Pages

14 April 2008

Buku, Ilham dan Suasana


Tersenyum puas. Saya ke PWTC Ahad, 13/04/2008 dan Jumaat sebelum itu.

“ Sekadar mencari buku, mencari Ilham dan suasana baru…” saya menghantar ingatan.

Kepergian saya dengan sebuah beg sekolah biru. Penuh buku untuk mendapatkan tandatangan beliau.

Ruang legar PWTC sudah dipenuhi. Kami bernasib baik memutuskan diri pergi di awal pagi. Ila dan Wana sudah stand-by diri. Malam lagi sudah saya ingatkan jam 9.30 sudah keluar dari rumah. Selepas menikmati nasi goreng kampung Wana, kami melangkah.

Saya beli 4 buah buku Faisal Tehrani, di samping dapat semua tandatangannya untuk koleksi bukunya. Wah…macam berdebar masuk dewan peksa (kata Haris Hauzah). Saya membiasakan diri, kerana dia boleh saya anggap, guru dan sifu meski saya masih bertatih dalam bidang penulisan. Timbul rasa cemburu dan iri hati pada kejayaan penulis ini.

4 bukunya :

Karbala, Manikam Kalbu,Karya Nan Indah & Detektif Indigo Kembali saya tatap malam tersebut dan disusun sebelum saya merencanakan mana dahulu harus dihabiskan.
Saya berkira-kira juga mahu mendahulukan yang mana satu.

" Makcik Musalmah Lebar dah ke depan..."Encik Faizal tersengih kerana memang dia baik dengan Makcik Musalmah.

" Owh..tak apalah...nanti Makcik Musalmah provokasi pasal politik lagi, dia kan jiran baik Encik Zal.." (saya komen dalam hati)

"Oh...saya balik dulu..terima kasih..." saya tunduk hormat. Terima kasih sekali lagi.

Kaki saya melangkah cepat, nanti lagi lambat mengadap Cikgu FT. Tapi memang teringin nak kenal siapa Makcik Musalmah Lebar. Lebar ke orangnya??Kurus ke?Tinggi ke?Rendah ke?Betul ke ramah tamah orangnya...

Gerai Creative turut saya mencelah. Saya perlukan bahan ringan juga berat tahun ini. Perlu sedikit ubah suai rasa untuk kembalikan diri menulis. Karya Zaharah Muhamad dan beberapa penulis lain saya perolehi. Saya sudah ada lebih kurang 5 novel. Thanks to Kak Saraa atas rasa prihatin memprovok saya memiliki semua novel ini.

Saya mencapai juga Life is An Open Secret by Zabrina. Berkulit hijau comel. Minggu sudah saya juga sudah mendapatkan Aku Terima Nikahnya hasil penulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Gerai tumpuan saya pastinya di Jasmin Publisher dan Al-Hidayah, Beberapa buku untuk diri saya sambar juga, Ilmiah dan berbaloi. Ada 6 buah buku.

Pening juga sebab ramai peminat buku untuk hari terakhir sebegini. Berasak-asak dan tidak relevan bagi saya mengasingkan dewan utama di sebelah jambatan sebagai tempat tumpuan. Jauh dan tidak sesuai. Ada juga yang tertanya-tanya, laluan ini ke mana? (Orang Melayu malas nak baca arahan dan baca peta) Alahai!

Lewat jam 1.45 kami pulang. Pengunjung yang datang, makin bertambah dan saya memang sudah tidak tahan dengan kepadatan lambakan manusia.

“ Kak, sudahlah tu kak..kaki nak tercabut ni..dah sakit pinggang ni…” muka masing-masing sudah mengadu kepenatan. Apa yang saya rencanakan untuk kembali ke ruang legar sedikit terbantut. Booth Karangkraf juga kempunan. Tidak mengapa, asalkan semua buku dan hajat saya tercapai. Tahun depan jika ada jodoh, bertemu lagi.

“ Mari balik…” kerana Zohor menggamit dan saya perlu pulang awal untuk merehatkan diri dan kembali kepada fitrah diri. Malam, saya sudah mengemas, menyusun dan merehatkan diri. Rak buku sudah dipenuhi. Kata Kak Ita…dah macam perpustakaan mini. Hati saya makin puas.

Tinggal kenangan. Tinggal memori. Tinggal dalam diri. Ilham, Suasana dan semestinya cerita lagi tentang Buku…..

7 ulasan:

  1. salam...sgt best blog ni.bnyk ilmu leh dpt ;). sape yg bernama mardihah tu?empunya diri or anak?btw..nama ank kite mardihah ;)*salam kenal yek*

    BalasPadam
  2. wah.. bestnya borong buku..
    saya x berkesempatan gi kali ni..
    dah 2 kali ahad cari parking xde..
    sudahnya terus balik.. huhu..

    BalasPadam
  3. eheh. dihah peminat buku yek. diya pun peminat buku gak. tapi versi laen sket. peminat belek2 buku je. hihi. sbb diya jenis cepat bosan sket, jarang diya bleh habiskan satu novel dgn sempurna. klw hbs pun mesti ade pages yg tak baca. huhu

    BalasPadam
  4. tinta pon sempat borong buku jumaat lpas.....byk sgt sampai tak terbawa balik ke ganu...hehe...

    BalasPadam
  5. salam kehidupan,

    buku2 tu masih tersimpan dlm plasti atau sudah dibaca?... manalah tahu kan sayang nak buang plastiknya.

    BalasPadam
  6. salam,

    haja,
    trimas kasih yer....nama empunya diri..bukan nama anak...kawen tak lagi...huhu

    achik,
    lah siannya achik...tak pe, thn depan ada lagi..

    ariaayumi,
    erm leh gaks macam tu, manusia bermacam jenis ragam...hihi, tapi habiskan membaca banyak manfaatnya

    tinta,
    lor, awat tak habaq turun hari jumaat?

    cermindiri,
    dah buka plastiknya, siap susun semua buku, tapi dihah tak tahu nak baca yang mana satu..banyaknyeee

    BalasPadam
  7. Mana gambar si dia yang di tunggu2 kat sana ??


    Haris Hauzah

    BalasPadam