Pada mula, agak malas juga saya mahu mengikuti Team Building...ditambah dengan Pesta Buku yang memanggil-manggil sahaja. Beg galas besar
akhirnya sudah dipenuhi baju dan peralatan peribadi ke sana. Tanggungjawab sebagai pekerja dipikul, kalau dah kahwin, mesti tinggalkan suami dan anak-anak selama 3 hari, kan? hahaha, saya akan merindui nanti. When the day will come? Ahh.....nanti-nanti.
Menghijau perjalanan dan hari ni saya tak sempat nak tepek gambar kat blog. Sebab tak sempat nak copy gambar-gambar dari N95 saya ke lap top. Wayar sambung pun saya dah tak larat nak cari. InsyaAllah bila ada gambarnya, akan saya kongsi dengan kalian semua.
Team Building kali ini lebih relax tapi mencabar fizikal. Pagi, kami dihidangkan dengan 2 bengkel bersama penceramah. Menarik dan sesekali lawak mereka buat saya lupa untuk Pesta Buku.
I will miss that's Falying Fox. (Pic yang sebelah ni hanya gambar hiasan sahaja. Itu bukan saya) Saya terbang bagai burung dan jeritan itu sekurangnya membuatkan segala tekanan hilang sekali. Gambar saya macam paling mengancam, dengan tangan berdepa lebar, angel yang menarik dan berani dari saya. Muslimat boleh!!Paling penat mengikuti semua obstacle yang ada. MasyaAllah.....panjat sana, panjat sini, harungi lumpur dan saya terus meloncatkan diri ke dalam kubang lumpur untuk Tarzan Swing. Malas saya nak swing-swing, terus pegang tali sikit dan loncat habis. Pilihan saya dua...1) loncat dengan tali yang mungkin akan sebabkan saya jatuh dan basah berlumpur semua- dari atas ke bawah-, atau 2) pegang sikit tali (ala-ala dan terjun kaki dahulu ke dalam lumpur) so saya memilih 2. Sebab saya hanya basah setengah sahaja. Pandainya saya.... Fasi menjerit " Ni macam nak mandi je...serah diri je kat lumpur tu.."
Rafting dan menyumpit...memang mencuit hati. Mencari barang di dalam lautan kolam ala-ala titanic. Bersemangat sungguh. Saya dalam kumpulan Superb Power. Ada Manager saya, Encik Onsha(Tok Batin), Ustaz Fairus, Hj Faizal Muda, Wani (cucu tok batin), Kak Zuri sempoi, Kak Ong cute, Kak Sentiasa yang tabah, Marie yang cun, dan saya, Dihah si Ustazah. Terima kasih dan teruskan kecemerlangan bersama. Terima kasih atas bantuan semua mengharungi Excel Race juga Jungle Night Tracking. Chayuk..chayuk!
BBQ seronok...dan makan-makan memang agenda terpenting kami. Saya makan aje, program diet tak jadi. It's time to makan. Let's makan-makan. Hehehehe. Tapi makan sikit dah kenyang. Ikan bakar akhirnya saya dan Norma letak balik dalam bekas. Sudah tak mampu perut ini menampung semua makanan. Thanks to Normz being my freindz, my kawan tidur, and my kawan ketawa.......
Malam Ahad, Night Jungle Tracking. Menyusuri desiran air terjun dan sesekali bunyi cengkerik, menambah kehangatan muhasabah diri. Melihat bintang bertaburan di langit, membuatkan kerdilnya diri. Saya melihat bintang, dan ia tak jemu menyinari malam kami. Saya suka melihat bintang. Malam bertambah cantik dengan embun malam bersama bunyi-bunyi binatang yang halus sekali. Saya berhalusinasi sejenak. Kagum, Allah Maha Besar. Allah Maha Kaya. Allah hu Akbar!
Hari terakhir, kami bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah. Jenakanya, tipsnya, pesannya, menghiburkan. Sesekali beliau mencuit hati kami dengan berbagai cerita. Pesannya, memaafkan orang lain dan sentiasa berterima kasih. Jenakanya dalam isu rumah tangga, kisah suami isteri yang buat ramai tergelak. Katanya " saya suka buat lawak-lawak bodoh ni..." huhuhuhu. Tips kerja dengan cemerlang dan juga menangani konflik dan stress dalam hubungan. Hmm..paling menarik hati, Peluk suami kalian 10 saat setiap hari untuk memanjangkan umur suami....(eh, Dihah belum kahwin tapi nak berkongsi dengan kalian juga...- ini dinamakan kehidupan, realiti dan tipsnya memang berguna sekali! Jangan banyak tanya dan bebel jika mahu suami panjang umur.Tergelak saya. Malu pun ada. But, ini realiti dan tips berguna untuk panduan masa datang, betul tak?
