Dia sudah halal di sisi
Tuhan. Dia sudah sah-sah akan jadi peneman di syurga. Tapi kenapa ikan ini juga
yang kau agung-agungkan wahai Nadratul Nisa’.Maleq itu pak pacakkah Nadratul Nisa'?
Didi...Nini...tidak bolehkah kau ceritakan kepada Maleq itu mengenai Tan Jie Kang. Kau kan tahu Tan Jie Kang itu kini bulat di hati?
Bodoh! Bodoh! Nad meluku kepala sendiri. Tanpa sedar air mata mengalir-ngalir sepi.
Dia jeling cik isteri yang sedang nyenyak tidur. Kereta Honda Streamnya penuh sungguh dengan barang-barang Nadratul Nisa’. Tidur nyenyak pun, Nadratul Nisa’ memeluk erat-erat akuariumnya. Sayang sungguh isterinya dengan Didi dan Nini. Air berkocak mengikut rentak kereta. Didi dan Nini nampak pening-pening lalat ke kiri ke kanan. Maleq tersengih-sengih menengok si ikan kesayangan isteri.
Ibu awal-awal lagi sudah diculik pak anjang. Sibuk sangat ibu mahu ke Johor Bahru. Siap berpesan, “Ibu malaslah nak ikut Maleq balik sekali. Kacau daun pengantin baru aje ibu ni. Biarlah pak anjang culik ibu. Seminggu ke dua minggu pun takpe.”
“Eh, ganggu apa pulaknya ibu. Rumah Maleq sinun. Rumah ibu sana.” Bibir dimuncung-muncungkan.
Ada nada hiba mengetuk pintu hati Wardah. Maleq akhirnya sudah sah menjadi suami Nadratul Nisa’. Maleq sekarang punya tanggungjawab berat di bahu. “Nanti Maleq tengok-tengokkan rumah ibu juga ya.”
Dia memeluk ibu. Kalau mahu mencari ganti seorang ibu, tidak ada gantinya ibu yang sedang dia peluk ini. Meski ibu ini hanya ibu susuannya sahaja. Meski dia ini dahulu hanya anak angkat kepada puan Wardah. Tapi kini, hubungan darah yang mengalir itu semakin dekat di jiwa. “Bukan jauh pun ibu. Rumah ibu pun dekat sangat dengan rumah Maleq.” Rumah separuh batu dan separuh papan ibu di kawasan pelancongan serba sejuk itu selalu jugak dia singgah. “Rumah ibu, rumah Maleq juga kan. Habis, ibu bila nak mula berniaga?”
Puan Wardah senyum. Hati tidak henti-henti berdoa kebahagiaan anak lelaki kesayangannya. “Ala, cutilah barang dua tiga minggu. Ibu nak rehat. Nak jalan-jalan kat Johor Bahru.” Kedai menjual cenderahatinya di Brincang terus ditutup. Pekerjanya si Ezlyn dan Tiara pun disuruhnya berehat.
“Lama tu. Nak Maleq bukak tak? Sabtu Ahad kan ramai orang. Cameron ni pantang cuti aje ibu. Ramai orang serbu.”
“Eh..toksah. Jangan mengada-ngada. Ibu tahulah bukak kedai tu nanti. Bagilah orang lain kaya pulak.” Puan Wardah tersengih geli hati. Maleq ni bukan boleh pakai kepala geliganya tu. Dulu, masa dia bercuti mengikut si pak anjang ke Perlis, kedai dibukanya sampai pagi. Bukan dia tidak suka, tapi Maleq perlu rehat yang cukup. Lepas satu kerja, satu kerja dibuatnya.
Maleq terkebil-kebil mendengar pesan ibu. Dari perbualan kosong sampailah sehingga Nadratul Nisa’ menghidangkan kopi panas. Secangkir kopi terus menjadi teman mereka di ruang tamu keluarga mentua. Hidangan minum malam tambah istimewa bila isterinya membuatkan popia pedas. “Nad tu lama-lama akan biasa dengan Maleq. Maleq faham kan orang perempuan ni. Hati serapuh mana akan lama-lama jadi kental kalau Maleq bajai dengan apa yang Nabi anjurkan. Zikir banyak-banyak ya nak.” Jemarinya dicapai. Ibu genggam erat penuh jiwa. Dia rasa sungguh berlainan pesanan ibu. Dia rasa ada sesuatu yang ibu sedang sembunyikan dari pengetahuan dia.
