Pages

24 November 2010

Jangan malas macam saya!


Sudah dua minggu manuskrip terbengkalai. Manuskrip tauhid islami yang memang benar-benar menyuruh saya membuat rujukan dalam banyak perkara(dan ia belum lagi saya selesaikan) Writer's block telah melanda diri. Sekejap-kejap Dihah merenung komputer kemudian melihat celcom broadband yang macam siput, lambat! Bahan-bahan rujukan sudah siap disimpan di dalam komputer. Ada juga bahan yang masih belum dijumpai.

Beberapa kali Dihah memberi 'hint' kepada suami supaya merubah talian wi-fi kepada streamyx. Harap-harap berbaloi kali ini. Juga sebenarnya saya tidak mengharapkan kepada internet kerana apabila berinternet di rumah, maka saya menjadi seorang yang pemalas menulis.

Ada beberapa petua apabila writer's block melanda. Mungkin ada masanya sesuai untuk berjalan-jalan menjengah blog rakan-rakan dan penulis lain untuk mencari ilham. Juga membaca beberapa status rakan-rakan penulis di dalam facebook.

Terfikir juga saya bahawa saya tiada jadual yang tetap untuk menulis. Maka perlunya mempunyai jadual kerana kekangan masa bagi saya yang bekerja dan menulis hanya separuh masa.

Untuk menulis yang lebih mulus, semestinya penulis itu perlu banyak membaca. Sesebuah manuskrip yang baik seharusnya mempunyai plot yang baik, pengembangan watak yang sempurna dan jalinan yang memberikan kekuatan. Sungguh, Dihah tidak pernah berbengkel secara serius dalam bidang penulisan novel. Cuma saya menyelidiki semua novel yang telah dibeli dan dihadami untuk dijadikan bahan rujukan.

Bagi seorang yang berjiwa seni kemudian dicambah dengan melukis, menganyam, menulis puisi dan sajak boleh juga memberi ilham berganda apabila writer's block muncul. Ilham-ilham adakala datang tanpa diduga, adakala ketika di dalam tren, di dalam bilik mandi, juga ketika memasak. Panduannya pasti menulis di atas kertas, menulis di dalam blackberry misalnya dan menyalinnya semula agar setiap plot yang bercambah itu akan berkembang kelak.

Kekangan masa, jadual bagi mereka yang berjiwa seni yang melingkari dan beberapa agenda peribadi pastinya perlu dipenuhi. Malahan, saya semakin dihimpit dengan kekangan yang meresahkan. Apabila membuka semua manuskrip yang tergendala maka saya akan membaca semula dari bab ke bab dan membuka plot-plot yang telah dicambah di dalam nota peribadi. Masakan kalian tidak tahu, bahawa menulis itu perlukan kekentalan dan masa yang begitu mencemburui.

Menulis itu bukan mudah sebenarnya. Writer's block memang akan menyerbu minda penulis maka persiapkan diri dengan beberapa tips mudah ini. Melukiskan, berjalanlah, mengembaralah, membuat jadual penulisan, berbual-buallah dan membaca kembali.

Dan seorang penulis itu sepatutnya tidak malas seperti saya! Adus!

3 ulasan:

  1. salam dihah...
    lama sudah akak tk kemari...
    singgah kemari..
    ralit pula mbaca coretanmu...
    :)

    BalasPadam
  2. Jangan malas...

    Cuba layan lagu yakin nyanyian brother art sejenak(pautan lagu itu ada dalam blog saya).

    Blog sekarang memang lebih 'NUR', memang lebih cantik...

    BalasPadam
  3. salam kak : lamanya kita tidak komen bersama di laman blog akak. Sibuk sehingga lama tidak menjengah. ralit membaca dengan senyuman, ya!

    Haris hauzah :Nanti saya 'layan' lagu berkenaan. Terima kasih dan saya juga suka kerana ia lebih 'NUR'. Memberi saya semangat menulis lebih ligat lagi di blog!

    BalasPadam