“Kak ngah, baju ni salah letaklah. Bukan kat sini."
Terkejut. Baru keluar dari bilik air Marsha sudah ada dalam bilik kelamin dia dan Maleq. Eh? Dia yang hanya bertuala terkebil-kebil.
"Eh, Marsha buat apa ni?" Kaki laju ke almari. Dia ambil baju-baju milik Maleq.
"Ni salah susunlah kak."
Telan air liur. Dia perhati jemari Marsha yang rancak mengambil kembali baju di jemarinya dan mengemas semula baju milik suaminya.
Apakah?
Sambil mengemas bilik
tetamu di bawah, bibir membebel-bebel. Sekejap-kejap dia cekak pinggang.
“Kemaskan bersih-bersih ya! Nanti Marsha datang.” Dia meniru gaya encik ganteng
beri arahan.
“Nad jangan lupa tau.
Bilik tu kena mop lagi sekali.” Dia meniru lagi. Sambil itu mengemop lantai.
“Baju Nad yang Nad
gantungkan sekejap tu Nad bawalah naik atas. Nanti Marsha nak letak beg dia
dalam almari tu.” Tiga kali arahan diterima. Bertalu-talu. Dia beraksi lagi.
Bergaya meniru cara encik suaminya member arahan.
Bilik tetamu sudah
berkemas. Sabtu begini, kalau dibawanya pergi memancing ke, tengok budak-budak
lelaki main bola ke, adalah faedahnya. Ini disuruh kemas bilik. Hanya sebab
‘Marsha nak balik!’. Nadratul Nisa’ angkat baldi. Mop dia bawa keluar dari
dalam bilik. Hati berbisik lagi, ‘syurga Nad. Syurga!’
Kaki terhenti bila
tiba-tiba Maleq berdiri di antara dapur dan bilik tetamu. Peluk tubuh, “Oooo,
ejek abang ya?”
Baldi terus dia letak.
Sengih. Gelengkan kepala. “Eh-eh, tak-tak. Bila masanya?” Nadratul Nisa’
masukkan kepala mop di dalam baldi. Haaa….rendamlah kat situ lama-lama. “Abang
kan sibuk kat dalam bilik tu. Asyik adap aje lappy. Nad boleh buat semualah.”
“Aik?” Angkat kening. Dia
terus membantu mengangkat baldi dan mop. Ditariknya tangan cik seksi
mengikutnya. “Ni buat kerja tak ikhlas ya? Hihi.” Maleq ketawa. Jiwa terhibur
sungguh mendengar suara isteri yang mengejeknya itu dan ini.
“Kita nak pergi mana ni?”
Nadratul Nisa’ terus bergerak. Baldi dan mop kini di tangan kiri Maleq.
“Masuk bilik air! Haha.”
Maleq mahu mengusik.
“Eh-eh. Tak kuasa!
Hahaha.” Dia pula ketawa. Sempat mencubit pinggang Maleq di depannya.
“Iyalah, abang nak Nad
temankan abang.” Maleq terburu-buru masuk ke dalam bilik air. Jemari Nadratul
Nisa’ sudah di pintu. Dia menahan diri dari terus masuk mengikut Maleq. Jarinya
memegang daun pintu. Habislah kalau dia dan Maleq masuk dalam bilik air. Haha.
Maleq ni, bukan boleh percaya tindakan refleksnya. Lebih pantas dari biasa!
“Sini tangan ni. Abang basuhkan. Amboi, kita bukan nak buat apa-apa punlah.”
Dia jeling Nadratul Nisa’. Gelengkan kepala. Tawanya bersisa. Kelakar betul cik
isteri banyak songehnya ini.
Jemari cik isteri terus
dia basuhkan. Sinki berkilat-kilat kini menjadi saksi. Air paip mengalir dan
perlahan-lahan dia menjirus jemari Nadratul Nisa’. Selepas berpuas hati,
pinggang cik isteri terus dia tarik bawa keluar dari bilik air. “Ishh..memang
tak boleh pun duduk lama-lama sebelah Nad ni. Ada magnet.”
“Magnet?” Kening terangkat
ala-ala Ziana Zain.
“Iya.” Angguk.
“Ishhh..merbahaya-merbahaya.”
Nadratul Nisa mengikut Maleq. Mereka sudah mendaki anak tangga. Kaki mengatur
jejak. Kini bilik kerja Maleq menjadi teman kaki. Maleq sudah duduk di kerusi
kerjanya. Lappy masih menyala. Beberapa keping lukisan bersepah-sepah di bawah.
Ya rabbi. “Ribut taufan apa ni?”
“Taufan Maleq nama
diberi.” Dia menepuk-nepuk peha. “Meh sini. Duduk sini dengan abang.” Sengih
lagi. Cakap sajalah nak bermanja dengan cik seksi wahai encik ganteng.
