Pages

25 September 2013

Maleq Rafie 36 Part II

“24 Oktober. Sambal ayam. Erm..pelukis pelan. Warna biru. Suka puisi Khalil Gibran. Umur 30. Tinggi tak tinggi sangat. Tapi tinggilah jugak. Yang penting ganteng. Ermmm..” Membebel seorang diri. Dia tulis perlahan-lahan mengenai si cinta hati. Sedang mengenali. Buku nota kecil dibelek-belek. Senyum seorang diri. Cinta rasa menyeluruhi. 

“Tegarkan kopi. Suka makan karipap.” Haish…bila nak belajar buat karipap dengan ibu mertua ni? Nadratul Nisa’ garu kepala. Mata terkebil-kebil.






"Langit!" Suara Nadratul Nisa’ melantun ke udara.
 
Angguk. Mereka sedang berbaring di atas rumput berembun. Malam makin pekat. Mana pernah dibuat orang berbaring di laman malam-malam sebegini. Tanpa ada alas pula. Kalau pak pacat hinggap ke tubuh isterinya nanti, haih..habislah dia kena menguruskannya. Maleq senyum sahaja. Pintu kayu Berembun House terbuka luas.
 
"Subhanallah. Cantiknya." Mata meniti langit yang gelap. Mana bintang ya? Kata pemilik The Dusun ini bintang akan dapat dilihat. Tapi malam ini kenapa retina matanya belum menangkap bintang berkerlipan itu? Hanya bulan sabit tergantung di atas paksinya.
 
"Iya. Cantik." Dia bukan pandang langit pun. Mata isteri tengok langit, tapi mata dia tala tengok wajah cik isteri. Maleq menompangkan tangannya dengan kepala. Meneliti raut wajah isteri yang sedang hilang dibayangi keindahan malam.
 
Sesekali dia mendongak. Tersenyum kecil. "Bintang!"
 
"Bintang? Mana ada bintang." Kerutkan dahi. Mata Nadratul Nisa' mencari bintang. Langit nan luas. “Ada bintang ke abang? Mana?” Retina mata liar mencari. Ishh…mana ada bintang.
 
"Bintang hati beta!" Sengih. Suka betul dia mengusik cik seksi.
 
Nadratul Nisa’ pusingkan kepala. Memerhati Maleq yang matanya tanpa segan memandang dia. “Tipu ya. Mana ada bintang.”
 
Dia perlahan-lahan mendekatkan diri dengan Nadratul Nisa’. Tubuh seperti tadi, hanya beralas rumput sahaja. “Ada. Nad kan bintang abang. Bintang hati beta.” Dia senyum. Perlahan-lahan dia menarik kepala Nadratul Nisa. Di bawa kepala isteri dekat dengannya dan kini beralas lengan sasanya.
 
Cengkerik semakin menjadi raja. Bunyinya deras masuk ke dalam telinga. Pipi Nadratul Nisa’ sudah merah. Tubuh sudah rapat dalam pelukan suami. “Takkan kita nak tidur atas rumput ni.” Semakin kemas Maleq memeluknya. “Eeeehh…tadi ada buah durian Pak Jalie bagi tadi kan?”
 
Telinga semakin panas. Jantung kembali berdebar-debar. Rasanya sama seperti selalu. Rentaknya entah kenapa semakin laju. Maleq terus letakkan jemari ke bibir isteri. “Shhhh….”
 
Senyum. “Boleh tak Nad jangan bising itu ini. Duduk diam-diam boleh tak?” Sambil bercakap dia melindungi kegelisahan isteri. Bibir sudah mendarat ke dahi cik isteri banyak songeh. “Duduk sini seminggu. Nad okey kan?”
 
Angguk. Makin kemas dia di dalam pelukan suami. “Okey.” Dia sembamkan wajah ke dada bidang Maleq. Dia sedang memadam kenangan lama. Nama Tan Jie Kang itu bohonglah kalau sesekali tidak disapa bisik syaitan. Tapi lewat-lewat hari kebelakangan ini, dia sudah boleh percaya yang nama itu hanya sekadar kenangan. Dia buang jauh-jauh pergi!
 
