Pages

05 Februari 2009

Lompat



Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tingi,
Cepatlah datang cepat,
Mari kita mai pekena lauk kenduri!!
(lepas ni Perak ada keduri besaqqq)

Lompat si katak lompat,
Lompat jangan rendah,
Cepatlah katak cepat,
Mari kita makan rasuah!

Lompat si katak lompat,
Lompat Nizar ke mercu jaya,
Cepatlah Nizar cepat,
Akhirnya tewas di tangan mereka.........

Lompat si katak lompat,
Lompat Najib bersama Rosmah,
Sengal nya bakal PM aku dapat,
Senyum sumbing dia!!!!!!hai...ape kejadahnyeeeeeee!!!...

Liang libu perasaan Dihah...ape kena sudah dengan kita. sewajarnya mari kita muhasabahkan diri. Kita baru diperkenalkan dengan kewajaran seorang MB yang mesra rakyat dan membawa kepada senario perubahan kepada rakyat. Namun saya mengerti, bahawa takdir Allah menetapkan perjalanan mungkinkah setakat 10 bulan?

Gayanya dan caranya, mereka menerima pengamal rasuah seks dan badut sarkas yang BODOH! Ini bukan namanya pemimpin yang rakyat mahukan tetapi mencemar kepercayaan rakyat terhadap mereka. Dolak dalik, akhirnya, PKR terkena tempias "ala-ala komando" yang dicipta 16 Disember , DSAI..Ia memakan diri sendiri. Siapa yang memulakan dan akhirnya mereka di tumbangkan dengan cara dan gaya yang sungguh maha laknat!

Saya percaya jika tiada kajian dan rentetan dari peristiwa ini, maka rakyat terus dihuni dengan pemimpin maha rasuah!

Lompat si katak lompat,
Mari kita jadi Yang Berhormat.

Dari rasa seorang hamba rakyat yang hina,
Daulat Tuanku.

8 ulasan:

  1. Qudwah Mardihah,

    Politikus kita mungkin kurang ilmu siasah. Politik cara kita, politik yang pentingkan matlamat, caranya tak perlu ambil kira apa...

    Bagi mereka, diri, keluarga, kelompok, parti... lebih penting. Buruk bukan pemimpin sebegini ?

    Pada mereka demi kepentingan itu semua, rakyatlah pihak yang paling wajar dimain atau diperbodohkan.

    Apa bezanya dengan kita serta lingkungan ? rasa saya sama saja...


    Haris Hauzah

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama5/2/09 10:46

    Bosan dengan permainan politik yang kotor!!! Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

    BalasPadam
  3. dihah - apa pilihan lagi yang kita ada...
    bila semua hukum ditangan orang yg menjadi semua kepentingan diri dan kelompok didahulukan....

    akhirnya - berdoa semuga kita diberikan keberkatanNya.

    BalasPadam
  4. salam...

    bergejolak semula gelombang politik negara kita... bilalah nak reda selagi manusia berlumba mengejar isi dunia... yang jelas pun nampak kabur

    BalasPadam
  5. aku sedih dgn apa yg jd dkt negeri aku ni.. tp semua tu ada hikmahnya, insyallah pru akan dtg, lebh ramai rakyat yg sedar mana satu hak & batil.. allhuakbar..

    BalasPadam
  6. mereka terlalu gembira kerana seorang yang melompat... lupa dah akan hikmah perjanjian hudaibiyyah...

    BalasPadam
  7. orang politik semua sama...yang kerajaan dan pembangkang juga sama...mungkin dah kena batang hidung PKR sendiri...sebab tuh la diorang diam..yang umno lak tak cakap apa-apa bila orang melompat ke dorang...

    BalasPadam
  8. Raikan cinta... itulah tajuk blog yang membuatkan saya berfikir dua kali tuk meninggalkan komen...

    Namun, apa jua caranya... matlamat tidak menghalalkan cara... Cara yang terbaik adalah redha akan ketentuan-NYA...

    mungkin tuhan mulai buhsan... melihat tingkah kita... yang selalu salah dan bangga... dengan dosa-dosa. Atau alam mulai enggan... bersahabat dengan kita... coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.... (ebbiet G. Ade)

    Negeri islam dikuasai oleh bukan islam... adakah ini direstui?? marilah beristikharah, minta petunjuk jalan yang lurus... bak kata seorang kawan, tak payahlah nak fikir politiking2 semua... tapi, fikirkanlah politik kita sekarang, politik dalam keluarga, adakah sudah selamat?? (Wahai orang-orang yang beriman, jauhkanlah diri kamu dan keluargamu dari api neraka - Al-quran)

    BalasPadam