Ayah pagi-pagi lagi sudah merajuk. Hanya
kerana emak terlupa menyediakan lauk asam pedas kegemarannya. Saya pulak yang rancak memujuk emak. “Alah emak, biasalah. Ayah makin berusia.
Ingin manja-manja sikit dengan emak.
Ayah mahu beromantik dengan emak tu” Saya ketawa geli hati.
“Kecik
hati emak dibuatnya. Penat emak buatkan lauk daging kari. Hendak juga makan
asam pedas daging. 3 hari lepas, bukan sudah emak masakkan? Terlupa Encik Jamil
tak mengapa, tapi bila Pn Kalthum terlupa, merajuk sampai seminggu dia. Emak ni
ikutkan sahaja ayah kau tu kak ngah. Perasaan emak tak nak pulak dia pujuk.
Mahu dipujuk dirinya sahaja.” Emak mendengus. Marah. Nada merajuk sampai ke
malamlah nampaknya.
“Okey-okey. Kak ngah belikan daging lagi.
Esok emak masakkan. Kak ngah pun nak ke kolam ni. Nanti kak ngah singgah ke kedai
ayah dan pujuknya. Sudah-sudahlah tu. Emak dan ayah ni macam budak-budak
sungguh!” Saya tertawa. Sisa tawa saya disambung emak. Emak menyambung masam
dan termenung jauh. Ada kesan air mata. Alahai. Benar sungguh, ayah kerap
merajuk semusim ini. Ada sahaja yang tidak kena dengan emak dan kami semua.
Mungkin peralihan usia membuatkan ayah sebegitu. Saya tidak ambil pusing.
Sesekali saya memahami kehendak mereka. Saya juga menjadi perantara dan pemujuk
antara ayah dan emak. Tidak lebih dan tidak kurang, sekejap sahaja rajuk
mereka.
Saya hidupkan enjin motor dan kemudian
memandang emak yang memerhati saya sayu. Hampir tergelak saya melihat wajah
monyok emak.
“Hati-hati.” Pesan emak dan saya ketawa
lantas membunyikan hon motor dan mengenyitkan mata. Pipppp!
Emak akhirnya ketawa penuh mesra. Saya
menggelengkan kepala. Indahnya apabila emak dan ayah berdua merajuk dan
dipujuk. Seolah lagu Relaku Pujuk pula. Saya tersenyum lagi. Saya angguk dan
membawa motosikal dengan perlahan. Bekal untuk ayah saya pandang dan tujuan
utama saya adalah terus ke kedai runcit ayah di seberang sana. Beberapa pemuda
mengangkat tangan tanda hormat memberi laluan. Zaki yang membawa keretanya
turut membunyikan hon. Saya balas dengan hon motosikal cabuk ini. Cabuk pun
cabuklah. Motosikal yang sudah banyak memberi jasa.
“Oi anak dara. Berhati-hati!” Ridwan turut
menyapa. Saya keriangan. Pemuda di Sri Tanjung ini cukup berhemah. Ada juga
yang nakal mengusik. Tetapi kerana kami membesar bersama-sama, bersekolah
bersama, bermain kolam bersama, hormat menghormati sudah menjadi rutin. Saat Aidilfitri, kampung ini meriah
sekali. Rumah pasti dipenuhi rakan-rakan sekampung. Pelita akan turut menghiasi
menjadi tanda malam tujuh likur bermula. Itu adat yang sentiasa tidak akan dilupakan.
Saleh terbongkok-bongkok mengangkat guni
tepung dan menyusunnya. Saya memberhentikan motosikal dan berjalan perlahan.
Saleh Bin Hitam. Itu nama penuhnya. “Oh Aisya. Pakcik ada di di di...da...da...lam.”
Saleh bercakap dengan gagap sehingga sukar saya memahami. Harus mendengar
setiap butirannya dengan baik. Saya angguk sahaja. Saleh pekerja ayah yang
tekun, namun dia agak gagap dan sedikit bermasalah. Sindrom Downnya tidak mengasari sesiapa. Tetapi saya
risau juga dengan panas barannya dan ekor matanya yang mencerun kepada saya. Saleh
pernah meletakkan katak hidup di dalam bakul motosikal saya. Saya menjerit
memarahinya dan setelah itu dia saban hari berendam air mata dan kecil hati
dengan saya. Ayah ketawa sahaja. ”Ala...si Saleh tu bergurau dengan kak ngah.”
Kata ayah dahulu. Saya cebik sambil membebel dalam hati. Itulah ayah...suka sangat kata bergurau. Jangan esok dia letak ular
ke, kala jengking ke..naya-naya!
