"Nad kan benci abang.
Nad kan tak cintakan abang." Dia menolak lembut pelukan isterinya. Dengan
rasa kasih, dia angkat kepala Nadratul Nisa'. Diletakkan perlahan-lahan di atas
karpet tanpa ada alas. Dan dia terus berpusing. Membelakangkan tubuh isteri.
Maleq kembali mengerekotkan tubuh.
Apa kurangnya saya, Nad?
Apa lebihnya dia, lelaki yang Nad cintai itu sampai saya suamimu dihukum menderita sebegini. Mana letaknya saya di hati kerasmu itu, Nadratul Nisa?
Dia renung wajah isteri yang sedang nyenyak tidur. Dia tarik gebar. Perlahan lahan, dia membetulkan kain yang memberi hangat itu. Tidak mahu Nad terjaga dari kantuknya. Kalau waktu malam pekat beginilah, baru dia boleh merenung wajah isteri dicintai.
"Tan....Tan....Tan..." Suara Nad mengigau menghentak jiwa. Sekali lagi nama entah siapa meniti di bibir isteri sendiri. Maleq pejam mata. Sebak. Apa lagi yang perlu dia buat untuk Nadratul Nisa mencintainya? Tan itu siapa? Adakah itu lelaki yang dicintai Nadratul Nisa’?
Iya. Dia menjadi patung di
rumah. Selain menyendiri dan melihat sahaja isterinya mendiamkan diri. Tidak
ada perbualan seperti minggu pertama perkahwinan. Dia malah terus menghukum
diri sendiri dengan melarikan diri. Rutin dia sebagai seorang suami malah terus
sama dan makin memeritkan.
Balik tergesa-gesa dia
akan memasak. Sampai dia marah-marah di dapur. Sampai di membenci melihat dapur
yang tidak berkemas. Sampai jarinya berbalut luka kerana terpotong jari
sendiri. Minyak meletup-letup di lengan. Habis berbekas gelembung sana dan
sini. Haihlah isteri. Naik sahaja ke bilik, dia akan melihat Nad seperti itu
lagi. Sesekali menjeling isteri yang membisu. Sesekali dia memandang sahaja
Nadratul Nisa’ yang terus memurungkan diri.
Selepas episod bertegang
lidah, dia kuatkan hati. Maleq tetap mencuri peluang bertanya itu dan ini
dengan isteri. Dia mengawal hati. Meski kecewa. Meski dia tahu, Nad tidak
mencintainya. Meski jawapan-jawapan Nad menghantar gerimis di hati. Tapi Maleq,
dia harus kuat berhadapan dengan kenyataan ini. Mungkin Nadratul Nisa’ perlu
masa dan ruang. Iya, dia beri masa dan ruang lagi. Tapi nampaknya isterinya
semakin menjadi-jadi. Dia tidak mampu bertahan. Dia tidak boleh lagi beri muka
dan peluang kepada Nadratul Nisa’.
Doa. Dia sudah berdoa.
Zikir. Dia sudah lafazkan banyak zikir di telinga isterinya kala Nadratul Nisa’
sedang nyenyak tidur. Kalau waktu bersolat, dia hamparkan tikar sembahyang di
belakang. Iya, dia sedang memimpin Nadratul Nisa’ dalam diam. Dia mahu Nadratul
Nisa’ menjadi makmumnya. Dia mencuba dengan cara halus begini. Terpulang untuk
Nadratul Nisa’ yang hanya memerhati tindakannya. Hari pertama, dia mengajak
juga. Masuk hari ke dua dan berikutnya, dia hamparkan sahaja ‘encik sejadah’.
Pedih Nad! Pilu sungguh hati lelakinya.
Ngilu rasa diri. Bebannya sebagai suami rasa memukul tubuh sendiri. Dia rasa
berdosa sendiri.
Kalau ibu telefon bertanya
khabar, dia jawab okey sahaja. dia jawab bahagia sahaja. Dia berlagak tenang di
rumah melihat Nadratul Nisa’ sama seperti selalu. Dia menipu diri sendiri
dengan kekecewaan yang sedang bersarang. Dia menyendiri. Dia hanya mampu
mengesat air mata tanpa sesiapa rawat.