“Ibu pun dulu kahwin opah dan atuk kamu yang calonkan. Alhamdulilah.”
“Bahagia kan?” Dia sambung. Maleq bawa retina mata memandang susuk tubuh ibu yang gempal.
Puan Wardah angguk. “Ya nak. Bahagia. Resipinya satu sahaja.” Mata tuanya menyorot bingkai gambar Nadratul Nisa’ yang melekap di dinding. Cantik. Sesuai sungguh dengan Maleq. Sudah lama dia juga sebagai ibu terpaut dengan kesederhanaan wajah anak adik angkatnya ini. “Apa-apa pun, dahulukan Allah nak.”
Ibu pelik! Tapi dia tahu, ibu memang begitu. Ibu suruh juga dia memujuk hati dan jiwa Nadratul Nisa’. “Belilah dia dengan kelembutan. Belilah Nadratul Nisa’ dengan kasih sayang.” Tambah pelik bila tubuhnya dirangkul lagi oleh ibu. Apa yang ibu sedihkan ya? Kenapa ibu?
Kenangan terus melayang-layang pergi. Pagi tadi, selepas dia dan isteri bersalam-salaman dengan ibu, bergegas pula dia mengemas barang-barang untuk di bawa pulang ke Cameron. Pak anjang dan mak anjang siap kawtim. Bisik-bisik sampai merah pipinya. “Hoi..hoi….pak anjang nak cucu kembar empat ya. Sayang bini oi. Selamatlah pengantin baru Maleq. Hihi.”
Dia sengih. Mata nakal memandang isteri yang sedang lena merehatkan diri. Belakang tempat duduk kereta, sepuluh pasu pokok orkid pun turut sama dibawanya. Masa mengangkat orkid-orkid yang sudah isterinya asingkan pun, wajahnya penuh dengan cerita. Mahu ditanya, dia segan. Tapi Nad sempat pesan, “Nanti buatkan rumah untuk orkid ni ya Maleq. Rasa saya orkid ni serasi duduk kat atas tu. Harap-harap hiduplah.” Wajah penuh mengharap. Pinta simpati dengan suami yang entah tidak pasti ada atau tidak di hati.
Sukar sungguh mengerti hati dan jangkaan sifat isterinya ini. Bercakap pun tidak banyak. Diam sahaja dia di dalam kereta merenung jalan raya. Sampai akhirnya Nadratul Nisa’ yang menyorokkan wajah ke sebelah kiri tertidur.
Dia yang asyik bercerita. “Kat sana ada strawberry. Baba pun ada cakap kan, ladang bunga mawar Nad dalam proses menunggu tuannya sahaja.”
“Nad kalau nak tanam bunga lain pun boleh. Abang baru tahu dari baba yang Nad ada cadangkan tanam bunga lain kat sana. Bunga matahari pun boleh. Macam-macamlah boleh. Tapi Nad kena usahakan sendiri ya. Abang kerja luar. Turun naik Ipoh selalu uruskan design yang tak siap-siap ni. Tapi jangan risau, abang akan tolong Nad uruskan ladang.”
Diam. Nad dengar atau tidak ceritanya. Dia bercerita mengenai apa sahaja yang dia tahu mengenai Brincang, mengenai teh dan kecantikan Cameron Highland. Ada pasar malam di Brincang. Menarik. Keadaan rumahpun dia bercerita. “Bawah rumah dua tingkat kita ada ladang untuk Nad. Senanglah sikit untuk Nad pergi dan balik kerja.”
“Ohh..” Hanya itu sahaja balasan dan jawapan dari Nadratul Nisa’. Dia menjeling. Angkat kepala dan menengok isterinya yang sudah tertidur. Hampa sungguh. Perjalanan balik ini, dia harap sangat dapat berbual-bual dengan Nadratul Nisa’ yang cantik. Tapi hmm…dia menjeling lagi. Nadratul Nisa’ sudah tidur nyenyak. Dia memusingkan stereng. Kereta akan digagahi memanjat PLUS Highway. Tidak mahu melalui Tapah tapi meneruskan perjalanan sehingga ke Simpang Pulai. Biarlah perjalanan sedikit lama tapi selamat untuk dia dan isteri.
