“Akhtar!”
“Haaaa..”
“Kau tak nak kahwin lagi ke?”
Geleng kepala. Jemari mengusap lembut rambut si anak dara.
Permainan yang Bahtiar baru saja beli dan hadiahkan kepada anaknya sudah
menjadi kawan.
“Kau nak aku carikan?” Bahtiar sengih. Isteri dia di dapur sedang
memasang telinga.
“Kesian tau Nisa. Dia pun nak ada mummy kan?” Suara Nani di dapur
menggamit. Menambah rencah si suami.
Akhtar senyum. Hanya senyum. Itu sahaja yang dia mampu selain menelan
kenangan yang sukar dia padamkan dari ingatan.
“Kalau korang berdua boleh carikan aku mummy yang sama nama macam
anak aku.” Akhtar memandang wajah sahabat baiknya. “Aku akan setuju!” Titik.
Dia senyum.
Pulak dah!
“Kak ngah, baju ni salah
letaklah. Bukan kat sini.” Suara Marsha memetir. Dia memerhati susunan yang
bukan kebiasaan di mata. Kalau selalunya, bercuti semester dia akan datang
mengemas. Dia akan sibuk menguruskan pakaian abang kesayangan. Itupun selalu
dimarah oleh ibu. Kalau sudah kantoi dengan ibu, perginya pun secara
sembunyi-sembunyi dari pengetahuan ibu dan abang ngah. Paling tidak, dia paksa
abang ngah mengambil dia dan ibu bertandang ke rumah abangnya ini. Proses
mengemas, mengambil hati maka berjalanlah seadanya.
Terkejut. Nadratul Nisa’
terus membuka pintu bilik air bila mendengar suara Marsha. Tengok-tengok Marsha
sudah ada di dalam bilik kelamin dia dan Maleq. Eh? Nadratul Nisa’ yang hanya
bertuala terkebil-kebil. Kaki meluru laju ke arah almari. Muka rasa berbahang
kerana terkejut akan kehadiran Marsha di dalam bilik tidur dia dan Maleq. Dahi
berkerut-kerut. Dalam hati sudah bertalu-talu soalan. Eh, Marsha ni kenapa
masuk macam tu saja ke dalam bilik ini? Eh Marsha ni dah kenapa?
“Eh, Marsha buat apa ni?”
Kaki laju ke almari. Soalan lain yang akhirnya terkeluar dari bibir. Rambut
yang masih basah di tolak ke belakang. Dia ambil baju-baju Maleq yang berada di
atas tangan Marsha.
“Ni salah susunlah kak.”
Dia renung mata kakak iparnya.
Nadratul Nisa’ hanya mampu
menelan air liur bila Marsha rancak menyusun baju-baju yang lain. Habis daya,
baju-baju yang ada di jemarinya kini juga laju diambil kembali oleh Marsha.
Marsha kembali mengemas.
Apakah?
“Ala, kak ngah pergilah
mandi. Jangan kacau Marsha.” Dia menepis tangan Nadratul Nisa’ yang kini laju
menarik baju-baju Maleq.
“Eh, takpe. Kak ngah boleh
kemaskan balik. Tapi rasa macam dah okey aje ni.” Dia tidak mahu mengalah. Baru
sehari, Marsha sudah melampau membuatkan dia marah. Serba serbi salah. Baju
yang bergantung di bilik menggosok, sibuk Marsha yang mahu gosokkan. Baru
sehari sudah tunjukkan dia apa yang salah dan betul. Eh, kau dah kenapa?
“Nad!” Suara garau Maleq
mematikan pergaduhan kecil. Dia peluk tubuh sambil bersandar di daun pintu.
Retina mata memerhati tubuh isteri yang masih berbalut tuala. “Eh, tak habis
mandi lagi ke?”
“Itulah kan abang ngah.
Marsha suruh habiskan mandi dulu. Takpelah baju ni…bagi aje Marsha yang kemas.”
Mata melirik abang ngah yang dia sayangi. “Marsha dah biasa kemas baju abang
ngah kan?”
“Errr..dah-dah!”
Sebenarnya baru dia mandi. Tak sampai tiga minit pun. Belum habis menyegarkan
tubuh yang kepenatan melayan sesi permintaan Marha yang mahukan itu dan ini.
Bukan main berselera mahukan dia memasak itu dan ini. Maleq pun turut sama
gembira bukan main lagi mendengar adiknya itu meminta dia memasak.
“Ala…bagi aje Marsha
kemaskan. Nad pergi mandi dulu. Ada sabun atas rambut tu lagi.” Maleq membulatkan
anak mata.
