"Ikan cencaru ni Nad panggang ya."
Terkebil-kebil dia memandang segala macam jenis ikan dan sayur-sayuran yang baru dibeli Maleq.
"Banyaknya."
"Marsha kan nak tidur sini. Abang siap-siap beli sekali. Nanti senang. Marsha suka masak tomyam. Dia masak pun sedap."
Nadratul Nisa' juihkan bibir. Sentap! Sikit-sikit Marsha. Menyampah!
Dia letak beg atas sofa.
Kot di lengan turut sama menjadi teman beg. Mata terus ke arah susuh tubuh cik
isteri banyak songeh yang sedang tidur. Lauk-pauk yang sudah dia beli
kemas-kemas dia susun atas meja kayu jati. Alahai, kesiannya. Perlahan-lahan
dia mampir.
Tapi tiba-tiba kakinya
berhenti. Angin memeluk diri. Jantung berdegup lebih dari biasa. Suara isteri
memanggil-manggil lagi nama misteri itu. "Tan… Tan…."
Mata menyeluruhi wajah
isteri. Sambil merenung dia kaget. Air mata mengalir dari mata Nadratul Nisa'
yang sedang tidur nyenyak.
Keegoan memuncak. Hasrat
mahu mengejutkan terbantut. Hasrat mahu mengucup dahi Nadratul Nisa' dia
tinggalkan. Kaki perlahan-lahan berjalan mencari anak tangga. Sambil mendaki,
dia tanggalkan butang kemejanya. Satu persatu. Sempat menjeling kembali isteri yang dia tinggalkan
di bawah.
Kenapa mesti nama itu
harus dia dengari? Kenapa? Hati lelaki rasa luluh. Rasa sedih entah kenapa. Walhal isterinya itu hanya bermimpi.
Hanya bermimpi sahaja Maleq! Mimpi! Kaki berhenti. Nafas tiba-tiba rasa
terhenti. Perutnya yang tadi di dalam kereta berkeroncong sebab lapar terus jadi
kenyang. Tubuhnya kini dia pusingkan. Berdiri tegak di atas anak tangga. Mata
memandang rambut isteri. Suara isteri memanggil nama misteri itu tidak lagi
kedengaran.
Sepi.
Angin memeluk tubuhnya
yang kini hanya bersinglet. Dia tolak rambut ke belakang. Gumam bibir dan
menarik nafas. Kemeja dia letak di atas anak tangga. Dahaga. Iya…dia rasa
dahaga. Maleq, benarkanlah hati untuk rasa kecewa. Maleq, benarkanlah jiwa
untuk sengsara. Tapi Maleq dia isteri kini yang sudah sah mencintai dan dia
dicintai. Masakan dia tidak rasa itu semua? Nadratul Nisa’ sudah mencintai.
Hubungan tubuh yang berlangsung telah memujuk. Ia merawat hati sang isteri.
Pandangan mata Nadratul Nisa’ itu memang sah bulat untuk dia. Memang sah kasih
sayang isteri itu untuk dia.
Cemburu? Punggung terus
duduk di atas anak tangga. Maleq menekur memandang anak tangga. Rasa sudah
tewas. Rasa kalah. ‘Belum Maleq…masa masih panjang kan?’ Suara hati berbisik berkali-kali.
Dia harus kuat. Dia harus
mendepani semua ini. Kenyataan sedang berlangsung di depan mata. Nama lelaki
yang pernah isterinya cintai itu harus dia luputkan perlahan-lahan. Malah, dia
pernah tahu yang dia ini sekelumit pun tidak disayangi isteri. Tapi itu waktu
perkahwinannya berusia beberapa minggu kan Maleq? Dia pujuk hati. Dia pujuk
lagi rasa hati dingin yang tiba-tiba menjadi tawar.
Setahun? Dua tahun? Tiga
tahun? Atau mungkin selamanya nama itu ada di hati isterinya? Maleq pejamkan
mata. “Nad…apa lagi yang perlu abang buat Nad?”
Dia buka mata. Bibir
berbicara. “Apa lagi untuk memenangi hati Nad ya?” Sekali lagi dia bangun.
