Bulan April sebenarnya memberikan satu perasaan luar biasa kepada saya. Kelmarin mak telefon. Kami berurusan, bergelak ketawa. Mak mengingatkan bil astro yang masih belum dijelaskan. Terlupa lagi saya.
29 April 2008
Bagaimana...
Kenangan Terindah ~~
tapi nak berpantun-pantun dulu...
Pantun yang ni Original by marDIHAH ...
Jauh sudah melayan hati,
Singgah di Johor menjamu selera,
Tataplah gambar sepuas hati,
Senyumlah tuan jangan berduka.
Pantun di bawah ini ciplak dari http://nurafaz.wordpress.com/2007/10/06/koleksi-pantun-nasihat-3/
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Semua pantun di atas tiada kena mengena dengan koleksi gambar di bawah...

24 April 2008
Attn to : marDIHAH
So, peringatan untuk semua, jangan lupa e-filling kan cukai anda!
Saya tiada idea untuk berbicara panjang kali ini. Penat dan banyak fikir...Risau dan macam MAGIC sahaja. Biar sahaja saya tahu apa magicnya yang berlaku.
Cuma terperasan tentang diri yang :
1) Selalu tidur awal
2) Tak buat filling untuk setiap resit belanja.
3) Lupa update perbelanjaan harian. Isk...
4) Selalu tersenyum sorang-sorang
5) Jadi peneman Ila yang selalu takut bila nak tidur.." Kak..orang takutlah...nak tidur sebelah.."kesian betul Ila....
6) Aik?
22 April 2008
Ultraman vs Kek Kukus Buah-Buahan

II
Kek Kukus Buah-Buahan...nyum-nyum...sedapnya. Dihah buat hari Jumaat masa bercuti lepas..tapi dah habislah......dah masuk dalam perut. Ini resepinya...Sharing is caring!

Bahan-bahan :
600 gram tepung gandum
600 gram gula (ambil secawan gula, asingkan untuk dibuat gula hangus)
6 biji telur
375 gram butter
1 sudu kecil Cream Of Tartar
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1 kotak kismis buah (any brand,ikut suka)
Sedikit Esen Vanilla
1) Tepung gandum bersama cream of tartar dan bikarbonat diayak. Campur bahan-bahan tersebut dengan kismis buah di dalam dulang. Asingkan.
2) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
3) Pukul butter sehingga putih/kembang. Masukkan esen vanilla.
4) Satukan telur dan gula bersama butter. Kacau perlahan.
5) Tepung dan buah di masukkan di dalam bancuhan. Kacau sebati. (jangan buat pusingan halilintar, nanti kek batat!!)
6) 1 cawan gula yang telah di asingkan di kacau perlahan di atas api. Sehingga berwarna kuning dan naik bau (jadi macam gula hangus) masukkan dalam bancuhan....jeng-jeng...(berhati-hati)
7) Kacau bancuhan sehingga sebati lagi.
8) Kek di masuk dalam bekas kegemaran (nak segi tiga boleh, bulat boleh, empat segi pun boleh) Keliling acuan hendaklah disapukan dengan marjerin dan tepung(supaya kek tidak melekat)
9) Lupa pula nak pesan, sebelum start buat kek, kena sediakan kukus dan didihkan air untuk 20 minit.
10) Kek sudah siap di dalam bekas kegemaran, tutup kek dengan plastik.(wajib) Ikat kuat.
11) Kukus lebih kurang 4 jam atau 6 jam.
12) Siap di hidang...sesuai untuk hari raya ke, makan-makan ke....dan sewaktu dengannya.
Terima kasih kerana menjeling-jeling blog ini
17 April 2008
Semoga....
Semoga
Allah permudahkan segala
Perjalanan kalian semua
Perjalanan kita................
Pstt : Dihah cuti esok...yea yea......balik kampung...sesiapa nak pesan cencaluk ke..asam pedas ke...meh lah mai umah....erm, bestnya balik kampung... :) Doakan Dihah tak tertinggal bas lagi... bas ohhh bas.....
16 April 2008
Nikmat & Kesyukuran
Telah berapa banyak nikmat yang telah Allah turunkan kepada semua manusia di bumi bumi ini. Lantaran perbualan saya dengan seorang kenalan mencambah idea saya untuk topik ini.
makan. Tak kira lauk apa.. Inilah yang kita panggil nikmat makanan" penjelasannya buat saya tersenyum manis.
kebesaranNya.
14 April 2008
Buku, Ilham dan Suasana