“Hanya kita di sini. Malam-malam kat sini takut sikit. Nad takut tak?”
 
Gelengkan kepala. “Tak pun.”
 
“Serius?” Bibir dia sekali lagi mengucup kening Nadratul Nisa’.  “Bunyi angin menderu-deru tu…wooooo…woooo.” Bibirnya dimuncung-muncungkan. Serupa bagaikan angin yang membawa jembalang bersamanya.
 
“Serius. Nad tak takut!” Dia melingkarkan jemari ke belakang. Peluk kuat-kuat tubuh suami. Heilah…sengaja bagi kita takut tau! Bibir saja cakap tak takut, tapi jantung sudah berdegup-degup!
 
“Tak takut dengan abang?” Rentak jantung berirama lagi.
 
“Tak!”
 
“Hahahaha.”  Maleq ketawa kuat. Suka betul dia menyakat. Ditarik hidung comel milik isteri.
 
“Amboi…sukanya dia!” Nadratul Nisa’ gigit bibir bawah. Jemari runcing terus mencubit pinggang encik ganteng. “Abang nak kopi tak? Encik ganteng kan tak boleh kalau tak ada kopi.”
 
Angguk. Dua kali angguk. “Nak!” Mata bulat bersinar-sinar.
 
“Nad buatkan. Okey?”
 
“Okey.” Dia masih belum mahu melepaskan cik isteri banyak songeh.

“So kena lepaskan Nad!”

“Errr..okey!” Terkebil-kebil dia. Maleq terus mengangkat kepala cik isteri. Sudah bangun dari pembaringan. Rumput sudah membasahkan bahagian belakang baju. “Tapi kalau tak buat pun takpe. Esok pagi pun boleh.”

Maleq sudah berdiri. Terus menarik jemari halus Nadratul Nisa’. Di bawa masuk isteri ke dalam Berembun House. Halaman kecil tersedia di luar rumah memang khas untuk mereka melihat langit yang luas.

“Encik kopi tu tak boleh tidur kalau tak buatkan kopi!” Nad sambil membalas renungan suami, menggenggam erat-erat jemari Maleq. “Nad kena buatkan. Takpelah. Nanti Nad takut abang merajuk beritahu ibu yang Nad tak buatkan kopi.”

“Abang merajuk?” Dia terus menutup pintu. Mengunci. Langsir yang menjadi teman tingkap ditarik. Pantas tindakan refleksnya. “Abang ni anak ibu yang baik. Mana pernah merajuk!”

“Eleh…merajuk dengan kita sampai seminggu! Bluweekkkk.” Nadratul Nisa jelirkan lidah.

Tawa Maleq bersisa. Rasa rindu semakin mengikat jiwa. Rasa yang sedang Allah aturkan melingkar hati. Mata menjeling buku Sudoku isteri yang terletak rapi di atas meja kecil.

Nadratul Nisa’ terus terburu-buru mengayun kaki ke dapur. Air yang tadi sudah dia masak takut pula sejuk. Dia keluarkan kopi dari Tupperware. Mencari gula yang dia simpan di atas meja kecil. Bibir membebel-bebel lagi. “Iyalah. Mana tahu kalau-kalau abang merajuk sebabkan cik seksi tak buatkan kopi!”

Tupp! Lampu di dalam rumah sudah terpadam. Ah, sudah. Dalam dia membebel-bebel bercakap perihal kopi boleh pula encik ganteng ini padamkan api.

Bulu roma dia meremang-remang. Iyalah, dapur Berembun House ini kawasannya di luar. Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah. “Kenapa abang tutup lampu? Terang sikit aje kat dapur tu!”

Jemarinya terus ditarik. “Shhh…” Bibir Maleq sudah di telinga. Pinggangnya erat dan kemas di sisi Maleq.

Streettt. Pintu utama pembahagi antara dapur dan rumah sudah ditutup Maleq.

“Kopi?” Nadratul Nisa’ senyum. Mata meneliti ruang rumah yang sudah dinyalakan beberapa batang lilin. Dia ketawa. Kejutan sungguh! Langsir beralun mengikut rentak angin. Damai dan mempesonakan.