“Ayah,” saya menolak pintu di belakang. Mata melilau mencari kelibat ayah. Ayah
sedang menyusun kotak gula di belakang pintu. Wajah saya tersembul
memandangnya.
“Bila Kak Ngah mahu ke kolam? Cuaca hari ni
rasa-rasanya akan panas lagi macam semalam.” Suara ayah menggamit jiwa. Saya
senyum lagi.
“Sekejap lagi kak ngah pergi. Tapi kak
ngah datang sini dulu sebab nak menjenguk wajah kesayangan hamba ni. Anak ayah ni
kan dah biasa dengan panas dan hujan. Semangat yang kental dan jiwa yang kuat.
Sama seperti ayah kan?” Saya menjawab bersahaja. Mengundang senyuman ayah. Mahu
ayah ketawa dengan usikan nakal saya.
“Nanti balik singgah sini ya, ambik barang
dapur sikit ni. Ayah dah siap bungkuskan.” Ayah melirikkan matanya ke timbunan
beg plastik yang dipenuhi pelbagai barang.
“Eh, siapa punya pulak semua barang-barang ni ayah?” Saya bercekak pinggang dan
masuk segera mengadap ayah.
Pelik.
“Mak lang kamu punya.” Senada sahaja
jawapan ayah.
Saya memandang ayah. Barang ini rasanya
tidak akan dibayar. Kira-kira halal adik-beradik. Bila melayu mahu maju? Saya
merengus marah.
“Kamu belikan juga daging. Pesan pada emak
buatkan asam pedas daging.” Ayah sudah reda nampaknya. Jika sudah ada
permintaan dari mulut ayah bermakna ayah sudah reda dengan amarahnya. Saya
tersengih sedangkan hati saya mahu bertanyakan tentang harga barangan
berkenaan. Ada beras, gula, tepung dan beberapa barangan asas lain. Istimewa
sungguh Mak Lang dalam hati ayah. Haa...mak lang itu kakak ayah yang paling
rapat. Rumahnya di kampung Tanjung Dahan sana.
“Memang pun kak ngah nak belikan. Nanti
ada orang merajuk. Puas kak ngah nak pujuk.” Saya ketawa kecil.
Ayah mengeleng. “Mak kamu itulah. Sudah disuruh masak asam
pedas daging. Tak mahu juga. Muaklah, daging mahallah, macam-macam alasan. Ayah
bukannya marah. Bila cakap sikit aje, merajuk, sikit-sikit merajuk. ” Ayah
membuntangkan bola matanya. Bersinar-sinar.
“Bukan emak tak mahu ayah. Bukankah
kelmarin baru kak ngah makan asam pedas daging. Hari ni lauknya sama sahaja. Jadi emak tu hanya bercadang
mahu masakan lauk lain. Sesekali kita ubah pula selera, betul tak, ayah? ” Saya
seakan menyebelahi emak. Wajah ayah sedikit berubah. Nampak pulak perubahan
wajah ayah. Janganlah ayah pula yang kecil hati dengan saya. Sudahnya bila nak
selesai masalah fasal lauk-pauk ni.
Saya sengih. “Eh..kak ngah bergurau ajelah
ayah. Iyalah, lauk tu air tangan kak ngah, tak serupa dan rasanya tak seperti
yang selalu emak buatkan. Nanti kak ngah belikan daging yang ayah pesa tu. Kak
ngah pun kalau boleh hari-hari nak makan asam pedas buatan emak. Sedapnya sampai
ayah terbayang-bayang lauk emak. Kan? Okeylah, kak ngah mahu ke kolam. Takut
lambat. Nanti petang kak ngah singgah ambil semua barang ni dan hantar ke rumah
mak lang.” Cepat saya menukar topik. Emosi ayah agak berlainan ditafsir untuk
kali ini.
Namun bila ayah tersenyum dan menghulurkan
tangannya untuk disalam, saya sedikit lega.
“Jangan lupa pula
barang-barang ni. Dah 3 kali mak lang kamu tu telefon ayah. Rimas pulak ayah.”
Saya angguk. Menggamit ayah dari jauh yang
melepaskan pandangannya kepada anak perempuannya yang seorang ini. Dan akhirnya
ayah merenung saya yang terus membawa motorsikal menuju ke kolam.