Tersenyum puas. Saya ke PWTC Ahad, 13/04/2008 dan Jumaat sebelum itu.
Saya berkira-kira juga mahu mendahulukan yang mana satu.
" Makcik Musalmah Lebar dah ke depan..."Encik Faizal tersengih kerana memang dia baik dengan Makcik Musalmah.
" Owh..tak apalah...nanti Makcik Musalmah provokasi pasal politik lagi, dia kan jiran baik Encik Zal.." (saya komen dalam hati)
"Oh...saya balik dulu..terima kasih..." saya tunduk hormat. Terima kasih sekali lagi.
Kaki saya melangkah cepat, nanti lagi lambat mengadap Cikgu FT. Tapi memang teringin nak kenal siapa Makcik Musalmah Lebar. Lebar ke orangnya??Kurus ke?Tinggi ke?Rendah ke?Betul ke ramah tamah orangnya...
Saya mencapai juga Life is An Open Secret by Zabrina. Berkulit hijau comel. Minggu sudah saya juga sudah mendapatkan Aku Terima Nikahnya hasil penulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Gerai tumpuan saya pastinya di Jasmin Publisher dan Al-Hidayah, Beberapa buku untuk diri saya sambar juga, Ilmiah dan berbaloi.
Pening juga sebab ramai peminat buku untuk hari terakhir sebegini. Berasak-asak dan tidak relevan bagi saya mengasingkan dewan utama di sebelah jambatan sebagai tempat tumpuan. Jauh dan tidak sesuai.
“ Mari balik…” kerana Zohor menggamit dan saya perlu pulang awal untuk merehatkan diri dan kembali kepada fitrah diri. Malam, saya sudah mengemas, menyusun dan merehatkan diri. Rak buku sudah dipenuhi. Kata Kak Ita…dah macam perpustakaan mini. Hati saya makin puas.
10 April 2008
Luar Biasa.......

I
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:”
Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud). Semoga kawan-kawan saya dan sahabiah saya dalam lindungan Ilahi. Petang itu kiriman sms betapa saya merindui mereka dikirimkan. Tanda berita, biar jauh di mata tetapi tetap di hati.
Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada ta
pa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).
Kisah kami tidak akan terhenti…malahan, kami akan berdiri bersama sebuah kenangan yang ranum dalam setiap hati. Meski kami : Saya,
Kak Long, Hanes, Lily, Sya, Umi dan Paah berjauhan. Walau jauh, tapi dekat dalam hati. Inilah nikmat islam, iman dan ihsan. Juga erti pada sebuah persahabatan. Meski berlainan kehidupan kini, ada antara sahabiah tersayang bekerja, menjadi pelajar, menjadi isteri dan ibu…namun bagi saya, kami tetap mahu menjadi seperti dahulu,….kenangan bersama perjuangan kami. Islam mendekatkan kami. Takbir…Air mata saya mengalir lesu....melalui proses luar biasa keindahan pembersihan diri. Membersihkan mata dan sungguh, menyendiri kali ini benar-benar begitu LUAR BIASA.
09 April 2008
Bila Hati Dihah Berdebar-debar, ada maknanya...

mana ya? Rasa tak selesa tengok..
Ustaz : Salah ayat tu.
Dihah : Perbetulkan saya.
Ustaz : mane ade terpakse pun. Sume sukareela
Dihah : Ohhh..saya silap lagi.
Ustaz : jadi bila sume sukarela suka suka.. jadi paham2 je la
Dihah : saya dah tak sedap hati dua tiga hari
Ustaz : perkara mudah. masing2 cuba meng remeh kan.. tapi nak buat camner.
sepatutnye committee dah highlight kan sblm ni
Ustaz : better di bw perkara ni utk pengetahuan semua semoga program selepas
ni.. perkara yg sama tak berulang. sbb yg dah berlaku.. biarkan berlalu.
Supaya future committee lebih bertanggung jwb ats semua program yg
dijalankan. Bukan sekadar suka2 je.
Dihah : apa sy nak buat. patutlah hati saya tak sedap je sejak balik team buiding
ni. tht's the point here.
Ustaz : mcm saya ckp tadi.. bg 'menebus' perkara tersebut.. kene highlight kan
pada semua... apa yg patut berlaku.. apa yg tak patut berlaku utk next program
takde istilah 'darurat' atau 'terpaksa' dlm kes tersebut pun lain la kalau ada org
lemas dlm kolam.. so itu baru dikira darurat
Dihah : tp depa ni dok cakap darurat . terpaksa ok2…….will highligt tht's point. Sebab saya
sorang kontang konting dalam committe nanti. Will try the best
Ustaz : uiks.. u one of da committee?
Dihah : yup sorang budak muda, yang lain, kakak-kakak n abang-abang.
Ustaz : uishh that a big responsibility. utk btol kan ape yg tak btol. Sbb dlm kes lepas ..
tanggungjawab terbesar adalah committee member
Dihah : rasa malu pada ustaz
Ustaz : takde menda yg nak malu pun. benda dah lepas. yg penting in future\apa
tanggungjawab kita. btol tak?
Dihah : Saya rasa mcm batu jatuh atas kepala. mcm tu lah berat nyer
Ustaz : committee sure ada post mortem kan, So bole arrise this issue penting utk sume tau .
point nya : bukan muhrim tak perlu pun bantu yg bukan muhrim lain sbb masing2
ada jantina yg sama waktu tu for example : pompuan yg patut tolong pompuan.. sbb
each group pompuan lebih ramai dari laki sepatutnye tak timbul pape maslah pun kan
Dihah :Terima kasih berkongsi pendapat cuma tadi masa lunch saya habiskan masa dengan
mereka2..mendengar kejadian dan kisah terperinci saya meluahkan juga
ketidakpuasan hati dan menggatakan benda yang berlalu, biarkan sahaja. Saya
memohon maaf kepada mereka kerana rasanya, tak sangka perkara begini terjadi
sebegini .Mudah-mudahan ada sesuatu hikmah di sini, atau sesuatu yang saya rasa
perlu diperbetulkan, post mortem dll. terima kasih .Ape2 berita atau cadangan, sila
kemukakan.terima kasih lagi, Saya yang tidak arif.,

