Eh eh...Mr Pai Epal 31 berjaya saya selesaikan sebelum malam ini. Fuuuu...
Mari-mari semua membaca. Please say, sayang Mardihah empat belas juta kali! Hehehe
Yang rindu-rinduan...semoga terubat dengan sambungan very the terbaikkkkk from ladang dari Mardihah! (Statement hangit) kahkah...
Dalam
sekejapan sahaja, aku boleh berkawan dengan Munir. Huh
– apa? Ingat Izz Amir saja yang ramai peminat? Hei, Yaya ni lagi ramai lelaki
yang mahu berkenalan tau. Sekali Yaya petik jari, sepuluh yang datang. Cewah! Perut
aku memang sudah penuh dengan nasi ayam. Kemudian pelayan
restoren ini, hidangkan bihun tomyam yang dipesan oleh Munir. Pergh…Dengan
malu-malu aku suap jugalah bihun tomyam terbaik ini. Sekali
dengan cili padinya yang bikin meletup! Fuuu! Selesai menikmati bihun tomyam, aku
tolak mangkuk cendul yang masih berbaki. Tidak laratlah aku menghabiskannya. Pusingan
pertama, nasi ayam dan cendul. Pusingan kedua – bihun tomyam, satay
dan air batu campur. Pinggan mangkuk berhidang penuh satu meja.
Gila
betul si Munir ni.
Aku
jeling Munir yang sedang meneguk air suam. Munir ni kuat makan juga gayanya.
Satay 15 cucuk berjaya dia makan. Aku hanya boleh memuatkan perut ini sebanyak
5 cucuk satay sahaja. Cendul, dia sudah makan semangkuk. Nasi ayam sepinggan.
Bihun tomyam perlahan-lahan juga si Munir ni suap ke dalam mulut.
Perut tong
betul! Sama saja macam Izz Amir. Aku yang lapar tahap lapan puluh juta pun tak
makan sehebat perut mereka semua. Mahu termuntah dibuatnya kalau aku makan dan
makan. Haihlah lelaki! Aku pandang Munir yang kekenyangan. Aku ukir sengih. Munir pantas mengambil tisu. Mengelap bibirnya dan menghulurkan aku sehelai
tisu. Dia
senyum memerhatikan aku.
“Terima kasihlah sebab
temankan saya makan. Memang betullah awak bukan anti sosial. Kan?”
Aku
geleng kepala. Ketawa dengan usikannya. Munir pantas muncungkan
bibir. Pantas dia bertanya, “Kenyang tak?”
Dengan
pantas mata aku melilau memandang semua pinggan yang sudah licin. Yang tinggal
hanya timun untuk satay dan jus tembikai untuk aku sahaja. Segelas air suam
masih belum berusik. Air batu campur sudah jadi air batu bercampur-campur. Cair
dan nampaknya tidak sedap lagi untuk ditelan.
Aku
angguk. Malu-malulah
konon, kan?
Mata bersinar-sinar memandang Munir yang tersenyum memerhatikan aku. “Mestilah
saya kenyang. Awak belanja. Semua makanan jadi sedap.”
Munir sengih
lagi. “Nanti saya pergi Paris,
awak hantarkan ya. Adalah saya kawan dan berteman. Bolehlah kenal-kenal dengan
emak dan ayah saya.” Munir senyum lagi.
Eh. Eh.
Mengada-ngada betul! Mahu berhantar-hantar pula ke airport!
Dan tiba-tiba
aku tersengih! Kepala toing-toing
bersama ilham baru. Ilham nakal! "Saya panggil awak encik Munir boleh?”
Matanya
bulat bagai guli. “Encik Munir? Eeee, tak class langsung!
Nampak sangat saya macam orang tua." Munir menjelirkan lidah. Dia
gelengkan kepala.
"Iyalah,
awak kan nak
saya temankan awak di airport. Siap suruh lambai-lambai lagi. Jadinya sebagai syarat pertama saya terima
awak sebagai kawan dan syarat untuk saya akan ke airport menemani awak, awak kena terima apa sahaja panggilan yang
saya rasa sesuai untuk awak! Hmmm…encik
Munir...” aku pejamkan mata dan tersengih geli hati kerana melihat wajah Munir
yang tidak berpuas hati. Aku kembali memandangnya yang mengetap bibir.