***
Saya memandang tanah seluas 4 ekar. Tanah
milik arwah datuk dan pemiliknya kini adalah ayah yang memberi ruang kepada
saya untuk melebarkan minat ini. Saya mempunyai modal ala kadar sahaja untuk
memiliki benih ikan dan membuka sebuah kolam lagi. Tidak mencukupi juga. Hisham
dah gelengkan kepala apabila saya menunjukkan belanjawan. Saya mendengus
perlahan. Saya perlukan modal lagi dan gesaan Hisham mengenai modal dan urusan
kolam semakin buat rasa tertekan.
Kolam pertama di depan, bersaiz 40’ x 80’
akan memberikan pendapatan kelak. Hasil jualan ini saya berharap mampu
menampung kos pembelaan ikan seterusnya. Saya berkira-kira mahu meluaskan kolam
dengan pembinaan kolam kanvas yang sekarang popular dengan penternakan ikan air
tawar. Saya memerlukan benih
ikan keli. Juga memastikan
sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan
tidak merebak. Saya juga memerlukan fitoplakton,
zooplankton dan makanan tambahan
untuk ikan. Banyak benar perancanganku, Ya Allah. Permudahkan urusan hambamu ini.
Ya Allah.
Saya memerhati sekitar kolam. Tengahari
menginjak perlahan. Terasa cepat juga berlalu. Terik. Peluh semakin menyedarkan
saya betapa tawakal dan doa itu perlu. Saya sudah berusaha, mudah-mudahan
rezeki saya bermula selepas penjualan ikan keli di dalam kolam pertama ini.
Hari ini, jadual tidaklah sebegitu padat. Saya
perlu membeli daging di pasar Masjid Tanah. Kemudian ke Kampung Tanjung Dahan
membawa barang yang ayah kirimkan. Mak lang pasti ternanti-nanti. Selepas
mengemas ala kadar kawasan kolam dan menempatkan makanan ikan di dalam bangsal,
saya bergegas menunggang motor cabuk kesayangan. ‘MR 7919’. Kawan-kawan lelaki
sekitar kampung bergurau memberikan gelaran motor ini sebagai ‘Mr Romeo’. Usikan kawan-kawan sekampung
selalu menjelmakan rasa gembira. Ini resam bila duduk di kampung. Ini resam
bila menikmati keindahan alam di kampung indah ini.
“Mana Mak Lang, Kak Kinah?” Saya menghulur
bungkusan. Akhirnya sampai juga saya ke rumah kakak kesayangan ayah ini.
“Banyaknya barang-barang ni. Barang yang lepas pun tak habis lagi, Aisya.
Pak Andak ni, baik hati. Selalu sangat begini.” Sakinah tersengih.
“Bilnya saya dah masuk ke dalam buku. Mana
mak langnya? Selalu ada terponggok aje depan rumah ni.” saya tercari-cari Mak
Lang. Mata dengan sengaja mencari-cari wajah mak lang. Wajah Sakinah agak
berubah apabila saya menekankan perkataan ‘masuk ke dalam buku’.
“Mak lang ke belakang sekejap. Cik Biah
panggil. Ada kenduri di surau malam ni. Jiran-jiran semua sibuk menyiapkan hidangan untuk makan malam nanti.
Jemputlah datang ke sini malam kenduri nanti, Aisya. Ajak semua. Pak Andak, Mak Andak dengan Hakim.”
Mata saya merenung rumah banglo milik mak
lang. Tanah ini juga yang pernah Mak Lang rebutkan dari ayah. Tanpa bercakap
panjang, ayah menyerahkan bulat-bulat tanah miliknya kepada mak lang. Mujur
tanah di hujung kampung yang sedang saya usahakan itu ayah berkeras mahukan
juga. Benda lama, jangan dikenangkan Aisya! Saya tersengih memandang Kak Sakinah
yang memerhati saya dari atas ke bawah.
“InsyaAllah kak. Nanti kak ngah sampaikan
pada emak dan ayah mengenai jemputan kenduri malam ni. Aisya minta diri, ya. Mahu singgah ke pasar
sekejap. Beli barang basah.”
“Kamu tak mahu masuk dahulu, kak ngah?”
Kak Sakinah mempelawa penuh mesra. Badannya semakin berisi dan tembam sekali
pipinya. Saya ketawa nakal di dalam hati.
“Terima kasihlah sebab pelawa Aisya. Kak
ngah lagipun nak cepat ni. Nanti emak tertunggu-tunggu pulak. Saya balik dahulu. Sampaikan salam ‘Assalammualaikum’ pada
emak dan ayah akak ya.” Saya berbalas dengan senyuman.
“Waalaikumsalam. Hati-hati ya kak ngah.”
