"Abang dah buang Didi dan Nini!"
Dia pejamkan mata. Sampai hati Maleq. Sampai hati Maleq menghukum dia sebegitu.
Dia pejamkan mata. Sampai hati Maleq. Sampai hati Maleq menghukum dia sebegitu.
Dia
sudah halal di sisi Tuhan. Dia sudah sah-sah akan jadi peneman di syurga. Tapi
kenapa ikan ini juga yang kau agung-agunkan wahai Nadratul Nisa’. Maleq itu pak
pacakkah Nadratul Nisa’? Kalau dah redha dan terima untuk apa lagi menangisi
nasib sendiri. Bangunlah, apa lagi!
Dia pejamkan mata. Duduk merapatkan lutut ke dada. Memandang-mandang Didi dan Nini yang bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri. ‘Didi..Nini…tidak bolehkah kau ceritakan kepada Maleq itu mengenai Tan Jie Kang. Kau kan tahu Tan Jie Kang itu kini bulat dan sedang memenuhi hati?
Dia merenung semula si ikan. Dia menarik nafas. Rasa sepi. Rasa kosong jiwanya kini.
Bodoh! Bodoh! Nad meluku kepala sendiri. Untuk apa lagi mengingati Tan Jie Kang itu Nadratul Nisa’. Kalau dah tak boleh lupa, haaa..cerita saja. Janganlah disuruh si Didi dan Nini yang tidak ada suara itu. Tanpa sedar, air mata mengalir-ngalir sepi. Dia menangis teresak-esak. Didi dan Nini terus riang berenang-renang.
Sudah dua minggu dia berkurung di dalam rumah. Sudah dua minggu juga dia tidak memberikan apa-apa jawapan kepada Maleq. Maleq pun diam sahaja tidak banyak tanya. Maleq tanya nadanya betul-betul memujuk. Tapi dia keraskan hati. Dia kejungkan jiwa tidak memberi apa-apa reaksi. Pergaduhan dua minggu lepas pun disebabkan dia sendiri yang mulakan semuanya.
"Saya tak nak tahu
awak kerja apa, Suka makan apa, suka warna apa, pantang makan apa, tarikh lahir
ke,cita-cita dulu nak jadi apa, jenis darah apa. Semua saya tak nak tahu."
Eh dia ni. Tetiba. "Saya pun tak nak beritahu. Buang masa,
buang karen beritahu benda-benda tu semua kat awak, wahai Nadratul Nisa'.”
Degil. Makin hari ke sehari, sikap isterinya semakin jelas di mata. Nad tidak
mahu turun ke ladang menguruskan para pekerja. Nad tidak masak. Entah kenapa
monyoknya dia tidak pasti. Agaknya datang bulan ke apa? Mengemas rumah pun
langsung, haram! Baju kerjanya pun tidak berusik. Semua tidak berbasuh.
Balik dari kerja, buka sahaja tudung saji, tidak ada apa-apa yang
tersaji. Dia tidak pasti apa salah dan silapnya. Bila bertanya kenapa, Nad
tidak menjawab. Diam dan duduk sahaja mengadap si Didi dan Nini.
Maleq habis-habisan memujuk. Kalau sedaya mana pun, Maleq akan
memerli dia, “Iyalah..abang tahu ikan-ikan tu lebih bermakna untuk Nad. Abang
tak ada apa-apa untuk Nad. Ingatkan abang ni seronoklah awal-awal perkahwinan
dan berkenalan dengan isteri sendiri. Ni sampai kerja kita, suka makan apa,
pantang apa semua Nad tak nak ambik tahu. Abang tanya sikit, Nad dah melenting.
Apa abang tanya, takde jawapan dan respon.” Ada nada terkilan. Nad biarkan
Maleq menjamah wajahnya. “Honeymoon pun kita belum pergi. Nad tak nak ikut
abang jalan-jalan sepanjang pasar malam Brincang tu? Ada jagung bakar. Best!”
Suara Maleq memujuk itu dan ini dibiarkan sahaja. Semakin lama,
dia rasa berdosa dan semakin lama hatinya bulat merindukan Tan Jie Kang. Lewat
malam minggu-minggu nan lalu, kenapa Tan Jie Kang hadir dalam mimpinya? Kenapa?