Jemari Munir berpusing-pusing keliling gelas.
“Ala, encik Munir sahaja.
Lagipun kita kawan kan?
Encik Munir pun akan ke Paris.
Dua tiga hari saja kita akan berkawan di sini. Kat sini sahaja jugalah saya boleh
panggil awak dengan gelaran encik Munir. Ala,
bolehlah!” aku pujuknya.
Munir gumam
bibir. Akhirnya dia angguk seperti tidak ikhlas. Hidungnya terjungkit-jungkit
naik. Kelakar pula melihat gaya
hidungnya begitu!.“Iyalah...iyalah..encik Munir pun encik Munirlah!"
"Encik
Munir...." Dan aku ketawa perlahan.
Munir
pandang aku dan dia berpeluk tubuh. Tetapi meski dia tersenyum menawan, kenapa
hanya wajah Izz Amir sahaja yang bermain di ruangan mata ini? Mengapa? Kenapa
terbit rasa rindu dengan sikap nakal lelaki itu? Ah- kenangan aku dan Izz Amir
sedang makan pun masih terbayang-bayang di minda!
“Nanti hari
Khamis awak lambai-lambailah saya di airport
ya. Sebab saya dah terima syarat pertama awak tu.” Munir sengih.
Aku mula
berfikir. Gigit bibir bawah sebab perjanjian memakan diri. “Jam berapa?”
“Flight ke Paris jam 3 petang.”
Munir nampak selesa bercerita dan dia selesa pula menyengih, menayangkan gigi
putihnya.
"Ala, saya
kerjalah."
“Keluar
sekejap sahaja untuk saya. Awak kan
dah janji?”
Aku tarik
nafas. Munir kembali membuatkan fikiran aku menjadi serabut. “Kalau dah
berjanji tak baik dimungkiri. Berdosa tau, Yaya!”
Cis!
Pandai sungguh dia minta itu dan ini dengan aku. Sudah berbayar nampaknya edisi
belanja makannya hari ini dengan aku. Aku harus mencari helah untuk memecutkan
Hei MJ Unguku ke lapangan terbang. Bagaimana pula aku harus berhadapan
dengan Izz Amir nanti? Cuti separuh hari aku akan diluluskankah? Cuti separuh hari kerana menghantar seorang
lelaki ke lapangan terbang? Memang tidak munasabah alasan aku nanti.
Tipikal betul!
Izz Amir akan
cemburukah?
+Tak
munasabah. Langsung tak munasabah. Izz Amir sekarang sah-sah sudah menjadi
tunangan Jasmin. Apa perlu dia cemburukan aku? Yaya geleng kepala. Pejam mata. Munir ketawa melihat gelagat Yaya!
-Kalau dia
masih sayangkan Yaya dan betul-betul cemburu, bagaimana?
+Errrr..iyakah yang Izz Amir masih sayangkan
Yaya? Betulkah Izz Amir lelaki berwajah empat belas juta itu akan cemburu lagi
dengan Yaya? Yaya gigit bibir bawah.
Munir renung lagi. Separuh mati jiwa melayang-layang pergi. Ala, comelnya budak Yaya ni...
-Mustahil!
Mustahil! Bukankah namanya sudah tidak wujud sama sekali dalam hati kau, Yaya!
+Tapi…Yaya
sayangkan dia. Yaya bulatkan anak mata.
Munir separuh terkejut dan terkedu.
-Tolonglah,
Yaya! Pleaselahhhh!
Dahi aku
berkerut-kerut. Boleh pula aku memikirkan Izz Amir yang sedang bergembira
dengan majlis pertunangannya hari ini. Sedih, kan?
“Awak akan bawa
skuter ya? Boleh sampai ke?” Munir muncungkan bibirnya. Nampak hairan melanda
dahinya!
Eh, menunggang
skuter ke KLIA? Gila! Kerja gila! Mahu semput dan pengsan Hei MJ Unguku itu jika
aku merempitkannya ke sana.
