Pages

16 April 2008

Nikmat & Kesyukuran

Telah berapa banyak nikmat yang telah Allah turunkan kepada semua manusia di bumi bumi ini. Lantaran perbualan saya dengan seorang kenalan mencambah idea saya untuk topik ini.

" Sampai tak tahu nak makan apa...eeee..tensennya...kan?kan? Bosan tengok makanan dekat gerai-gerai yang ada. Sama sahaja....."

" Makan sahajalah..pilih je...sini pun sama, bila breakfast, tak tahu dah nak makan apa.."

" Tapi, bila dapat makanan atau masakan emak, terus boleh makan. Tak kira lauk apa.. Inilah yang kita panggil nikmat makanan" penjelasannya buat saya tersenyum manis.

" Itu lah sedapnya masakan emak juga..." saya menambah.

" Jadi bila sampai tak tahu nak makan apa, makan Maggi, burger aje lah...."

Saya tertawa. " Erm… sampai begitu sekali. Nanti lapar lah perut tu. Terima kasih, at least, saya ada idea untuk paparkan cerita nikmat makanan dan kesyukuran dalam blog nanti”

" Bagus idea. ..teruskan..." ujarnya

Syukur satu perkara yang menerbitkan dan mengakui kebesaran Ilahi.

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)”. (Al-Baqarah :152)

“Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu” (QS Az Zumar:7)

Imam Ibnu Rajab berkata, "Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.

Syukur dengan hati, manfaatkan diri dengan bersyukur, mengakui nikmat tersebut bahawa semua nikmat ini adalah milik keutamaanNya dan kebesaranNya.

Syukur dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat, menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut, Allah s.w.t. berfirman, ertinya,“Dan terhadap nikmat Rabbmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutNya (dengan bersyukur)”.(QS. 93:11)

Syukur dengan anggota badan , tidak menggunakan kenikmatan dengan kemaksiatan kepada Allah dan sentiasa beribadat kepadaNya.

Kita ada berbagai jenis makanan, mee, mee sedap (macam-macam jenis mee), laksa, keow tiaw, bihun sup, asam pedas, Nasi goreng USA, ayam belanda panggang, karipap, kuih donut, roti berbagai bentuk dan nama (sekadar menyebut beberapa nama makanan yang membangkitkan selera). Terfikir juga saya, adakah kerana makanan ini, kita makin malas untuk mengingatkan kesyukuran lantas sujud mengertikan diri tentang kekerdilan diri? Lantas menghambakan diri pada malam dinihari? Malaskah kita kerana nikmat makanan yang telah penuh dinikmati?

Alhamdulilah dengan nikmat masih tahu diri ini Islam, Allah itu pemberi semua nikmat dan barangkali nikmat itu akan ditarik kembali perlahan-lahan. Nikmat mata yang diambil sedikit demi sedikit. Juga sekembali kepada fitrah dan muhasabah diri, banyak yang makin kita lupa, nikmat ini terlalu luas sekali. Nikmat yang diberi, kita semakin lupa. Semoga kita tidak lupa nikmat segala pemberianNya. Saya termenung seketika.....

5 ulasan:

  1. bila nak buat open house???

    nak gi makan nih...

    :D

    BalasPadam
  2. UIKS...kena tunggu hari raya lah......meh jemput...pose pun hang tak habih ganti lagi, nak raya kunun..ups!

    BalasPadam
  3. kdg2 merungut kat mak nak diet [kunun je], mak bising2.. 'time boleh makan, makanlah.. jgn sekat2.. kang dah x buleh makan, pandang je la".. ;p

    BalasPadam
  4. Berimanlah dengan rukun iman yang keenam... nescaya kamu akan dapat merasakan manisnya nikmat iman...

    BalasPadam
  5. achik,
    makan sahaja selagi boleh makan..huhuhu..mak sebab sayang, sebab tu tak nak anak lapo manjang je...

    zamspotte,
    thanks with nice advice..:) buat saya tersenyum sahaja...

    BalasPadam