Pages

16 Mei 2007

Sedikit Kisah Tentang Si Tepung……

Malam ini, saya pulang agak lewat…sedikit kerja harus disediakan terlebih dahulu. Bila pulang, saya melihat sahabat-sahabat serumah sedang duduk melihat berita utama di televisyen. Ianya buat saya terkenangkan mak di rumah. Berita tentang tepung. Tepung…?..jangan pelik pula..memang berkaitan dengan mak saya.

Selepas kerajaan menyatakan persetujuan untuk menyemak semula gaji semua pegawai-pegawai mereka, berita kenaikan tepung dan barang-barang runcit yang lain mesti dan wajib akan naik. Malahan di mana-mana, berita paling sensasi selain pembukaan lorong/terowong tercanggih di dunia ~ SMART berselang seli dan menyoal jawab tentang tepung.

Saya selitkan sedikit bahan terkini tentang tepung

Harga tepung gandum naik 15 sen
15-05-2007 04:04:20 PM

PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan harga runcit tepung gandum di seluruh negara dinaikkan 15 sen sekilogram berkuatkuasa semalam selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk dari segi kenaikan kos bahan mentah dan pengangkutan.

~Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Mohd Shafie Apdal berkata kenaikan itu hanya melibatkan tepung gandum serba guna dan bukan tepung gandum bukan serba guna yang harganya tidak dikawal.

~Beliau berkata dengan kenaikan itu, tepung dijual pada harga RM1.35 sekilo berbanding RM1.20 sekilo bagi Semenanjung dan RM1.45 sekilo berbanding RM1.30 bagi Sabah dan Sarawak.

~"Dalam tempoh hampir 10 tahun, tidak ada perubahan dari segi harga tepung dan kita tahu komponennya diimport iaitu bahan gandum bukan diperoleh dari dalam negara dan kosnya telah berubah sejak 10 tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

~Katanya kenaikan 15 sen itu adalah munasabah dan tidak membebankan pengguna.

~"Satu kilo tepung, berapa banyak roti canai dia boleh buat, saya rasa lebih daripada 20 roti canai," katanya.

~Beliau berkata mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. BERNAMA

Hari-hari mak saya akan menguli tepung..untuk buat kuih. Ahh..kasihannya saya. Di kampung, kuih masih 4 keping dengan RM 1.00. Kalau di KL, 3 keping kuih RM 1.00. Mana datang modalnya dan segala keringatnya. Tak untung langsung. Minyak lagi, gas lagi, air untuk bancuh kuih…inti lagi….penat …….mana untung….dapat balik duit modal..mak pusing-pusing beli lauk pauk harian. Itu sahaja…saya tidak mahu bercerita tentang kuih muih mak dan kisah mak di sini…mengundang satu perasaan luar biasa dalam hidup saya. Mak, saya dan tepung memang sudah sebati dalam hidup…

Bagi saya, tanpa tepung hidup saya dan adik-beradik tidak seperti ini lagi……Tepung mencorakkan kehidupan kami dari zaman kecil hingga sekarang..Tepung mempunyai nilai sentimental dalam hidup saya dan kami semua….

Lepas ni, harga roti pasti naik ..roti canai….kek di kedai…pizza hut..semua akan naik..

Jemu dan pilu saya..Jemu sebab puas memujuk mak berhenti saja membuat kuih dan pilu saya kerana mak masih membuat kuih. Mak…mak….

Agaknya orang di kampung nak ke beli kuih 3 keping dengan RM 1.00?? Saya mengerti dengan kehidupan yang berlandaskan wang..duit..money.....!!

Semoga tepung akan terus naik lagi dan memberikan kita satu kenaikan gaji yang lebih telus..Tapi saya tidak suka dengan harga baru ini..Macam ada "udang di sebalik mee ajeee"

Kalian sukakah dengan kenaikan ini...? Kalau peminat nombor satu roti canai..ghentikanlah...tukarlah menu lain bila bersarapan....Pegawai-pegawai kerajaan tak apa, sebab gaji nak naik dah.

Mak di kampung pastinya terfikir-fikir banyak kali...Mak di kampung pasti bertegang leher dengan ayah kerana harga tepung ...kerana harga sebiji kuih yang tidak berubah-ubah...Bagaimana ya ???

