Pages

03 September 2013

Maleq Rafie 27

"Nad..."

"Iya.."

"Kemaskan baju abang sekali ya. Dalam beg tu dah berpunggah-punggah pulak. Semalam cari baju tak jumpa."

"Okey."





Gerimis sedang berderai halus-halus. Gerimis juga sedang menimpa bumbung rumah banglo sederhana di hujung daerah terpencil di Seremban. Riuh rendah sudah berkurangan. Khemah untuk majlis sederhana permintaan si pengantin perempuan masih tegak berdiri.

Dingin. Angin campuran gerimis halus tadi terus menambah kesegaran. Marzunisham duduk di taman indah. Sedang menarik nafas dan mata terus memerhati kaki langit nan biru. Dia sudah duduk bertiga dengan Maleq dan Nadratul Nisa’. Sudah juga meluah rasa terbuku. Juga sudah dari hati ke hati menyampaikan amanat akhir untuk si anak gadis. Pesannya juga kepada Maleq Rafie, menantunya kini meringankan jiwa seorang ayah.

“Jagakan Nadratul Nisa’. Untuk baba. Sampai akhir hayat dan sampai bila-bila ya Maleq.” Dia memeluk Maleq. Selepas majlis akad nikah, suasana terus diselubungi pilu. Marzunisham menumpahkan air mata. Roziana di sebelah Nadratul Nisa’ turut sama mengesat pipi yang sudah basah. Cuma Nadratul Nisa’ yang kejung tubuhnya. Yang diam merenung karpet dan pelamin nan indah. Mata terkebil-kebil sambil jiwa entah pergi ke mana. Kosong hatinya. Retina mata memerhati suasana pilu dan sayu. Nazim dan Nazrul memeluk tubuh adik ipar nan satu. Sudah berlapang dada menerima segala-galanya. Mengucup ubun-ubun adik kesayangan masing-masing dan memeluk seeratnya adik ‘cinta di hati’ di jiwa.

“Nad, anak baba…”Jemari runcing Nad ditarik. Perlahan-lahan dia menyatukan jemari dua pengantin baru. Maleq menggenggam erat. Sejuk dan mengigil-gigil jemari si isteri. Sesekali dia menjeling wajah rupawan pasangan ke syurga nanti. Akad nikah sudah selesai dengan dua kali akad. Cincin sudah bertukar tanda hadiah. Gambar kini menjadi bukti.

“Nad….” Suara garaunya memanggil. Dia merenung anak perempuan kesayangan. Satu-satunya bunga yang kini sudah disunting menjadi milik orang lain. Bukan apa-apa yang baba pohonkan. Bukan suami berpangkat berdarjat pilihan baba untuk Nad. Tapi percayalah sayang, Maleq ini baik hati dan budinya. “Jangan marahkan baba lagi, Nad.” Dia berbisik perlahan. Dipeluk anaknya erat-erat. Ini satu-satunya hajat di hati yang sudah tertunai. Dia mahu tenang bila nafasnya terhenti nanti. Marzunisham selalu memohon kepada Ilahi, agar hati Nadratul Nisa menerima ketentuan ini.

“Jaga suami Nad elok-elok. Hati baba akan senang. Mama pun akan suka. Nad ingat ya. Tanggungjawab Nad kini untuk suami. Redha ya Nad.” Dipujuk lagi anak gadisnya.
“Sampai hati baba..” Lirih suara pilu Nad. Dia membalas pelukan baba kesayangan. Meski marah, meski tidak rela dan tidak boleh menerima, tetapi lelaki yang sedang dipeluk ini adalah baba dunia dan akhirat. Baba tidak boleh diganti dengan orang lain. Inilah tubuh dan jemari kasar baba ini juga yang mencari rezeki. Baba inilah yang sentiasa di sisi bila dia dalam  kesedihan. Nad memujuk hati. Nad membuang rasa amarah jiwa ‘gadis’ dan kerana cinta kepada Tan itu demi lelaki yang sedang dipeluknya ini.

“Suami itu kasih sayang dan tanda kebesaran Ilahi. Pasangan yang disatukan hari ni iaitu Nadratul Nisa dan Maleq Rafie. Nad kena ingat ya nak. Baba dan mama sentiasa mahukan anak-anaknya baik sentiasa. Bukan baba membenci Nad. Bukan.”