“Takpe kak. Marsha
kemaskan. Selalu baju ni bukan kat sini pun.” Marsha senyum simpul. Mata
kemudian memandang abang dikasihi.
Dia masih berdiri.
Nadratul Nisa’ gigit bibir bawah. Mata tekun memandang Maleq yang merenungnya.
“Dah..Nad dah sudah mandi dah. Takpe Marsha. Kak ngah buatkan.” Dia sekali lagi
mengambil baju-baju di jemari Marsha.
“Nad…” Lembut sahaja
bicaranya. Maleq senyum. Dari riak wajah isteri dia tahu Nadratul Nisa
terkejut. Dia tidak boleh menghalang tabiat dari kecil Marsha yang satu ini.
Dia tidak boleh menegah Marsha takutkan Marsha kecil hati. Marsha inilah
satu-satunya adik tempat dia menumpang kasih. Beberapa tahun dia keseorang, ibu
akhirnya mengandungkan Marsha. Marsha sudah jadi adik darah daging sendiri.
Marsha adik yang sama berkongsi susu ibu zaman kecilnya dahulu.
Perebutan terhenti sekali
lagi. Masing-masing memandang Maleq yang kini bersuara, “Ke Nad nak abang masuk
bawak Nad ke dalam bilik air?” Angkat kening. Sengih macam kucing jantan mahu
menerkam mangsa.
Marsha menyiku kakak
iparnya. “Cepatlah kak pergi mandi. Marsha yang kemas ya?” Mata terus tajam
menikam lekuk tubuh kakak iparnya yang hanya bertuala. Mengada sungguh! Jangan
harap nak bermesra manja masa Marsha ada.
Serentak itu, kaki Nadratul
Nisa’ perlahan-lahan berjalan menuju masuk ke dalam bilik air. Sudah buang
tabiat ke mahu dia mengajak Maleq masuk ke dalam bilik air dengan adanya Marsha
di depan almari? Gila apakah Maleq ini?
Dahi kembali
berkerut-kerut. Sebelum menutup pintu bilik air dia sempat menjeling Marsha
yang sedang tersenyum sinis. Baju-baju di dalam almari dan kesemua milik Maleq
tiba-tiba dipunggahkan oleh Marsha.
Gila! Gila! Gila! Hatinya
mahu menjerit-jerit. Ahh…sakit. Sakitnya jiwa entah kenapa bila terpandangkan
wajah dan senyum mengejek Marsha itu. Kenapa perlu Marsha sebegitu sekali?
Mengapa?
***
Hari-hari berikut yang memendamkan seribu rasa. Nadratul
Nisa’ mendiamkan diri. Sepanjang masa pun, dia hanya menjadi perhiasan. Dia
menjadi si penghidang makanan. Menjadi si tukang masak yang buat-buat ketawa di
depan suami sendiri. Tawa Marsha dan Maleq terus menghiasi gegendang telinga. Semuanya
menari-nari di depan mata. Jadualnya minggu ini agak padat dengan kehadiran
Marsha dan ibu. Ibu sesekali menjengah menikmati makan malam. Pernah dia
terdengar juga perbualan ibu yang mahu mengheret Marsha pulang. Tapi hmmm…suara
manja Marsha memujuk suaminya bagaikan menyiat-nyiat gegendang telinga. Kenapa
dia jadi marah melihat kemesraan Maleq dan Marsha? Kenapa dia cemburu? Kenapa
dengan adik Maleq pun dia rasa lain macam benar degup jantungnya?
Kalau Maleq sedang
berbual-bual mesra bersama Marsha sambil bermain Sudoku, dia cepat-cepat masuk
ke dalam bilik dan terus tidur. Paling memilukan bila petang tadi, Marsha
menurunkan semua barang-barang keperluan di dapur. Baru mahu berbual mengenai
masalah ladang. Baru mahu dia buka mulut dan berbincang, Marsha datang membawa
kerusi kayu dan memanjat kabinet.
“Marsha ingat nak tolong
kemas dan susun balik Tupperware dalam kabinet nil ah abang ngah. Boleh ya?”
Boleh ya? Jemari Marsha
sudah ligat. Memanglah dia sudah minta kebenaran tapi boleh pula terus menggeledah
tanpa ada persetujuan empunya dapur. Dia terkebil-kebil menyaksikan bekas-bekas
Tupperwarenya dikeluarkan oleh Marsha. Telinga bernanah lagi mendengar,
“Eeee….banyak habuklah dalam kabinet ni abang ngah. Tak kemas ya?”