Hati berdegup-degup lagi menyebut nama Tan Jie Kang. Itu sahaja
nama yang dia ingat. Semua kenangan yang pernah dia dan Tan lakarkan,
bermain-main di hujung minda. Hadiah yang diberikan oleh Tan Jie Kang disusun
di atas almari tanpa bantahan dan soalan dari Maleq. Bunga orkid yang sudah
dibuatkan rumah kecilnya sudah cantik bersusun. Tegak digantung oleh Maleq.
Kebaikan si suami dibutakan oleh cintanya nan satu itu.
Maleq di depan pintu memandang susuk tubuh isterinya. Dia tidak
ada jawapan dengan kedinginan si isteri. Nad berubah sekelip mata. Nad entah
kenapa menjadi asing dalam diari lelakinya. Hanya kerana dia ingin merapatkan
hubungan halal antara mereka. Hanya kerana dia ingin mengenali lebih rapat si
isteri…dia dibalas sedemikian rupa. Nad sedang memberontak dalam diam.
Ingin dia bertanya ibu dan ayah mertua, tetapi masalah rumahtangga
yang baru bertunas ini, eloklah sahaja dia selesaikan bersama.
Terkebil-kebil dia. Kenapa Nad menangis? Dan dia masih ingat, hari
pertama selesai menikahi gadis cantik itu, ada air mata lesu mengalir di pipi
Nadratul Nisa’. ‘Aku ini butakah? Aku ini tunggulkah Nadratul Nisa’?’ Dia
memegang tangkai gelas yang berisi air milonya. Masih memerhatikan Nad yang
termenung memerhatikan Didi dan Nini.
Nad…esok, apa lagi yang akan kau warnakan hati ini? Kalau hari ini, warnanya merah, esok akan birukah? Dia melangkah. Tadi usai bersolat, dia berdoa panjang-panjang untuk isterinya kembali reda dengan masalah berhantunya ini. dia berdoa juga agar isterinya membuka mulut mengenai salah dan silapnya. Apa entah kekurangannya ini, dia tambah bingung. Ah..kusut. Dia mana tahu memujuk seorang wanita. Tapi iyalah, Nadratul Nisa’ sudah jadi isterinya. Apa di depan mata, dia kena telan. Apa yang berlaku dalam hubungan rumahtangga dia kena selesaikan dengan baik dan berhemah.
“Nad..” Lembut sahaja suaranya.
Tidak ada jawapan. Dia melangkah lagi. Gelas berisi air milo
kembali diletakkan di atas meja. Maleq bersila di sebelah Nad. Dia menoleh
melihat isterinya yang sedang mengesat air mata.”Hei..kenapa ni? Nad rindukan
mama dan baba ke?”
Tidak ada jawapan. Ah, Nad…kenapa ni? Kalau rindukan mama dan
baba, jomlah abang bawa balik semula ke Seremban. Dia sanggup bercuti seminggu
lagi untuk isterinya ini.
“Nad tak lapar ke? Abang ada masak tu. Tapi taklah sesedap mana.
Selalunya ibu yang hantar makanan kat abang. Kalau ibu tak sempat pun, abang
akan singgah rumah ibu atau pergi aje ke kedai ibu. Ingatkan balik kerja tadi,
adalah nasi dengan lauk sambal daging ke. Nad lupa ya?” Maleq gigit bibir
bawah. Memasak memang dia tidak pernah tahu. Memasak itu perkara paling dia
benci. Tapi disebabkan Nad, dia mula belajar. Cerek di dapur sudah hitam.
Sebuah periuk yang ibu belikan untuk dia, sudah berlubang. Adoi, parah betul!
Kalau pergi rumah ibu dan buka tudung saji, mestilah dia malu. Air
muka isteri dia wajib jaga. ‘Takkanlah
Nad tu tak masak Maleq oi?’ Dia menelan air liur. Haruslah ibu membebel
marah-marah. Sebab ibu memang cukup menjaga makan dan pakainya. Dua hari lepas,
sebab melihat isteri masih dalam keadaan kebingungan, dia pergi juga membungkus
makanan. Tapi entah tidak menepati selera. Habis dibuangnya.