“Eh, bila nak bawa Nad
datang sini? Dah dapat isteri, lupakan ibu ya?” Suara gembira ibu petang
semalam mengundang hiba.
Dia duduk diam di depan
sofa. Mata memandang televisyen. Entah cerita apa. Keseorangan tanpa teman.
Telefon dan perbualan dengan ibu sahaja yang mengisi kekosongan hati. “Nantilah
bu. Ala, janganlah cakap gitu. Maleq
ingat kat ibu. Ada hal sikit dengan kerja. Nad pun sibuk uruskan ladang.” Ah –
pembohong. Munafik sungguh kau Maleq. Dia pandang lagi televisyen. Rumah bukan
jauh sangatpun. Boleh saja dia singgah dan melawat ibu. Tapi kalau dia singgah
ke rumah ibu atau ke kedai ibu tanpa Nadratul Nisa’ apa pula kata ibu.
“Esok Maleq datang kedai
ibu ya. ibu buatkan sambal ayam.” Puan Wardah mengundang si anak kesayangan.
Sebenarnya sudah rindu. Sudah lama Maleq mendiamkan diri dengan isteri di
banglonya.
Sambal ayam. Menyengat
sungguh. Petang tadi lepas sahaja balik kerja, bergegas dia mencari ibu. Ibu
sudah menjemput dengan sambal ayam. Terus dia masuk ke kedai, menuju ke pantri
dan menikmati sambal ayam dengan nasi. Puan Wardah terkebil-kebil menengok si
anak. Macam tak makan sebulan aje. Siap bertambah tiga kali. Kenapa Maleq
nampak kurus dan tidak terurus? Kenapa wajah anaknya rusuh dan seperti
menanggung kesedihan? Jarinya berbalut terkena apa? Masa Maleq melipat lengan
kemeja kerjanya, dia nampak gelembung-gelembung kesan terkena minyak. Eh, Maleq
kenapa?
Dia renung sahaja si Maleq
yang kusyuk mengunyah. Memerhati anaknya dengan penuh kasih. Air kopi kegemaran
anaknya sudah dia sediakan. Diminum beberapa teguk dan kumis anaknya semakin
kelihatan tanda tidak terurus. Jiwa ibu libang libu. Dia mula rasa sesuatu.
Maleq membuang kenangan
pergi. Lauk ayam kegemaran sudah memberi sedikit ketenangan. Iyalah, air tangan
ibu serba sedikit menghilangkan rasa sepinya. Laparnya berhari-hari makan lauk
dimasak sendiri tak sama dengan air tangan ibu. Aroma kopi turut sama hilang.
Dia bangkit menolak gebar. Perlahan-lahan membetulkan kepala Nadratul Nisa’
yang senget.
Iya, meski mereka
berperang..Nadratul Nisa’ tidak pernah tinggalkan tempat tidur. Nadratul Nisa’
masih sudi mengemaskan katil. Bilik sentiasa harum cantik di matanya. Dia
renung wajah Nadratul Nisa’.
Nadratul Nisa’ tiba-tiba
berpusing mengadapnya. Tanpa sedar, tangan cik isteri a.k.a ‘cik banyak songeh’
terus memeluk erat pinggangnya. Zupp! Jantung si rupawan terus berdegup-degup.
Mata asyik memandang bahu ‘cik banyak songeh’ yang terdedah. Sekali lagi dia
membetulkan dan melindungi bahu isteri. Rambut isteri yang jatuh di atas dahi
ditolak perlahan-lahan. Dia renung sepenuh hati. Kasih sayangnya masih tumpah
untuk Nadratul Nisa’.
Lampu tidur menjadi teman.
Dia berdoa lagi. Maleq terus menitip doa agar cinta isterinya itu untuk dia.