Sentap. Dia renung Maleq
yang terkebil-kebil. Nadratul Nisa’ terus angkat kaki. Ayunkan kaki segera
masuk ke dalam bilik.
Segala Tupperware telah disusun
kembali di kabinet yang berlainan. Alahai, habuknya di dalam kabinet itu
biasalah wahai Marsha. Kenapa itu pun menjadi topic bebelannya? Ibu pun tidak
pernah ambil tahu dan pusing pun! Kopi, teh, susu, milo, gula dan garam pun
sekali dikemas tanpa persetujuan dia. Semua susun atur replika kapal terbang
yang dikumpul Maleq pun turut sama diubah. Almari antik yang tidak bersalah itu
pun menjadi salah satu saksi minggu menyedihkan jiwanya. Ah, Nadratul Nisa’.
Dia tewas kalau berdiri di depan Marsha. Tubuh rasa dihempap dengan bumbung
rumah.
Paling memedihkan, Maleq
turut sama sibuk membantu menyusun. Dari susun atur di dapur sampailah ke ruang
tamu. Maleq turut sama menghidangkan ketawaran dalam hatinya. Bukan tiga hari
Marsha duduk dengan mereka. Tetapi seminggu yang berterusan memenjarakan jiwa
Nadratul Nisa’. Dia pejamkan matanya. Cuba untuk tidur dan menanti lagi tubuh
suami datang mampir tidur bersebelahan dengan dia. Dia tarik nafas. dia
mengatur sendu yang tiba-tiba mengetuk pintu hati. Air mata sepi tiba-tiba
mendudu. Dia entah kenapa rasa terbuang. Entah kenapa rasa tidak dipedulikan
semenjak hadirnya Marsha. Maleq pun dia lihat berlainan gaya dan tingkahnya. Semuanya
Marsha. Segalanya Marsha. Hanya Marsha dalam minggu ini menjadi topik perbualan
dan singgah di bibir Maleq.
Inikah rasanya seperti
yang Maleq rasa dahulu? Inikah rasanya tidak dipedulikan suami sendiri? Maleq
itu kenapa berubah tiba-tiba. Kenapa dengan Marsha berbeza sungguh perilakunya?
Rasa hibanya disampaikan angin. Rasa sebaknya kini merelung-relung membawa
kesan sampai ke ruang tamu.
Maleq mendongak. Memandang
tingkat atas. Lampu di tingkat atas rumah sederhananya ini masih menerangkan
rumah. “Eh, kak ngah dah tidur ya?”
“Iyalah kot. Asyik tidur
awal aje. Ajak main sekali UNO ni tak nak. Buku Sudoku pun ada kat sini.
Mengadalah kak ngah tu. Sinilah abang ngah. Main sekali lagi ni.” Kad-kad UNO
disusun. Mata melirik memandang abang kesayangannya. Itulah, siapa suruh kahwin
awal? Siapa suruh pilih sendiri calon isteri. Bukankah abang ngah sudah
berjanji mahu menanti dia turut sama dalam proses mencari calon kakak iparnya.
Hanya janji yang tinggal janji!
“Abang ngah dah ngantuklah!”
Dia cari alasan. Maleq terus bangun dari sofa. Perlahan-lahan berjalan ke anak
tangga. Dia kini sudah berdiri di anak tangga pertama. “Eh…abang ngah naik atas
dulu. Ibu pesan tadi suruh Marsha tidur awal. Ni dah lewat ni. Dah-dah pergi tidur!”
Kaki laju berlari menjarakkan diri dari tempst duduk Marsha. Waktu malam inilah
baru dia boleh larikan diri dari Marsha. Kalau tidak, entah ada saja ceritanya.
Dari cerita zaman kanak-kanak sampailah ke zaman pengajian di Kedah sana. Marsha
ni kalau tidak dihalang bebelannya, mulutnya tidak akan berhenti.
“Ala.. Marsha dua hari
lagi nak balik dah rumah ibu. Marilah borak lagi. Tak bestlah abang ngah ni.”
Monyok sedepa. Cari kak ngahlah tu. Menyampah!
Ah - Maleq pula mati kutu.
Entah kenapa rasa serba salah. Mana satu hendak dia mengalah. Marsha pun hanya
seminggu sahaja duduk di rumahnya ini. Maka, masanya kini lebih terarah untuk berbual
dengan adik kesayangan hati. “Ishh…dah tengah malam ni Marsha. Kesian pulak kat
kak ngah. Kita selalu borak sampai pagi. Esok abang ngah ada meeting. Nanti
lambat. Esok lepas abang ngah balik kerja kita chit chat lagi ya.”