Kesian Si Tepung..jadi bahan umpatan saya hari ini......kasihan sungguh peminat tepung-tepung ini..........

13 ulasan:

  1. "Wahai orang-orang yang yang tertipu oleh dunia!
    Siang kau tidur dan malas,
    Malam pun kau tidur dan hina
    kau tertipu oleh sesuatu yang fana..
    kau bahagia dalam khayalan
    Persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan
    Akhir kesibukanmu hanyalah kebosanana
    Demikianlah kehidupan haiwan-haiwan..."

    BalasPadam
  2. salam ukhwah..
    kat mesia mmg camtu.. tiada yang turun.. semuanya naik.. negara maju tetapi minda rakyat mundur.. ramai yang lupa pada Allah.. dan merajakan dunia.. Moga Allah tsabitkan jiwa kita dalam iman..

    BalasPadam
  3. Salam, ukhwah,

    ana sangat terharu dengan entri ini... ana juga membesar dengan keadaan serba tiada...
    Mudah-mudahan, Allah s.w.t memberi kekuatan buat Bondamu yang tercinta...

    (Al-Baqarah:286)
    "La yukallifullahu nafsan illah wus'aha... laha ma kasabat waAAalayha maktasabat... rabbana laa tuakhizna in naseena aw akhtha'na... rabbana wala tahmil AAalayna isran kama hamaltahu AAala allatheena min qablina.... rabbana wala tuhammilna ma la taqata lana bihi...waoAAfu AAanna waighfir lana wairhamna anta mawlana faonsurna AAalal qawmil kaafireen..."

    wassalam.
    Sofwah

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama19/5/07 11:04

    Salam.
    Tepung naik pulak setelah gula naik, tapi cerita dia macam ok sikit sebab kenaikan harga tepung tidak di sertakan sekali episod cerekarama. agaknya tak de pelakon nak terima skirp cerekarama ceritera kenaikan harga tepung kot.
    apapun kita sebagai rakyat yang bijak buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan yang gemilang tapi... mesti/wajib pilih yang benar kerana kita akan melihat segala sesuatu dengan kacamata kebenaran sekiranya kita berada di paksi kebenaran. SELAWAT

    Ibni A Talib

    BalasPadam
  5. ismi:arjuna, sofwah,ibni A Talib,

    syukran ya!
    Satu berita gembira untuk mak di kampung, kuih sudah dijual 3 keping dengan rm 1.00. Ana senyum simpul mendengar suara mak di telefon. Sayu hati ya!!

    Kita tidak dapat lari dari kenyataan ini, harga tepung, gula, minyak...semua bahan asas ini menjadi keutamaan dalam kehidupan.Hendak tak hendak...belilah jugak.Takut-takut ada yang kempunan makan cekodok kerana mogok membeli tepung. Pilihanraya akan datang, bilalah hijau nak menang ya??

    Saya tersenyum simpul.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama21/5/07 14:02

    salam.
    sedikit pandangan peribadi berhubung kenyataan 'bila hijau nak menang', sebenarnya boikot je pilihanraya tu, tak guna kita sertai kerana asyik kena tipu je. pepatah kata kena tipu sekali kita maafkan dan belajar dari kesilapan, kena tipu dengan orang yang sama untuk kali kedua, kita ajr dia dengan bijaksana tapi kalu dah kali ketiga ditipu oleh orang yg sama kurang bijaklah kita.
    episod pilihanraya sering kita dengar beduk berbunyi itu tipu ini tipu sana hantu sini hantu... tapi masihhh nak masuk lagi kurang bijak ke atau tanggungjawab, klu tanggung jawab sekalipun jgn smpai kita di perkotak katikkan. BOIKOT itu teori yang terbaik sebab kat dalam sana tu ada BAPAK HANTU.

    wassalm

    Ibni A Talib

    BalasPadam
  7. Ibni A Talib

    Mogok itu wajar...jika suara rakyat malaysia seperti gerakan rakyat di negara yang bisa meruntuhkan kerajaannya ..hmm...alangkah bagusnya..

    namun, kita sendiri sedar,hanya amal makruf nahi mungkar menjadi nadi dalam diri dan semua yang mengerti...

    Saya juga ternanti-nantikan bilakah sikap sebilangan rakyat insaf dengan jalan mereka sekarang ini.

