Pages

26 September 2013

Maleq Rafie 37


"Ni...abang gantikan dengan Ali dan Siti. Nad okey kan?"
Angguk. Retina mata memandang dua ekor ikan baru menggantikan Didi dan Nini yang sudah mati. Mati? Kalau mati kenapa dia tak nampak jasad Didi dan Nini.
Maleq telan air liur. Dia dah jual pun Didi dan Nini dan gantikan dengan dua ekor ikan baru yang lebih cantik dari yang lama itu. 
Nad...Nad kena lupakan. Nad wajib dia lupakan dari kenangan lama itu. Wajib!





“24 Oktober. Sambal ayam. Erm..pelukis pelan. Warna biru. Suka puisi Khalil Gibran. Umur 30. Tinggi tak tinggi sangat. Tapi tinggilah jugak. Yang penting ganteng. Ermmm..” Membebel seorang diri. Dia tulis perlahan-lahan mengenai si cinta hati. Sedang mengenali. Buku nota kecil dibelek-belek. Senyum seorang diri. Cinta rasa menyeluruhi.

“Tegarkan kopi. Suka makan karipap.” Haish…bila nak belajar buat karipap dengan ibu mertua ni? Nadratul Nisa’ garu kepala. Mata terkebil-kebil. Dia masih duduk memerhati rumah kecil untuk dia dan beberapa orang pekerja ladang berehat. Biliknya kecil sahaja. cermin kaca ini sahaja yang menghalang dia dengan kawasan ruang tamu pejabat. Pejabat seluas 22 x 70 ini sederhana sahaja. Maleq binakan sebuah surau kecil untuk pekerja. Pantri juga dikhaskan di belakang pejabat ini. Bilik air untuk dia dikhaskan di dalam pejabat mini ini.

Jemari masih memegang pen. Buku nota kecil masih terbuka. Sebenarnya banyak benda yang harus dia buat. Hari pertama di ladang, dia rasa berpuas hati. Dua bulan dia tidak pernah ambil tahu. Selama dua bulan dia rasa berdosa kerana tidak menunaikan impiannya yang ini. Baba sudah pesan berkali-kali. Telefon Maleq, abang Nazrul dan abang Nazim siap berwhatsapp tanyakan perkembangan rumahtangga dan ladang barunya ini. Maleq yang menjawab bagus dan Alhamdulilah. Maleq sahaja yang menjawab bagi pihak dia.

Haih – baru hari ini dia, Nadratul Nisa’ terpacak depan ladang. Zaqwan terkebil-kebil. Cantiknya bini tuan Maleq ini. Patutlah dia sorok dari pekerja-pekerja ladang. Dua tiga orang pekerja ada beritahu ternampak tuan Maleq dan puan Nad ini di dalam kereta turun ke Brinchang. Masing-masing memuji. Dia memanglah tidak pernah nampak sebab sibuk uruskan ladang ini. sudah jadi bos sambilan pun iya. Sekali nampak, iyalah. Subhanallah.

Laporan pertama dia terima. Zaqwan dan Maisarah yang dia kira merpati dua sejoli datang sambil tersengih-sengih. Pagi-pagi lagi dia memeriksa kedudukan tanah. Hanya daun yang kelihatan. Bunga mawar masih belum mekar.

“Stok baja yang tuan Maleq orderkan bulan lepas salah puan.” Zaqwan garu kepala. Pelajar jurusan pertanian ini memang cekap hal ehwal pembiakan segala jenis bunga.

“Salah?” Dia berjalan. Nadratul Nisa’ melutut ke arah kawasan luas yang masih belum ditanam benih bunga mawar. Jemari terus dia masukkan ke dalam tanah yang sudah berlubang. “Nanti saya orderkan. Zaqwan bawakan contoh baja yang salah tu ya. Saya nak tengok. Senarai supplier pun suami saya ada beri kat awak ya?”

“Ya ya. Ada. Nanti saya beri kat puan.”