Diam. Nadratul Nisa’ menekur mata memandang Didi dan Nini. Rasa
geram dengan Maleq yang tidak pernah tinggikan suara. Bersabar sungguh dia
dengan karenahnya yang mula berubah tiga ratus enam puluh darjah itu. Huh!
Perut memang lapar.
“Ke Nad penat kemaskan rumah.” Mata meliar memandang bilik kelamin
mereka. Berkemas pun tidak. Nad langsung tidak mengusik susunan di dalam bilik
ini. Sehabis daya, penat balik dari kerja..dia yang akan menyapu dan mengemas.
Itupun ala kadar sahaja.
“Nad nanti pengsan sebab lapar. Makanlah sikit. Asyik makan roti
aje. Kalau tak lalu pun, abang buatkan bubur. Nak?” Maleq masih mencuba
memujuk. Dia garu kepala. Dari tak gatal, terus gatal kepalanya.
Balik sahaja tadi, dia terus turun ke ladang. Memeriksa pekerja
dan menyemak benih bunga mawar. Haih – nasib baik Zaqwan itu serba serbi tahu
dan akhirnya dia belajar perlahan-lahan mengenai penanaman bunga mawar. Dari
tidak tahu, dia terus tahu. “Mana isteri tuan?”
Hadiahkan senyuman. “Tak sihat.”
“Eh…dah ada isi ke? Waaa…” Zaqwan mengusik pemilik tanah seluas 3
ekar.
“Awal sangat. Belum lagilah Zaqwan oi” Dia sengih malu. “Entah makan apa, asyik masuk bilik air. Asyik
muntah semua. Saya dah bawa Nad ke klinik.” Dia beri penjelasan. Sebenarnya
ladang ini baru dibuka. Dibuka kerana Nadratul Nisa’. Ladang ini menantikan
sahaja jejak isterinya. Tapi sampai ke hari ini, tidak langsung dijejakinya.
Sampai semua pekerja tertanya-tanya. Kenapa Nad? Tidak sukakah dengan ladang
ini? Tidak bersetujukah untuk ladang ini dinamakan khas untuknya? ‘Nadratul
Nisa’ – ukiran nama ladang ini sudah dipacak. Cantik dan berseni ukiran kayu
berkenaan.
“Saya bagi awak jadi bos kat sini. Petang lepas balik kerja, saya
datang. Kalau ada free, waktu lunch hour
insyaAllah saya sampailah ya.” Badan sudah penat sungguh berkejar-kejar. Nasib
baik bulan ini, duduknya di pejabat sahaja.
Wajah Zaqwan terus lenyap. Dua helai kertas dari Zaqwan dia simpan
di dalam beg. Banyak keperluan perlu dia lengkapkan untuk ladang. Ah Nad, badan
dia sudah letih. Emosi terganggu dengan perubahan Nadratul Nisa’. Minda
terjejas sungguh. Masa rasa sungguh pantas dan cemburu untuk dia membuat itu
dan ini. Naik sahaja ke rumah, dia bergegas mencari Nadratul Nisa’. Tengok-tengok
di atas katil, isterinya itu sedang nyenyak tidur. Dia yang akan ke dapur
memasak. Tapi masakannya tidak pernah disentuh Nadratul Nisa’. “Ke Nad nak
abang belikan KFC.” Memujuk lagi. Sudah dua minggu dia bersabar. Sudah dua
minggu dia menahan diri bertanya itu dan ini. Dia ingatkan kalau tidak
bertanya, Nad akan berubah kembali. Tetapi semakin menjadi-jadi.
Meh sini nak lempang si Nad ni....
BalasPadamIkut hati sangat...solat pun asal buat je....
Apa ni Nad!!
Sbb TJK yang x bersunat tu awak jadi mcm ni???
sabar sis..sabar...hihihihi
Padamknpa citer Maleq sekejap sgt dgn Nad then boleh nikah...citer Tan & nad punya pjg romantik ..