Atau akan terus ke sana
dengan menaiki teksi sahaja?
Aku tersengih sendiri. Berfikir panjang.
Aku tersengih sendiri. Berfikir panjang.
Munir
mengetuk meja dengan sudu. “Encik Munir sedang menunggu jawapan. Cepat!"
Dengan pantas
aku mengangguk. “Baiklah encik Munir. Saya setuju. Saya akan lambai-lambai awak
di airport nanti. Encik Munir jangan
risaulah. Saya mesti akan sampai. Tepat jam 2.15 petang. Nanti saya naik kapal selam.”
Munir
mengekek-ngekek ketawa. Sampai merah pipinya. Eh, aku buat lawak
antarabangsakah?
"Eh,
saya nak tanya dengan awaklah ”
Aku panggung
kepala. “Tanyalah.”
Munir senyum
lagi. “Tentang Le Cordon Bleu. Yaya pilih outlet mana? Beritahulah dengan saya.”
Aku tayang
gigi. "Biarlah rahsia. Bukankah saya beritahu, biarlah rahsia."
"Cakaplah, Yaya"
dia buat muka sepuluh sen. Muka simpati bersama renungannya yang menggoda. Tapi,
jiwa aku melayang-layang memikirkan Izz Amir.
"Iskk..sibuk betul encil Munir ni.
Nantilah saya beritahu di airport."
“Okey,
nanti beritahu saya ya. Jangan lupa. Saya tuntut janji awak.”
Aku
angguk lagi. Dan pertemuan ini katanya tidak akan terhenti. Munir tiba-tiba
membuatkan jiwa aku dipalu satu perasaan aneh. Sama seperti perasaan ketika
bertemu empat mata dengan Izz Amir. Cuma, perasaan ini sedikit kurang.
Tidak ada bunga sakura gugur menuruni kami kala ini.
“Jom
kita balik. Saya temankan awak. Sampai depan pintu pagar dan betul-betul awak parking dengan selamat depan mata saya.”
Dan
dia senyum lagi. Kami bangun mengambil helmet masing-masing. Munir membuatkan
jantungku sekali lagi berdegup kencang. “Kawan dengan saya sampai bila-bila
ya?”
“Awak
ni kelakarlah...”
Munir
menjeling. “Apa pulak yang kelakarnya Yaya? Saya serius ni. Mana tahu awak
pilih Paris.
Hari-hari bolehlah awak panggil saya encik Munir. Saya suka.” Dia menyengih pula. Aik? Tadi dia macam ikhlas tak ikhlas menerima panggilan nama berkenaan untuknya.
Aku
ketawa. Dan telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia menyeluk saku seluarnya dan
menekan punat hijau. Munir tersenyum. “Sepupu saya. Baru selesai majlis
pertunangannya pagi tadi.”
Munir
letak telefon di telinganya. Mulutnya pantas terbuka. “Selamat bertunanglah! Sorry,
aku keluar makan dengan si budak comel.”
“…….”
“Eh,
mestilah perempuan.” Munir ketawa.
“……”
“Kau
jangan jadi gilalah Izz Amir!”
Dan
aku merenung Munir. Merenungnya sehingga Munir mengangkat kening dan wajahnya
penuh tanda soal. Helmet dipegang, baju sejuknya dengan selamba di berikan
kepada aku. Izz Amir?
“……..”
Munir
pandang aku. Membalas renungan aku dengan senyumannya. “Tunang saja pun, bukan
kahwin. Kalau serasi teruskan. Umi yang paksa. Lama-lama mesti kau terima.
Pilihan umi selalunya terbaik untuk anak dia.”
Kami
berjalan keluar. Dan degup jantung aku terus kencang mendengar perbualan
telefon Munir dan ‘Izz Amir’.
“……..”
“Seriusly? Siapa budak perempuan tu?”
Dan
sekali lagi kaki ini berhenti dari melangkah. Aku merenung Munir. Dia
pula memandang aku tanpa berkelip-kelip.