Turun ke bawah. Kaki berayun perlahan-lahan ke dapur. Terus mencari peti sejuk.
Gelas yang kemas teratur di atas kabinet dia capai. Air sejuk dia tuang dan perlahan-lahan
dia meneguknya.
Habis menghilangkan
dahaga, Maleq terus naik ke dalam bilik semula. Dia biarkan Nadratul Nisa’ yang
tadi menantinya dengan penuh cinta. Dia biarkan tubuh isteri sejuk dan perut
lapar menantikan lauk-pauk yang dijanjikannya. Hanya sofa menjadi alas. Hanya
bantal kecil sahaja yang menjadi teman si isteri.
Baliknya hari ini terasa
penat. Tubuhnya hari ini terasa tidak bersemangat. Bukankah dia sudah boleh
menerima hakikat?
Masuk ke dalam bilik,
retina mata terus terpandangkan Didi dan Nini. Dia gigit bibir. Mata mencari
pula tuala. Maleq masuk ke dalam bilik air. Membersihkan diri. Beberapa minit
berlangsung, dia menyegarkan diri. Berehat di dalam bilik dan terus beribadah
kepada Ilahi. Solat Isya’ dia keseorangan sahaja malam ini.
Usai solat, Maleq mula
bersiap-siap. Mula mencari seluar jeansnya dan t-shirt yang kemas digantung
oleh Nadratul Nisa’. Dia ambil kunci stor, kunci kereta dan walletnya. Iphone
dia masukkan ke dalam kocek. Jemari tangkas mengambil akuarium kecil. Didi dan
Nini harus dia bawa pergi.
Nekad. Bulat sungguh
jawapan hatinya hari ini.
Cemburu kerana abang
sayangkan Nadratul Nisa’. Iya, abang sedang cemburukan masa silam Nadratul
Nisa’. Iya…Didi dan Nini harus dia gantikan dengan ikan yang baru.
Kaki terburu-buru turun ke
bawah. Lauk-pauk dia ambil dan simpan di dalam peti sejuk. Sesekali dia
menjeling cik seksi yang tidur nyenyak. Haih..tidur pun nampak cantik di mata
lelakinya. Nadratul Nisa’ ini memang bisa sahaja buat dia merubah fikirkan. Maleq
gelengkan kepala. Terburu-buru dia keluar semula. Senyap-senyap dia membawa
sekali Didi dan Nini keluar bersama dengannya. Rancangan yang datang secara
tiba-tiba harus dia jalankan segera. Bukan termakan hasutan pandangan mata akan
tubuh genit isteri yang sedang nyenyak tidur minta dikejutkan. Bukan!
Maleq masukkan Didi dan
Nini ke dalam kereta. Semuanya pantas. Segalanya lekas dia buat. Orkid-orkid
kesayangan isteri yang bergantung di dalam rumah kecil juga dia turunkan. Lima
enam kali dia ke sana dan ke sini. Orkid dia sumbat masuk ke dalam stor. Enjin
kereta mengaum-ngaum. Kakinya makin rancak berlari-lari!
Puas hati! Maleq senyum selepas
selesai melakukan tugasnya. Dia menyelinap masuk ke dalam kereta. Didi dan Nini
di sebelah tempat duduk dia pandang. Brek tangan dia turunkan, Minyak dia
tekan. Jemari tangkas mengawal kereta. Stereng kereta dia genggam kemas-kemas.
Dia ada satu tujuan pula malam ini.
Maleq, mari kita tukar
Didi dan Nini. Cari pula Ali dan Siti!
Dia senyum. Senyum sampai
ke telinga. Dia masih belum tewas. Maleq kan berjiwa besar? Hujung mata kini
terbayang-bayang wajah cik isteri banyak songehnya. “Apa, ingat abang tak boleh
buat ke? Eleh, setakat Didi dan Nini abang boleh gantikan yang lebih comel dari
ni!”
***
“Nadratul Nisa’…” Dia
memanggil nama isteri kesayangan.
Masih tidur. Masih nyenyak
seperti tadi. Kasihannya jatuh terus ke jiwa. Sudah jam sepuluh malam.