“Maisarah nanti tolong saya kat dalam pejabat ya. Belajar buat akaun.” Mata Nadratul Nisa’ tajam memerhati tanah yang masih belum tumbuh dengan si pokok mawar.

Maisarah gigit bibir. Menjeling Zaqwan. “Ishhh…saya mana pandai bab-bab buat akaun ni kak Nad.”

“Takpe. Awak belajar. Nanti bulan depan saya cuba cari orang lain. Dapatlah teman saya dalam pejabat kecik tu. Awak boleh, Mai!” Dia sudah memberi contoh yang baik kepada para pekerja.

Nadratul Nisa’ berdiri. “Zaqwan akak rasa lubang yang ni tak cukup dalam. Ni 2’ x 1’. Sepatutnya 2’ x 2’.” Tegas. Dia mula mahu pekerja memanggil sahaja dengan gelaran akak atau kakak. Puan-puan ni leceh sungguh.

“Errr.. iya ke?” Zaqwan mengikut sahaja gerak ayunan majikan. Maisarah terkedek-kedek juga.

“Iya. Saya tahu.” Dia menyorot pandang ladang di depan mata. “Gali lagi sikit. Sampai tepat. Batu kerikil jangan lupa masukkan ya. Elakkan dari ‘water clogging’.”

“Iya kak. Nanti saya suruh pekerja lain betulkan semula. 1 ekar ni kena betulkanlah ya?” Zaqwan kerutkan dahi. Sudahnya dia silap. Kenapa dia tidak periksa dulu keluasan lubang untuk tanam pokok bunga mawar. Buat kerja dua kali alamatnya.

“Petang nanti kalau nak tanam panggil akak. Nak tengok tanah macam mana. Medium tanah kena pastikan betul juga. Sorry ya Zaqwan, akak ni memang cerewet. Dari hasilnya tak cantik nanti, baik kita buat kerja dua kali bila dah tahu mana silapnya.”

“Takpe kak.” Suara Zaqwan melantun-lantun.

Kenangan beberapa jam di luar tadi beri dia semangat. Nadratul Nisa’ mula rasa cintanya dengan ladang ini. Membuak-buak kasihnya terus kepada Maleq. Cita-cita mula didaki. Dia mula rasa hadiah ladang dari baba dan suaminya ini bagaikan emas tidak ada nilainya.

3 ekar ladang ini boleh hasilkan sebanyak 30,000 pokok bunga mawar. Kalau dikira, ia satu hasil yang banyak. Dia mahu 1 ekar dikhaskan untuk program lawatan. Ah- masih baru Nadratul Nisa’. Dia menyusun strategi. Mula mencari fail. Mula membuka beberapa buah buku yang dia bawa dari rumah tadi. Nadratul Nisa’ belum terlambat. Usia masih muda, masa makin terus pergi. Kenangan beransur-ansur pergi. Kenyataan sedang dia daki.

Bip whatsapp berbunyi. Iphone di dalam kocek seluar dikeluarkan.

Cik seksi buat apa?

Senyum sampai telinga. Duduk selesa. Nadratul Nisa’ tutup kembali buku-bukunya. Mula membalas. Kerja.

Maleq sengih lagi. Membalas cepat-cepat. Tak rindu kat abang ke?

Haha. Dia ketawa. Angguk. Jemari typing! Typing! Rindu sangat-sangat.

Oh. Rindu ya? Kenapa tak whatsapp langsung?

Nadratul Nisa’ ambil gambar sendiri. Buat muka pelik. Sengetkan bibir. Hantar ke Maleq. Hari pertama kerja di ladang. Mari kita ke ladang. Hey! Hey! Hey!

Dia ketawa. Maleq memerhati raut wajah isteri disayangi. Kerja elok-elok sayang. Nanti abang belikan lauk. Nad tak payah masak ya. Abang belanja.

Yeayy!  Leganya hati dan jiwa kau Nadratul Nisa’. Dia senyum seorang diri.