“……”
“Okeylah
kalau kau tak nak beritahu! Kenapa hari ni semua orang nak berahsia dengan aku
ya? Aku bertolak ke Paris Khamis ni. Nanti jangan lupa. Jumpa
di airport. Kau kalau tak datang, aku pancung kepala ! ” Munir
ketawa tetapi dia setia memandang aku.
Aku
gigit bibir bawah. Mahu pengsan pun ada saat ini. Dan perbualan mereka
terhenti. Munir terus memandang telefonnya dan tersenyum.
“Kenapa
awak pandang encik Munir macam tu? Sebab saya kacak
ya ? ” dia senyum malu. Aku pandang skuterku. Hei Ducati Seksinya parkir
cantik-cantik di sebelah skuterku.
Aku
tunduk memandang skuter. Cet ! Jantung aku pantas berproses dengan laju. Bukan kerana
Munir tetapi kerana perbualan telefonnya.
“ Errr…..siapa yang bertunang?”
“Ohh,
sepupu saya. Izz Amir. Awak kenal?”
Automatik
aku gelengkan kepala. Menipulah lagi, Yaya.Aku gumam bibir.
Munir menarik motorsikalnya. “Dia bertunang hari
ni. Bertunang terpaksa. Kelakar betul bunyinya. Dan dia kata dia dah ada teman
istimewa lain. Izz Amir siap ugut saya, nak terjun bangunan sebab umi paksa dia
kahwin lagi lima
enam bulan dari sekarang.”
“What?”
aku separuh menjerit.
“Eh,
awak kenapa?” muka Munir terkejut separuh mati!
“Hukumnya
berdosa besar terjun bangunan. Bunuh diri tu syirik, awak tahu tak?”
Dengan
pantas, aku mencari kunci skuterku. Apa akan jadi, jadilah. Terus sahaja
aku menarik Hei MJ Unguku. Munir terkebil-kebil. Lintang pukang aku hidupkan
enjin skuterku. Sarung baju sejuk dan menggalas beg galasku. Aku sarung helmet
comelku.
“Eh
Yaya, tunggu sayalah!”
“Saya
pergi dulu encik Munir. Kita jumpa esok di sini. Jam 5.30 petang. ” Hei
MJ Unguku sudah berlagu. Mahu segera merempit ke Pai Epal Cafe. Benarkah dia
mahu membunuh diri ? Oh, tidak ! Oh..no ,No !
“Hei..nombor
telefon!” sempat lagi menjerit kecil. Badannya sudah dekat denganku dan Munir segera mengeluarkan telefon
bimbitnya. Munir memberikan telefon canggihnya. Ah- terkial-kial pula aku menaip nombor telefonku disertai dengan nama, 'Yaya Comel'.
Kah kah kah.
Okey, Yaya memang comel. Aku perasan lagi.
Munir
tersenyum memerhati aku. Dia pandang telefon bimbitnya. Senyum
puas sampai ke telinga. Boleh tahan gatal juga si Munir ni.
“Saya
pergi dulu ya Encik Munir! ”
Pin !!! Hei MJ Unguku mengeluarkan bunyi honnya.
Dan
Hei MJ Ungu terus menderu laju ! Benarkah Izz Amir akan terjun dari
bangunan ? Dan kenapa sekarang hati
semakin sayu. Kenapa hati semakin sedih kerananya. Izz Amir siap ugut saya,, nak terjun bangunan sebab umi paksa dia
kahwin lagi lima enam bulan dari sekarang.
***
Aku
tolak pintu Pai Epal Cafe.
Tiada
sesiapa di ruang tengah. “Izz
Amir!” aku menjerit lagi. Jam hampir ke pukul 7.00
petang.
Suram.
Pai Epal Café memang ditutup hari ini. Dan aku tahu, Izz Amir akan menghabiskan masanya di sini.
Suram.
Pai Epal Café memang ditutup hari ini. Dan aku tahu, Izz Amir akan menghabiskan masanya di sini.
“Awak !
” Aku menjerit lagi. Kaki aku terus berasak ke dapur. Menolak
pintu kayu dan ruang dapur memang ternyata kosong. Bersih. Aku tarik nafas. Dan
dengan pantas aku berpusing. Mencari anak tangga dan kaki ini melangkah
perlahan-lahan.