Nampaknya Nadratul Nisa’ dari tadi masih belum bangun. Penat sungguh bekerja di
ladang. Pipi isterinya yang merah dia pandang. Iphonenya tersadai di atas tikar
Sarawak. Whatsapp antara dia dan isteri di telefon milik isteri dia baca.
Iphone isteri dia belek-belek sebelum meletakkannya semula di atas tikar
Sarawak.
Meski rasa terkilan,
tetapi dia tidak sanggup melihat cik isteri banyak songehnya ini tidur begitu
sahaja di atas sofa empuk ini. Cinta sudah ranum dia baja. Waktu berbulan madu
nan indah, mereka sudah memahami cinta dan keperluan antara mereka. Maleq,
janganlah jauhkan hati ya! Maleq kan sentiasa pujuk diri. Maleq kan, si suami
yang baik hati!
“Nad…hei sayang abang ni…
bangunlah. Dah pukul sepuluh malam ni.” Maleq terus rapat ke sofa. Kepala
Nadratul Nisa’ dia angkat. Dia duduk di atas sofa sambil berhati-hati agar cik
isteri tidak bangun dari lenanya. Kepala isteri sudah ada di atas pehanya.
Remote Astro yang dia bawa sekali dari
bilik dia pegang.
“Abang laparlah Nad.
Bangunlah.” Jari kiri menekan remote. Jemari kanan mengelus lembut rambut cik
isteri. Haruman dipakai isteri menambah rasa sayangnya.
Mata memerhati televisyen.
Bibir membebel-bebel lagi. “Nad…abang lapar. Abang ada belikan lauk tu. Tunggu
Nad bangun, lamanya hai!”
Program televisyen terus
membunuh selera. ‘Bayar mahal, sama aje ceritanya!’ Pipi isteri dia sentuh.
Hidung Nadratul Nisa’ dia picit. “Heii…hei….manja abang, bangunlah.” Sengih.
Suka betul dia mengusik Nadratul Nisa’ yang sedang lena dengan mimpi indahnya.
Tadi semasa di kedai
mencari ikan baru untuk Nadratul Nisa’, dia sudah telefon abang Nazim. Jawapan
telah dia terima. Bulat hati dia mendengarnya. “Tan?”
“Iya. Tan!” Dia mahu tahu.
“Kenangan lama Nad aje.
Sudahlah Maleq. Nadratul Nisa’ tu memang manja gitu. Nak perhatian lebih dari
suami. Tu maknanya dia nightmare aje. Aku tak rasa dia ingatkan Tan lagi.
Korang pun dah kahwin. Satu sahaja jawapan aku untuk menyenangkan hati kau..”
“Haa…apa dia?” Tak sabar
sungguh dia untuk tahu.
“Tan tu dah kahwin pun.
Jangan risau!”
Maka benarlah Tan itu
lelaki yang pernah isterinya cintai. Pernah okey. Pernah dan memang Nadratul
Nisa’ kenali. Teka-teki berjawab dengan jawapan dia terima dari bibir orang
lain dan bukannya penjelasan isteri sendiri. Ah, dia dipagut cemburu. Itulah,
kenapa ditanya mengenai ‘Tan’. Kenapa gatal menelefon abang Nazim? Kan sudah.
Kan hati sudah dijentik rasa sayu! Bodoh betul kau, Maleq!
Dia cubit pipi Nadratul
Nisa’. Gigit bibir bawah. ‘Tan dah kahwin, Maleq.’ Dia membuat rumusan. Remote
terus dia teliti. Dia menekan button ‘off’. Perlahan-lahan, berdiri. Jemari
mengangkat kepala Nadratul Nisa’. Dia buang rasa sayu pergi. Dia berdoa dan
berzikir banyak kali.
Malam terus berlabuh
dengan nyaman. Rahmat dari Tuhan sedang dihidangkan. Tubuh genit isteri dia
angkat. Sesekali dia tinggikan suara. “Mak ai..beratnya cik isteri banyak
songeh ni!” Dia mendaki anak tangga.
“Ni berat tulang ke apa ni
Nad oi?” Dia berhentikan langkah pendakian. Sudah berada di tengah-tengah anak
tangga.