Maleq terus gelengkan kepala. Haihlah, janganlah sebut fasal kopi lagi. Boleh tak cik isteri banyak songeh? “Kopi takde takpa. Jangan risaulah. Abang tak akan merajuk.” Nadanya rendah mengusik. Hati sudah berdoa. Serba serbi lancar. Jantung berproses mengikut irama.

Nadratul Nisa’, hati sudah bercanda bahagia. Dia mahu meraih pahala. Dia dambakan syurga tiket dari nama suaminya. Maleq Rafie sedang tersenyum. “Errr…esoklah Nad buatkan. Boleh? Esok!”

“Okey…” Nadratul Nisa’ mengembungkan pipi. Telinga rasa berbahang. Darah menyerbu-nyerbu sampai ke kepala.

Maleq ketawa. Menarik nafas dan Malaikat sedang menjadi saksi erti cinta mereka. “Assalammualaikum isteri tercinta.” Kening isteri sekali lagi dikucup.

“Waalaikumsalam wahai sang pencinta!” Sengih lagi. Pinggang encik ganteng dia peluk erat. Wajah mendarat ke dada Maleq. Dia pejamkan mata. Sudah lumrah sisi suami dan isteri wahai Nadratul Nisa’.

Pesanan baba melingkari minda, “Nad..hubungan suami dan isteri itu tegak atas nama Mawaddah dan Rahimah. Baba akan sentiasa doakan Nad dan Maleq sentiasa dalam Redha Allah.”

Baba….bila dia pejam mata, wajah Maleq menghiasi. Bila dia buka mata, sah-sah kini Maleq sedang mendambakan dia. “Shhh…”

***



"Boleh abang tanya satu soalan kat Nad?"

Bunyi cengkerik masih berlawanan. Rasanya Tuhan sedang labuhkan embun untuk menyamankan. Kemudian bunyi-bunyi entah apa-apa di dalam The Dusun ini bisa sekali membuat jantungnya berdegup-degup. Jam masih awal. 5 pagi mata dia sudah terbuka. Tengok di sebelah, Maleq pun sudah terjaga. Terkebil-kebil dia merenung Maleq yang tidak lepas-lepas merenung dia. Seperti berjanji pula yang mereka tiba-tiba terbangun. Lengan Maleq perlahan-lahan dia tarik. Dia peluk erat kerana ketakutan.

"Ha...soalan apa? Soalan Geografi jangan. Tak suka subjek tu." Dia tarik gebar. Jam 5 pagi ini, soalan apa yang encik ganteng mahu tanya ya?

Tawa Maleq bersisa. Kelakar jugak si cik isteri banyak songehnya ini.  Rambut di dahi isteri dia tolak ke belakang. Dia tarik nafas. Gigit bibir. Dia perlu tanya mengenai masa silam Nad. Sesuaikah masa ini wahai isteriku?  "Tan siapa?"

Berderau darahnya naik ke kepala. Berdesup jantung entah kenapa rasa mahu terhenti. Ya Tuhan…soalan apakah ini? Dia terus lekapkan jemari ke bibir Maleq. Gelengkan kepala. Sungguh-sungguh. "...dan boleh tak ketika kita berdua sedang mengenali hati masing-masing. Ketika kita sedaya upaya menguatkan rumahtangga kita. Juga ketika Nad sudah mencintai abang seadanya jangan bertanyakan siapa Tan."

Hanya nafas Maleq dia dengar di telinga. "Abang baik kan?"

Angguk. Seadanya. Maleq memang baik. Masa pergaduhan mereka dahulu, Maleq itu sabar melayan karenah dia. Soalannya lembut sahaja meski dia yang melenting itu dan ini. Maleq yang masak. Maleq yang mengemas. Maleq yang membasuh baju. Semuanya suami yang buat. Bukan Nadratul Nisa’.

“Nad berdosa dengan abang. Nad minta maaf ya!”