Saya pesan kepada seorang kawan membelikan dahulu sebuah buku karya Ustaz yang popular, saifulislam.com, Hasrizal Abdul Jamil di PWTC (sempena Pesta Buku) Saya belum lagi dapat menjejakkan diri ke PWTC. Melihat tajuk, design dan isinya, saya teruja untuk mengkhatamkan segera.Berbaloi!!
Perbualan di atas terpaksa diedit selepas mendapati terdapat unsur-unsur politik, dan tidak percaya. Perbualan ini dirakam selepas terdapat beberapa insiden berdebar-debar dalam diri Dihah selepas balik Team-Building, atas nama ISLAM dan kefahaman ISLAM, maka ia dirakam, ditanya dan dipersoalkan. Sila fahamkan situasi berkenaan dengan sejelasnya dan jangan meninggalkan isu tanda tanya kepada pihak kami. Harap maklum.
07 April 2008
Bukan Yang Terakhir Kali........

Pada mula, agak malas juga saya mahu mengikuti Team Building...ditambah dengan Pesta Buku yang memanggil-manggil sahaja. Beg galas besar
akhirnya sudah dipenuhi baju dan peralatan peribadi ke sana. Tanggungjawab sebagai pekerja dipikul, kalau dah kahwin, mesti tinggalkan suami dan anak-anak selama 3 hari, kan? hahaha, saya akan merindui nanti. When the day will come? Ahh.....nanti-nanti.
Menghijau perjalanan dan hari ni saya tak sempat nak tepek gambar kat blog. Sebab tak sempat nak copy gambar-gambar dari N95 saya ke lap top. Wayar sambung pun saya dah tak larat nak cari. InsyaAllah bila ada gambarnya, akan saya kongsi dengan kalian semua.
Team Building kali ini lebih relax tapi mencabar fizikal. Pagi, kami dihidangkan dengan 2 bengkel bersama penceramah. Menarik dan sesekali lawak mereka buat saya lupa untuk Pes

I will miss that's Falying Fox. (Pic yang sebelah ni hanya gambar hiasan sahaja. Itu bukan saya) Saya terbang bagai burung dan jeritan itu sekurangnya membuatkan segala tekanan hilang sekali. Gambar saya macam paling mengancam, dengan tangan berdepa lebar, angel yang menarik dan berani dari saya. Muslimat boleh!!Paling penat mengikuti semua obstacle yang ada. MasyaAllah.....panjat sana, panjat sini, harungi lumpur dan saya terus meloncatkan diri ke dalam kubang lumpur untuk Tarzan Swing. Malas saya nak swing-swing, terus pegang tali sikit dan loncat habis. Pilihan saya dua...1) loncat dengan tali yang mungkin akan sebabkan saya jatuh dan basah berlumpur semua- dari atas ke bawah-, atau 2) pegang sikit tali (ala-ala dan terjun kaki dahulu ke dalam lumpur) so saya memilih 2. Sebab saya hanya basah setengah sahaja. Pandainya saya.... Fasi menjerit " Ni macam nak mandi je...serah diri je kat lumpur tu.."
Rafting dan menyumpit...memang mencuit hati. Mencari barang di dalam lautan kolam ala-ala titanic. Bersemangat sungguh. Saya dalam kumpulan Superb Power. Ada Manager saya, Encik Onsha(Tok Batin), Ustaz Fairus, Hj Faizal Muda, Wani (cucu tok batin), Kak Zuri sempoi, Kak Ong cute, Kak Sentiasa yang tabah, Marie yang cun, dan saya, Dihah si Ustazah. Terima kasih dan teruskan kecemerlangan bersama. Terima kasih atas bantuan semua mengharungi Excel Race juga Jungle Night Tracking. Chayuk..chayuk!
BBQ seronok...dan makan-makan memang agenda terpenting kami. Saya makan aje, program diet tak jadi. It's time to makan. Let's makan-makan. Hehehehe. Tapi makan sikit dah kenyang. Ikan bakar akhirnya saya dan Norma letak balik dalam bekas. Sudah tak mampu perut ini menampung semua makanan. Thanks to Normz being my freindz, my kawan tidur, and my kawan ketawa.......
Malam Ahad, Night Jungle Tracking. Menyusuri desiran air terjun dan sesekali bunyi cengkerik, menambah kehangatan muhasabah diri. Melihat bintang bertaburan di langit, membuatkan kerdilnya diri. Saya melihat bintang, dan ia tak jemu menyinari malam kami. Saya suka melihat bintang. Malam bertambah cantik dengan embun malam bersama bunyi-bunyi binatang yang halus sekali. Saya berhalusinasi sejenak. Kagum, Allah Maha Besar. Allah Maha Kaya. Allah hu Akbar!