Nadratul Nisa’
terpisat-pisat. Rasa tubuh melambung-lambung. Rasa terbang tinggi entah pergi
ke mana. Perlahan-lahan kelopak mata dia buka. Buka sahaja mata, wajah
kesayangan hati di depannya kini. Jemarinya sedang memaut leher cik ganteng. Wajah
sah-sah di celah ketiak dan tangan suami. “Hei cik ganteng!”
Mak kau terkejut! Maleq
hampir sahaja melepaskan tubuh isteri. “Ya Allah, budak berat ni. Timbang berapa
kilo ni entah-entah 80 kilogram agaknya. Beratnya cik seksi abang ni!” Maleq
rasa terputus nafasnya. Ketawa Nadratul Nisa’ menyamankan gegendang telinganya.
Tangan isteri makin erat memeluk lehernya. Tiba-tiba dia rasa entah. Tadi rasa
sayu, sekarang rasa bahagia. Ringan saja bibirnya mengucup pipi cik isteri
“Kita ringanlah. Siapa
suruh abang angkat?” Senyum sampai ke telinga. Rasa kini bercinta. “Kalau macam
ni, hari-hari nak tidur bawahlah. Hehe.”
“Mengada! Manja! Harini
bolehlah. Esok lantaklah dia.” Maleq turutkan lagi langkah ayunan kakinya. Dia
tersengih. “Lain kali abang biar saja cik seksi tidur bawah sendiri.”
“Abang yang rugi!”
“Ek eleh dia ni. Rugi
apanya?”
“Iyalah, tak ada orang
peluk abang.” Sambil masih terpisat-pisat dia mengusik Maleq.
“Eleh. Setakat peluk
abang. Bantal peluk ada.”
“Iyalah tu.” Nadratul
Nisa’ jelirkan lidah. Kembaranya didukung macam drama TV3 yang selalu dia
tonton jadi nyata. Amboi! Cepat sahaja dia dan encik ganteng masuk ke dalam
bilik kelamin.
Akhirnya tubuh isteri,
Maleq baringkan di atas katil. Ditarik gebar menutup sebahagian tubuh isteri
dicintai. Berpeluh-peluh. Tangan rasa nak tercabut pun iya.
“Budak paling berat!”
Nadratul Nisa’ ketawa.
Laparnya hilang begitu sahaja melihat sisi suami yang sedang berdiri di depan
dia. “Nak makan tak?” Sambil bertanya, mata rasa mahu tertutup kembali. Ah,
mengantuknya.
“Nak. Sebenarnya abang
lapar. Sungguh. Abang tak tipu ni!” Maleq sudah duduk di tepi tubuh isteri.
Jemari membetulkan lagi gebar. Dia tidak menipu rasa laparnya. Tadi dia sudah
menegok dapur. Nadratul Nisa’ sudah mentanak nasi. Sayanglah kalau nasi itu
tidak dia jamah. Lauk-pauk yang dia beli itu membazir sahaja. Kalau dinikmati
esok, rasanya mesti lain macam sikit.
Kasihan. Simpatinya datang
lagi. Lamanya suaminya munculkan diri malam ini. Terpisat-pisat dia bangun
semula. Gebar dia tolak. Nadratul Nisa’ sudah melunjurkan kaki. “Kenapa abang
tak kejutkan aje Nad kat bawah. Boleh terus Nad panaskan lauk-pauk dan kita
makan sama-sama. Kerja gilanya mengangkat Nad di bawa sampai ke atas. Iya dok?”
“Hehehe..” Maleq ketawa.
“Ingatkan Nad tak bangun dan terus nak tidur sampai Subuh ke.”
Ekor mata menjeling Maleq.
“Nad belum solat Isya’ okey. Selalu abang kejutkan solat jemaah sama-sama.
Kenapa lambat sangat balik ni?” Minda memutar jam-jam yang berlalu selepas dia
masuk ke dalam rumah. Penantiannya rasa terlalu lama. Whatsapp tidak berbalas.
“Errr..abang ada kerja
tadi. Tu yang lambat sikit balik.”