“Nad..bangunlah. Teman abang bawa kereta ni. jauh tau.”
“Hmm…ngantuklah. Nanti kejap lagi ya.” Jemari rapatkan akuarium ke pangkuan. Nad buka sedikit mata memastikan akuariumnya dalam keadaan baik. Bukan tidak boleh pun letak Didi dan Nini di belakang. Tapi tengoklah belakang kereta suaminya. Penuh sudah dengan beg bajunya dan orkid kesayangan.
“Okey..” Hampa sungguh kau Maleq Rafie. Nadratul Nisa’ kalau tidur, boleh pergi London, Paris dan balik Malaysia dan pergi balik Paris tau!
***
“Kita
tak boleh tidur asing-asing ya?” Nad letakkan beg. Mengikut punggung Maleq
masuk ke dalam bilik. Cantiknya bilik kelamin Maleq ini. Kemas sungguh dan
perabot kayunya juga menambat sang mata. Meski sederhana, tetapi susunannya
betul-betul menampakkan Maleq ini cerewet. Dia sudah mula mencorak hati. Dia
mesti mengaku dengan Maleq yang hatinya kini hanya untuk Tan Jie Kang. Semasa
kaki menapak masuk, retina mata tidak tentu arah memerhati. Mana bilik? Mana
bilik? Alahai, susahnya hati Nadratul Nisa’. Dia nampak rumah dua tingkat ini
banyak bilik. Dia nampak yang dirinya bakal menghuni salah satu bilik
berkenaan. Nadratul Nisa’ ketika ini hanya mahu kenangannya sahaja dengan Tan
Jie kang bertamu di hujung mata. Biar dia tidak pernah tahu ke mana perginya
lelaki itu. Bahagia atau tidak, dia tidak mahu tahu. Yang penting, Tan Jie
Kang! Paling utama, Didi dan Nini mesti terletak di atas meja kecil untuk
sentiasa dia perhatikan.
Maleq
pusingkan tubuh. Pegang bahu Nad dan membawa isterinya duduk di hujung katil.
“Hei..kenapa ni? Kita kan dah kahwin. Kenapa Nad nak asing-asing pulak? Nad
malu lagi ya?” Dicuitnya hidung isteri. Dia senyum.
Nad
menelan air liur. Dia sebenarnya telah membuktikan kepada Maleq yang
perkahwinan mereka ini dia setujui. Perkahwinan mereka ini bukan atas paksaan
baba atau mama. Dia redha. Dia terima. Iya, malam pertama mereka pun berlaku
atas kerelaannya sendiri. Kalau dah lelaki dan perempuan duduk sebilik. Si
lelaki sebagai suami bertindak dan memimpinnya ke jalan diredhai, mana mungkin
dia sebagai manusia boleh bertahan? Dia pun ada nafsu. Ciuman hangat Maleq di
setiap inci tubuhnya pun masih terasa sehingga kini. Ah! Persetan benda itu
semua Nadratul Nisa’. Buang semua itu pergi jauh-jauh wahai Nadratul Nisa’. Yang
penting Tan Jie Kang. Mana lagi dia mahu mencari lelaki itu sekarang ini? Di
kala telefon bimbitnya sudah ditukar baru oleh Maleq. Otak ligat! Dia ingat
nombor telefon lelaki berbangsa cina itu. Tetapi bila dia mendail, hampa! Tidak
ada jawapan dan sahutan.
Tapi
Maleq, hati ini. Hati ini, tahukah kau yang masih menyebut-nyebut nama Tan Jie
Kang? “Bukan…” garu kepala. Nad terus tanggalkan tudung. Letak di sebelah kiri.
Menoleh semula memandang Maleq yang masih menanti jawapan. “Manalah tahu kalau
berasing tu buat kita lebih rapat.” Jawapan apakah ini Nadratul Nisa’? Bukan
ini jawapan klise untuk sebuah rumahtanggakah?
“Hihi.
Ada pulak. No no.” Maleq gelengkan kepala. Kelakar sungguh isterinya ini. “Ni
bilik kita. Ni bilik abang dan Nadratul Nisa’. Sebelah tu bilik kerja abang.