Panjang rasanya blogging kali ini, setelah lama tak menulis cerita peribadi, saya segarkan minda kalian dengan cerita ini, saya kongsikan dengan semua ya. Hmm, saya tidak menatap akhbar dan Harakahdaily, Malaysiakini, Malaysiatoday untuk beberapa hari. Politik masih dalam minda saya. Majalah I dalam tangan akan saya tatap untuk minggu ini. PRU - 12- Gelombang Perubahan, muka depan dengan wajah Nurul Izzah Anwar. Beberapa majalah saya juga kini dalam perhatian mata. Beli tapi simpan. (saya belum sempat habiskan beberapa buah buku juga) Saya hairan, kenapa ramai membazir duit membeli majalah Mangga, URTV, Majalah Hai, dan apa kebenda kejadah lagi tanpa ada nilai material dan ilmu. Hairan juga dengan gambar artis berpeluk-peluk dan bagi saya selekeh sungguh!...
Last but not least....hmmmm, bulan April. Sejarah untuk diri saya. Menanti. Berdebar-debar. Mesti kalian tertanya-tanya kan....ape kebenda lah Dihah ni? Suspen je..... Bila April. Saya sudah tergelak di depan pc. Suriani tak habis-habis bertanya...ape ni kak? suspen je...huhuhuhu. YM saya berkelip-kelip soalan cepu emas. Hmm, tiada apa, cuma Bulan April, bulan Pesta Buku, juga bulan mengambang, nak tunggu bunga teratai mekar...hahahahahhaha
Doakan saya gembira. Saya juga doakan anda semua, sahabiah dan sahabat saya gembira dan bahagia. Terima kasih membaca ruang ini dan terima kasih untuk semua menjadi pembaca setia laman sederhana ini. Maafkan saya jika ada silap dan salah. Memaafkan orang lain adalah kemenangan dalam kehidupan. Amalkan selalu. Jangan lupa ya.
Pstt : Saya ada beli sebuah buku untuk seseorang, tapi sayang, sudah dibalut kemas, dalamnya ada 30 muka surat yang hilang. Buku milik orang lain, yang siap ditandatangani pemiliknya dan dihantar semula ke kedai. Kedai jual balik. Saya pembeli malang! Maafkan saya atas buku tersebut, nanti saya gantikan yang baru. Terkilan dan sungguh terkilan. Yang amat saya kesali, penjual yang tidak menghargai perasaan si pembeli.
flying fox...teringin gak tapi tak bole..
BalasPadamada apa ngan Bulan April ni Dihah???
BalasPadamsuspen sungguh...yang aku cuma Jimat dan SENang kira jer...hehhe
arsaili,
BalasPadamsesekali cuba, pasti teringin nak terbang lagi.
13may,
ada apa bulan April ni? hehehhee..aler 13may ni, buat-buat tak tahu pulak....eh..apa yang kau tahu..meh bagi tahu sini..
oooo..tk pe2..kak dihah kenakn kita erk...takpe2..:)..wait n see...
BalasPadamwuaaaa!
BalasPadammau g pesta buku :((
nak jugak naik musang terbang....hari-hari dok bengang kat musang berapi...tak pernah pon try musang terbang :D
BalasPadamsalam kenal :D
wahhhh..teringat zaman maktab..
BalasPadamdua kali ada prog mcm ni..
tp flying fox x pernah cuba..
abseiling je masa tu.. huhuhuhu..
miss_tree teringin nak bungee jump..
heheheheh..itu salah satu impian tu.
politik juga masih tersemat dalam hati.
alhamdulillah setiap jumaat di kampung boleh mendengar ceramah dari Tuan Guru..
:)
kunjungan balas dihah :)
BalasPadambroga nih di mana ya?
salam kehidupan,
BalasPadambroga tu kat mana yea... rasanye macam dekat kajang tapi ke dalam sikit. betul tak?....
anonymous,
BalasPadamsaje kenakan kamu! hehehe, jgn marah..
rynn cowbra,
nape sedih,,jomlah g pesta buku...carik buku..:)
makcikdekipas,
tak pernah try ke...nanti try ye......seronok..:)
miss tree,
Oic, kenangan zaman maktab tu kenangan lama yang best kan..nape tak cuba?
nurul n cermin diri,
broga tu dekat semenyih, namanya lengging tak silap.hehehe..dekat-dekat kajang gak , tapi dah ke Negeri Sembilan....:)