Pages

25 Februari 2009

Kerana Hati Busuk!


Hai..dalam banyak-banyak kisah terkini,
cerita lembu paling menggelihatikan hati dan usus ini. Tiada cerita lain ka....
Kata penarik beca..kisah-kisah busuk dan berbangkai politik ini susah nak digambarkan, malahan, bagi mulut kipochi ini, banyak lagi kisah-kisah yang dah ditutup dalam SPRM. Antara sengaja ditutup, atau ada antara mereka yang mahu menutup kes-kes rasuah tersebut.....kerana......"Owhh..itu sudah tutup..jadi bagi tutup sahaja lahhh... "luah satu bapak menteri..katanya....eleh! Nyampah akak....

Dalam hal-hal begini juga kita melihat korupsi dan jumudnya akhbar dan media menilai dan menjadi ahli panel busuk.
Bangkai yang busuk , juga mengeluarkan nanah yang busuknya.

Berulat-ulat dan merebak menjadi virus. Arakian juga, kisah-kisah pekong dalam pimpinan
MB Selangor di keluarkan dan dipertontonkan ramai seolah mahu menjatuhkan dirinya. Betul atau tidak, Allah lebih tahu.

Kalau lah lembu boleh jadi saksi...kelakarnya dan ajaibnya.... Itu kita tidak lagi buka isu bagaimana pihak polis meneliti kes Nurin Jazlin, Adik Sharlinie dan kes-kes pembunuhan berleluasa di Malaysia .

Sebab, polis banyak buka kes saman itu, saman ini. Saman orang sana, saman orang sini...menambah koleksi cerca dan maki busuk rakyat jelata.
Muak dan jeliknya ahli politik Malaysia..Duit saman juta-juta leh bagi akak je, buat kenduri kawen anak sulung. Huh....nyampah tengok utusan...ahhh..aku buhsan sungguh!

Kak Kipochi rasa, tak payah lah semua antara mereka ni jadi Yang Berhormat...kerana hati mereka sebenarnya telah beraja dengan 'wang, kekayaan, harta, dunia, wanita dan nafsu serakah semata-mata.......duit juta-juta menjadi taruhan.......makanlah kamu semua dengan bangkai busuk dan nanah itu...aku tidak pernah kisah....yang aku kisah...hidup yang perlu diteruskan...kerjaya dan keluarga juga laki, mak apak....tapi sesekali, hati gue jadi bernanah dan sungguh mahu meletup melihat kejadian busuk-busuk dan bangkai ini. Hati tetap mahu berkata tentang politik semasa......


Luahan rasa Kak Kipochi,
(Jiran baik Dihah...selalu bagi Dihah ulam raja segar) - berulam dengan nasi, sungguh selera sekali. Terima kasih kak....
Cayang akak!


Buek lauk lomak cili api, sedap ni... Lepas tu hidangkan dengan daging salai...seleranyaaa!


24 Februari 2009

Sepi II

" Sis, hang punye blog dah berhabuk...."

"Terbersin gue masuk blog kamu....gatal hidung ni. Habuk menggeletek hidung..." anTusufi melayangkan ym secara ringkas.
Itu tanda cetusan amaran kepada saya. Saya ketawa geli hati. Kemudian, saya mula mengetuk keyboard. Perlahan-lahan idea saya datang.

Saya menyoroti kerja yang sememangnya masih berbaki. Blog dah berhabuk...lantai penuh dengan debu.

Kenapa sepi je ni...Dihah ada masalah erk....meh lah beritahu...saya mendapat sms ringkas juga. SMS ini sudah seminggu berlalu. Kemudian dijawab dengan perlahan.
Sepi yang tiada apa-apa, nak rehat. Lagipun, ramai dah blogger kat Malaysia ni. hehe......

Isk.....rindu nak baca tulisan Dihah lagi...tulis kembali please.....janganlah sepi je......riso pulak hati saya.........

Saya bertambah ketawa...ketawa yang luar biasa......aik....ada juga peminat Raikan Cinta?

Saya membersihkan sawang-sawang yang bersangkut. Labah-labah terkedek-kedek berlari. Bontotnya ke kanan dan ke kiri. Saya berlari anak takutkan labah-labah menggigit betis saya. Nanti jadi Spiderwoman pula. Saya bersin. Menggosok hidung. Labah-labah tenang memerhati saya. Matanya merah macam saga. Dia kawan saya yang menjaga blog ini. Kesian dia...hehe.