Dia renung Maleq yang
nampak menyorokkan sesuatu dari dia. Ini kali pertama Maleq lewat. Mata
mengerling jam antik di dinding. Sudah sepuluh malam. Nadratul Nisa’ garu
kepala. “Nad basuh muka sekejap. Panaskan lauk. Abang tunggu ya?”
Angguk. Dia telan air
liur. Mata memerhati Ali dan Siti di dalam akuarium baru. Lebih comel ikan-ikan
berkenaan. Dia gantikan dengan dua ekor ikan baru. “Okey, lepas makan, Nad
solat Isya’ ya?”
“Okey!” Nadratul Nisa’
marakan diri ke sebelah Maleq. Masing-masing sudah duduk di tepi katil. Dia
menggosok mata. Haruman yang dipakai Maleq membantu menyegarkan lenanya.
“Eh..” Mata cik isteri
banyak songeh menangkap dua ekor ikan yang berlainan dari biasa. Ikan
berenang-renang dengan riang. Warna kulitya lain sungguh dari biasa. Terus
sahaja dia menoleh dan mata menangkap memandang pipi Maleq. “Mana Didi dan
Nini?” Dia bangun. Mata terus segar bugar! Nadratul Nisa’ berjalan ke arah meja
kecil yang menempatkan ikannya. Maleq gantikan ikan yang baru ke? Oh…dada berdebar-debar.
Jantung rasa mahu melompat!
“Ni..abang gantikan dengan
Ali dan Siti!” Haihlah..boleh pulak malam-malam begini Nadratul Nisa’
perasankan ikan barunya. Celik mata, nampak pulak ikan dalam akuarium comel tu.
Baru belilah cik isteri banyak songeh oi!
“Didi dan Nini dah mati!”
Angguk. Spontan sungguh kau Maleq. Retina mata turut sama memandang dua ekor ikan yang baru dia
gantikan. ‘Didi dan Nini dah mati’. Keh keh keh.
Mati? Eh bila? Kenapa dia
tidak pernah tahu. Kalau mati kenapa dia tak nampak jasad Didi dan Nini. Kalau
matipun, dia mahu kuburkan di ladang. Maleq telan air liur. Dia dah jualpun
Didi dan Nini dan menggantikannya dengan dua ekor ikan baru. Lebih cantik dan
comel. Kan Nadratul Nisa’?
‘Nad…Nad kena lupakan. Nad
wajib dia lupakan dari kenangan lama itu. Wajib!’
“Abang lapar ni Nad!” Maleq
mengawal suara. Mata menjeling melihat kelibat isteri yang berteleku memandang
ikan-ikan barunya. Macam bertafakur pun iya.
“Ali dan Siti?” Nadratul
Nisa’ menyoal lagi. Masih tidak puas hati. Fikiran sedang mencerna sesuatu. Dia
kembungkan pipi. Senyum meleret-leret. Dia pusingkan kepala. Sudah segar bugar
dari kantuk nampaknya.
Baiklah, Nad tahu abang
cemburu? Haha. Mahu saja dia beritahu tapi dia buat-buat muka sememeh. “Sampai
hati abang belikan yang baru. Sampai hati.”
“Eh, dah mati. Abang
buanglah!” Nada tegas. Geram! Geram ni. “Apesal sibuk sangat Nad dengan Didi
dan Nini? Tu…” muncung sudah sedepa. “Abang dah gantikan dengan Ali dan Siti!”
“Kampung Fish sungguh!”
Nadratul Nisa’ ketawa. mengekek
“Kampung Fish?” Nada suara
rendah sahaja. Bunyinya sayu sungguh. “Iyalah….nama ikan abang tak komersial
macam Didi dan Nini.” Mula berjauh hati. Mula rasa kecewa. Walhal tadi dia yang
tanamkan semangat untuk diri sendiri. Nadratul Nisa’ milik mutlak dia. Dia
suami yang lebih berhak untuk mencintai dan dicintai sang isteri. Bukan
sesiapa.
“Tapi comel!” Nadratul
Nisa; menyedari wajah muram suami. Dia menjeling. Kemudian memerhati lagi.
Makanan ikan yang baru dibelikan suami dia campak ke dalam air. “Yang mana satu
Ali abang?”