“Ish..Nad busuk. Mandi
peluh mengemas bilik kat bawah. Yang adik kesayangan abang nak balik esok tu
kan?” Jelirkan lidah.
“Ala….sinilah.” Maleq
memanggil Nadratul Nisa’ yang masih berdiri di sebelah tingkap. “Marsha pun
datang dua tiga hari aje. Sini-sini.”
Kaki melangkah. Pergi
mengikut permintaan suami. Sambil berjalan, dia garu leher. Akhirnya punggung
sudah ada di atas peha suami. Sama-sama duduk berdua mengecap nikmat bahagia.
Jemari Maleq lancar
membuka gambar-gambar mereka berdua. Dagu sudah ada atas bahu cik isteri.
Haruman pewangi dipakai isteri menerobos masuk ke dalam hidung. Sesekali jemari
membetulkan rambut Nadratul Nisa’ yang mengganggu retina mata. “Cantik kan?”
Angguk. “Eh, Nad ni rasa
macam Nad gemuk sungguh duduk kat depan abang ni. Haha.” Malu. Iyalah. Musim
cinta mereka pun sekarang terasa banyak bezanya dengan awal-awal perkahwinan
mereka. Maleq ini, manja kemain lagi.
“Ishhh..diam-diam. Tengok
gambar ni aje. Bukan buat apapun. Eh dia ni. Jangan bantah. Jangan bantah! Nak
syurga tak? Hahaha.” Dia ketawa. Gelengkan kepala. Buka satu gambar mereka di
The Dusun, satu ciuman hangat dia hadiahkan ke pipi comel cik isteri.
“Eh..cantik!” Mata
menyeluruhi momen-momen indah mereka di The Dusun. “Dengan durian pun ada. Bila
abang ambil gambar ni?” Gambar dia dengan durian pun turut terselit.
“Sebelum kita bertolak
pergi mandi kat air terjun ni. Haaa..ni-ni.” Maleq scroll ke kanan. “Gambar
kita berdua.” Dia senyum. Sekali lagi satu ciuman di pipi Nadratul Nisa’.
“Paling comel mestilah Nad
kan? Hehe.” Dia meneliti. Jemari Nadratul Nisa’ turut sama berscroll ke kanan
dan ke kiri. Dia menoleh ke kiri. Pipi encik ganteng dia renung. “…dan yang
paling penting, orang yang paling ganteng ialah abang. Encik ganteng!”
“Cik seksi!” Jelirkan
lidah. Maleq senyum lagi. Entah apa-apa sungguh mereka berdua ni. Ada sahaja
usik mengusik. Tapi inilah dinamakan bahagia. Semalam ibu menelefon. Bertanya
khabar dia dan perkembangan cik isteri banyak songeh.
“Maleq okey tak?”
“Alhamdulilah ibu.”
Senada. Gembira sebenarnya.
“Haaa..Nad macam mana?”
Tersipu-sipu si ibu bertanyakan projek si anak kesayangan.
Maleq mencerna ingatan
dengan pesan-pesanan ibu. “Nad okey dah. Alhamdulilah. Nampaknya semakin
serasi.”
“Ehem-ehem.” Puan Wardah
berehem-ehem.
“Hahahaha.” Maleq ketawa.
“Apa yang ehem-ehem ni ibu?”
“Takde apa-apa. Saja nak
berehem-ehem. Eh, kedai ibu dah makin ramai ni. Kita talk-talk lain kali.
Singgah sini, ambik strawberry. Ibu terbeli banyak. Bagikan Nad makan. Maleq tu
kan belum sempat bawa Nad jalan-jalan sekitar sini.”
Tepuk dahi. “Ha..okey-okey.”
Senyum sampai telinga.
Suara Nadratul Nisa’
matikan lamunan. “Kita belum setahun pun. Nanti dah dua tahun kahwin macam mana
ya kita? Bahagia macam ni ke?” Dia mengajukan soalan entah apa-apa.
Jemari meraut rambut
panjang isteri. Lappy dia tinggalkan bernyala. Perhatian kini lebih kepada
rambut panjang isteri. “InsyaAllah. Kita doa sama-sama. Dan jangan tanyakan
soalan-soalan ni lagi kat abang boleh tak?” Maleq serius. Nadanya hantar
debaran di jiwa Nadratul Nisa’.
“Iya, Nad saja tanya. Kita
kena planning rumahtangga kita. Tahun ni kita pergi The Dusun. Tahun depan Nad
nak ajak abang lagi pergi honeymoon.”Jemari dia terus di atas papan kekunci.
Gambar-gambar ini mesti dia printkan dan simpan dalam album. Kenangan indah
kan?