Hari terakhir, kami bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah. Jenakanya, tipsnya, pesannya, menghiburkan. Sesekali beliau mencuit hati kami dengan berbagai cerita. Pesannya, memaafkan orang lain dan sentiasa berterima kasih. Jenakanya dalam isu rumah tangga, kisah suami isteri yang buat ramai tergelak. Katanya " saya suka buat lawak-lawak bodoh ni..." huhuhuhu. Tips kerja dengan cemerlang dan juga menangani konflik dan stress dalam hubungan. Hmm..paling menarik hati, Peluk suami kalian 10 saat setiap hari untuk memanjangkan umur suami....(eh, Dihah belum kahwin tapi nak berkongsi dengan kalian juga...- ini dinamakan kehidupan, realiti dan tipsnya memang berguna sekali! Jangan banyak tanya dan bebel jika mahu suami panjang umur.Tergelak saya. Malu pun ada. But, ini realiti dan tips berguna untuk panduan masa datang, betul tak?
Panjang rasanya blogging kali ini, setelah lama tak menulis cerita peribadi, saya segarkan minda kalian dengan cerita ini, saya kongsikan dengan semua ya. Hmm, saya tidak menatap akhbar dan Harakahdaily, Malaysiakini, Malaysiatoday untuk beberapa hari. Politik masih dalam minda saya. Majalah I dalam tangan akan saya tatap untuk minggu ini. PRU - 12- Gelombang Perubahan, muka depan dengan wajah Nurul Izzah Anwar. Beberapa majalah saya juga kini dalam perhatian mata. Beli tapi simpan. (saya belum sempat habiskan beberapa buah buku juga) Saya hairan, kenapa ramai membazir duit membeli majalah Mangga, URTV, Majalah Hai, dan apa kebenda kejadah lagi tanpa ada nilai material dan ilmu. Hairan juga dengan gambar artis berpeluk-peluk dan bagi saya selekeh sungguh!...
Last but not least....hmmmm, bulan April. Sejarah untuk diri saya. Menanti. Berdebar-debar. Mesti kalian tertanya-tanya kan....ape kebenda lah Dihah ni? Suspen je..... Bila April. Saya sudah tergelak di depan pc. Suriani tak habis-habis bertanya...ape ni kak? suspen je...huhuhuhu. YM saya berkelip-kelip soalan cepu emas. Hmm, tiada apa, cuma Bulan April, bulan Pesta Buku, juga bulan mengambang, nak tunggu bunga teratai mekar...hahahahahhaha
Doakan saya gembira. Saya juga doakan anda semua, sahabiah dan sahabat saya gembira dan bahagia. Terima kasih membaca ruang ini dan terima kasih untuk semua menjadi pembaca setia laman sederhana ini. Maafkan saya jika ada silap dan salah. Memaafkan orang lain adalah kemenangan dalam kehidupan. Amalkan selalu. Jangan lupa ya.
Pstt : Saya ada beli sebuah buku untuk seseorang, tapi sayang, sudah dibalut kemas, dalamnya ada 30 muka surat yang hilang. Buku milik orang lain, yang siap ditandatangani pemiliknya dan dihantar semula ke kedai. Kedai jual balik. Saya pembeli malang! Maafkan saya atas buku tersebut, nanti saya gantikan yang baru. Terkilan dan sungguh terkilan. Yang amat saya kesali, penjual yang tidak menghargai perasaan si pembeli.