Pages

16 Februari 2013

Katakan Padaku Kekasih


Katakan Padaku Kekasih. 

Aisya Husna. Tengku Affendi. Wan Hakimi. 

Tunggu di mardihah.blogspot.com 

London.

Musim bunga.

Ketika musim bunga lewat tengah malam di kota London. Dia tinggalkan aku sendiri.  Kerusi berwarna coklat itu menjadi saksi. Bunga yang kembang mekar dan keindahannya ditutupi oleh gelap malam terus bersembunyi.  Aku sepi dan entah kenapa menjadi kaku.  Jiwa dan hati seakan terus membeku.

“Aisya Husna...Aisya Husna…” Suaranya bagaikan melayang-layang di udara. Seolah-olah dia masih setia memanggil akan diriku. Tetapi kenapa jasadnya tiada di sisi aku? Kenapa juga aku mendengar suara Hakimi memanggil-manggil aku?

Musim luruh dua tahun yang lalu.

Dia renung aku.  Sepantas kilat kaki ini melangkah. Cepat.  Dan untuk kali kedua seperti semalam dia menarik lengan aku. Kuat dan sakit. “Saya nak jumpa awak.”

“Hei…” Aku menjerit. Memegang janji akan ijab dan kabul. Tarik lengan dengan kuat dan hela nafas. “Dengar sini Fendi. Saya isteri orang dan saya bini orang.  Aisya Husna isteri kepada Wan Hakimi. Awak ni tak dengar ke saya cakap apa? Dari semalam lagi saya dah cakap…jangan ganggu dan kacau saya. Saya isteri orang!”

Dia gelengkan kepala. Meraup wajahnya. Fendi tarik nafas sambil bibir melontarkan jawapan yang sama seperti semalam, “Kenapa Allah tak butakan hati saya dari melupakan awak, Husna? Kenapa Allah hanya butakan mata saya dan kemudian dia menerangkannya semula? Kenapa tak sahaja saya terus buta mata dan hati dari terpandangkan awak Husna?”

“Gila! Sejauh mana pun,itu qada dan qadar dari Allah swt. Bersyukurlah yang Allah swt celikkan kembali mata awak Fendi.  Jangan sia-siakan ia dan jangan lagi awak cari saya. Saya isteri Wan Hakimi. Isteri Wan Hakimi.”
Fendi melangkah setapak ke belakang. Berdiri tegak bagaikan menerima perintah aku supaya menjauhi akan tubuh ini. Jangan sesekali dia menawarkan kembali kejadian hitam itu untuk aku. Jangan! Jangan!

Dan perjalanan balik ke rumah tambah mendinginkan. Bibir aku entah kenapa menuturkan perkataan itu berkali-kali. Ia bagaikan doa sang bomoh memenjarakan hati dengan perkataaan keramat ini. “Saya isteri Wan Hakimi. Saya isteri Wan Hakimi. Saya isteri Wan Hakimi…”

Musim sejuk beberapa hari yang lalu.

“Nah. Kopi panas. Sesuai untuk you. Panaskan sikit badan tu. Sejuk sangat ni.” Aroma kopi yang dia hulur pekat menusuk ke dalam hidung.

Senyum kecil. “Sejak bila pulak pandai beryou dengan saya ni? Gila apa?” Aku ambil kopi yang dia hulurkan.  Goyang-goyangkan cawan kertas kecil mengharapkan kopi sedikit suam.

Dia jungkit bahu. Hadiahkan sengihan kecil. Dongak kepala sambil pandang salji yang nipis-nipis turun. “Saja bagi you rasa lain sikit. Dulu lain. Sekarang dah lain. Dulu saya dan awak. I nak jadi yang ganjil cipta kenangan dengan you. Boleh?” Kenyit mata untuk aku si Aisya Husna.

“I dan you boleh jadi ganjil ke untuk you? Sebab?”

“Ooo…tak ada sebablah.” Dia geleng kepala. Garu pelipis pipi yang tidak bercukur. Dia sambung bicara, “Tapi I suka kalau kita bercakap begini. I dan you nampak sikit mesra.”

Gumam bibir. Iyakan sahajalah. Apa-apalah. Asalkan boleh sahaja dia ni.

Dan suaranya kali ini buat aku senyum panjang. Sambil salji terus jadi teman kami pagi ini. “Tapi lagi mesra kalau you panggil I abang.”

3 ulasan:

  1. Apakah? Sila sambung kasi faham...... tq tq tq

    BalasPadam
  2. ini mesti kisah dik husna and fendi dalam Dia,Cinta Hati Saya kannnnn

    BalasPadam
  3. HusnaNoorazlan22/2/13 13:24

    huuuuuuu~ Nama saya lah! teheee! :P

    BalasPadam