“Abang doa siang malam
untuk kita. Biar bahagia sampai syurga. Okey, nanti abang plan tahun depan kita
pergi jalan-jalan.”
“Serius?”
“Iya, abang serius ni.”
“Janji?” Nad pusingkan
kepala. Memerhati sekali lagi mata Maleq.
Angguk. Senyum. “Iya,
abang janji. Nak jejak Kutub Utara pun boleh.”
“Eleh! Iyalah tu.” Sengaja
lagi mengusik. Nadratul Nisa’ kini merenung kembali lappy encik ganteng.
“Iya. Sumpah!” Ketawa.
“…paling penting kan…” Suara Maleq halus berbicara. “Kita solat jemaah
sama-sama. Baca Al-Quran lembutkan hati kita di samping abang berdoa hari-hari
lembutkan hati cik isteri banyak songeh ni. Hari-hari abang doa tau.”
“Eh…” Dia tiba-tiba
berdiri. Punggung sudah tidak letak di atas peha Maleq Rafie. Nadratul Nisa’
cekak pinggang. “Doa lembutkan hati cik isteri banyak songeh?”
Angguk dan ketawa.
“Iyalah.” Maleq buat muka selamba. “Doa tau. Hari-hari abang doa lembutkan hati
cik seksi. Doa supaya abang seorang sahaja di hati cik seksi. Doa juga supaya
cinta Nad tu untuk abang seorang. Doa kan senjata orang mukmin? Kira abang
berusaha apa pujuk Nad dengan doa.” Dia tidak berdalih. Malah membenarkan
sejarah rumahtangga di bibir.
Dia selangkah mendekati
encik ganteng. “Ohhh…” Picit hidung Maleq. “Patutlah.”
“Patutlah apanya?”
“Hari-hari sebut nama
abang aje…ohhh.” Nadratul Nisa’ picit lagi hidung encik ganteng.
“Mestilah. Haha.” Dia
membalas. Menarik hidung cik isteri.
“Patutlah hari-hari nak
duduk dekat sebelah abang aje. Haha.” Dia ketawa. Sekali lagi dia tarik lengan
Maleq. Digigit kuat-kuat.
“Sakitlah! Hahaha.”
Ketawa. Bahagia
meruap-ruap lagi. Tapi Nadratul Nisa’ masa semakin mendekati. Detik nan lalu
sebenarnya sukar dia lenyapkan. Pernah satu malam, Maleq menarik dia ke dalam
pelukan. Hangat. Meski dia sudah lelapkan mata, tetapi sebenarnya dia masih
terjaga. Suara Maleq menyebarkan rasa syahdu. “Nadratul Nisa’, kita doa Tan itu
jadi orang beriman. Itu lebih mulia. Itu malah tambahkan pahala. Abang tak
kenal siapa Tan. Sikitpun abang tak akan tanyakan lagi siapa dia di sisi Nad.”
Suara Maleq menyambung
sejarah. “Errr…..Sebab nama dia Tan kan. Mesti dia bukan Islam. Right?
Agak-agak abang selalunya betul. Abang doa dia kekal bahagia di mana-mana.
Abang doa dia diberi hidayah Tuhan. Terima kasih kerana dia berikan abang
bahagia mengenali Nadratul Nisa’. Isteri abang yang baik, selamat malam.”
Kucup hangat melekat di
dahi. Malam menabur bahagia. Tidurnya diselaputi sang cinta. Kenangan lalu sesekali
sukar dia buang pergi.
Kelip-kelip membawa
cahaya,
Bunga seroja tumbuh
melata,
Hati kini bahagia dengan
cinta,
Usah lagi dikenang sejarah
lama.
:::Rindunya dengan Tan Jie Kang. Apa khabar dia? Ada satu bab akhir lagi di blog. Nanti saya bagilah dua entry pendek fasal TJK ya. Selamat berhujung minggu semua:::
yeay!!!! love it.....love it....
BalasPadamSobss. TT_TT kenapa pendek? Huhu. Tapi tak apa.Janji ada. Yeayyyy. Love youuuuu. Hehe.
BalasPadamSobss. TT_TT kenapa pendek? Huhu. Tapi tak apa.Janji ada. Yeayyyy. Love youuuuu. Hehe.
BalasPadamrasa mcm nak suruh habis kat blog je. diehah laju2 siapkan. x sabar nak peluk semua citer you kt blog ni.
BalasPadampendek...tapi ok lah dari tak ada langsung..
BalasPadamcik writer,sungguh kita jatuh cinta dengan maleq and nad.
moga mereka bahagia hingga akhir hayat..
wahh...tumpang suka dgn mereka dua orang.
BalasPadamtajuk masih mr tan ke?
BalasPadamNice...best :)
BalasPadam