Pages

11 Februari 2009

Sepi


" Nak ke mana Cik Dihah?" satu suara halus memanggil. Saya diam. Suara siapa?

" Jalan-jalan..." saya menjawab. Desir angin lembut menyapa khabar pertanyaan halus. Bisikan hatikah?

" Jalan-jalan?"dia bertanya perlahan lagi.

" Mencari teman...dan taulan...macam Laksamana Sunan...mengembara dan kembara..." saya tertawa. Terkenangkan novel yang sedang saya cuba habiskan. Hijab Sang Pencinta...

" Keluar dari Tanah Melayu?" Dia membalas ringkas.

"Ingat nak bikin novel lompat-lompat zaman ke abad yang lain..macam epik thriller Ramlee Awang Murshid..." saya sedikit tertawa. Namun mendiamkan diri seketika.

" Nak cari idea lah ni?"

" Ha.a..." saya angguk dan mata saya memerhati sekitar. Bening dan hening. Sejuk mencengkam tubuh badan. Saya menyelimuti diri dengan jaket. Jaket coklat.

Saya membiarkan suara halus itu pergi. Ahh...monolog lagi!!
Mata kemudian terarah ke pokok berduri di atas meja yang masih tidak saya salin bekasnya. Kasihan kamu!

" Cari idea..sebab kadangkala jiwa saya tidak pernah seseorang fahami. Adakala nampak saya riang sahaja...tapi adakala sendiri sebenarnya..
Sebab saya lain hatinya...remuk serba dan serbi. Sepi...." jawapan saya perlahan namun terkesan. Baur kecewa benar dalam minda saya.

Ya..saya sepi. Adakala saya tercari-cari arah juga. Tercari-cari teman yang bisa mengerti dan tercari-cari erti sebuah tingkah. Adakala saya sukar membaca perasaan orang lain, yang akan mengecilkan atau membuat hati sesiapa bisa terluka. Ya..saya manusia biasa...yang ampuh jiwanya, yang kasar hatinya, yang tidak betah kehendak orang lain.

Suasana sayu mencengkam urat pernafasan.....saya sering sepi...

Sepi dari gelak ketawa
Sepi dari persahabatan
Sepi dari kebahagiaan

Dan saya sedar blog ini seakan mengerti kekosongan minda saya.
Izinkan saya menyepi sebentar.

Izinkan saya menyepi lantaran benar saya terasa betapa kosongnya nurani ini....

Blog ini akan sepi seketika.
Ya..sepi.......


13 ulasan:

  1. Tanpa Nama11/2/09 12:20

    Ke mana saja kau pergi Mar, moga suatu ketika nanti akan kau temui keindahan .. sesungguhnya sepi itu indah~

    BalasPadam
  2. nak menyepi pulakkkkk...

    BalasPadam
  3. kadangkala, kesepian itu mengubat :)

    BalasPadam
  4. Terkadang diri memerlukan Uzlah untuk memperkemaskan kembali susunan jiwa.

    BalasPadam
  5. Menjadi makhluk yang dipercayai oleh Allah mendepani termanggu rasa, perlukah rasa sepi mengurangi pencatatan yang memberi pengalaman kepada pengunjung di blog ini?
    Catatan video doa yang ada sahaja telah memeriahkan rohani dan ceria jasmani saya.
    Adakah suhu kosmos turut mempengaruhi jiwa saudari?
    Mencatatlah kerana saya suka membaca catatan di sini.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama17/2/09 08:54

    kembali sepi

    BalasPadam
  7. Semoga sukses dalam apa jua perkara yang dilakukan..

    BalasPadam
  8. selamat kembali menyepi.. semoga senantiasa diberkati Allah dalam apa jua yang di lakukan..

    BalasPadam
  9. salam semua...terima kasih...

    Dihah carik idea jap...sekarang sedang kemaskini diri...hehehe...semoga sepi ini memberikan manfaat kepada diri..InsyaAllah...semoga hati ini masih bebas mahu berkarya, masih teguh menit blog kesayangan ini...masa sahaja yang adakala cemburu sekali....

    Salam Raikan Cinta!

    BalasPadam
  10. blog bukanlarrr hakmilik kekallls.. enjoy your life cek dihah tewww (without blogging).. ehehe

    BalasPadam
  11. sepi itu sunyi...hehhe hehhe

    BalasPadam
  12. nape ngan hang nih!!! aku masih disinih.... heheheheh

    BalasPadam
  13. Salam Ziarah!
    Dah lama familliar dgn nama empunya blog. Cuma hari ni terketuk hati nak melawat. Tp tuan rumah tgh menyepi. Er..sedang berkarya? Tahniah!

    BalasPadam