Abang sibuk sikit minggu ni. Baru balik honeymoon, diorang campak kerja berlambak-lambak atas meja. Huh!

Steadylah! Abang boleh buat. Abang kan gagah! Hahaha. Nadratul  Nisa’ ketawa.

Kening dia naikkan. Nadratul Nisa’, kalaulah boleh abang bawa sekali Nad ke tempat kerja, kan bagus? Dia terus membalas. Jemari makin laju typing! Typing! Gagah? Hahaha. Okey. Abang faham. Tettt.

Pipi  memerah. Hangat waktu bulan madu masih terasa bahangnya. I love you.  Nadratul Nisa’ memilih gambar mereka berdua. Duduk di balkoni. Wajah rapat laga pipi. Serasi. Dia ingat saat manis pagi indah itu. Duduk berdua. Dipeluk erat sang suami dan kalau tidak diusik itu ini, bukan Maleq Rafie namanya. Bibirnya itu, haihlah….nakal. Nakal!

Hei cik seksi. I love you too. Muah-muah! Maleq senyum lagi dan lagi.

“Hoi-hoi. Kot ya pun nanti balik rumah la Maleq oi. Sini pejabat!” Jiji menegur. Dari tadi dia lihat penolong pengarahnya ini tersengih-sengih.

Iphone terus dia letak. Garu dagu yang tidak gatal. “Adik aku pesan belikan barang dia. Nak balik minggu depan.”

“Eleh, adik ke bini?” Jiji senior eksekutif OneMaster Sdn Bhd sengih. Dia yang berdiri di muka pintu menjeling-jeling Maleq. Fail dia pegang. Kalaupun dia hanya pengurus dan Maleq itu penolong pengarah kedua, akrab mereka macam gula dan garam. Persahabatan mereka bagaikan sudu dan garfu.

Senyum malu. Maleq panjangkan leher. Kalau Tuan Pengarah Mr Ang nampak dia tersengih-sengih mestilah kena bambu lagi. Desain belum siap. Semalam, Mr Ang sudah menempik Hajra kerana desainnya salah.

“Dah-dah. Jangan kacau aku.” Dia goyangkan tangan menghalau Jiji supaya balik ke tempatnya. “Pergi siapkan desain. Bahagian kau tak siap lagi. Aku nak kena betulkan ambik masa sebulan tau tak.”

“Iyalah.” Jiji gumamkan bibir. “Kau balik lewat sikit boleh? Aku nak semak ada satu desain ni dengan kau. Mr Ang nak esok. Jambatan baru kat Tapah sana tu. Projek dengan kroni Mr Ang tu. Kang tak bergaji lak aku.”

Maleq ketawa. Mata pandang Iphone yang masih berbunyi bip. Nadratul Nisa’ mesti whatsapp macam-macam. Belum buka akaun facebook isteri dia lagi. Penuh komen kawan-kawan mengenai The Dusun dan honeymoon mereka berdua.

“Iya. Nanti aku datang tempat kau. Aku semakkan.”

“Terima kasih bos!” Jiji buat tabik hormat berspring. Masing-masing berbalas ketawa. Mr Ang entah dari mana berdiri depan bilik dia sambil menjeling-jeling bilik penolong pengarah keduanya.

***
Nadratul Nisa’ pegang perut. Laparnya. Berbaring di sofa. Pandang jam yang semakin bergerak ke angka 8 malam. Dia sudah masak nasi. Dia sudah mengemas dapur. Penatnya siang tadi menguruskan ladang masih belum hilang. Hari pertama walau dia datang dengan semangat tapi tetap juga mengusutkan.

‘Abang, Nad lapar ni. cepatlah balik!’ Dia mengerekot di atas sofa. Nadratul Nisa’ pandang buku Sudoku yang sudah menjemukan. Tadi di pejabat sempat buat tiga helai. Sambil tunggu Maleq balik lebih baik dia baringkan diri di atas sofa empuk ini. Televisyen menayang cerita Bolos yang sudah berpuluh kali ulang tayang. Alahai Astro! Remote control entah ke mana disimpan oleh Maleq. Dia malas mahu mencari encik remote. Mesti di dalam laci.

