Pages

30 Jun 2009

Manuskrip...akhirnya..

Sabtu petang.

Damai.

Bau daun kering yang dibakar, terasa lazat dan enak sekali di dalam ruang hidung. Bau yang menyenangkan. Asap sederhana perlahan menutupi ruang udara.

Ayah tersenyum...menolong saya menarik dedaun kering dengan alatan yang ada. Saya menyapu perlahan.
Entah angin apa yang datang petang tersebut, saya rajin membantu. Nak harap keluar dari rumah...hmmm...jarang sekali. Kecuali
menggantikan adik-adik menjual kuih di depan rumah.

" Macam inilah anak ayah...senang sikit ayah.......tak penat..balik dari Sri Tanjung nak sapu halaman rumah lagi..nak kemas sana sini..."

" Dihah kan memang rajin...." saya ketawa mesra. Ayah senyum melebar. Pantas mencapai tong untuk mengaut semua dedaun kering.

Petang-petang begini, bila menyapu, membersihkan halaman rumah..syiokkk ooo!!!...peluh masam keluar..toksin dalam
badan semua keluar..hehehe....

Selonggok sampah, daun-daun kering terus mengeluarkan asap yang menyenangkan. Hidung saya sungguh terasa sesuatu yang
istimewa petang ini.

Sepoi-sepoi angin bersama kami..........
Jumaat, saya mendapat khabar paling gembira...

Ini ceritanya :

Untuk sekian lama, Allah memberikan saya rezeki berganda. Penantian saya akhirnya berbaloi.

Alhamdulilah.

Tahun ini, tahun penuh bermakna. Manuskrip saya akan diproses...1 bulan atau 2 bulan lagi. Editor sudah memberi lampu hijau.
Dihah akan menerima manuskrip semula dan akan membuat pruf (semakan kepada manuskrip) berkenaan. Kesibukan akan menjengah dan inilah masa yang saya nantikan. Saya bagaikan tidak percaya...terkebil-kebil memandang PC. Berurusan dengan editor, berym dan mendapat khabar paling menggembirakan. Hati saya melonjak gembira. Saya kembali bersemangat untuk menulis.

" Nama di kulit buku letak apa ya dik?" Kak Nor, editor PTS menulis ringkas.

" Mardihah Adam lah kak....hehehe" saya ketawa riang. Tuhan......benarkah ini berlaku...?

Tengok..inilah sikap saya. Bila manuskrip lulus, saya pula yang macam tak percaya. Terkebil-kebil. Macam mimpi pun ada.

" Tajuk mungkin kita akan tukar...bukan 'Lukisan Jiwa'....boleh tak dik. Tapi ikut kata management ya..." ulasnya lagi.

" Ok...." cepat saya membalas walhal itu tajuk yang paling saya senangi.

" Dalam 2 minggu ini, akak akan selesaikan. Tetapi akak akan bercuti. Naik cuti, akak akan serahkan manuskrip untuk
Dihah prufkan. Juga ambil masa Dihah dalam 2 atau 3 minggu...mungkin cepat atau mungkin lambat.... Ok?"

Saya senyum penuh mesra..

Kemudian manuskrip kedua saya sedang dalam proses plot juga penambahbaikan.
Mungkin 1 tahun novel kedua ini disiapkan. Saya suka bermain emosi untuk novel kedua ini. Wataknya seolah saya
dan gerimis tidak akan berhenti selagi novel ini bermain dalam minda dan jiwa saya.

Tahniah untuk barisan pelakon utama dalam novel saya : Nur Cahaya, Shafi'e, Aizul, Suraya, Zainal, Abang Ali, Atuk , Ayah, Datin Suriani, Dato' Rahim dan semestinya Makcik Anida. Wataknya menjadi mainan siang dan malam saya. Hari ini, mereka akan termaktub sebagai keluarga
Mardihah Adam.

Mardihah Adam akan menjiwai diri saya.

Nantikan........novel pertama saya...

6 ulasan:

  1. sayalah orang pertama yg memecah rekod diri sendiri...

    saya tidak pernah baca novel dalam tempoh 3 tahun terakhir.

    novel dihah akan memecah rekod saya - bila keluar - cepat2 saya akan dapatkan
    dan akan tolong promosikan........

    tahniah.

    BalasPadam
  2. wow! bestnyer!..... tahniah!

    BalasPadam
  3. tini...betul ker ni?? tak bgtau kami pun...bila dah kuar..bgtau kami erk...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama5/7/09 16:48

    Salam...

    Sis, mabruk alaiki...aku tumpang beria...dan menanti aura itu terpercik kepada diri ini...ya, mudah-mudahan ya Allah...

    Sis....isy, taktau apa nak dicakap...gue jeles wooo, hehehhe...

    Slamat2....gue juga menanti kemunculannya (yg berserta autograf penulis) hekhekehk...


    - antusufi
    -
    www.alwatary.blogspot.com

    BalasPadam
  5. tahniah Mardihah .. novel pertamakah?

    (hmm manuskrip akak yg terhasil pada tahun 1993 nampaknya dah jadi baja hahaha)

    BalasPadam