Dia mencuba. Dia berusaha. Ditiup perlahan-lahan ke leher jinjang isteri. Dikucup
lembut leher Nadratul Nisa’. Dia senyum. Telinga rasa berdesing. Jantung
berdegup entah irama apa. Bulu roma rasa menegang. Kemahuan lelakinya memuncak.
Tetapi dia sedar, Nadratul Nisa’ sedang tidur. Minggu ini, benar-benar minggu
penuh dugaan untuk dia.
“Hei cik banyak
songeh…abang rasa abanglah calon paling handsome dalam dunia. Kalau nak
dibandingkan dengan Tan yang selalu disebut-sebut tu. Kan?” Dia renung lagi
wajah kesayangan hati. Gigit bibir. Angkat kening.
Kalau Nadratul Nisa’ tidak
mencintai…juga jika dia dibenci sekalipun dia tidak boleh untuk juga merasa
benci. Dia mesti mencari jalan supaya
cinta si isteri kembali untuk dia. ‘Maleq, kau suami Nadratul Nisa’. Kau yang
lebih berhak dan bukan orang lain. Bukan lelaki lain juga Maleq.’ Suara hati
berbunyi lagi. Bangkit Maleq. Bangkit!
Kalau api, lawannya air,
kan?
Bibir terus mengucup
kening isteri. Dia buang rasa kerdil diri. Maleq merendahkan jiwa. Tafakur. Dia
bukan sesiapa. Dia bukan malaikat untuk terus bersabar. Dia juga bukan lelaki
yang cepat naik tangan. Ibu sudah mendidik dia untuk sentiasa berlembut dengan
wanita. Nabi malah, memuliakan wanita.
Maleq boleh kan? “Hei cik
isteri banyak songeh. Cubalah satu hari
awak berbual dengan abang. Abang nak tanya, benci awak tu kat abang banyak mana
ya?” Maleq mengukir senyum. Tabah Maleq. Tabah! Dia renung wajah isteri yang
sedang nyenyak tidur. Tangannya gagah diangkat. Dipeluk bahu isteri. Automatik
kepala Nadratul Nisa’ sudah di lengan dan di bawah ketiaknya.
Iya, dia sedang mengawal
kecewa. Dia sedang menaburkan suka di jiwa. Meski hakikatnya dia sedang pilu dan
berduka dengan sikap Nadratul Nisa’. Kalau boleh esok dia mahu selesai. Dia
mahu berdamai.
Abang penat Nadratul Nisa’.
Penat.
***
Air mata Nad mengalir lagi.
Suara Maleq yang maha lembut terus membuat dia bungkam
entah kenapa. Kenapa Maleq terus-terusan bersabar dengan dia. Kenapa Maleq
selalu buat dia bengang. Walau Maleq tahu hati, jiwa dan cintanya iini hanya
untuk Tan seorang sahaja.
"Nadratul Nisa'..."
Dia panggung kepala. Memandang wajah lelaki yang parau
suaranya ini. "Iya.." Dia kesat lagi air mata. Dia rasa bodoh. Dia rasa
macam hamba duduk di dalam rumah ini.
"Saya dah masak nasi dan buatkan sup ayam. Nanti
makan ya." Lembut lagi. Mengatur lagi menu harian isteri.
Dia renung lagi wajah Maleq yang sedang berdiri memandangnya.
Maleq senyum. Dia sudah tidak punya kekuatan. Sudah puas memujuk Nad. Kalau Nad
melenting, dia diam. Dia terus pergi kerja. Dia akan terus mengunci pintu. Rutin
akan tetap sama. Jadual hidup tidak berubah sama seperti duduk membujang
dahulu.
"Abang nak pergi kerja ni. Meh salam sini. Kebun Nad
kat atas tu semua abang dah settlekan. Pekerja-pekerja tunggu Nad datang basuh
kaki sahaja." Dia biarkan sahaja Nad dengan air mata. Biarlah. Kalau pujuk
pun, Nad akan marah. Haihlah cik banyak songeh.