Kaki laju mendaki. Maleq
meninggalkan Marsha yang terkebil-kebil menahan rasa geramnya. Hurm.
“Huh…dahlah kemeja abang ngah pun gosok macam serupa tak gosok. Dapur pun tak
berkilat macam selalu aku ada. Pemalas punya perempuan!”
Geram. Marsha ketap bibir.
Kenapa awal sangat abang ngah kahwin tanpa dia carikan calon untuk abang ngah?
Kenapa mesti kak Nadratul Nisa’? Kenapa mesti dia? Mata menyorot bayang tubuh
abangnya yang sudah masuk ke dalam bilik. Bunyi pintu yang ditutup Maleq
menggigit gegendang telinganya. Akal berputar-putar lagi.
“Nad…” Maleq jejakkan kaki
ke dalam bilik. Perlahan-lahan dia letakkan kepala ke atas bantal. Maleq kini
sudah membaringkan diri. Nafas sudah bersatu dengan angin. Mata masih
terkebil-kebil memandang siling bilik. Maleq pantas menarik gebar menutup tubuh
sendiri. Sudah dua belas tiga puluh minit dan kini malam makin pekat.
Tubuh isteri yang nyenyak
tidur sedang membelakangkan dirinya. Perlahan-lahan dia mendekatkan diri dan
jemari kini memegang bahu Nadratul Nisa’. “Nad dah tidur ke?”
Nadratul Nisa pejamkan
mata. Buat-buat tidur. Dia mahu segera lena dan mahu segera pergi dari bayang
sedih. Alahai Nadratul Nisa’, manja sungguh. Marsha itu kan adik Maleq. Marsha
itu kan bukan selalu datang menjenguk dan menjadi tetamu di rumah ini. Dia
pujuk sendiri hati. Biarlah Maleq mahu berbual-bual dengan Marsha. Tidak luak
apa-pun kan. Tapi dia sudah merajuk. Berjauh hati dengan kelakuan Marsha yang
dilebihkan Maleq. Sampaikan bilik tidur mereka pun dicerobohi tanpa permintaan.
Sedangkan anak sendiri pun dia tahu harus dididik. Ketuk pintu bilik ibu bapa
jika mahu masuk. Marsha tu tak sekolah ke? Ah, geram!
“Nad…selamat malam sayang.”
Suara garau sang suami memenjarakan resah. Pinggangnya kini dipeluk erat.
Bahunya terasa dicium hangat. Pipi pula menjadi teman bibir Maleq. Rambutnya
dielus lembut. Rindunya dengan Maleq hanya Tuhan yang tahu. Rindunya mahu
berbual-bual panjang sebelum melelapkan mata. Rindunya kan Nadratul Nisa’? Dia
hiba sendiri.
Nadratul Nisa’ sembunyikan
sedih. Dia sembunyikan marah yang dia simpan selama beberapa hari ini. Mata kini
terbuka. Entahlah, dia sendiri tidak pasti. Maleq semestinya tahu yang dia
sedang marah. MARAH tau tak?
Ali dan Siti yang sedang
berenang-renang menjadi pemantul cahaya. Batu-batu yang disusun atur oleh Maleq
di dalamnya menjadi teman mata. Dia cuba membalas. Mahu berbicara.
Sekurang-kurangnya dia mahu ucapkan selamat malam juga untuk suami. Dia juga
mahu bibirnya ini melekat di dahi sang suami.
Tapi bibir terkunci.
Sekali lagi bibir mati tanpa kata-kata! Hati sudah menjadi kecil. Air mata
kembali menjadi teman. Suara Marsha di luar buat Nadratul Nisa’ kembali menutup
mata. “Abang ngah!” Pintu diketuk bertalu-talu. Suara itu lagi. Menganggu lagi
dan lagi! “Bukalah pintu ni!”
Gebar terasa ditolak.
Katil sebelah terasa ditinggalkan Maleq. Suara Marsha memanggil lagi. “Marsha dah
buatkan kopi. Mehlah join. Best tau kopi yang Marsha buat ni. Bukan selalu
dapat minum kopi yang Marsha buat.” Pintu diketuk kuat tanpa ada rasa hormat.
“Haaa…” Pintu sudah
dibuka. “Marsha nak apa lagi ni? Abang ngah nak tidurlaaa.”