BalasPadamsy nak citer Tan , ,Maleq & Nad
hahaha. sabar2. Baru 2 minggu. kita citer pasal maleq dengan nad pulak lepas ni ya. kalau tan pjg romantik, maleq dgn nad lagi panjang romantik. hihihi
PadamCepat-cepat sambung eh...macam bagus aja aku..hehe...nak Maleq. Thank you!
BalasPadamDah sambung 31. Saya yg lmbt reply komen semua. Maaf sgt sgt. :)
Padamisk... Nad nie betul2 lah mencabar kesabaran... rasa nak luku2 je...
BalasPadamLuku luku. Haha. Jayda, nad perlukan masa. Iya dak?
PadamCik Dihah, sy rasa nak aje lempang muka si Nad ni. Tak tahu nak bersyukur langsung dgn pemberian Allah. Maleq suami yang baik dipersia-siakan disebabkan Tan Jie Kang. Apa Maleq tak cukup baik ke? x cukup setia dengan cinta dan kasih dia. Ni yang nak marah nih, geram tau...
BalasPadamApa kata Cik Dihah bagi Maleq tu kat saya, gerenti sy syg kat dia lebih dari Nad tau...kihkihkih..
Bagi encik maleq kat awak? Nehi nehi. Mana boleh. :)
Padamrasa nak lempang2 aje si Nad nie.........kesian dgn maleq
BalasPadamuwaaaaaa nk nanges jugak...
BalasPadamuwaaaaaa nk nanges jugak...
BalasPadamAlahai Nad.. terimalah dengan redha.. disisi mu itulah Syurga awak Nad......sis, bab 30 buat lina rasa sebu.... Nad perlu ditarbiah sikit...
BalasPadammaslina aini mat saad
saya tak pernah mengalami sakitnya putus cinta jadi mungkin sy tak tau bagimana sakitnya hati dan jiwa nad...tapi saya sakit hati tengok nad buat macam tu kat maleq. sekalipun tak suka tapi nad macam dah takde pegangan. memang macam tu ye putus cinta sampai lupa segalanya...kalau macam tu sya bersyukur tak pernah putus cinta. Allah tau saya tak boleh menanggungnya kut
BalasPadamIda, saya pun sakit hati. Haha. Org yg menulis lagi parah. Cewah.
PadamGeram nya dgn si nad ni,haih nape jd cmtu, dh xingat allah ker nad oi buat laki camtu,cuba terima takdir sikit
BalasPadamLEMPANGKAN AJA MUKA NAD.....MCM X BERIMAN PULAK DOK INGATKN TAN....ORG TU DH KAHWIN...BUAT TAMBAH DOSA SB SUAMI YG HALAL DEPAN MATA TAK DIHORMATI
BalasPadamMALEQ AJAR SIKIT NAD TU...BIAR DIA PULAK TERCARI-CARI MALEQ.
-dibah-
Kenapala nad bgtu maleq mcm tu...tentulah Maleq kechewa kannn.....nad xberfikir pjg la ni..pas ni msti mnyesal
BalasPadamThumbs up. Ni baru realiti.kudos to d writer.great job. Ini baru hakikat hidup.mane ade cinta yang sangat mudah.saya suka bila nad tunjuk diri yg sebenar.maleq pun harus tahu, mane ade perjalanan hidup yg sangat mudah, bukan semua cerita cinta adelah indah.good turning point cik writer.keep up
BalasPadam-nia
yuppp... so true..setuju dgn nia
Padammaslin aini mat saad
Terima kasih nia. Terima kasihan dgn komentar. T syg 14juta. urning point itu wajib. Haha
PadamSEDIHNYA!!!! π_π
BalasPadamNad nie. Berdosa betul buat mcm tu. Syurga awak tu nad nie sampai maleq kecewa. Hai lah nad. So sad seeing u like this. Very sad nad.
BalasPadamXna la citer pasal Tan 2.....bodoh Nad sikit2 Tan
BalasPadamKesian Nad. Susah sebnrnya kalau kita sbg wife. Hati x suka. Bila jd isteri ni lain. Bukan mcm couple. Panjang panjabgkna lagi cerita ya....dan kerap kerapkan lah update n3......terima kasih sbb ceriakan hari sy dgn kisah Nad dn kisah2 lain sblmnya.