Saya menyapu dan kemudian lantai dimop dengan jiwa bersebu. Rumah ini sudah lama ditinggalkan.

Lebih kurang 12 hari saya sepi. Baru 12 hari ..

Kemudian, tingkap blog saya bersihkan...pasang langsir baru...saya hamparkan dengan permaidani berwarna biru. Saya duduk empuk di atas sofa.

Mata saya terkelip-kelip.

Penat.

Letih.

Jemu.

Dihah mengantuk yang amat sangat...
Rehat. Tidur. Penat mengemas. Peluh turun perlahan. Baju saya basah. Jantung berdegup kencang. Mata saya terkatup perlahan. Desis angin menemani malam saya. Air mata merembes perlahan. Kelopak mata seakan tidak mahu terbuka.
Pilu......menghambat hati. Pekik jerit memarahi diri kelam-kelam terdiam.
Denyut nadi saya makin sederhana.

Nyenyak. Lena.......

Tidurlah Wahai Permaisuriku..
Bawa Puteriku jauh kembara..
Persis Cinta merentasi benua..
Kerlipan bintang membawa bahagia.

Tidurlah Wahai Permaisuriku..
Moga dikau bahagia..
Bersama lena membawa mimpiku..
Moga dirimu sentiasa senyum gembira.

11 Februari 2009

Sepi


" Nak ke mana Cik Dihah?" satu suara halus memanggil. Saya diam. Suara siapa?

" Jalan-jalan..." saya menjawab. Desir angin lembut menyapa khabar pertanyaan halus. Bisikan hatikah?

" Jalan-jalan?"dia bertanya perlahan lagi.

" Mencari teman...dan taulan...macam Laksamana Sunan...mengembara dan kembara..." saya tertawa. Terkenangkan novel yang sedang saya cuba habiskan. Hijab Sang Pencinta...

" Keluar dari Tanah Melayu?" Dia membalas ringkas.

"Ingat nak bikin novel lompat-lompat zaman ke abad yang lain..macam epik thriller Ramlee Awang Murshid..." saya sedikit tertawa. Namun mendiamkan diri seketika.

" Nak cari idea lah ni?"

" Ha.a..." saya angguk dan mata saya memerhati sekitar. Bening dan hening. Sejuk mencengkam tubuh badan. Saya menyelimuti diri dengan jaket. Jaket coklat.

Saya membiarkan suara halus itu pergi. Ahh...monolog lagi!!
Mata kemudian terarah ke pokok berduri di atas meja yang masih tidak saya salin bekasnya. Kasihan kamu!

" Cari idea..sebab kadangkala jiwa saya tidak pernah seseorang fahami. Adakala nampak saya riang sahaja...tapi adakala sendiri sebenarnya..
Sebab saya lain hatinya...remuk serba dan serbi. Sepi...." jawapan saya perlahan namun terkesan. Baur kecewa benar dalam minda saya.

Ya..saya sepi. Adakala saya tercari-cari arah juga. Tercari-cari teman yang bisa mengerti dan tercari-cari erti sebuah tingkah. Adakala saya sukar membaca perasaan orang lain, yang akan mengecilkan atau membuat hati sesiapa bisa terluka. Ya..saya manusia biasa...yang ampuh jiwanya, yang kasar hatinya, yang tidak betah kehendak orang lain.

Suasana sayu mencengkam urat pernafasan.....saya sering sepi...

Sepi dari gelak ketawa
Sepi dari persahabatan
Sepi dari kebahagiaan

Dan saya sedar blog ini seakan mengerti kekosongan minda saya.
Izinkan saya menyepi sebentar.

Izinkan saya menyepi lantaran benar saya terasa betapa kosongnya nurani ini....

Blog ini akan sepi seketika.
Ya..sepi.......


05 Februari 2009

Lompat



Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tingi,
Cepatlah datang cepat,
Mari kita mai pekena lauk kenduri!!
(lepas ni Perak ada keduri besaqqq)

Lompat si katak lompat,
Lompat jangan rendah,
Cepatlah katak cepat,
Mari kita makan rasuah!

Lompat si katak lompat,
Lompat Nizar ke mercu jaya,
Cepatlah Nizar cepat,
Akhirnya tewas di tangan mereka.........

Lompat si katak lompat,
Lompat Najib bersama Rosmah,
Sengal nya bakal PM aku dapat,
Senyum sumbing dia!!!!!!hai...ape kejadahnyeeeeeee!!!...