“Marsha bukak cerita best.
Iron Man. Nak join tak?” Marsha menjeling ke dalam bilik Maleq. Retina mata mencari
tubuh Nadratul Nisa’ sambil tersenyum penuh sinis. Tubuh kakak ipar sudah
berbalut dengan gebar. Oh, dah tidur. “Kopi?” Dia memancing lagi. Angkat
kening. “Paling best. Sesiapa pun tak boleh lawan bancuhan Marsha. Ibu atau kak
ngah buat pun pun takkan sama rasanya. Kalau tolak, abang ngah rugi!” Mug berisi kopi ditayang-tayang depan mata
Maleq.
“Waaaa…sedapnya bau!
Kejap. Seminit. Abang ngah pergi buat laporan dulu.” Lupa. Maleq terus lupa
dengan mesyuarat keesokan harinya. Lupa juga untuk tengahari esok membawa
Nadratul Nisa’ bertemu dengan pembekal baja. Kalau sudah minum kopi dan tonton
DVD, haruslah waktu tengahari di pejabat dia tidur berdengkur-dengkur.
“Okey!” Dia senyum manja.
“Marsha tunggu tau!”
Air mata perlahan-lahan
mengalir. ‘Sesiapa pun tak boleh lawan bancuhan Marsha. Ibu atau kak ngah buat
pun pun takkan sama rasanya. Kalau tolak, abang ngah rugi!’ Jemari runcing
Nadratul Nisa’ terus menerkam pipi. Air mata sudah dia lap. Kesedihan diri sendiri
kini dia pendam lagi.
Ali dan Siti terus
berenang-renang. Perlahan-lahan berenang seperti tahu sedih si tuannya. Mata
menyorot ke arah ikan. Nadratul Nisa’ membetulkan gebar. Bibir dia bergerak
mengalunkan rasanya kini. “Ali, selamat malam ya!”
***
Maleq terburu-buru. Dia
menyarung apa sahaja baju yang disediakan oleh isteri. Mencari tali leher dan
stoking di dalam laci. Beg disambar. Kunci kereta dan apa sahaja kertas yang
berlambak di atas meja comel dia gulung laju-laju. Selalunya Nadratul Nisa’
yang akan mengemas semua ini. Eh, mana Nad ya? Kaki berayun laju. Maleq keluar
dari bilik. Dia menuruni anak tangga.
Pantas dia mencari dapur.
Mana haruman kopi yang selalu isterinya bancuhkan ya? Sarapan apa yang Nadratul
Nisa’ hidangkan untuk dia pagi ini ya? Dia sudah lapar.
Retina mata menyinggah
meja. Kosong! Aik? Dia memandang tubuh genit isteri yang berdiri di sinki. “Eh,
Nad tak buatkan sarapan ke?”
“Baru nak jerang air.”
Perlahan sahaja suaranya. Protes! Air mengalir laju masuk ke dalam cerek. Dia
pantas bergerak. Hidupkan api dan meletakkan cerek yang sudah dipenuhi air.
“Nad tertidur lepas solat Subuh tadi. Penat agaknya.”
“Kopi pun tak buat ke?”
Jungkitkan kening. Wajah mendung isteri dia teliti.
“Suruhlah Marsha buatkan.
Dia buatkan best. Lagi sedap bancuhan kopinya. Nad malas.” Spontan bibir
menjawab. Dia terburu-buru keluar dari dapur. Maleq terus mengikut. Beg
kerjanya terus dia letakkan di atas kerusi makan.
Tali leher yang masih
belum lengkap dibiarkan bergantung di leher dan bersatu dengan kemeja. Pulak!
Kenapa perlu dikaitkan Marsha fasal membancuh kopi ni? Dia mengikut Nadratul
Nisa’ mendaki anak tangga.
Dia dan Nadratul Nisa’
kini sudah di dalam bilik. Suara yang ditahan Nadratul Nisa’ bergema. “Pergilah
suruh Marsha adik kesayangan abang tu buatkan kopi untuk abang. Nad malas!”
“Kenapa ni Nad? Fasal kopi
aje. Abang tak minta lebih dari tu. Hanya kopi. Kalau tak sempat pun, abang
boleh sarapan dengan Jiji aje kat pejabat. Abang dah lambat ni. Janganlah macam
ni ya.” Memujuk. Wajah rusuh isteri dia renung lagi. “Pagi-pagi ni tak baik
buat begini kat abang. Apa salah Marsha pulak ni?”
