Pages

29 Oktober 2013

Tan Jie Kang [Special Entry II]


Heh. Saya tak boleh bagi entry panjang-panjang. Sekadar seciput aje bolehlah ya. Rindukan Tan Jie Kang tak? Nah -entah apa saya jadi jiwang 14 karat. Jadinya karangan di bawah sudah bercantum dalam manuskrip lengkap 'Nadratul Nisa'. Yang pasti musim ketiga menyusuri sisi Tan menjernihkan hatiku. Ecewahhh!! Sayang semua 14juta. Daaa



Nadratul Nisa’. Ada kenangan yang kau tinggalkan. Dan kenangan yang berlagu di hujung mata ini telah selalu membuatkan aku sepi. Apa lagi yang mampu aku buat selain menelan sahaja pahit dan perit kenangan ini? Apa lagi yang mampu selain aku mengumpul kekuatan untuk meneruskan hidup ini.

Atas nama Allah wahai Nadratul Nisa’…aku tidak pernah berhenti menyebut namamu. Aku juga tidak pernah lupa akan kekuatan yang aku ada tika mendengar nadi ini bernyawa atas sinar wajahmu.

Berdosakah aku lagi Nadratul Nisa’?

Nad…air mata sudah kering. Kalau mahu dibilang dan bersaksi tahajud itu…ia sukar diganti dengan apa-apa melainkan Allah menciptakan seorang gadis menyerupai kau semula. Tetapi ia mustahil. Barang aku lupa agaknya, yang saat bibir basah menyebut nama Tuhan. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar…ada air mata bercucuran membasahi pipi dan aku menyebut berkali-kali namamu.

Berdosakah aku juga Allah kerana masih menyintai dia?

Tahajud bersilih ganti dengan zikir itu adakah Kau terima wahai Tuhan? Sang mentari selalu merasakan aku menjadi temannya. Di mana-mana. Tetapi dingin angin yang membalut tubuh ini Nad, hanya terasa kau meneman di jiwa.

Bagaimana lagi harus aku menghapus bayang rindu itu, wahai Nadratul Nisa’.


10 ulasan:

  1. Tanpa Nama29/10/13 14:34

    cam mana nak bagi senyuman 14juta.....bila hati sayu jer ingatkan tan.........

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama29/10/13 14:37

    oh my tan. rindu. tq kak diehah sudi bgi entry walau pendek aje.

    BalasPadam
  3. Tan dah peluk Islam....tp Nad dah ada Maleq..:p

    BalasPadam
  4. Sedihnyer..Tak suka2x...sabarlah wahai Tan..:'(

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama29/10/13 18:55

    oh...sdehnye la bile igt tan..

    BalasPadam
  6. apa jd nti cik dihah
    cpt ler siap kannnn

    BalasPadam
  7. akan wujudkah gadis jelmaan Nad untuk Tan

    BalasPadam
  8. Che Mardihah tak sabar tggu manuskrip penuh dalam versi cetak! hehehe...
    tp sayu tahap patblas juta la..... huhuhu!

    BalasPadam
  9. rindunyeee ngn Tan....

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama1/11/13 15:09

    Tan ... cinta yg terlarang menyebabkn dua jiwa merana...

    BalasPadam