Bilik nombor tiga tu untuk ibu kalau sesekali ibu datang. Ibu kalau hujung
minggu tak bukak kedai memang selalu lepak-lepak kat sini.”
“Bilik
bawah?”
“Bilik
tetamu. Kalau Marsha balik, dia tidur situ.”
“Marsha?”
Angguk.
Dia tarik bahu isteri dan haruman segar yang dipakai oleh Nad terus melekat
masuk ke dalam rongga hidung. Nad sudah mula mahu tahu. Mahu membalas
ceritanya. Maleq meniti matanya ke bibir merah isteri. “Adik abang. Dia belajar
kat Politeknik Jitra Kedah sana. Kalau cuti aje, dia mesti datang sini. Dia tak
dapat balik masa kita nikah, final exam. Menangis-nangis nak balik tengok kakak
iparnya ni.”
“Ohhh..”
Ah – rasa mahu dia menampar pipi sendiri atas kebodohan mencipta alasan. Kalau
sebilik lagi dengan Maleq, habislah. Habislah dia! Iyalah..Maleq lelaki..dia
perempuan. Nad pejamkan mata. Kalau Maleq buat lagi begitu kepadanya, mana
mungkin dia boleh melarikan diri.
Nad
terus bangun membawa kaki ke hujung bilik. Jemari ligat menolak langsir.
Melihat daun-daun hijau dari pohon rendang. Kiri dan kanan penuh dengan
pokok-pokok besar. Rumah Maleq juga betul-betul di kawasan ladang luas. Dia
nampak ladang seluas 3 ekar di bawah sana. Sama besarnya dengan 3 buah padang
bola sepak. Maha luas. Maha cantik. Mata terpegun melihat bukit bukau hijau
dengan tanaman teh. Mata terasa nyaman dan masalah seolah-oleh pergi terbang
melayang-layang hilang. Beberapa orang pekerja di bawah sana macam orang lidi
di hujung matanya. Cita-citanya di hujung jari. Hanya bawa badan dan lakukan
tugasan. Begitu mudah kan?
“Nad..”
Suara parau Maleq dekat dengan telinga. Jantung tiba-tiba berdegup. Jemari
Maleq sudah melekap di perutnya. Dagu runcing suami sudah mendarat di atas
bahunya. Tubuhnya dipeluk kemas-kemas dari belakang. Mahu menolak, dia rasa berdosa.
Mahu membiarkan, dia takut andai nanti dia terjerumus lagi dengan rasa cinta.
Akhirnya dia kaku. Membiarkan tempo degup jantung bersatu dengan angin.
Mata
terus asyik melihat ladang seluas 3 ekar di bawah. Fikiran serasa ingin
menoktahkan cerita. Nad mahu hamburkan rasa kecewa dengan perkahwinannya.
Tetapi lidah kelu. Tambah kelu bila jemarinya ditarik-tarik oleh Maleq.
Maleq
perlahan-lahan merubah kedudukan isterinya. Sama-sama mereka berhadapan. Senyum
mahal terbit kini untuk Nadratul Nisa’. “ Nak dengar abang berpuisi? Tapi sikit
ajelah.”
Terkebil-kebil
dia. Merenung sepasang mata penuh menggoda. Nad pejamkan mata. Tan. Tan. Tan.
Ke mana kau Tan? Wajah baba dan mama pula berbalam-balam terbit mengejutkan
minda. Mata kembali terbuka. “Errr…Nad bukan budak sastera nak minat puisi.”
Senyum. Mencuba sebaiknya menjadi baik di depan suami sendiri.
“Angin
nyanyikan rindu. Angin lantas lafazkan puisi syahdu. Rindu untuk kamu,
isteriku!” Dipeluk erat tubuh Nadratul Nisa’. Kalau pilihan ibu ini yang
terbaik untuknya, dia terima seadanya. Paling penting pilihan ibu ini adalah
cintanya semenjak kecil dahulu.
Lupakah
Nadratul Nisa’ ketika mereka berkejar-kejaran di tanah seluas 1 ekar itu.
Lupakah Nadratul Nisa’ yang cita-cita si gadis itu dia simpan dan ingin dia
lakarkan di bumi hijau di bawah itu. Sudah luas tanah jajahan di bawah Nadratul
Nisa’. Sekarang, dia sedang meluaskan jajahan hatinya untuk gadis pujaan
sendiri. Bunga mawar akan kembang mekar untuk mereka sama-sama suntingkan.