‘Nad tunggu ya. Abang belikan lauk. Nad masak nasi je. I love you.’  Nadratul Nisa’ scroll down, scroll up whatsapp dari encik ganteng. Dia baca dengan senyuman.

Ah, laparnya. Lambatnya balik. Selalu bukan begini. Selalu Maleq sudah balik, mencari dia sama ada di atas atau di dapur. Memeluk dan mengucup hangat kedua belah pipinya.

Hei encik ganteng. Cik seksi tunggu encik ganteng balik. Mana ni? mana ni? Aksara indah masuk ke dalam skrin Iphone Maleq Rafie yang sedang tekun di dalam bilik pengarah. Kena marah sekali dengan Hajra. Kena marah lagi sebab desain salah. Hari ini, dia terbabit sekali. Iphone di dalam poket bergetar-getar.

Wajah Nadratul Nisa’ muncul di hujung mata. Senyumnya. Lenggok dan manisnya.

“Bos!” Maleq sudah tidak tahan. Telinga berdesing-desing.

“Ha..apesal?” Mr Ang jungkitkan kening. Dia marah sudah setengah jam. Maleq endah tak endah sahaja. Harus dia luku kepala semua penolong pengarah yang susah mahu hantar desain sebenar. Lambat. Dah lambat ni. tarikh hantar desain sebulan lagi tau tak?

“I kena balik. Bini tunggu I kat rumah. Malam ni nak projek lain pulak bos!” Nada tegas. Muka selamba gaya Jiji.

Mr Ang ternganga. Hajra tunduk sambil tersenyum-senyum.

“I muda bos. Mestilah kena balik awal. Worklife balance!” Maleq sengih. Mr Ang sudah tidak terkata apa-apa. Grrrrr

Bayang wajah cik seksi masih menggamit-gamit. Pulanglah wahai suamiku. Haha. Dia senyum lagi sambil terbayang-bayang wajah muncung cik seksi melambai-lambai. Mesti merajuk sebab dia lambat hari ini. Ah – dia masih belum membeli lauk untuk makan malam mereka.

Nadratul Nisa’, tunggu abang pulang. Tunggu ya! Dia terus keluar dari bilik Mr Ang. Hajra turut sama berjaya meloloskan diri dari terus menjadi bahan amukan Mr Ang.

:::Terima kasih Pn Rohani Bujang untuk kebenaran dapatkan bahan-bahan. Kredit info mengenai tanaman bunga mawar di link beliau. Yokkk Mardihah, laju-laju menulis sampai siap! Teaser banyak up kat group dan page 'Mardihah' mengenai Tan Jie Kang. Hehehe. Ohhh, press like itu comel!:::

10 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/9/13 05:57

    Suka encik ganteng. :) halija

    BalasPadam
  2. saya baca dan nak komen. selalu silent readers je. kka dhihah, kenapa nak stopkan. sambung la sampai habis. tan mcm mana?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27/9/13 08:06

    Worklife balance....sy sukaaaaa

    BalasPadam
  4. oh yes....hidup ini mesti kena balance, Mr. Ang! Jadi sila jangan marah2 kalau Maleq asyik balik cepat ya. Kesian cik isteri dia kat rumah yang sedang hungry hungry....nanti lama lama sangat boleh jadi angry angry pulak, Tak elok tu, Mr. Ang!
    Thumbs up Mardihah! I like your writing so much.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama27/9/13 08:53

    worklife balance huhuhu.....seninnya ayat malieq

    -dibah-

    BalasPadam
  6. alahai Maleq. kikikiki

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama27/9/13 10:17

    Hehehe. Senyum gatal pepagi hari nie. Aduh

    BalasPadam
  8. Ha3...kelakar

    BalasPadam
  9. hai cik writer... design... not desain...

    BalasPadam