Pages

22 April 2008

Ultraman vs Kek Kukus Buah-Buahan

I

“ Abang Chik, boleh tolong tak?”


“ Tolong apa?”


“ Anak aku ni!…kau menyamar sikit jadi Ultraman Tiga, Aiman nak cakap dengan Ultraman lahhh..”


“ Hahahaha…macam-macam lah anak kau ni…..”


Perbualan antara Ultraman Tiga dan Aiman berlangsung seketika. Lagu Ultraman dimainkan perlahan di bibir munggil Abang Chik….


“ Ini Ultraman Tiga bercakap….hai Aiman….” Dia menahan gelak…


Aiman terdiam. Memandang papanya.


“ Papa tipu…papa bohong….ni suara pakcik…….!!!!!!!”


II


Kek Kukus Buah-Buahan...nyum-nyum...sedapnya. Dihah buat hari Jumaat masa bercuti lepas..tapi dah habislah......dah masuk dalam perut. Ini resepinya...Sharing is caring!
















Bahan-bahan :

600 gram tepung gandum
600 gram gula (ambil secawan gula, asingkan untuk dibuat gula hangus)
6 biji telur
375 gram butter
1 sudu kecil Cream Of Tartar
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1 kotak kismis buah (any brand,ikut suka)
Sedikit Esen Vanilla


1) Tepung gandum bersama cream of tartar dan bikarbonat diayak. Campur bahan-bahan tersebut dengan kismis buah di dalam dulang. Asingkan.
2) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
3) Pukul butter sehingga putih/kembang. Masukkan esen vanilla.
4) Satukan telur dan gula bersama butter. Kacau perlahan.
5) Tepung dan buah di masukkan di dalam bancuhan. Kacau sebati. (jangan buat pusingan halilintar, nanti kek batat!!)
6) 1 cawan gula yang telah di asingkan di kacau perlahan di atas api. Sehingga berwarna kuning dan naik bau (jadi macam gula hangus) masukkan dalam bancuhan....jeng-jeng...(berhati-hati)
7) Kacau bancuhan sehingga sebati lagi.
8) Kek di masuk dalam bekas kegemaran (nak segi tiga boleh, bulat boleh, empat segi pun boleh) Keliling acuan hendaklah disapukan dengan marjerin dan tepung(supaya kek tidak melekat)
9) Lupa pula nak pesan, sebelum start buat kek, kena sediakan kukus dan didihkan air untuk 20 minit.
10) Kek sudah siap di dalam bekas kegemaran, tutup kek dengan plastik.(wajib) Ikat kuat.
11) Kukus lebih kurang 4 jam atau 6 jam.
12) Siap di hidang...sesuai untuk hari raya ke, makan-makan ke....dan sewaktu dengannya.

Terima kasih kerana menjeling-jeling blog ini

5 ulasan:

  1. hahaha. ade gak bebudak nak cakap ngan otomen yek. tapi, kantoi ah. aiman bleh cam sore pakcik die. hehe.

    waaa kek kukus buah ituk nampak best je... thanks share resipi ye dihah ;)

    BalasPadam
  2. mcm anak buah saye.sket2 suwuh saye jd raksase.penat tul.pastu kene angkat tgn kat dahi la ape la.

    BalasPadam
  3. er... kek menang ker atomen menang yer?.. habis la lepas ni pupus la kek sebagaimana pupus denesor dek kene karate ari2 dengan atomen (dalam tv)

    BalasPadam
  4. Membalas kunjung dan menghulur salam ukhuwah :)

    Kek buah-buahan kegemaran saya, tapi tidak ultraman ..

    BalasPadam
  5. aria,
    hahahha, kelaka si aiman ni...gelak dihah teringat kan dia..
    kek tu cuba lah buat...sedap..

    pandagumuk,
    erm, biasa, kanak-kanak, akan jadi lebih matang dan pandai bila mcm-mcm eksperimen dijalankan sendiri...

    dakwahsantai,
    hehehe..mestilah atomen menang..kek habis makan dek otomen...:)

    bungarampai,
    tapi sesekali tgk citer otomen, best jugak...

    marDIHAH

    BalasPadam