“Nad tak cintakan abang. Nad bencikan abang. Jangan baik
dengan Nad lagi.” Nafasnya bersatu dengan angin. Dia tunduk. Kemudian retina
mata Nadratul Nisa’ terus menangkap pokok di luar. Nadanya rendah. Kali ini,
dia sengaja bercakap dengan lembut. Kalau Maleq buat tak tahu lagi, dia akan
lari. Dia akan lari! Tekadnya satu sahaja. Mahu mencari Tan Jie Kang.
Pipi tertampar lagi. Dia tidak terkejut. Kerana itulah
selalu ungkapan Nadratul Nisa’. Dia berdiri merenung Nadratul Nisa’ yang
membelakangkannya. Sampai hati Nad.
“Nad nak abang faham. Nad nak abang mengerti. Sudahlah. Cukuplah
buat baik dengan Nad. Buatlah apapun untuk abang pujuk Nad. Nad tak akan ubah
keputusan Nad. Nad tetap sayangkan Tan.” Mendidih. Semalam abang-abangnya telefon
suruh bersabar. Tetap berpihak dengan Maleq. Abang Ajim siap beri amaran akan
report dengan baba jika Nadratul Nisa bertegas mahu mencari Tan Jie Kang. Kenapa
semua menyebelahi Maleq Rafie ini? Kenapa?
Kenapa Nad tak boleh tetapkan hidup Nad.
“Kita bukan kahwin paksa pun Nad. Dulupun abang dah bertanya
betul-betul dengan Nad.” Gerimis tiba-tiba datang. Dia semakin penat dengan
semua ini. “Kita kahwin kerana redha Allah. Seorang suami itu hatinya untuk
isteri. Janji abang selepas akad nikah untuk rumahtangga kita sampai syurga.”
Ah – Maleq meletak begnya dia atas
sofa. Pagi sebelum ke pejabat, dia menerima sarapan terhebat dari isteri. Hati menangis
lagi. “..dan untuk ke syurga abang perlukan Nadratul Nisa’.” Tabah. Dia sudah
tidak kuat. Kecewa. Kusut. Jiwa makin rusuh.
“Kan bagus kalau Nad cakap
betul-betul yang Nad sudah ada pilihan sendiri waktu tu. Takde kita penat
bergaduh begini.”
“Nad sedang mengaku!” Bentaknya. “Nad
sedang beritahu abang yang Nad memang cintakan orang lain. Yang Nad memang
sayang dan Nad tak sayangkan abang. Puas hati. Sampai bila abang nak Nad cakap
dan beritahu semua ini? Nad boleh gila tau tak. Gila!” Hati makin rawan. Nad
sedang bodoh. Sedang melihat syaitan tersenyum senang hati dengan jiwanya nan
rapuh itu.
“Baiklah!” Nekad. Suaranya keras.
Maleq terus mengambil kunci kereta
dan semua kunci di dalam laci. Tubuh masih dengan kot. Beg dibiarkan di atas
sofa. Kakinya laju. Dia segera menjeling Nad. Suara akhirnya meninggi. Kali ini,
dia tidak lagi boleh berlembut. Sudah lama dia asyik mengalah. Sudah selalu dia
memujuk. “Abang dah tak boleh sabar dengan Nad. Okey, kita tengok siapa. Kita tengok
siapa inginkan siapa. Abang bukan tunggul dan kayu menadah semua kisah Nad yang
dah jadi sejarah tu.” Dia terus membuka pintu.
“Gilalah seorang kat dalam rumah ni.
Nad, syurga awak sekarang kat tangan saya. Ingat Nad. Ingat. Huh!” Pintu terus ditutup.
Kuat dan berdentum. Dia puas hati. Sambil berlari ke arah kereta, air mata
lelakinya turun perlahan-lahan. Honda streamnya terus dibawa laju. Menderu menuruni
bukit.
Maleq. Maleq. Dia pegang dahi. Mengetuk-ngetuk
stereng kereta dan sambil memandu dia menjerit sekuat-kuat hati. “Nad!!!!”