“Emmm…” Maleq mula bangun.
“Yang kulit hitam-hitam
hijau ni Ali ya?” Nadratul Nisa’ merenung si Ali. Berenang-renang Ali dengan
penuh gembiranya. Dia jeling lagi.
“Iyalah agaknya.” Eleh.
Mengada. Nak minta dipujuklah tu.
“Oren-oren merah ni Siti
ya? Comelnya.” Nadratul Nisa’ separuh menjerit. Sengaja menjerit-jerit suka.
Mahu lihat kegembiraan Maleq. Sebenarnya dia lapang dada sahaja kalau Maleq
menggantikan ikan-ikannya. Betul, Didi dan Nini harus dia lenyapkan di dalam
rumah ini. Dia malah tidak pernah pun memberitahu yang Didi dan Nini itu hadiah
istimewa dari seseorang. Dia menerima seadanya jika Maleq menukarkan ikan-ikan
berkenaan.
Maleq sudah berdiri.
Merenung sahaja si isteri yang kelihatan gembiranya bukan main lagi. Dia peluk
tubuh. Langsir beralun menjadi teman. Angin sejuk menyamankan. Nadratul Nisa’
ni suka ke tak suka ek?
“Abang beli kat mana ni?”
Soalan-soalan cik seksi menyenangkan jiwa.
“Eh-eh…diorang dua ekor ni
bercinta ya?” Nadratul Nisa’ senyum lagi. Beberapa saat dia asyik memerhati
ikan-ikan barunya berenang. “Ali dan Siti. Okeylah dari takde nama langsung.
Tapi comel apa nama ikan baru ni. Ni hadiah untuk Nad ke abang?”
Pipinya terasa dikucup.
Zupp! Pinggangnya terasa ditarik. Maleq terus menarik cik isteri.. “Boleh tak
jangan bebel-bebel tanya itu dan ini?” Cik isteri banyak songeh betul-betul
kini dalam pelukannya. Maleq jungkitkan kening kirinya. “Nak abang bawak bawah
goreng jadikan sambal?”
Geleng kepala. “Tak-tak!”
Bila pula cik ganteng ni datang ke sini ni? Sekejapan sahaja ya. Amboi!
“Ni?” Dia kucup kening
isteri.
Geleng juga kepala.
“Tak-tak. Okey-okey.”
“Sila turun cepat panaskan
lauk. Abang lapar. Kalau tak….” Dia kenyitkan mata. Bibir senyum nakal.
Haaa…haaa..sudah! Maleq
ini geliga bukan main. Nadratul Nisa’ senyum lagi. Perlahan-lahan membisikkan
sesuatu ke telinga suami. Dia rasa dihargai. Sebenarnya rasa bertuah mengenali
lelaki seperti Maleq. “Terima kasih hadiahkan Nad encik Ali dan cik Siti. Encik
Ali dan cik Siti mesti suka sebab kita
jadi mummy dan daddy mereka kan?”
Maleq kenyitkan mata.
Pelukannya makin hangat. Dia ingin menikmati bahagia. Dia ingin sekali
menganyam cintanya bersama isteri yang mulia.
Nadratul Nisa’ kembungkan
pipi lagi. “Errr…bila nak lepas ni? Kata lapar.”
“Ohh..ok-ok. Silakan wahai
permaisuri hati beta.” Ketawa. Senyum Nadratul Nisa’ merancakkan degup
jantungnya. Kaki cik isteri banyak songeh berayun perlahan-lahan mencari pintu
keluar. Maleq memerhati Ali dan Siti yang makin rancak berenang. Ali dan Siti
sudah ada rumah baru! Ali dan Siti kini sudah punya keluarga baru!
Selamat datang encik Ali!
Selamat datang juga cik Siti!
:::Janji harus ditepati. Sila sayang saya 14 juta. Heh:::
Best nyer.....
BalasPadamSayanggggggggg cik mardihah 14 juta...heheheheh
BalasPadami like 14 juta kali!!!!!!
BalasPadambest n sweettttt sesgt
BalasPadambest2......so sweet.....
BalasPadamsayang cik writer 16 juta
BalasPadamSayang cik madihah
BalasPadam