“Ohh..abang tanya apa
salah Marsha?” Nadratul Nisa’ mengawal suara. Dia tidak mahu Marsha mendengar
perbalahan ini. “Abang nak tahu?”
Sudah. Maleq pejamkan
mata. Kelam kabut sudah corak paginya hari ini. “Nad…” Dia mendekati. Mahu
memeluk tubuh isteri yang dia kasihi.
“Jangan dekat dengan Nad.
Jangan!” Dia menolak. Sudah marah. Sudah beberapa hari dia pendamkan amarahnya.
Kali ini dia perlu meluahkan.
“Okey-okey. Sekarang Nad cakap apa salah abang. Kita bincang okey?” Maleq berdiri di depan Nadratul Nisa’. Alamak ai, bila isterinya ini marah, dia jadi tidak tentu arah.
Nadratul Nisa gigit bibir bawah. Dia mula menyuarakan. “Apapun ni bilik kita. Kenapa perlu Marsha masuk dan sibuk sibuk susunkan baju abang?"
“Laaaa...Marsha betulkan aje. Dia dah selalu kemaskan pun dari dulu.” Maleq masih tidak menyedari akan rasa kecewa Nadratul Nisa’.
"Whatever!" Nadratul Nisa’ buntangkan bola mata. “Betulkan aje? Abang…ini bilik kita. Sesiapapun tak boleh masuk. Dan kenapa Marsha sibuk-sibuk betulkan dan ubah semua barang-barang kat dapur. Sibuk kemas itu dan ini. gosok baju abang semua? Kenapa?”
Dia pandang Maleq yang sedang menarik nafas. “Abang ada Nad tau. Nad boleh buat semua dan Nad tak perlukan tunjuk ajar dari Marsha. Siapa dia nak tentukan itu dan ini dan komen fasal apa yang Nad sudah buat? Apa yang abang lebihkan Marsha sampai abang diamkan saja apa yang dia buat? Nad ni siapa? Nad siapa?” Jemari menekan dada.
"Nad cemburu ya?" Sengih. Boleh pula dia melawak selepas mendengar luahan hati cik seksi.
Mulut ternganga. Kening sudah bercantum. Itu sahaja jawapan Maleq? Penatnya bercakap! Alahai. "Bukan masalah cemburu atau tak. Even dia adik susuan abang. Dan Nad tahu Marsha itu dah sah jadi adik abang. Tapi dia kena hormati hak Nad. Ini bilik kita dan rumah ini juga ialah kini rumah Nad. Kenapa sibuk ajar Nad tentang abang itu dan ini. Melampau tau tak?"
"Nad...." Hembus nafas. Aduhai masalah. "Boleh tak Nad faham? Dia adik abang. Please." Kaki melangkah mendekati lagi cik isteri.
Ah, mahu saja dia menjerit kuat-kuat. Nad tahu abang sayangkan Marsha itu sebab Marsha adik yang ambil berat segalanya fasal abang semasa zaman abang sekolah dan zaman abang bujang. "Haa, serba serbi semalam dan dua hari lepas Nad beralah. Kali ni....nooo!" Marah. Betul betul dia bengang dengar Marsha yang keterlaluan. Mengada!
“Jadinya Nad moody, monyok dan tak buatkan abang kopi sebab Marshalah ya?”
“Penat tau Nad cerita dan luah masalah Nad. Kalau malam bilanya kita nak sembang? Kalau petang abang balik sibuk terus berborak dengan Marsha sampai lupakan Nad. Nad ni siapa abang?” Dia palingkan wajah. Sampai hati Maleq. Boleh pula Maleq main-mainkan perasaannya.
Dia memaku kaki. Maleq seperti mendengar masalahnya dan seperti menganggap ia kecil. “Nad sedih dan kecewa bila abang pinggirkan Nad. Nad betul-betul kecewa.” Nadanya rendah. Dia akhirnya tunduk mengalah. Nadratul Nisa’ kena bertenang. Kena berzikir mengawal rasa marah dan terkilan. Nad boleh ya? Dia memujuk hati.
Bibir bergetar. Air mata sudah bergenang. “Nad tunggu abang pujuk Nad. Tapi abang langsung tak hiraukan Nad…” Mata kini bertemu lagi. Air mata perlahan-lahan gugur. Dia benar rasa kecewa. Bila lagi rasa terkilan bila melihat layanan Maleq serba serbi melebihkan Marsha.
“Nad rasa terpinggir sungguh bila tengok abang layan Marsha. Gurau abang dengan dia berbeza sungguh dengan Nad. Hati mana tak cemburu.” Dia meluahkan lagi.