Kak Sakinah melambai perlahan. Saya menderu dengan Mr Romeo saya. Motosikal yang banyak berjasa. 3 bulan dari sekarang
saya harus memiliki sebuah kereta kecil yang membolehkan saya berurusan
sepenuhnya dengan kolam ikan. Mungkin sebuah Perodua Viva atau mendapatkan
Perodua Myvi. Duit simpanan saya masih mencukupi untuk belanja semua ini.
InsyaAllah, semoga semua urusan saya dipermudahkan. Saya selalu ingat pesan
ayah supaya apa yang kita buat harus bertawakal dan kemudian memanjatkan doa.
Makan malam kami berhidangkan makanan
kenduri dari surau. Ayah dan emak bergegas ke sana atas jemputan Kak Sakinah
dan Mak Lang. Selepas mengemas saya memerhati komputer riba. Kertas kerja
pinjaman harus diselesaikan dengan kadar segera. Pinjaman dari Agro Bank atau
MARA. Agro Bank menawarkan banyak pilihan. Skim Usahawan Tani Komersial
Siswazah. Saya diberitahu itu adalah untuk siswazah yang menganggur dan perlu
menjalani kursus induksi dan latihan praktikal yang ditetapkan. Tabung untuk
Makanan (Fund For Food) pula
menawarkan pakej yang saya minati. Hisham juga menggalakkan saya memohon di
bawah Tabung Untuk Makanan. Dia akan menuruti kertas kerja saya dan kemudian
kami akan ke Agro Bank di Alor Gajah bagi mempercepatkan pinjaman projek
penternakan ini. Semoga usaha saya kali ini memberikan hasil yang baik. Kolam
saya harus membuahkan hasil. Tapak projek bagi keli kanvas harus diratakan
terlebih dahulu. Tetapi ia menanggung kos yang agak banyak. Saya perlu
meyakinkan pegawai Bank dengan kolam saya dan kemudian hasil ikan yang
berkualiti.
Saya menarik nafas setenangnya.
Beristighfar dan kumat kamit berzikir. Jemari saya terus berlayar di atas papan
kekunci. Semoga Allah memberikan saya ilham dan sedikit ketenangan. Kerja
terbantut bila telefon berbunyi. Saya pandag skrin telefon. Hisham. Nama dia
untuk minggu ini sudah masuk ke dalam carta bualan ayah dan emak. Sampaikan
telefon pun turut sama menyenaraikan namanya untuk panggilan yang tertinggi.
Tarik nafas. Saya angkat telefon dan...
“Assalammualaikum Aunty.” Manjanya
di hujung telinga saya memagut sayu. Persis keletah Solehah, arwah ibunya.
“Waalaikumsalam.” Saya menjawab tenang.
Diana. Ah – anak kecil yang manja ini memang senang dengan saya.
“Nanti kita pergi makan-makan dengan ayah
Diana, aunty ikut bersama ya?” Ajaknya
mengundang tawa saya. Bersisa.
“Diana ke nak belanja Aunty Aisya?
Bila dapat gaji ?” Saya mengusiknya.
“Diana mana kerja. Apalah aunty ni. Ayah yang kerja. Tak apa. Apa
kata kalau ayah bayar, kira-kira tu Diana yang belanja Aunty, okey?”
Saya ketawa. Komputer riba saya pandang
terkelip-kelip. “Boleh. Boleh
sahaja. Bila Diana nak belanja aunty? Tak sabar nak makan free ni.”
Anak kecil itu diam. Agaknya sedang
terfikir perancangannya untuk membawa saya makan bersama-sama. Sejenak saya
terkaku. Ayahnya ada di sebelah ke?
“Diana?” Saya memanggilnya.
“Ya aunty.”
Dia ketawa. Terdengar suara Hisham memanggil anaknya.
Kejap lah ayah
Saya amati suara Hisham mendengus.
Sudah.
Aunty Aisya nak tidur. Esok aunty kerja. Esok sekolah kan. Dah. Dah! Letak telefon.
“Sekejap ya aunty. Diana nak pujuk
ayah.”
Saya diam mendengar Diana sedang
merengek-rengek memujuk ayahnya.
Please. Kita ajak aunty makan malam
sahaja. Ayah, aunty dengan Diana. Bolehlah ayah. Bolehlah.
Tak. Diana kena tidur. Ayah kata tidur,
tidur! Esok mengantuk di sekolah. Asyik aunty. Aunty saja. Esok sekolah. Tidur!
“Nanti Diana telefon aunty semula ya. Ayah suruh masuk tidur.” Perlahan
sahaja nadanya. Dari ceria kini bertukar rentak pilu.
“Haaa...bagikan telefon pada ayah sekejap
ya sayang.” Pinta saya kepadanya.
