Track Bonus. Semangat untuk diri
menyiapkannya. Harap-harap beberapa bab siap minggu ini. DCHS tak terlalu tebal
rasanya. Hehe. Semoga suka dan moga rindu terubat ya. Hek? Ekekeke.
Subhanallah. Alhamdulillah.
Allahuakbar atas sokongan semua untuk DCHS. Penuh makna dan kalian semangat
saya untuk terus menulis. Tunggu siap dan nanti kita akan umumkan ya.
“Bila Zain nak balik, Dina?” Mata
umi menyorot pilu.
Gigit bibir. “Sekejap lagi umi. Kata
abang Zain, dia pergi ke universiti dik Husna. Mahu jumpa kawan-kawan dik
Husna. Nak cuba cari mana dik Husna pergi.”
“Manalah dik Husna ni...” Umi meracau
lagi.
Saya usap dahi umi. Betul-betulkan
rambut umi yang sudah kelihatan benar uban putihnya.
“Umi rindukan dia, Dina.”
“Ya umi. Dina pun rindukan dia.
Semua orang dalam rumah ni rindukan dik Husna, umi.”
“Ya Allah. Selamatkan dik Husna
kita. Selamatkan anak umi yang baik itu. Ya Allah...”
Air mata menitik-nitik juga. Sambil
umi lelapkan mata...umi menyebut-nyebut nama ‘dik Husna’. Kemudian zikir-zikir dari
bibir umi lantas menjadi teman halwa telinga ini. Automatiknya saya menyebut
sekali ungkapan indah ini. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Dik Husna...sampai hati buat kami
sebegini. Sampai hati.
Bila saya menoleh ke arah pintu
bilik umi yang terkuak, tubuh Zain tegak berdiri. Mata mencerun memandang kami.
Jemari Zain melekap di pintu bilik umi. Angin menderu bersama bait-bait zikir
yang menemani kami.
Pegun.
Saya memandang Zain. Sepenuh hati
sambil jemari mengusap lembut rambut umi. Saya mahu bangun menghilangkan pula
duka Zain. Tetapi umi memerlukan saya kala ini.
Zain gelengkan kepala. Bibirnya
bergerak-gerak sambil cuba mengikut zikir yang menenangkan hati kami yang
bercelaru ini. Sayu sahaja suasana petang ini. Entah akhirnya kenapa, Zain
terus terduduk. Dia memeluk lutut dan merenung dinding. Kosong sahaja
pandangannya. Air mata Zain laju mangalir-ngalir. Tanpa dipaksa dan dipinta.
“Abang yang salah. Abang yang salah sampai
semua ni terjadi kat kita!”
Pipi basah. Umi sekali lagi
terbangun. Belum sempat nyenyak tidurnya. Umi bangun dan kami sama-sama
mendekati Zain.
Umi terus meluru ke arah Zain dan memeluknya.
Mengusap-usap lembut rambut Zain. Entah kenapa kala ini umi kelihatan lebih
kuat berbanding Zain. “Tak Zain. Bukan salah Zain semua ni. Bukan nak. Bukan...”
Umi kesat-kesat air mata Zain.
Saya turut sama. Menderita batin
walau hakikatnya sedang cuba berdiri kuat di sebelah umi dan suami tercinta
ini.
flow penceritaan menarik dan senang diikuti..... senang pok jeragang nak faham jalan ceritanya.. patut mardhihah kekalkan bahasa yang bersahaja begini...
BalasPadamtak sabarnya nak baca full cerita ni..bila la dapat keluar kat pasaran?saya suka gaya penulisan kak mardhihah...:)
BalasPadamMardiha !!!!! Tak mo kawan Huhuhuhu kemetotnya nak jerit boleh alaaaaa. .....
BalasPadam