    InsyaAllah..kita sama doakan..namun berita kenaikan gaji kakitangan awam sehingga 40 % cukup membanggakan mereka ..ada ura-ura pilihanraya bakal berlaku juga tahun ini.....
    Mereka mungkin menang dalam konteks ini..dan 'kita' menang dalam konteks 'jihad di jalan Allah'

    Satu hari nanti ISLAM itu pasti akan menang dan berjaya...
    Itu satu keyakinan..

    Perbetulkan saya jika ada tersalah dan tersilap.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Salam,

    Ukhtee! Ana tumpang gembira!!!

    Kerna itu, "faiza azamta fatawakkal alalAllah...inna Allaha yuhibbu almutawakkileen..." (Ali-Imran: 159)

    Allah Maha Adil :)

    Wassalam.

    BalasPadam
  9. Ingin Sekali bertemu dengan Sofwah...
    Pastinya banyak diskusi menarik dan mempelajari banyak perkara ya ukhti!!

    Terima kasih untuk setiap bait-bait semangat..

    Curahan dan kelapangan masa kalian membaca blog ini adalah satu kritikan / cetusan / penambahbaikan terhadap diri....

    Terima kasih sekali lagi!

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama22/5/07 11:13

    salam.
    yang nak di ubah adalah minda, bila berbicara soal mengubah minda itu pasti satu yang amat susah(apa, ala anjakan paradigma), manusia selalunya ibarat dah terantuk baru nak sedar, isu kenaikan gaji satu perkara yang amat baik tapi dalam masa yang sama kita perlu bijak dalam menghakimi sesuatu tawaran yang diberikan, maksudnya kita perlu berfikiran jauh atleast 5 step ahead. ana bimbang hari ni naik gaji 35% lepas pilihan raya kos hidup naik 40%. kerana menurut kajian ekonomi di peringkat global senario kenaikan petrol dan bahan asas kian membimbangkan. kerajaan yang ketika ini pasti punya data ekonomi peringkat global yang lebih detail dari kita kerana mereka punya kakitangan yang memang bekerja untuk itu, pasti mereka tau apa yang mereka lakukan agar 'mereka' tak rugi, jadi sesamalah kita bersedia dan sentiasa berfikir kehadapan berhubung isu ini. satu peringtan kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan adalah sesuatu yang baik dan menggembirakan TETAPI ingat dan berwaspa dengan apa yang akan berlaku masa hadapan. susun strategi ekonomi masing2 dari awal. tak rugipun kalau kita sentiasa berwaspada.
    menurut pandangan salah seorang aktivis politik tanahair yang masih aktif memberitahu ana bahawa boikot pilihanraya adalah jalan yang paling berkesan untuk nyahkan SPR krn mereka memang pakar dalam manipulasi data, selagi data di manipulasikan implikasi dia selagi itulah mungkar akan berleluasa kerana 'mereka' itu pintu gerbangnya mungkar. amar maaruf nahi mungkar itu memang tanggugung jawab semua muslim, sama2 kita cegah yang mungkar dan mengajak kepada kebaikan.

    Solawat

    Ibni A Talib

    BalasPadam
  11. Salam Ibni A Talib

    Semoga langkah kita terus dalam perjuangan Islam.
    Terima kasih dengan bait-bait

    Saya ingatkan dengan hadis sahih ini:

    Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
    “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
    Riwayat at-Tarmizi

    SALAM PERPADUAN

    BalasPadam
  12. Salam,

    Kalau bertemu, pasti malu-malu mulanya :p

    Tapi, bila enjin dah start, pasti banyak cerita yang kita dapat kongsi bersama!
    InshaAllah :)

    Wassalam.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama5/6/07 00:25

    salam..
    saya tetarik dengan isu Si Tepung...
    hakikat sekarang harga tepung mahupun harga lain2 barang dinaikkan adalah kerana gaji pegawai kerajaan dinaikkan..
    namun terfikirkah..bagi penoreh, pekebun dan nelayan...yang mana hasilnya datang dengan kudrat..andainya hujan turun sebulan,,bagaimanakah penoreh hendak mendapatkan pendapatan??
    bagaimana nelayan hendak kelaut dengan laut yang bergelora???

    BalasPadam