“Benci ayah. Benci. Diana nak cakap sekejap je dengan aunty.” Jeritan Diana memanggil naluri
kewanitaan saya. Ganggang kini beralih ke Hisham. Saya yakin dan mendengar
rentak pergaduhan kecil mereka di sana.
Hisham berdehem perlahan. “Maaf, mengganggu Aisya. Dah malam ni,
saya tidurkan Diana dahulu. Maaf ya, Diana ni asyik ganggu Aisya aje.”
“ Hisham…” Saya panggilnya perlahan.
“Ya.Aisya panggil saya?” Dia nyata
terkejut.
“Janganlah marahkan Diana sebegitu.
Kasihan dia. Apa salahnya dia mempelawa saya makan dengannya. Bukan dengan
orang lain pun. Kita pun dah memang kawan kan?” Saya cuba menenangkan hati
Hisham.
“Saya tak ajar dia menelefon Aisya. Dia mendail sendiri tadi.” Jelasnya lagi.
“Budak zaman sekarang, komputer riba pun
pandai di ‘on’kan
sendiri.”
“Jadi pelawaan anak saya masih terbuka
untuk Aisya ya?” Tanyanya riang. Dengan tiba-tiba.
“Kalau emak dan ayah juga Hakim ikut
sekali, saya bersetuju.” Saya ketawa.
“Antara awak dan hanya saya sahaja. Tak
boleh kah?” Dia ketawa bersahaja. Mengundang seribu tanda tanya dalam jiwa ini.
“Aisya timbangkan. Kesian pulak pada
Diana. Okeylah, saya perlu sambung semula kertas kerja saya ni. Banyak yang
kena saya siapkan.” Saya memandang komputer riba yang telah terbiar beberapa
minit.
“Okey. Saya tunggu keputusan saudari di
sana, ya.” Suaranya jelas bersemangat. Nadanya gembira dan saya terus
terfikirkan perbualan antara emak dan saya beberapa hari lepas mengenai rasa
hati Hisham kepada saya.
“Okey. Assalammualaikum.”
“ Jangan tidur lewat sangat Aisya. Awak
kena jaga kesihatan tu. Waalaikumsalam.” jawabnya ringkas dan sempat pula
memesan itu ini.
Titik.
Bicara kami terhenti di situ sahaja. Itu
pesannya yang sentiasa pada saya. Saya terkadang mati akal. Saya seboleh-bolehnya mahu menjarakkan
perhubungan ini. Bukan bermakna saya mahu memutuskan hubungan yang terjalin,
saya hanya mahu mengurangkan keakraban yang seringkali disalah ertikan pada pandangan
orang lain. Saya mengetap bibir. Renung telefon yang kaku dan menelan air liur
sambil memikirkan kelak perhubungan antara kami ini. Saya sudah berulang kali
maklumkan kepada emak, hati saya belum ada rasa untuk Hisham. Belum dan masih
kosong.
“Aisya. Sudah pukul berapa ni? Tak tidur
lagi.” Suara ayah keras di luar. Saya tersentak dari lamunan. Saya lantas bangun dari duduk dan mematikan
lampu. Kertas kerja saya harus disambung semula. Lampu belajar hadiah dari
Hakim adik kesayangan saya buka sebagai teman membuat kerja. Ayah bukannya tahu
yang saya belum tidur atau tidak. Hehe.
“Baik ayah, Aisya tidur.” Saya berbohong.
Sinaran lampu dari luar serba sedikit juga membantu saya untuk tugasan ini.
Saya menjangkakan untuk tidur lewat malam ini. Kertas kerja ini harus siap.
Biarlah tidur saya lewat.
Dan beberapa minit kemudian, bunyi bip
pesanan khidmat ringkas menjadi teman. Saya angkat semula telefon di hujung
meja. Namanya tertera, Hisham.
Pesanannya ringkas tetapi seperti kata hati tadi...rasa saya untuknya kosong
entah kenapa.
Selamat malam
:::Hero sebenar belum muncul ya. Hehehe.:::
Gaduh gaduh manja mak n abah, biasa la sangat..... org lelaki dah tua tua memang nak manja2x lebihh, sebagai anak kena sabar dengar jgn jadi batu api dah. .. hero bila nak balik dari belajar hmmm??
BalasPadamsalam mardihah lama tak melawat sini...telah bertambah maju sekarang
BalasPadampok jeragang doakan terus meningkat
Bilakah hero akan menjelma...? Next N3 mungkin???... Hehehe... Aja-aja fighting Dihah... Nama Dia Joe pulak ye lepas ni Dihah...^--^
BalasPadam