‘Nama Dia Joe’. Bab 1 dan akan berproses selepas selesai manuskrip Mr Pai Epal. Hehe. Jangan marah semua. Sebab hari ni, pendrive tertinggal. Terus waktu lunch hour saya tepek entry ‘berhantu’ ni. Belum ada kaver. Ini cerita secara spontan sahaja. Karakter dibangunkan perlahan-lahan tanpa ada plot. Insya-Allah, siri ini akan disambung selepas Mr Pai Epal selesai bab 33 di blog ini.
Dia, Cinta Hati Saya akan saya segerakan ya! Ampun semua. Hehe. Zain sedang rehat-rehat sambil tersenyum malu.
Dia, Cinta Hati Saya akan saya segerakan ya! Ampun semua. Hehe. Zain sedang rehat-rehat sambil tersenyum malu.
Okey pembaca kesayangan dan comel-comel. Mari panaskan badan dengan ‘Nama Dia Joe’.
Banyak projek tulis. Lepas tu pengsan! Kah kah.
“Cinta itu macam air cappuccino.”
***
***
Phewww. Kacaknya dia. Rambut hitam pekat. Kening tebal. Hidung mancung terletak. Bibir merah bak delima. Dia parkir motor Ducati warna hitam seksinya tanpa cacat cela. Tubuh tegap ala-ala hero Iron Man. Ala, hero yang nampak tua tapi kacak mengalahkan David Beckham tuuu. Ooo, motornya itu! Kalau baca Mr Pai Epal, novel si Mardihah, motor itu menjadi salah satu watak utamanya. Kalau bonceng motor seseksi itu, mesti punggung naik ke atas. Yewww!
Eriana pandang lama lelaki kacak menarik hati. Dia teliti satu persatu. Okey, dia mesti anak orang kaya. Lepas tu selalunya lelaki-lelaki kacak seperti dia ada rumah sedabak besar. Kolam renang mesti ada. Duit berterabur pun ya. Entah-entah ada gitar elektrik. Petik getir depan mata, nyanyi lagu Sudirman tajuk Milik Siapakah Gadis Ini. Terus jiwa akan mencair. Lagu melayu sangatlah! Tapi hanya itu lagu yang terdetik di kepala Eriana ketika ini. Meleleh air liur memandang wajah penuh keinsafan lelaki itu. Oh, kacaknya. Hati dia terus berdegup-degup.
Eriana jeling Mawar. Mawar ketuk jemari runcing Eriana dengan sudu. “ Gatal! Mata kau tu asyik belek lelaki kacak saja. Bukan calang-calang perempuan boleh memikat si Joe tu tau!”
Mawar senyum mengejek. Eriana ini memang pantang nampak lelaki kacak.
Oh, nama dia Joe. “Nama penuh dia, apa Mawar?” Eriana belek kuku. Hati berdegup kencang sebab terbayang-bayangkan wajah Joe. Lelaki itu sudah menghilang di sebalik bangunan tinggi. Mereka masih melepak dan menyedut cappuccino. Mata Eriana mencari lagi kelibat tubuh ‘Joe’.
Mawar jungkit bahu. “Entah! Nama dia Joe.”
Dia rasa mahu menyekeh kepala Mawar. Jawapan sebegitu pun dia boleh jawab. Irfan anak buahnya pun boleh beri jawapan sebegitu. Eriana tarik beg. Masukkan buku-bukunya ke dalam beg galas. Bajunya dibetul-betulkan dan dia pandang kuku yang berwarna merah. Sudah cantik dan berkilat.
“Jom. Kelas nak start ni.” Eriana mula beri arahan.
Mawar hegeh-hegeh hirup cappuccinonya. Mata jeling Eriana yang sudah berdiri. Membetul-betulkan skirtnya yang pendek itu. Mereka berdua sudah berdiri. Memandang langit luas dan biru.
“Dia budak baru, kan ?”
Mawar angguk. Faham sudah taktik Eriana.
“Dia ada falsafah kehidupan.”
Erk! Lelaki pun pakai falsafah? Eriana pandang Mawar. “Apa gila masih hidup dengan falsafah?”
Mereka berjalan. Laju dan mulut Mawar terus menerangkan falsafah Joe si budak baru. “Pertama. Ibu yang pertama. Ibu yang pertama dan ibu yang pertama.”
Eriana tarik nafas. “Kedua?”
“Perempuan tak akan jadi kekasih dia.” Mawar jeling Eriana yang mukanya sudah cemberut.
Kaki Eriana terhenti. Langkah mati. Kaku dan mereka berdiri. Para pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam kelas. Mereka semakin hampir ke kelas.
“Serius?’ Eriana gelengkan kepala. “Tipu sangatlah tu. Kalau jumpa Eriana, falsafah keduanya akan hilang dan mati.”
Eriana sengih. Tayang gigi cantik. “Ketiga?” dia berminat untuk tahu. Langkah kembali diatur. Mawar geleng kepala. Dia tahu rancangan Eriana untuk para junior baru yang datang ke kolej ini.
“Kekasih sebenar Joe dan selepas dirisik-risik ramai kenalan kita, hanyalah isterinya nanti. No awek, no kekasih. Sampai menikah. Mesti tutup aurat. Baju kurung warna biru dan tudung tutup dada.”
Eriana gigit bibir. Langkah kembali berhenti. “Yewwwww..itu falsafah ke syarat cari calon isteri, Mawar? Ke kau sengaja mencipta falsafah sendiri?”
Mata Eriana bulat. Mahu sahaja dia telan Mawar hidup-hidup di sini.
Gulp. Mawar telan air liur. Kerana Joe.
“Aku tak kira, kau kena selidik tentang Joe. Macam biasa. Tempat tinggal. Harta banyak mana. Aset. Hobi. Minat. Makanan kegemaran. Tempat kesukaan. Warna kesukaan. Binatang kesukaan dan ciri-ciri perempuan. Lima ratus ringgit. Nak?”
Kaki mereka melangkah lagi. Mawar geleng kepala. “Itu rasuah namanya, Eriana!”
Bahunya dicepuk dengan beg galas Eriana. Dia gosok bahu yang sakit.
“Lusa. Semua mesti beres!”
macam DCHS ke?
BalasPadamtak. lain. sambil saya garu kepala. haha.
BalasPadamAssalam.. mcm gaya bahasa DCHS je..nanti si Eriana tu akan insaf dan memenuhi 3 falsafah hidup Joe..betul tak? hehe.
BalasPadamapa2pun br bab 1 kan? xpe Mar, pastikan jejari kamu tu menaip cerita yg lain dr hasil karya kamu sbelum ni k.. :)br la variasi..hehe
Wassalam
Salam tanpa nama. hehe. Oh tidak. Eriana tak akan memenuhi segala falsafah Joe.
BalasPadamIa berbeza dengan DCHS, InsyaAllah. Ya, kita akan variasikan ia. :) komen ni sebagai pembakar semangat saya. terima kasih! terima kasih!
ini kisah Eriana & Mawar.
Mungkin heroinnya Mawar. Siapa sangka, kan? :)
Yea...novel baru ye sis???#^_^
BalasPadamMawar nak buat strategi untuk memikat Joe ke???o_O
-Nur Ati Za-