Liang libu perasaan Dihah...ape kena sudah dengan kita. sewajarnya mari kita muhasabahkan diri. Kita baru diperkenalkan dengan kewajaran seorang MB yang mesra rakyat dan membawa kepada senario perubahan kepada rakyat. Namun saya mengerti, bahawa takdir Allah menetapkan perjalanan mungkinkah setakat 10 bulan?

Gayanya dan caranya, mereka menerima pengamal rasuah seks dan badut sarkas yang BODOH! Ini bukan namanya pemimpin yang rakyat mahukan tetapi mencemar kepercayaan rakyat terhadap mereka. Dolak dalik, akhirnya, PKR terkena tempias "ala-ala komando" yang dicipta 16 Disember , DSAI..Ia memakan diri sendiri. Siapa yang memulakan dan akhirnya mereka di tumbangkan dengan cara dan gaya yang sungguh maha laknat!

Saya percaya jika tiada kajian dan rentetan dari peristiwa ini, maka rakyat terus dihuni dengan pemimpin maha rasuah!

Lompat si katak lompat,
Mari kita jadi Yang Berhormat.

Dari rasa seorang hamba rakyat yang hina,
Daulat Tuanku.

03 Februari 2009

Rumah Baharu...aiceh!


2 orang hero Malaya membantu Dihah memunggah dan mengangkat barang. Terima kasih!
:)


Dihah berpindah. Mencari suasana baharu.
Penat juga berpindah. Barang agak sederhana banyak. Saya baru mengumpul sedikit barangan peribadi.

Sofa, pengisar, pembakar roti, pemain cakera video, katil bujang, almari pakaian
dan semestinya almari buku...Saya mesti mempunyai sebuah almari
buku yang besar bagi memudahkan buku-buku di susun rapi. Tahun ini saya harapkan semuanya dipermudahkan. Manuskrip entah apa khabarnya. Muak berurusan dengan editor.
Mahu sahaja saya menerbitkan buku sendiri.

Ada juga majalah saya berkurung di dalam kotak. Kasihan sungguh dirinya.
Saya mahu lebih selesa menulis dan tenang setiap malam.
Malam yang tidak bingit dengan gerakan tren dan cukup sunyi sekali. Cuma sesekali suasana baharu ini memerlukan kesesuaian diri.

Bunyi burung hantu memangil-manggil. Rancak bunyinya. Gesekan alatan muzik dan nyanyian apek dari tingkat bawah kadang-kadang melucukan.
Macam-macam jenis lagu dan rentak muziknya. Bunyi lagu pop juga kedengaran.

Saya berehat. Membaca sebuah buku Ramlee Awang Mursheed. Koleksi tulisannya kini dalam tangan saya.

Saya gemar penulis yang berikut ;
Faisal Tehrani(FT)
Ramlee Awang Mursheed(RAM)
A.Samad Said(ASS)

Koleksi mereka memenuhi citarasa, gaya bahasa dan kisahnya.

Seharian saya sudah menghabiskan senaskah novel RAM. Saya sudah mendapatkan novel lamanya Pei-Pan.

Seawal pagi, saya mendapat kiriman pesanan ringkas dari Wana

"Kak, rindunya dengan akak...pg td lupe akak dah pindah. wana p tunggu akak...hahaha..kelaka betul. tak betul dah kepala ni...hihi"
Wana kebiasaannya menanti Dihah keluar dari bilik air setiap pagi, dia akan menghuni bilik air selepas Dihah mandi dan segarkan diri..

Air mata saya sedikit bergenang....Rindu juga pada Wana. Salam takziah untuknya atas kehilangan ayahanda kesayangannya minggu lepas.
Al-Fatihah.

Mungkinkah saya akan lupa pada setiap kenangan dan bual bicara kami...dan saya pohonkan, agar menjadi 'kakak kesayangan'
kepada dirinya....saya pohon, tidak akan lupa pada setiap kenangan kami bersama...Dia adik yang banyak berubah selepas banyak
pengalaman hidup saya curahkan kepadanya....Semoga Wana sentiasa tabah dan sentiasa tersenyum sahaja....

InsyaAllah. Allah memberikan ruang kepadanya untuk berubah dengan banyak sekali....Saya sesekali menggamit kenangan. Saya berpindah kerana banyak perkara......Wana, semoga menjadi kuat...dan saya mahu setabahnya kehilangan ayah dalam umur yang masih dikatakan remaja.

Terima kasih penghuni 7-4-3 ..Ely, Kak Nurul, Laila dan adiknya...nantikan kedatangan Dihah ya!



Rumah Baharu....cun tak? jemputlah datang ke rumah....