***
“Maleq…” Puan Wardah
melihat tuala mandi baru di atas kerusi. Mata mencerlung ke dalam tong sampah. Bekas
Maggi cawan entah perasa apa sudah tiga hari dia jumpa. Mula-mula dia pelik. Pekerjanya
mana makan maggi. Masuk dalam bilik air, ada sabun mandi siap berus gigi. Hari pertama
sabun tertinggal. Hari kedua, berus gigi pula. Hari ketiga, jam tangan anaknya
tertinggal pula di atas meja.
Jangan disorok lagi wahai
Maleq. Kedudukan meja di pantri juga berubah. Dia tahu Maleq tidur beralas
tuala. Dia tahu Maleq tidur beralaskan bantal yang menjadi hiasan di kedai
cenderahatinya ini. Telefon hadiah dari Maleq kini menghubungkan.
“Ya bu…”
“Anak ibu ni dah makan ke?”
Hati ibunya sayu. Sebak. Air matanya tiba-tiba mengalir. Bersoal fasal makan
membuatkan dia dilanda hiba.
Ah Maleq. Hati lelakinya
rawan. Dia angguk. Berbohong lagi. “Dah bu. Dah. Nad masak sedap bu. Masak lemak
cili padi orang negeri ni sedap sungguh kan?” Air mata bergenang-genang. Dia duduk
mengadap keindahan kebun teh yang luas. Sudah tiga hari dia tidak bekerja. Tiga
hari membawa diri entah ke mana. Tidurnya bersembunyi di ceruk kedai
cenderahati ibu. Kunci pendua kedai ibu nasib baik dia bawa sekali.
“Ohh.. kalau dah makan,
baguslah. Alhamdulilah. Baru ibu nak menumpang sekaki.” Dia buat-buat ketawa. Dia
tahu Maleq sedih membawa hati nan pilu. Puan Wardah menarik sehelai tisu di
depan kaunter. Dikesat-kesat hidungnya. Puan Wardah sedang menahan sebak. “Betul
ke Nad masak sedap. Nanti ibu nak datang rasa.” Puan Wardah menutup mulut. Tangisannya
ditahan-tahan. Maleq ini dia susukan. Maleq sudah jadi anak dan sudah menjadi darah
dagingnya. Sebulan lepas bersalinkan Marzuqi, anjang serahkan Maleq untuk
disusui. Dia sudah ada dua anak lelaki dalam sekelip mata.
Tetapi Allah lebih
sayangkan Marzuqi. Arwah Marzuqi meninggal dunia kerana demam panas. Akhirnya,
Maleq lebih sesuai duduk dan serasi dengan dia dan arwah suami. Dia pohon dari
rumah anak yatim untuk membela Maleq dan pak anjang itulah yang menguruskan
pengambilan Maleq.
“Maleq anak ibu yang baik
kan?” Puan Wardah menahan hiba. Dia perlu mempunyai kekuatan untuk menjernihkan
kembali rumah tangga anaknya. Kalau sudah Maleq tidur selama tiga hari di
kedainya, bermakna sudah di tengah-tengah pergolakan si anak menantu.
Angguk. Dia tidak berdaya.
Sudah lemah entah kenapa. Dia sudah tewaskah berperang dengan Nadratul Nisa’? “Iya,
Maleq ni anak ibu yang baik.” Angguk lagi. Air mata mencurah-curah turun.
“Ibu…” Dia tersedu-sedu. Tangisannya
sudah tidak boleh dikawal lagi. Dia tidak boleh membendung kesedihan diri. “Maleq
ni teruk sangatke? Kenapa Nad tak boleh nak terima Maleq?”
Angguk lagi. Dingin terasa
menyelubungi diri. terbayang-bayang kelibat Maleq di kedai membantunya menjaga
kedai. Anaknya menghormati orang tua. Dia sudah ajarkan yang baik-baik. Dia sudah
sekolahkan Maleq dan ajarkan agama untuk Maleq. Semuanya lengkap untuk Maleq.
“Ini dugaan untuk Maleq.
