Saya membuka www.saifulislam.com..amnya, saya suka membaca lamannya. Penuh membuatkan saya berfikir sejenak. Disertai dengan pengalamannya dan penulisannya yang mudah difahami.
Berkata yang baik-baik dan diam sahaja....Itu tajuk yang saya buka dan baca. Tentang mengumpat dan sewaktu dengannya. Kalau bercerita tentang perempuan, kita fahami tentang mereka yang sebegini rupa. Baju warna apa, jenis apa...kasut apa...itu satu kejutan baru saya di dunia pekerjaan yang "high class" di sini. Akhirnya saya fahami..wanita segan sikit memakai baju yang sama. Betul bukan..? Eh...tajuk ni macam lari sahaja. Tetapi tidak apa.
Bersederhana cukup memadai. Apa yang ada, adalah rezeki Allah dan adalah ketetapan masing-masing. Kita corakkan dengan wasilah Islam.
Benar.....saya lebih banyak mendiamkan diri dengan perkara-perkara yang bukan bermanfaat dalam hidup. Terlepas kata, saya akan memohon maaf. Jika saya tidak mahu, baik diam sahaja dan duduk elok-elok di kerusi pejabat. Adakala untuk memuaskan hati dan perasaan orang lain, kita terpaksa makan hati. Saya sukar menemui rakan yang seperti saya. Berkongsi pengalaman tentang sesuatu yang baik dan bagus...ilmu dan islam. Adakala kita terpaksa pura-pura dengan orang lain demi menyedapkan hati mereka. Itu jalan terbaik ..kerana dalam bersahabat, saya tidak mahu melukakan hati mereka. Memahami dan payah untuk difahami.
Gelak ketawa, gurauan kita harus beralas....harus menjaga hati dan perasaan semua. Jika yang membaca entri ini, saya pernah terguriskan hati dan perasaan mereka, saya pohon maaf. Saya pohon keampunan. Saya juga insan serba kekurangan.
Saya tidak bijak dalam banyak perkara..tetapi saya bijak dalam menulis. Saya tidak bijak dalam beberapa subjek, tetapi saya bijak dalam subjek yang diminati...kalian juga begitu. Saya tidak pakar melukis tetapi pakar memasak. Ada yang bagus dalam seni dan tidak pandai mengemas. Tapi orang-orang seni ni pandai kemas. Saya tergelak seketika. Sebab mengemas, salah satu cara untuk saya hilangkan tekanan.
Kita tidak bijak dalam banyak perkara. Setiap hamba, ada keistimewaan mereka sendiri. Manusia dijadikan dengan berbagai fitrah. Berbagai rencah dan berbagai warna.
" Dan letaklah buku (amalan-amalan tiap manusia) maka kau lihat orang-orang yang berdosa gementar ketakutan, kerana (melihat) apa yang ada dalam bukunya" Al-Kahfi ayat 49.
Kita titipkan amalan semoga sentiasa mengingati antara satu sama lain. Jika saya terlupa, ingatkan saya, Jika terleka, cuitlah saya......ingatkan diri kita andai tiba-tiba alpa.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Penting dalam hidup ini, keutamaan akhlak yang mulia. Bila akhak terjaga, insyaAllah akan berkata yang baik-baik dan duduk diam sahaja. Kata orang duduk ontok-ontok...
Abu Darda berkata 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
" Yang pertama kali diletakkan di Mizan adalah akhlak yang baik dan kemurahan hati......"
Nah....mudah untuk kita mendapat "Barakah" hanya dengan berakhlak mulia dan kemurahan hati...." Saya gariskan tip-tip dari Rasulullah s.a.w ..Cara Berinteraksi Sesama Manusia..
Semoga kali ini kita sentiasa "Berkata Yang Baik-Baik Sahaja"..
- Mencintai muslim lain sebagaimana mencintai dirinya sendiri
- Menyukai apa yang disukai muslim sebagaimana dirinya bagaimana apa yang dia sukai dan membenci apa yang dibenci muslim lain sebagaimana apa yang dia benci.
- Tidak menyakiti muslim lain dengan perbuatan dan percakapan
- Bersikap tawaduk kepada setiap muslim dan tidak sombong kepadanya
- Tidak menyampaikan berita kepada orang lain tentang apa yang didengarnya
- Jika marah, tidak boleh menghindari si teman lebih dari tiga hari.
umm...benar 'addinu nasihah'..agama itu satu nasihat...peringatan N nasihat tak dpt dipisahkan dr Islam...suci murni sungguh agama ini...dari sekecil perkara hatta kpd sebesar perkara...Rasulullah sempat menyebut, sesiapa mengalih kesukaran manusia yg bersepah di tgh jalan pon diganjari pahala oleh-Nya yg maha Pemurah...subhanalLah...
BalasPadamteruskan menulis..moga maju jaya N sukses selalu.....salam sufi
begitulah...akhlak Baginda Nabi dlm pergaulan perlu kita teladankan...
BalasPadambln 6 ni aku akan postkan entri sedikit berkisar persahabatan dlm blog...mungkin boleh dikongsi bersama...
salam sufi ya ukhti...
- anTusufi
salam,
BalasPadamalwatary,
terima kasih dengan balasan entri ini. Meskipun sebenarnya menulis memerlukan satu kematangan.
Perahan idea agak kritikal sekarang ini. Tapi menulis akan tetap diteruskan.
Jangan lupa ura-urakan segera entri berkisar persahabatan dalam blog..
Semoga terus berjaya juga!
Salam Perpaduan..
Salam,
BalasPadamUkhaiyati,
apa yang ana lihat adalah apabila kita benar-benar ikhlas menulis/bercakap, kita harus berani mempertahankan apa yang telah kita katakan... tapi kita juga harus terbuka untuk memahami apabila kita dikritik. Kerana kekadang dalam kritikan, ada kebenarannya :)
Walau apapun, harap ukhaiyati belajar tabah mengharungi dunia kepengarangan ini! InshaAllah...
Wassalam.
Sofwah