riso pulak hati saya.........

Saya bertambah ketawa...ketawa yang luar biasa......aik....ada juga peminat Raikan Cinta?

Saya membersihkan sawang-sawang yang bersangkut. Labah-labah terkedek-kedek berlari. Bontotnya ke kanan dan ke kiri. Saya berlari anak takutkan labah-labah menggigit betis saya. Nanti jadi Spiderwoman pula. Saya bersin. Menggosok hidung. Labah-labah tenang memerhati saya. Matanya merah macam saga. Dia kawan saya yang menjaga blog ini. Kesian dia...hehe.

Saya menyapu dan kemudian lantai dimop dengan jiwa bersebu. Rumah ini sudah lama ditinggalkan.

Lebih kurang 12 hari saya sepi. Baru 12 hari ..

Kemudian, tingkap blog saya bersihkan...pasang langsir baru...saya hamparkan dengan permaidani berwarna biru. Saya duduk empuk di atas sofa.

Mata saya terkelip-kelip.

Penat.

Letih.

Jemu.

Dihah mengantuk yang amat sangat...
Rehat. Tidur. Penat mengemas. Peluh turun perlahan. Baju saya basah. Jantung berdegup kencang. Mata saya terkatup perlahan. Desis angin menemani malam saya. Air mata merembes perlahan. Kelopak mata seakan tidak mahu terbuka.
Pilu......menghambat hati. Pekik jerit memarahi diri kelam-kelam terdiam.
Denyut nadi saya makin sederhana.

Nyenyak. Lena.......

Tidurlah Wahai Permaisuriku..
Bawa Puteriku jauh kembara..
Persis Cinta merentasi benua..
Kerlipan bintang membawa bahagia.

Tidurlah Wahai Permaisuriku..
Moga dikau bahagia..
Bersama lena membawa mimpiku..
Moga dirimu sentiasa senyum gembira.

5 ulasan:

  1. Salam sufi...

    wah..wah..wah...

    ni entri saifai ke apa nih? kalau la masa bersih2 tu mmg kene 'kiss' betul2 dek si spider kedek2 tu...mesti citenye lagi best...leh dibikin novel saifai gamaknya, hehehehe...

    pape pon, slamat kembali sis...ha, jgn menyepi lagi..nanti risau si 'dia'....

    ehem2....

    ;)

    chow....

    BalasPadam
  2. eemmm, empuk kapet ni, beli kat ikea ker cik dihah ? :D

    BalasPadam
  3. anTusufi - gelak saya..apo pulaks..ya, saya selamat kembali...thanks memberi idea..:)

    mak su -pandainya mak su teka...kapet ikea ni...mahal ooo

    BalasPadam
  4. hahaaaa...
    lega akak awk dah kembali...
    akak ni kan peminat bahasa bunga2 awak...
    :)

    BalasPadam
  5. lama tak dapat baca bahasa bunga bunga.. ni hehe teruskan menulis..

    oops menaip kan nya..

    BalasPadam