Pages

29 April 2008

Bagaimana...

Bulan April sebenarnya memberikan satu perasaan luar biasa kepada saya. Kelmarin mak telefon. Kami berurusan, bergelak ketawa. Mak mengingatkan bil astro yang masih belum dijelaskan. Terlupa lagi saya.

“ Mak belum dapat bagi rantai emas pada anak mak ni…” suara mak sayu di hujung telefon. Mengundang juga hiba saya. Apa ada pada seutas rantai emas berkenaan.

Jiwa saya berbaur sayu. Apa makna harta bagi saya. Harta saya adalah mak dan ayah.

“ Eh….Dihah tak minta. Tiba-tiba pulak mak ni…setakat rantai emas, tak minta itu semua lah…..”

“ Yelah….nanti dah kahwin ke…mak tak dapat nak bagi rantai, cincin untuk anak sulung perempuan mak ni…” perkiraan mak itu mungkin sebagai tanda kasih sayang. Tapi bagi saya memadai sederhana begini. Memadai dengan nilai kasih sayang ibu dan ayah yang memang tiada nilainya. Saya kembalikan keceriaan, meski terdetik di hati saya betapa mak menyayangi saya. Sungguh bertuah saya.

Bagaimana saya mahu memenuhi kehendak mak dan ayah yang kadang-kala meruntun jiwa saya…..

Bagaimana saya mahu membahagiakan mereka jika satu hari nanti keperluan mereka, kesihatan mereka saya terlupa? Tuhan..jangan lupakan saya, jangan lupakan saya pada kasih sayang mereka………..

Doa itu saya titipkan perlahan. Moga hari mendatang, dipenuhi kebahagiaan. Doakan kebahagiaan anakanda.

Mereka mahu melihat saya bahagia….mereka tersenyum mesra….menggamit nilai harta di jiwa. Harta bukan emas…tetapi harta adalah kasih sayang…..

4 ulasan:

  1. salam.. tul tu... kasih sayang tak dapat sapa tandingi...ibu bapa handak tgk anak2 senang walaupon mereka terpaksa bersusah... hargailah setiap kasih sayang mereka... senyum selalu....

    BalasPadam
  2. salam kehidupan,

    bila lagi.....kalau tak esok ataupun lusa. bukan senang nak buat orang tua terasa bahagia.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2/5/08 12:41

    yer la kan...sama-sama la kita doakan kesejahteraan mereka ek tini...rindu pulak ngan ko...teringat zaman2 sekolah dolu..nora, tsam, shida, ngan bebudak class yg lain..uhuk.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama2/5/08 12:41

    yer la...sama2 la kita doakan kesejahteraan mereka didunia dan diakhirat.

    BalasPadam