Kenapa
semakin tidak selesa sahaja hati ini? Mengapa rasa gementar datang lagi? Aku
mendaki menuju ke tingkat atas. Ada cahaya. Dan dengan beraninya aku meneruskan
langkah ini.
“Izz…”
namanya aku sebut. Sekali lagi dan membawa jauh ke dasar hati.
Aku
sudah berdiri di tingkat atas. Melihat bilik Izz Amir yang terang
dengan cahaya lampu. Dan tangan ini laju menolak pintu biliknya. Tubuhnya
pantas beralih ke hadapan. Matanya dipenuhi air. Bergenang-genang kesedihan.
Dia
berdiri memandang aku. Dia merenung aku dan setia berpeluk tubuh! Mata
bertentang mata dan tahukah dia bahawa aku merinduinya? Tahukah dia bahawa aku
masih setia dengan setiap janji-janjinya.
Angin
menjadi teman.
Aku
tarik nafas. Dia turut sama. Bibirnya bergerak-gerak seolah-olah
mahu berkata sesuatu.
Beberapa
minit yang penuh dengan kehibaan.
“Awak
sihat?” tanya aku tiba-tiba. Air mata lelakinya tumpah. Dan aku entah kenapa terus
berdiam diri. Memandang dia yang setia memandang aku.
“Cik
Yaya sayang….” Serunya dan air matanya menitis-nitis sehingga dia terjelepuk lesu.
hensem ny pict izz amir sdg pejam mata.. Adeih melayang sdh rahmah.. Hahaha.. Suspen sngt la kak.. Sian ngan izz amir.. Hehehe.. Yaya lg la.. Cpt2 smbg tw.. Hehehe ( RD )
BalasPadamsian izz amir :'(
BalasPadamsian izz amir :'(
BalasPadamsaya pun nak like & sayang cik writer berjuta-juta kali lah...... tak boleh nak agak la hala tuju cerita u ni.. keep it up!
BalasPadamsy pun terjelepuk...owhh..sungguh sadis...pandai puan author buat sy kesian semula dgn izz amir...hihihi...
BalasPadamBaru nak happy tengok Cik Yaya Sayang dengan Encik Munir,Izz Amir call Munir pula...
BalasPadamTapi kesian jugak dekat Izz Amir....
sedih.sedih dan sedih.:(
BalasPadamHuwaaa... Dihah buat ahkak nanges lagi!!Dan tetiba ahkak kesian pulak ngan Izz (panggil Izz sebab kurang marah ngan plot arini!hahaha)
BalasPadamMemula baca tadi, ntah kenapa hati ahkak terasa cam Munir related ngan Izz. Tetengok betul! Ishhh... Dihah & ahkak, kita sama2 ada kuasa psikik kot?! hahaha...
Ala la la Izz... tak mo sedey2 ye. Meh ahkak peluk meh... Ensem sungguh la gambor arini. Nak ciom monitor berkali2 rasa! hahaha... ye.. ye.. ahkak senget!
alamak syahdu nyer..
BalasPadami follow... :), menarik! tapi... kenapa banyak tanda seruan? (!) Saya pun dah baca terikut dengan tanda tu.. huhu. - Zharin
BalasPadam@Tanpa Nama Oh, terima kasih Zharin dan saya sudah perbetulkan. Betul banyak kesilapan tanda !
BalasPadamIzz Amir kenapa mesti bersedih kerana keputusan sudah dibuat. Izz Amir ingin menjadi anak yang baik. Maka haruslah menelan segala kepahitan. Yaya berhak mencari bahagianya sendiri.
BalasPadamAlah, knp mesti jadik mcm ni. Cian kat Yaya, Izz x patut wat Yaya mcm tu. Cinta mesti dipertahankan walau apapun yg terjadi... x best lar kalo ending dia org x bersama. Yaya mmg ditakdirkan utk Izz Amir..
BalasPadamadoi..perlu ke ada scene sedih2 nie..waaaaa
BalasPadam