Maleq kan baik.” Air mata si ibu terus mencurah-curah. Dia terus bangun menuju
ke pantri. Kesedihannya dihumbankan ke meja. Jam tangan anaknya dipeluk
erat-erat.
Gumam bibir. Dia kesat air
mata. “Maleq sentiasa doa dengan Tuhan agar Nad terima dan redha dengan
perkahwinan ini. Maleq tahu bu, Nad perlukan masa. Maleq tahu juga Allah pilih
Maleq untuk terima ujian ini.”
“Maleq balik ya. Apa agaknya
khabar Nadratul Nisa’ tu. Dah tiga hari. Tak baik buat begitu. Makan pakai Nad
Maleq kena tengokkan. Apa-apa jadi nanti susah jugak Maleq.” Dia memimpin si
anak yang sedang entah tidak tahu arah tuju.
Mata menjeling jam tangan
yang tidak melekap di pergelangan. Ibu sudah tahu! Dia mengeluh. Sambil itu dia
menahan tangisnya. Ah – buruk! Buruk menangis Maleq. Kepala mengangguk lagi. Dia
mendengar arahan si ibu. Kasih sayangnya tumpah dengan keluarga ibu. “Ibu
doakan Maleq ya.”
“Iya. Ibu sentiasa doakan
Maleq. Ibu doakan Maleq bahagia dunia dan akhirat. Bahagia dengan Nadratul Nisa’
dan memimpin dengan baik ister Maleqi. Maleq boleh. Maleq kan anak ibu yang
palinggg baik. Yang paling mendengar kata.” Teresak-esak si ibu.
“Berdoalah Maleq. Ibu
sentiasa ada untuk Maleq. Tapi Maleq kena ingat, jangan tinggikan suara dan
jangan naikkan tangan memukul isteri.” Nada ibunya membawa semangat paling
tinggi. Dia termenung merenung kaki langit yang cantik.
Dia diam mendengar
arahan-arahan si ibu. “Balik nanti, berasinglah tidur. Ibu percaya, malam kedua
atau ketiga, Nad akan datang mencari Maleq. Maleq balik ya.”
Akur. Dia memulihkan
semangat diri. Ibu sentiasa ada pesanan untuk dia. Ibu sentiasa tahu akan
kesedihan jiwanya.
Puan Wardah berbisik lagi.
“Solatlah malam. Maleq kurang solat malam tu.” Pesanan ibu terus menyegarkan
gegendang telinga. “Zikir. Baca ayat-ayat dalam surah Taha. InsyaAllah.” Sekali
lagi dia memberi pesan. Gusar. Tetapi dia yakin, Maleq anaknya yang boleh
memimpin Nadratul Nisa’.
Angin terus memeluk tubuh
tegapnya. Awan terus menaburkan warna biru dan putih dengan cantiknya. Ladang teh
terus menerkam pandangan mata. Jemari runcing kiri terus membetulkan rambut
ikalnya. Maleq melirik senyum. “Maleq cuba. InsyaAllah.”
“Ibu doakan. Dari sini ya
nak. Ibu titipkan.”
Air mata bersisa. Dia tarik
nafas. Wajah dan senyuman Nadratul Nisa’ menggamit dia untuk pulang. Dia rindu!
Dia rasa rindu terikat di relung hati. Zikir bersahut-sahutan. Burung terbang
menyahut zikir yang dia hantarkan.
Ya Latif. Ya Latif. Ya
Latif. Langkahnya deras. Zikirnya terus panjang tanpa berhenti.
:::Saya sedang berusaha membalas komen semua untuk entry Maleq Rafie 30. Serius saya terkebil-kebil baca tambah terharu. Terima kasih. Terima kasih.:::
:::Percayalah, saya tak boleh nak buat Maleq boleh menerima. Tapi dia kuat. Kena tabah dan tak boleh jugak nak buat tetiba Nad jatuh cinta dengan Maleq. Nanti macam errr...terburu-buru. takut terburu-buru dan nanti cliche jadinya.:::
:::Semua okey ya? Risau saya baca komen marahkan Nad. Hahaha.