Maleq mendengar. Dia menyeluruhi lagi wajah isterinya. Dia biarkan sahaja Nadratul Nisa’ meluah masalahnya. Ohh..maafkan abang sayang. Dia tidak pernah sedar tindak tanduknya selama Marsha ada di rumah mengecilkan hati isteri. Jemari terus memeluk tubuh Nadratul Nisa’. Pinggang isteri dia rapatkan ke tubuh. Meski Nadratul Nisa’ mencuba menolak tetapi kekuatannya terus buat cik isteri diam menangis di dada.
“Iya..abang minta maaf kalau kecilkan hati Nad. Sumpah abang tak sengaja.”
Nadratul Nisa’ masih menangis. Dia memujuk lagi. “Iya Nad. Abang minta maaf. Dahlah jangan menangis lagi. Nad baik kan?” Dia mengucup ubun-ubun isteri.
“Ni kan abang pujuk Nad ni. Janganlah nangis lagi. Buruk benor rupanya!” Jemari kasar mengesat air mata di pipi isteri. “Abang tahu abang salah. Iya abang mengaku abang tak sempurna mana. Nad jangan ambil hati ya?” Jemari kiri kini menanggalkan tali leher. Dia campak tali leher ke atas lantai. Baju kemejanya sudah basah dengan air mata isteri.
Maleq tarik nafas. Bukan senang rupanya mahu merawat hati isteri yang sedang bersedih hati. “Nak merajuk berapa hari ni?” Maleq mencium lagi ubun-ubun isteri kesayangan hati.
Rasa lapang dan tenang selepas meluahkan rasa terbuku. Sebenarnya banyak yang ingin dia cakapkan. Gelengkan kepala. Tapi bibir lancar bercakap. “Nad nak merajuk setahun.”
“Uiks..lamanya.” Dia senyum. Rambut isteri dia lurut dengan lembut. “Abang akan cuba tegur Marsha. Ambil masa sikit ya. Lepas dia balik ni, kita akan okey balik kan?”
Angguk. “Nad tak nak buatkan abang kopi lagi.” Dia mencebik. “Nad tak nak buatkan abang sambal ayam lagi. Baju-baju abang semua abang gosoklah sendiri.”
“Eh janganlah gitu. Abang dah pujuk ni.” Jemari dia perlahan-lahan membuka butang kemeja sendiri. Debar di dada semakin melanda jiwa. Haruman cik isteri ini mengacau sungguhlah.
Dia masih bertangisan. “Abang kena masak empat puluh hari empat puluh malam. Untuk Nad.”
Ketawa. Bibir mengucup lagi kening isteri. Senang saja memujuk bini yang sedang merajuk oi! “Errr…abang ingat nak datang kerja lambat sikit hari ni. Okey tak?” Kemeja dia sudah tanggalkan. Kenyit mata dan hadiahkan sengih luar biasa untuk isteri.
Nadratul Nisa’ terus tegak macam patung. Sisa air mata membasahi kelopak mata. “Abang ni dah kenapa? Bukan abang kerja ke? Mr Ang kan akan bebel-bebel marah abang nanti?” Mata memerhati kemeja Maleq yang sudah tercampak ke atas lantai. Encik ganteng hanya bersinglet dan seluar slack hitamnya sahaja.
“Hehehehe.” Sengih lagi. Kening diangkat double triple.
“Abang jangan buat kerja gila!” Nadratul Nisa’ sudah menjerit. Tadi menangis merajuk siap mahu mogok selama satu tahun. Sengih nakal herot bibir ke kiri encik ganteng itu dia kenal sungguh untuk apa dan tindakannya.
Dia ketawa. Kaki kini mengejar tubuh cik isteri banyak songeh yang berlari dari diri dia. “Whatever!” Dia mengejek perkataan yang tadi dilemparkan dari bibir Nadratul Nisa’.
“Ah…Nad peduli apa!” Dia
menjerit lagi. Maleq terus ketawa. Encik Ali dan cik Siti berenang-renang
dengan riang.
“Abang pun peduli apa.
Sini-sini! Huarghhh…” Dia mengejar berlagak seperti hantu. Sambil berlari dan
mengejar dia menjerit kuat-kuat. “Janganlah merajuk lama-lama. Susah abang
nanti nak pujuk. Tidur tak lena, mandi pun tak basah.”