Sayu. Langit mendung. Awan berarak perlahan-lahan. Berkumpul dan air sedang bergelumang mencari rentak untuk menggugurkan hujan. Marzunisham mendongak. Sekali lagi retina mata beralih mencari bilik anak kesayangannya yang kini sudah sah menjadi isteri. Maleq Rafie..nama itu beralun di hati. Doa-doa telah dia kumpulkan setiap malam. Munajatnya sudah terbukti. Niat juga termakbul hari ini.

Alhamdulilah Ya Allah. Ampunkan dosaku. Ampunkan kekhilafanku. Bukan sengaja menidakkan hubungan antara si lelaki berbangsa cina dan anaknya itu. Marzunisham takut andai dia tidak berdaya! Andai juga kenangan lama itu merobek lagi jiwanya.

***

"Betul awak redha kahwin dengan saya?" Maleq buka sampin bersulam songket. Ibu sanggup ke Terengganu semata-mata mahu membelikan dia dan Nadratul Nisa' set songket cantik ini. Mata terus memandang isteri yang baru sahaja dinikahi. Songket yang melekap di tubuh langsing isterinya memang cantik di mata. Rambut Nadratul Nisa’ yang panjang separas pinggang  bagai menarik-narik dia untuk terus merenung.

Nad menarik nafas. Langsung tidak dipandang Maleq yang setia memerhatikannya. Dia memerhati pagar rumah. Kenangan pertama kali bertemu dengan Tan terbayang-bayang di peluput mata. Lambaian Tan terasa betul-betul di hujung mata. Semuanya di dalam minda. Kenangan berlagu-lagu. Sentuhan jemari kasar Tan yang mengelus lembut jemarinya dahulu masih terasa segar bugar dalam ingatan.

Angguk sahaja dia macam burung belatuk. Sukar. Perit. Pedih.

Mahu dia dijadikan bahan kawan-kawan sebagai wanita yang dipaksa kahwin dengan seorang lelaki. Tapi ini bukan, Perkahwinannya dengan Maleq bukan atas sebab itu. Dia menerima. Dia bersetuju kerana baba. Dia juga bersetuju kerana Tan. Kerana Tan. Kerana Moh Jia Wei juga yang sudah mengandungkan anak Tan Jie Kang. Kalau sebab Bib, ia dia mengaku juga yang Bib itu adalah sahabat yang sentiasa ada di masa dia susah dan senang. Bib memujuk. Menelefon dan menyuruhnya menerima Maleq Rafie dengan seadanya. “Aku dah temui Maleq Rafie secara senyap-senyap. Yang penting Nad, dia lebih sesuai untuk kau. Percayalah Nad!” Suara Bib di hujung gegendang telinga terus berpalu laju.

"Aik? Angguk aje?" Maleq sudah membuka butang baju melayu songket. Dua biji butang baju melayu berkenaan masih cuba ditanggalkannya. Mata terkebil-kebil. Sekejap-kejap dia memandang ke bawah. Cuba membuka lagi. Payah! Kaki berayun ke arah isteri yang entah apa dipandangnya.

Nad mengeluh. Makin kusut. Termenung jauh.

Beberapa saat mengelamun, tubuh tinggi lampai Maleq tiba-tiba sudah ada di depannya. "Nad…errr..” Dia berdiri tegak. Mata memandang hidung comel milik isteri. “Bukakan butang ni. Susah pulak."

Pipi merah Nad sudah melekap lama. Retina mata terasa sungguh bertuah kerana akhirnya gadis idaman hati semenjak kecil itu sudah menjadi isterinya. Jemari Nad dicapai. Dipaksa sekali lagi melonggarkan dan membukakan butang baju songketnya.

Maleq menarik nafas. Jantung mula berdegup-degup laju. Mata terus terarah ke bibir cantik Nad. Mata mula nakal. Dia sengih lagi. Sambil Nad membantu, jemarinya terus melekap ke pinggang Nad.

Zuppp! Mana mungkin jantungnya tidak turut sama bertukar tempo. Dia merenung Maleq. Untuk kesekian kali dan detik ini, dia cuba menanam di dalam diri. Ini suami sahnya. Ini suami yang harus dia hormati. Tapi Nad, dia bukan Tan Jie Kang yang kau puja-puja. Dia juga bukan Tan Jie Kang yang kau angankan cintanya. Bukan. Jemari tangkas meleraikan butang dari lubangnya.