:::Yang penting saya sayang semua 14 juta sebab siap 9 ms mlm ni. Okey, semoga suka. Hihi:::
sis... thumbs up.. lina x pandai komen vogue2..tapi sebagai seorg manusia kita bukan terlalu sempurna, terlalu baik..yg boleh menerima dan mengiyakan semua yg kita hadap..kita hanya manusia biasa..yg byk kekurangan.. sis warnai watak maleq dengan sebegitu baik..... inilah realiti kehidupan..realiti perasaan seorg manusia....... keep it up sis.. <3
BalasPadammaslina aini mat saad
meh sinilah maleq... balik rmh akak je.. nanti akak masak sedap2 tuk maleq ye.. hahaha
BalasPadamnak masak apauntuk maleq ya jayda? hehehe
Padamtq dihah
BalasPadamnk teman maleq menaanges boleh?
nad....kesian kamu jugak
kesian maleq~~~~
BalasPadamHmmm takpe lama janji abis kat blog.. Hee B-) dah memang wajar ..jika diri tiada hati memang kena diri tu yg sedar.. Berdiam dan larut tak kan selesai masalah.. Perlu berbincang dgn fikiran yg waras bukan mengikut hati dan rasa.. Just doakn moga maleq tetap sabar n cekal .. Utk nad moga cepat menyadari .. Nak lagiiiiiiiiiii
BalasPadammeh lempang Nad laju-laju 10 kali, biar sedar diri . hadoiiiiii..... hang dah ada laki Nad. cian kat Maleq.
BalasPadamI really hate u nad. U are so rude toward your husband. Really hate u. Maleq dont cry man. Stay still.
BalasPadamSedihnya. Pn writer. Good job. Makin suka baca. Nad xnak maleq...i ada. Kiki. Twist plot, buat i taktahu nk pilih sape. -halija
BalasPadamNad, what happen to you, wake up girl. Maleq, keep strong ye, fighting.
BalasPadammuda_13, maleq akan keep strong! ;)
PadamCik writer,
BalasPadamCuaca di Brisbane hanya mendung di awal pagi hari ini, tetapi hati saya dah hujan dengan Maleq. Kesian Maleq.
For Maleq, stay strong sebab Maleq stronglah Allah uji dengan ujian ini.
For Nad, sometime we do not get what we want, but ALLAH give up everything that we need in our life. Maybe Tan is not the one who suitable with you even you cinta separuh mati padanya. Nad, learn to accept the reality
for cik writer, please habiskan cerita ini di blog. It is really hard for me to get the hard copy.
p.s: Maleq make my day even though hujan di hati.
Meina, maleq akan tabah. terima kasih dengan komen ya. cuaca di Brisbane hari ini bagaimana agaknya? masih mendungkah?
Padamsaya tak janji untuk habiskan di blog. hehehe. tapi ada berita gembira saya kongsikan ya.
bkn mudh utk mnrima cinta bru tmbh klau cnta bru cnta trpksa lagi haru..segalanye prlukn wktu yg penting tawakalkn diri..dua2 pihak harus tbah dgn ujian dr ALLAH S.W.T..HIDUP INI PENUH DGN DUGAAN..
BalasPadamNad.... Lepas ni terimalah ye, Maleq pulak nak merajuk.....Maleq, merajuk kaw kaw punya tau....hehe
BalasPadamUsaha maleq usaha! Jgn cpt putus asa sbb pts asa tu kwn makhluk btanduk tu. Pikat hati nad mdh2an dia trma nt
BalasPadamNad kena ingt apa erti sebuah perkhwinan... kesian maleq... usaha maleq.. usaha tangga kejayaan.
BalasPadamKasihan pada nad juga maleq...moga titipan doa ibu dan doa maleq untuk nad dapat menyedarkan nad dari terus berangankan sesuatu yang takkan jadi miliknya lagi. Nad pandangla apa yang ada disisimu dari terus melontar pandang pada sesuatu yang entah ada atau tidak di kejauhan sana. maleq sabar ya, Allah suka pada orang yang sabar.....Cik MArdihah, 31 ni memang sedih...
