Pages

23 Mei 2007

Wake Up !




“ Aku menyintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku, ketika aku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku mendapat, aku ingin setia padanya..”~AsSyafie

Bait-bait ini mengingatkan saya kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan di zaman kampus dahulu. Saya benar-benar merinduinya. Mungkin ada yang terlupa seketika dengan perjuangan lama. Istilah futur atau mendiamkan diri selepas zaman kampus agak-agak mengantui…eh..bukan agak-agak…tetapi memang menjalari diri. Allahuakbar…semoga saya dijauhkan dengan keadaan ini dan kalian masih meneruskan bakti atas dasar nama perjuangan islam sendiri.

Futur : boleh saya kongsikan serba sedikit

.::FUTUR::.

* Apabila melakukan maksiat dan dosa berulang kali.
* Apabila merasakan kekerasan dan kebekuan hati.

* Apabila diri merasakan kesukaran untuk tekun dalam beribadah.

* Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah.

* Apabila perasaan cepat dilanda gelisah.

* Apabila suasana jiwa yang tak tersentuh dengan kandungan ayat suci al¬Qur'an.

* Apabila lalai atau malu mengamalkan zikir.

* Apabila berkurangnya rasa marah atau tidak terusik langsung hati untuk merasa marah tatkala melihat kemungkaran atau perlanggaran peraturan dan hukum yang diharamkan Allah SWT.

* Apabila menilai sesuatu hanya dari segi perkara tersebut itu dosa atau tidak sahaja dan tidak melihat dari sudut perbuatan yang makruh.

* Apabila kurang memberi perhatian terhadap urusan atau hal ehwal umat Islam. * Apabila terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat.

* Apabila menghindar atau memisahkan diri dari persekitaran persahabatan dengan orang-orang baik.

Saya yakin, sahabat-sahabat saya akan meneruskan langkah perjuangan mereka. Jauh bukan alasan dan ia bukan satu wadah untuk memberhentikan diri. Perjuangan saya, mungkin dalam penulisan yang begini. Membangkitkan semangat dan serba sedikit kita muhasabah diri.
5 Wasiat Saidina Abu Bakar R.A :

1. Mencintai dunia adalah satu kegelapan, Penerangnya adalah taqwa
2. Dosa itu adalah satu kegelapan, Taubat itu adalah penerangnya
3. Kubur itu adalah satu kegelapan, Penerangnya adalah "'laa ilaha illallah"
4. Akhirat itu adalah satu kegelapan, Amalan soleh itu penerangnya
5. Titian sirat itu kegelapan, keyakinan itu penerangnya

Semoga semua kalian : sahabat-sahabat saya terus bersama dalam wasilah. Jika sukar berjuang dengan jalan bersama Islam, perjuangkan harta, jika sukar perjuangkan harta, perjuangkan ilmu, jika sukar perjuangkan ilmu, perjuangkan minda anda. Ayuh kalian..selamat bersama dalam perjuangan . Untuk adik-adik yang pernah bersama saya dalam perjuangan, ribuan ampun dengan setiap kenangan…sesungguhnya mengenali diri akak, adalah yang sukar di hilangkan dalam memori.

Bukankah mesyuarat itu menggamit kenangan kita semua…lewat datang dan kalian agak marah dengan pembukaan majlis bersama umul kitab al-Fatihah dan tiba-tiba disudahi dengan tasbih kifarah……..bukankah pejuang islam itu sentiasa menepati masa dan waktu….??
Salam kasih sayang

1 ulasan:

  1. perjuangan? yer, mmg likunye tiada tergambarkan...

    futur? ya, itulah antara yg bermukim di hati makhluk bernama manusia

    apabila memasuki garisan perjuangan...ketabahan berwajah kesabaran amat diperlukan

    pabila diresapi feel futur...akan membekulah toriq perjuangan

    memandangkan perjuangan adalah suatu yg perlu...tapi dlm diri insani juga ujud karenah futur...bagaimana?

    Pernah suatu ketika, seorg sahabat dikhabarkan oleh zaujahnya bahawa cadar tilam mereka tak pernah berkedut (dek kurangnya bersama isteri) kerana dia begitu bersemangat dgn ibadahnya...lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda kpd si sahabat agar bersederhana pada ibadahnya.

    begitulah ringkas kisah futur. perlu sederhana. namun, jgn pula sampai perjuangan dilepaskan dr genggaman..

    apa yg disampaikan oleh ukhti begitu menarik, dan padanya tersirat rahsia perjuangan yg agung..

    sori komen kali ni berjela sedikit :)....salam sufi..

    - anTusufi

    BalasPadam