"Errr....Nad nak keluar sekejap." Butang baju melayu yang sudah ditanggalkannya terus diletak atas telapak tangan Maleq. Sukar. Dia tidak mengerti mengenai hakikat yang sedang dan terpaksa dia tempuhi ini.

Tan. Tan. Tan. Sambil berjalan, air matanya jatuh menitik-nitik di pipi. Mengalir lesu menjamah pipi gebunya. Dia kesat dengan cepat. Nad tak mahu baba dan mama tahu dia bertangisan di hari gembira. Tanpa sedar, mata Maleq memerhati wajahnya melalui cermin meja solek milik Nad.

Nad..kenapa kau menangis Nad?

***
"Nama abang Maleq Rafie bin Asmawi." Dia hulurkan jemari. Sudah lengkap menunaikan solat berjemaah Isya bersama isteri.

Nadratul Nisa terus tunduk. Menyambut salam. Dia pegang pesan mama dan baba. Meski kecewa. "Nad, dia suami Nad. Maruah suami itu di tangan isteri. Hormati Maleq ya nak, walau mama tahu payah untuk Nad terima."

Dia memegang ubun ubun isteri. Senyum panjang. "Tak nak beritahu nama penuh ke?" Mengusik. Mengada sungguh kau Maleq! Nad sudah mahu mengucup dan membalas salampun sudah cukup bagus. Tadi selesai waktu maghrib, menonong aje lipat sejadah. Sudah.... hati dia berbisik, ‘agaknya Nad sedang mood perang dunia kedua.’

Nad mendongak. Terus dahinya dikucup lembut sang suami. Dia terkedu entah apa-apa. Tergamam kerana bibir sang suami terus laju membaham dahi dan ubun-ubunnya.

Mata bertemu dan dia terkedu. "Dah tahu kan nama penuh Nad." Tukar topik meredakan debar dijiwa.

"Oh, saja nak tahu." Maleq bangun melipat sejadah. Membuang gundah. Jantung mengepam deras. Berpalu laju. Mata rasa nyaman menyeluruhi wajah isteri. "Manalah tahu kan, nama penuh Nadratul Nisa' tapi nama manja achik ke, uchu ke, Nor ke, Siti Payung ke, Mek Habsah ke, Emma Maembong ke." Maleq ketawa. Sengaja sungguh bikin panas.

Nad sudah bangun. Eeeee. Menjeling Maleq Rafie. Dia terus menyidai telekung dan sejadah.

“Nad pun boleh. Apa-apa pun boleh. Suka hati nak panggil apa. Nad tak kisah.” Dia hadiahkan senyum meski gundah. Cuba tersenyum meski juga hatinya sedang bergerimis.

***
Ada rasa aneh.

Ada rasa bersalah.

Ada rasa syahdu menjentik jiwa sang gadis. Nadratul Nisa’ mengesat air mata yang mengalir di pipi. Dia perlahan-lahan menyembunyikan lagi tangisnya. Dia perlahan-lahan, tidak mahu Maleq Rafie tahu mengenai isi hatinya. Maleq, mahukah kau tahu aku sedang mencintai seorang lelaki yang sekarang entah ke mana perginya. Mahukah juga kau tahu denyut nadi ini sedang memalu nama Tan Jie Kang yang sekarang entah sedang bahagia melayari bahtera rumahtangga. Mungkinkah dia juga merana seperti aku ini, Maleq?

Mahukah kau tahu?

Ada rasa pilu bila dia sendiri merasakan untuk apa ikatan ini disatukan jika hati dan jiwa tidak merelakan? Untuk apa semua ini Ya Tuhan?

Ada rasa takut di jiwa bila di sebelahnya sekarang ini, seorang lelaki asing sedang berbaringkan diri. Asingkah wahai Nadratul Nisa’? Bukankah dia sekarang suamimu?

"Nad..." Maleq senyum. Tangan mendopang kepala. Gebar di tubuh isteri ditarik. Mahu meneduhkan tubuh isteri yang nampak kepenatan.

"Iya." Dia membelakangkan suami. Kan betul, kisah hidupnya memang sah-sah seperti cerita dalam drama televisyen. 