Bunga mawar akan sentiasa menjadi teman mata.
“Nad
lupa?”
Nad
menelan air liur. Senyum melangit. “Ohh…awak tu kan peminat Khalil Gibran! Suka
berpuisi.” Minda mencari ilham. Haihlah Nadratul Nisa’. Ketuk dahi baru tahu!
Puas dia fikir kegemaran si Maleq masa zaman kecil-kecil dahulu. Nasib baik
buku-buku di rak buku Maleq menggamit dan membantu. Dia mahu menyantuni Maleq
dengan baik.
Nama
Tan Jie Kang mengasak-asak lagi. Ah – keliru.
Ketawa.
Dipeluk erat lagi tubuh isteri. “..dan Nad tak akan lupa kan dengan perasaan
abang dekat Nad semenjak kecil lagi?”
Sesak.
Rasa perit menanggung kisah lama itu. Itu sejarah lama. Kalau dibukukan pun,
tidak akan sesiapa mahu jual. Wahai dunia…kenapa kejam sebegini sekali?
Nadratul Nisa rasa mahu menangis. Kalaulah dia tahu, dia tidak ingin mencipta
kenangan dengan lelaki ini sewaktu kecil dahulu. Mana mungkin dia ingat
satu-satu. Lainlah Maleq Rafie. Ingatannya memang tajam. Maleq ini kan pelajar
terbaik sekolah. Maleq ini kan pelajar lelaki menjadi sebutan ramai di sekolah.
“Errr…”
“So..ni
bilik kita. Betul-betul berhadapan dengan pokok-pokok menghijau. Bawah sana ada
ladang untuk Nad. Suka tak?” Direnggangkan pelukan. Ditarik jemari isteri. Di
bawa menjelajah banglo sederhana mereka. Pintu bilik terbuka luas. Angin dingin
Cameron Highland merancakkan degup jantung Maleq.
“So,
Didi dan Nini kita nak letak kat mana?” Maleq mahu melihat senyuman manis si
isteri. Apa entah magis Nad. Sebab kalau sebut mengenai Didi dan Nini, matanya
segar bugar sungguh.
“Haaa…”
Dipaut lengan Maleq. Suka sangat dia. Mata terus meneliti raut wajah Maleq.
Sisa jerawat yang ada serba sedikit memaniskan wajah Maleq. “Kita letak kat
tepi katil. Abang angkatkan meja tu.” Juih bibir tunjuk meja kecil di luar
ruang tamu sederhana.
Maleq
senyum. Jungkitkan kening. Abang? Waaa…Nad sudah memanggil dia dengan nama
istimewa…’abang’. “Okey..meja ni ya?” Seronok sungguh dia. Jemari terus
mengangkat. “Abang bab angkat-angkat meja ni suka aje.” Kenyitkan mata.
Nad
terus terburu-buru mengikut jejak langkah Maleq. Akuarium kecil di atas sofa
diangkat. Suasana dingin yang tadi untuk jiwa Nadratul Nisa’ kini bertukar jadi
ceria. “Situ-situ!”
“Sini?”
Maleq letak si meja.
Angguk.
Senyum berseri-seri. “Ha’a.” Nad ayunkan kaki membawa akuarium bersamanya.
Terus diletakkan Didi dan Nini di atas meja. “Waaa…nanti kita beli alas meja
baru untuk Didi dan Nini. Abang okey kan?”
Dia
melangkah setapak ke depan. “Errr…abang?” Rasa nyaman seluruh jiwa.
“Yerp!
Abang.” Dia tidak perasan. Langsung tidak perasan dengan gerak bibir.
“Okey.
Abang okey. Belikan juga makanan baru. Yeay!” Maleq mengorak langkah. Berdiri
kini betul-betul di sebelah isteri. Cekak pinggang. “Terima kasih Nad…”
Dingin.
Angin memeluk tubuh. Maleq menjeling-jeling Nadratul Nisa’. Ditarik sekali lagi
jemari runcing Nad. “Terima kasih..”
Terkebil-kebil
dia. Nad garu kepala. Pandang Maleq yang tersengih-sengih. “Heh. Terima kasih?