BalasPadam-nie-
geram sgt ngan Nad.... kalo sungguh cinta ngan Tan tu jgn la dok jer mngadap didi n nini tu.. tan dh bahagia ngan bini dia dh(lupe la nama bini tan)...ekeke
BalasPadamNama bini tan moh jia wei. Haha
PadamKita pun rasa macam nak lempang lempang aje si nad tu. And maleq rasanya bukan jenis yang akan naik tangan kaki dekat isteri kan? lebih lebih lagi nad tu idaman maleq sedari kecik. Alahai nad....cuba guna akal sikit, jangan ikutkan sangat rasa hati tu. Kesian suami nad....
BalasPadamZalida. Kesian maleq. Tq sudi layangkan komen disini. Jgn lempang nad. Jgn. Kiki
Padamawat laa Nad wat lagu tu. cian kat Maleq. Maleq jangan putus asa. bawak-bawak sedar laa Nad, hang isteri orang laa. buat apa dikenang cinta lama tu.
BalasPadamkesian maleq apalah nad ni .
BalasPadamTk suh syg pon mmg dah syg Cik M 14 juta...hehe..tp boleh tk Cik M jgn wat sedih2 sgt...huhuhu..tk sanggup i nk bc...kesian kt maleq...kat nad jgk...:'(
BalasPadamSob..sob...sob...skitnyer hatiiii.
BalasPadamNad hanya manusia yg punya rasa..rasa kecewa bila cintanya direntap...yg x pernah mengalaminya x akan faham...patut beri Nad masa sebelum disatukan dgn Maleq....biar Nad rawat lukanya...jangan gambarkan Maleq sebagai lelaki yg mcm malaikat kerana realiti lelaki bkn begitu...
BalasPadamTakdir nie Allah swt yg menentukan. Kalau kita tak terima apa yg Allah tetapkn untuk kita mknanya kita tak bersyukurlah. Setiap yg berlaku bukan kebetulan tp rancangan ALLAH SWT. Bg seorang isteri amat mdh tau msuk syurga tp amat mudah juga masuk neraka. Hati kita nie milik Allah. Hanya Allah sahaja yg mampu bolak balikkan hati kita nie. Seorang wanita yg solehah dan beriman tak kan mudah melatah dgn dugaan dan musibah. Nad walaupun awak tak cintakan maleq sekurang kurangnya jgn menderhaka kpd dia. Seteruk mana pun dia (suami) selagi tidak menyuruh kpd keburukan awak wajib hormati dia. Si Anak lelaki milik si ibu. Si isteri milik suami. Please lah nad back to islam. The way of our life.
BalasPadambukan semua dapat menerima takdir dengan mudah. Nama pun ujian tak semua boleh luluskan. cakap memang senang tp nak melaksanakan bukanlah sesuatu yang mudah.
BalasPadammereka yang bercakap tu kenapa tak menerima takdir dengan redha bila suami berkahwin lagi ? bukankah itu takdir ?
bukan semua dapat menerima takdir dengan mudah. Nama pun ujian tak semua boleh luluskan. cakap memang senang tp nak melaksanakan bukanlah sesuatu yang mudah.
BalasPadammereka yang bercakap tu kenapa tak menerima takdir dengan redha bila suami berkahwin lagi ? bukankah itu takdir ?
bukan semua dapat menerima takdir dengan mudah. Nama pun ujian tak semua boleh luluskan. cakap memang senang tp nak melaksanakan bukanlah sesuatu yang mudah.
BalasPadammereka yang bercakap tu kenapa tak menerima takdir dengan redha bila suami berkahwin lagi ? bukankah itu takdir ?
Teruk la nad nie.. wlu mcm mane kita cntkn org yg prnh hadir dlm hidup kita tp suamilh yg brhak dpt cinta kita lps brkhwn... kish silm ptt dibuang jauh2.. nad tk nak jdiisteri solehah ke?
BalasPadamNad, kalau taknak abang maleq, sy nak tau. Kang jangan menyesal bila abang maleq ngan sy tau, ish ish ish
BalasPadam