"Kita dah halal kan?" Jemari Maleq lembut diletakkan di atas pinggang cik isteri. Dia lelaki yang kini mendambakan. Malam pertama wahai isteriku! Mari meraikan dan mari menyahkan bisik syaitan.

Nad pejamkan mata. Wajah mama dan baba terbayang-bayang kini. 

Diam. Tidak ada jawapan.

"Nad." Lembut suara Maleq. Sekali lagi dia memujuk. 

"Iya." Pesanan Maleq sehari sebelum pernikahan terus memalu jiwa.

"....izinkan saya."

Nad pejamkan mata. Tubuhnya sudah ditarik. Perlahan-lahan juga dia membetulkan tubuh. Berhadapan dengan Maleq Rafie. Jantung berpalu laju. Darah mengepam entah pergi ke mana. Jemari menggigil-gigil.

Nad maniskan muka. Membalas memeluk pinggang suami. Bibir mengorak memujuk. “Errr…esok boleh? Hehe.” Jemari dia tekun menempel pipi suami. Mata Maleq dia renung minta simpati. Entah apa beraninya Nadratul Nisa’. Pipi Maleq Rafie dia kucup lembut. Dia mesti memerangi hati yang menyebut nama Tan Jie Kang. Dia mesti!

Alhamdulilah. Maleq membalas senyuman cik isteri. Dia mesti memahami kehendak isteri. Dia mesti tahu bagaimana menyantuni isteri. Sahabat-sahabat Nabi sentiasa memuliakan wanita dan para isterinya. Rambut panjang Nadratul Nisa’ dilurut dengan jemari. Mengerti. Hati dia berzikir Ya Latif berkali-kali. “..Oh…baiklah. Kita pun penat. Abang faham.” Dia betulkan lagi gebar tebal untuk isteri. “Selamat malam Nadratul Nisa’.” Dikucup lembut kening isteri. Bibir sekali lagi hadiahkan senyum manis dan hinggap di hidung mancung isteri.

Mata lantas dia pejamkan. Nadratul Nisa’ terus menyebamkan wajahnya ke dada suami. Wangian bunga rampai memberi harum bilik si pengantin baru. Telinga terus mendengar bisik si suami yang baru dikenali, “Nadratul Nisa’ isteri yang baik dan cantik!”

:::Jangan pelik. Cerita saya yang pelik sikit. Hehe. Mr Tan 26 terus kita sambungkan dengan Maleq Rafie 27:::Dap dup dap...hailaaa jantung..hailaaa jiwa:::

13 ulasan:

  1. Salam Mardihah.....saya baru jumpa blog awak, and now baru habis marathon Mr Tan + Maleq Rafie. Cerita ni memang menyentuh kalbu. heh, meleleh2 air matalah kat ofis ni.

    BalasPadam
  2. Nak Maleq...thank you!

    BalasPadam
  3. Apa nk ckp lg da sah kn tp belom berakhirkn..

    BalasPadam
  4. Mula suspen tngk ingat cerita baru, rupanya sambungan citer Tan ni. Entah mengapa baca entri ni berdebar-debar plak jantung macam si Nad ni...jatuh hati gak pada Maleq ni...

    BalasPadam
  5. owhhh....smbgan citer mr tan....ingtkan citer baru...tp yg pelik dh masuk bab27...hehehehe....best2...

    BalasPadam
  6. aduyaiii...mana la menghilangnya abg tan ku ituuu... adakah sama merindu n meratap hiba sama macam nad @ sudah bahagia sama itu moh pigi jauh2 wehh...

    BalasPadam
  7. So sweet...
    hope Nad boleh lupakan Mr.Tan dan terima Maleq seadanya... ^_^

    BalasPadam
  8. Nad...redho je ye...huhuhu...

    BalasPadam
  9. Nad...redho je ye...huhuhu...

    BalasPadam
  10. nad...kena ingt lh skang syurga mu di bawah lindungan hubby mu yg sah dunia akhirat...hapus kn rase ati mu pd tan...ingt lh nad dosa pahala mu kini milik hubby mu....

    BalasPadam
  11. terimalah suamimu itu wahai Nad. dosa tau ingat lelaki lain.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama4/9/13 11:16

    alah xpayahlah ingat Tan lg........lg pun ape perasaan suami klo dpt tahu bini ingat lelaki lain........

    BalasPadam