“Hei..abang tanya abang baik ke tak? Ni apesal ni? Tetiba minta maaf.” Dia senyum. Sudah berjuta-juta kali Nadratul Nisa’ mengulang perkataan maaf. Usai solat pun isterinya tidak sudah-sudah memohon maaf.

“Sebab abang sabar…”

“Lagi?” Makin seronok mendengar suara isteri. Mata terasa mengantuk lagi. Suasana pagi yang sejuk tambah buat dia rasa letih.

“Macam yang Nad kata, abang baik. Memang baik. Kalaulah abang ni panas baran, pemukul agaknya kita dah macam mana kan?”

Bibir Nadratul Nisa’ terus ditutup dengan dua jemari Maleq. Maleq pula gelengkan kepala. “Okey-okey jangan cakap apa-apa lagi.” Dia betul-betulkan gebar. “Abang tak akan tanya apa-apa dah.” Menguap. Mahu sambung tidur. Entah kenapa dia mengantuk lagi. “Esok kita sembang panjang-panjang lagi ya. Duduk berdua kat balkoni dengan cik seksi!”

“Eeee…tak kuasa!” Ketawa halus. Kepala sudah di bawah ketiak suami. Jemari melingkar kemas-kemas pinggang pasangan halal dunia akhirat. Rasa nyaman.

“…abang mengantuk lagi lah.” Nadanya rendah sahaja.

“Ada sejam lagi ni. Nak subuh!”

“Ermm…”

Senyum. Dia memerhati wajah si encik ganteng. “Esok kita mandi kolam pulak ya?”

“Ermmm…” Mata makin tertutup. Tapi jemari mengusap-ngusap rambut isteri.

“Esok makan durian lagi ya?”

“Okey sayang.”

“Kita main basikal. Okey?”

Krohhh…Krohhhh

Tidak ada jawapan. Dia pandang wajah Maleq. Aik?  Dalam sekejapan sahaja, Maleq sudah tidur balik? Dengkuran halus tambah menyamankan. Dia sengih menampakkan gigi. Gelengkan kepala melihat gelagat Maleq yang kadang-kadang tidak terduga. Nadratul Nisa’ betulkan kembali gebar. Menutup sebahagian tubuh suami kesayangan hati. Dia senyum. Menelan air liur.

Wajah nan rupawan sudah melekat di dalam jiwa. “Nad sayangkan abang. Dunia dan akhirat.” Air mata rasa menitis syahdu. Sebak berganda-ganda bila mengenangkan kata-katanya dahulu kepada Maleq. Suaranya berbisik lagi. Syahdu. “Ampunkan Nad. Ampunkan ya?”

:::Terima kasih The Dusun untuk membenarkan gambar dimasuk ke dalam entry. Rasa macam minum kopi manis saja. Lalala. Saya ada satu soalan, bila boleh saya berhentikan cerita ini di dalam blog? Bab 40 okey kan semua?:::

11 ulasan:

  1. Salam Dear.....Sampai Bab 40 pun dah okay, tapi jangan peram lama2 ya. Akan ku tunggu.... :-)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama25/9/13 09:56

    Nanti Tan macam mana?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama25/9/13 10:21

    Maleq and nad. No more tan. No more conflict. Just sweet and love.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama25/9/13 11:36

    Boleh x jgn tamatkan sampai bab 40. sampa habis pls

    BalasPadam
  5. kalau smpai habis akak?? please!!

    BalasPadam
  6. mcmana agaknya bila Tan muncul balik?
    holefully ms tu da berusia n sama2 ada happy fmly......

    BalasPadam
  7. Lepas akhtar (tan) muncul dlm hidup Nad.... Maleq ni baik dsangat laaa..... jangan ada bab mati mati pulak yeee Cik Dihah.... merajuk nanti

    BalasPadam
  8. radziahmohdhashim25/9/13 13:36

    Bab 40 ok je....asalkan...cepat2 boleh dipeluk ye cik Mardihah. ..

    BalasPadam
  9. Nice...sampai bab 40 ye

    BalasPadam
  10. Ok je...tp jangan smpi kena tunggu lama sgt...<3

    BalasPadam