Abang…Nadratul Nisa’
sedang mengukir kenangan juga dengan abang. Kali ini kan, kenangan yang diukir
itu atas nama bersaksi Tuhan dan halal di sisi agama. Cinta dan kasih abang
kini mengikat relung hati. Senyum, lirik mata dan ketawa Maleq Rafie kini di
hujung mata. Tuhan, terima kasih untuk cinta ini.
:::Bagaimana
Maleq mengajari pula Marsha akan saya kemaskini di dalam manuskrip penuh. Dua
benda belum selesai. Satu. Marsha. Dua. Tan Jie Kang. Hehehe. Terima kasih
semua atas sokongan. Terus terang saya terhibur dengan semua pembaca yang sudi
melayangkan komen dan like atas setiap apa yang saya lakarkan. Geng
Transformers - Izan & eira, momo, mona, diebah, cikgu...(shoutbox
error..hihi..tq sudi berbual2 dengan saya yg kerdil ini) Kena bawa skru
betulkan shoutbox. Kalian semangat saya untuk terus menulis kisah dongeng dan
nyatakan di dalam sebuah manuskrip biasa. Tak kira di page ‘Mardihah’ dan group
comel saya yang sederhana.
Selepas siap
manuskrip, dua bab bonus akan saya layangkan di blog. Tan Jie Kang? Rindukan
dia? Sama juga seperti saya. Diri sudah lengkap dengan tiga watak. Nadratul
Nisa’, Tan Jie Kang dan Maleq Rafie. Nantikan kisah ini ya. Mohon maaf andai
lambat terbit. Mohon maaf kususun dahulu jika terbitnya memakan masa. Tapi kalian
saya pasti akan setia menunggu kisah-kisah sederhana saya.
INI BAB AKHIR DI
BLOG YA. Soalan saya ialah Tan Jie Kang atau Maleq Rafie? Heh. Senyum 14juta
sentiasa semua.
Salam ukhwah dan
manis,
Mardihah
Good luck.. semoga cepat siap MSS ni ya....
BalasPadamTq...saya akan sabar menunggu..;) Moga Mardihah diberi kekuatan dan idea yg emncurah2 untuk menyiapkan MSS ni dengan jayanya.
BalasPadamMudah-mudahan berjaya...
BalasPadamMudah-mudahan berjaya...
BalasPadamGood luck cik Mardihah. ...akak tunggu.....pastikan win win situation. ...apa2 pun akak pilih en ganteng ye.....
BalasPadamAll the best sis... ;)
BalasPadampastikan cepat siap tapi kalau boleh tak mau macam cerita dongeng yang bahagia .. dah biasa lagipun realiti kehidupan adalah disebaliknya...kejutkan mereka yang terlena diulit bahagia dengan dugaan dan cabaran.
BalasPadamall the best..........yg penting nak encik ganteng........hehehe
BalasPadamAkhtar tu Tan eh cik Author? Thank you!
BalasPadamxsbr tunggu versi cetak
BalasPadamHmmm...so, bermulalah sesi tunggu menunggu ya cik writer. Cuma jangan biarkan site ni kosong tanpa update, nanti peminat jadi lupa pada Nad & Maleq. Wish you all the best, moga cepat-cepat siap ya.
BalasPadamMarsha tu memang sengaja. Memang ada adik perempuan yg agak possessive dgn abang mereka. Nasib baik la adik saya x mcm tu. Boleh je terima kakak ipar yg macam mana pun. Tapi Nad ni sabar la jugak. Kalau saya, memang saya sound terus kat hubby. Tak tunggu sampai berhari-hari.
BalasPadamTaip laju-laju yer...tak sabar niiii....sayang 14juta....
BalasPadamLike 14 juta...
BalasPadamKak penulis, akhtar tu msti tan jie kang kan ..
BalasPadamMsti wife dia moh jia wei dh mnggl or mereka dh brcerai.. xsbr tggu ap yg jd strsnye.. hehhee
macam akhtar tu mr tan
BalasPadammcm dpt agk sper akhtar tu... btw, mmg ikut cerita nie dpd awal lg. tak sabar tggu dlm versi cetak pulak! tahniah penulis... :)
BalasPadamnak en. ganteng juga...Biarlah Nisa kekal dgn en ganteng walaupun dia akan bertemu
BalasPadamdgn Tan Jie Kang. Cinta Nisa sudah begitu mendalam untuk en ganteng ye...
O...o adakah aktar diatas adalah tan jie kang dah jadi mualaf???? And nisa tu anaknya... i limbung dah niy. U maleq becarefull hehe.. klu u tak layan nad kaw kaw... i setuju je klu sktar datang hahaha....
BalasPadam