BalasPadamterima kasih idaraohaina untuk komentar. hehe. semoga nad terus tabah. maleq juga menerima seadanya.
Padamkesian maleq.....baca sambil kesat airmata.....huhuhu....bab yg menyentuh hati & perasaan......tahniah Cik writer......like 14 juta X...........
BalasPadamair mataku tumpah lagi....sedihnya mengenangkan lara hati seorang Maleq....penulis bijak mengadun rasa hati, lara jiwa seorang lelaki yg sesabar Maleq....sy jarang membaca mainan watak seorang lelaki tabah,sabar dan kental daripada kaca mati seorang penulis wanita...... wpun sekadar fiksyen tapi Maleq adalah antara pemain watak yang mungkin wujud di luar sana tanpa disedari...penulis tidak pernah mengecewakan pembaca! keep it up.....doa kami pembaca2 tegar karya Mardihah......
BalasPadamterima kasih ameera. smg saya tidak lupa dengan jejak kaki ini. pemain watak ni ada. tanpa kita sedar kan? ;)
PadamHuhuhuhuhu....sedih....mcm biasa, bila sedih time baca novel. Suami akan kata sy terikut2 dgn emosi. Mmg....sbb penulis mampu mengucarkacirkn emosi saya.....
BalasPadamTapi d sebalik kesedihan tu...kita boleh merenung dan menilai realiti hidup....syukurlah tindakan Nad tu x pernah terjadi dlm rmhtangga sy.
Tak mustahil ada yg sedang celaru mcm Nad. X tahu nk bercerita pada siapa. Mungkin kisah ini akan melorongkan jalan utk mereka menyelesaikan masalah.
Kesimpulannya...slps beberapa lama menjadi 'silent reader'...saya akui mutu penulisan cik penulis mmg amat bertambah baik...tahniah....keep up the good work...with Allah blessings..
-nie-
Nie, saya mohon maaf mengucar ngacirkan emosi awak. hihi. tak berniat pun saya. saya menulis saja. hahaha
Padamterima kasih sudi meletak komen dan memberi saya senyuman tidak terhingga sampai ke telinga. allahuakbar.
KESIAN MALEQ.
BalasPadampengajaran untuk para ibu bapa..jangan dipaksa anak yang sedang berduka. tunjukkan dulu belas kasihan padanya..pujuk hati anak untuk menerima takdir bukan memaksa dia menerima takdir. jangan biarkan dia rasa keseorangan menghadapi ujian , jangan biarkan dia rasa tidak ada yang bersimpati dengannya.
BalasPadampengajaran untuk para ibu bapa..jangan dipaksa anak yang sedang berduka. tunjukkan dulu belas kasihan padanya..pujuk hati anak untuk menerima takdir bukan memaksa dia menerima takdir. jangan biarkan dia rasa keseorangan menghadapi ujian , jangan biarkan dia rasa tidak ada yang bersimpati dengannya.
BalasPadamsaya memahami. saya memahaminya. sama seperti nadratul nisa' ;)
Padampengajaran untuk para ibu bapa..jangan dipaksa anak yang sedang berduka. tunjukkan dulu belas kasihan padanya..pujuk hati anak untuk menerima takdir bukan memaksa dia menerima takdir. jangan biarkan dia rasa keseorangan menghadapi ujian , jangan biarkan dia rasa tidak ada yang bersimpati dengannya.
BalasPadamtouched and cant wait for the next entry :(
BalasPadamSetuju dgn tanpa nama..sesuatu yang dipaksa akan cepat patah kalau x ditangani dgn berhemat.Luka dihati paling payah untuk diubati( plus sukusakat bertanduk duk jadi batu api) Hopefully Maleq akan berlemah lembut n sabar dgn kerenah Nad sebagaimana Rasullullah sabar dalam melayan para isteri beliau.
BalasPadam