Untuk apa? Tetiba.” Bukanke dia yang patut mengucapkan kata keramat ‘terima
kasih’ itu untuk Maleq. Maleq ini – sudah beberapa hari pun jadi suaminya. Suami
yang sudi melayan karenah dia dan mengikut sahaja arahannya kalau melibatkan
Didi dan Nini.
“Iyalah,
sebab orang kat sebelah abang ni sudi panggil saya abang. Rasa macam menang pingat
emas kat Olimpik aje. Hihi.” Ketawa. Rasa nyaman terus menyebulungi jiwa. Maleq
membetulkan rambut yang jatuh di dahi.
Senyum.
Nadratul Nisa’ sedang menyedut udara segar. Degup jantungnya kini terkesan dengan
perhubungan yang sedang bermula. “Emas kategori apa?”
“Badminton.
Perseorangan. Lawan Lin Dan. Double set!” Dia ketawa. Statik sungguh jawapan.
“Fuhh….dalam
mimpi! Kunun sangatlah abang.”
“Seriuslah.”
Dirapatkan kedudukannya dengan Nadratul Nisa’. Jemari terus memegang bahu
isteri tercinta.
“Lee
Chong Wei pun susah nak kalahkan Lin Dan. Inikan pulak abang. Eeee…”Jelirkan
lidah. Nad menarik nafas. Memandang jemari Maleq yang kini sedang melekap di
bahu kirinya.
“21-20.
Set kedua abang bagi Lin Dan cukup-cukup 21-8.” Jungkitkan kening. Maleq mula
mendambakan suasana sebegini. Dia mula menanam pesan ibu di hati.
“Potong
jarilah kalau abang bagi Lin Dan sampai 21-8.” Nadratul Nisa’ menyiku perut
Maleq. Ketawa. Sama-sama melihat Didi dan Nini yang sedang berenang-renang
mengelilingi akuarium.
Nadratul
Nisa’ sesekali menjeling Maleq. Sesekali mencuri-curi pandang wajah pilihan
baba dan mama ini. Redup sahaja pandangannya. Wahai hati, kenapa sesekali
debaran itu muncul bila melihat dia dengan senyuman yang begini?
Wahai
hati, kenapa juga di hujung mata ini masih terbayang-bayangkan senyum manis
lelaki itu. Tan Jie Kang…. Di manakah kau sekarang? Direnung wajah Maleq
lama-lama. Kenapa kau bukan Tan Jie Kang? Kenapa?
:::Terima kasih semua yang sudi turunkan komen dan like-like. Saya hargai. Saya hargai semua yang sudi menjejaki saya di sini. Untuk Izan, banyak-banyak terima kasih. Salam ukhwah saya hulurkan:::
everything happens for a reason Nad..... hati Nad dah terbahagi 2... ;-) mungkinkah???????
BalasPadammaslina aini mat saad
kesian maleq
BalasPadamKasi haru biru lagi....hehehe baru leee buku jadi tebal hahaha
BalasPadamgo go maleq.
BalasPadamNak Maleq...tapikan bila baca novel selalu perempuan yang kesian tapi sekarang lelaki pulak, padan muka hahah *lari*! Thank you!
BalasPadammesti Tan juga sedang merana :(
BalasPadamkenapa mesti kita pisahkan mereka yang bercinta ?
kesian semua watak dlm citer ni
BalasPadamtak naklah sampai nad lupa hukum allah ya....
BalasPadamsaya sokong maleq.
BalasPadamKak mardihah, salam kenal, suka sangat baca citer akak, hehe, selalu silent rider je. Rase nak komen pulak.
BalasPadamnad, ingat tau, tan is the past, n maliq is u'r future. Kalau susah sangat nak lupakan tan, kena tetap usaha tau. Hati suami mana yang tak rabak bila tahu istri yg dicinta dr kecik terjatuh cinta ngan lelaki lain. Buka hati untuk terima cinta maleq tau, hehe. Cite akak, best, 😉
walau cinta meraja dihati untuk tan tapi nad kena sedar kewajipannya hanya patut untuk maleq. semoga nad dapat fikir yang terbaik dan dapat yang terbaik buat dirinya....:)
BalasPadamCik mardihah, sayang kamu beri kami pembaca baca cerita ni.