Header blog akan sentiasa bertukar-tukar mengikut citarasa Puan Mardihah Adam ya! Melewati kembali kenangan ketika hari pernikahan temanya. He he he. Rasa merah jambu pula pipi saya melihat header blog ini. Haaa…perasan! Perasan lagi!
Oh ya, saya mahu mengucapkan terima kasih untuk semua yang memberi sokongan dan ucapan tahniah berganda-ganda di dalam Facebook untuk novel ketiga ini. Baby ketiga yang mengancam. Rasa macam betul-betul pula ada baby dalam perut ini! He he he! Juga untuk peminat setia yang membaca blog sederhana ini. *saya tahu peminat saya, sebab dia sudah mengaku! Eleh, Wana! Terima kasih ya dik atas banyak perkongsian hati antara kita, Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi dengan mapin coklat chip untuk awak dan anak comel awak itu.
Okeylah, sebenarnya tak tahu mahu bercerita apa di dalam blog sendiri. Walhal sebenarnya banyak yang saya mahu tuliskan. Tetapi idea terkepung dan dijerat oleh diri sendiri. Masa sebenarnya yang mencemburui. Lebih-lebih lagi saya sedang mengejar diri untuk manuskrip keempat. Editor sudah bertanya! Jadinya penulis perlu bersiap sedia. Sudah beberapa bab manuskrip keempat ini berjaya disiapkan, tetapi terhalang kerana ‘medium’ bahan rujukan dan novel Islam Tauhid ini benar-benar mencabar saya! Insya-Allah saya akan cuba siapkan dengan jayanya.
Atau mungkin kerana jemari sakti saya malas menaip dan menekan-nekan papan kekunci ini. Alahai! Tapi masak tetap masak, dan resipi tetap saya mahu kongsi. Apam gula hangus ini sebenarnya sudah seminggu dibuat, tetapi memberi laluan dahulu kepada novel ketiga saya di’publish’kan dahulu. Kukus pemberian bonda menjadi saksi akhirnya. Cheh! Akhirnya apam gula hangus ini gebu, menjadi-jadi naik seperti pipi saya sekarang ini. Walawei! Encik abang siap puji-puji lagi, katanya sedap! Tak kembang sekejap! Nanti chep Dihah akan masak lagi. Senarai sudah ada, antaranya kuih kaswi, kuih lompang, kek butter dan cekodok pisang yang yummy! Cekodok pisang di blog Kak Izah Daut itu memang lain dari selalu yang saya buat, jadinya saya mesti cuba untuk suami makan! He he he…..
*ramai yang tegur, “Encik abang awak dah naik ya badan dia!”
Saya jawab , “ Senang hati, chep Dihah suka masak!”
Saya tersenyum-senyum lagi!

Betul bukan saya cakap, apam ini gebu macam pipi saya! hehe
BAHAN-BAHAN
sumber : Kak Izah Daut
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air (*untuk gula hangus)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat *Dihah guna 4 sudu
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
1. Gula dihanguskan sehingga berbuih kemudian dicampurkan dengan air. Sejukkan.
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
*Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya
Hasilnya adalah yummy! yummy!
ni dah telebih gebu kak..melimpah ruah ha tu...haha..chaiyok2 kak.rajin2 memasak nanti boleh bagi kt rase.hehe..hati rasa terhibur bile baca blog akak..walaupon lama x jumpe tapi wana sentiasa ikut perkembangan akak...cyg akak....muaaaahhh..haha
BalasPadamsayang wana juga. terima kasih dik atas banyak kenangan bersama. bila mahu jumpalah agaknya. :)
BalasPadam