Gambar cuplikan abang google. ^___^
Ya, terkadang kita boleh terluka. Terluka kerana sedikit perkara. Ini satu kisah benarlah, lebih kurang berlaku dua tiga hari lepas.
Si suami balik lambat ke rumah dan si isteri yang sedang rajin memasak, siap memanaskan lauk pauk, memasak nasi kerana suami akan pulang tepat jam 5.30 petang. Riang gembira sebab si isteri hari ini telah merajinkan diri memasak asam pedas ikan yang paling sedap dalam dunia.
Tepat jam 6.15, encik abang telefon,
“Sayang, abang balik lambat…sekejap lagi abang balik, okey?” suara tersekat-sekat dalam telefon.
Si isteri pandang telefon, hati dah remuk dendam. Sedih teramat sangat tiba-tiba. Apakah ?
“Okey!”
Dalam hati ada hujan. Sob sob….
Si isteri dengan pantas, siap-siapkan lauk pauk. Tutup elok-elok periuk. Pantas ambil samsung galaxy tab, main angry bird. Mulut dah muncung sedepa. Kalau sangkut penyangkut baju pun, “pun boleh sebenarnya”.
Telefon berbunyi lagi.
“Jem kayalah sayang! Lambatlah lagi sampai ke rumah rasanya.”
“Haaa..lainkali bawalah tilam, bantal dan katil tidur sana. Jangan balik-balik!” hati isteri dah sentap.
“Ala sayang.”
“Main angry bird lagi best! Kata balik 5.30. Pentipu!Pentipu!” laung si isteri emosi.
“Abang kan kerja..”
“Kerja, kerja..kerja!Main game angry bird lagi best!” si isteri ulang-ulangkali menyedapkan hati sendiri dan marah-marah si suami.
Suami baik hati. Diamkan diri dan meletakkan telefon. Si isteri terus off telefonnya. Tapi lima minit kemudian di onnkan semula. Hwa Hwa…
Balik dari kerja, makan tetap makan. Suami buat ‘derk’, dia menambah-nambah nasi. Mulut tak henti-henti berkata, “Sedapnya asam pedas ni sayang! Abang tambah ni, dah lapan puluh kali dah ni!”
Hati si isteri pula , sunyi sepi satu dunia. Rasa syahdu melanda.
Tapi, tapi tapi….
Bila si isteri menghulurkan salam selepas solat maghrib berjemaah, memohon maaf atas keterlanjuran dan kesilapannya. Si suami terkebil-kebil dan senyum-senyum manja.
Kesimpulannya, sedangkan lidah lagi tergigit bukan? Gaduh hal kecik manyak juga! Memohon maaf itu sebenarnya menghilangkan rasa ego kita, meruntuhkan keriangan syaitan yang sedang berlawan-lawan dengan nafsu amarah si suami dan isteri.
Kadang-kadang kitalah sebenarnya sebagai isteri kena kurangkan ego, kena berlembut dengan suami yang memang dah redup-redup wajahnya. Yang selalu mengalah dengan si isteri yang asyik bebel-bebel kerana isu itu dan ini. *Hwa Hwa…sudah macam ayat novel jadinya!
Rumahtangga itu sebenarnya kasih dan sayang. Juga pertemuan dua orang insan yang berlainan sikap dan sifatnya. Jika seorang lemah lembut sikapnya, yang seorang lagi mesti kasar sedikit tindakannya. Allah itu bukankah Maha Pencipta?
Terkadang, merajuk lelaki yang baik dan mahu meredakan tekanan pergaduhan antara si isteri - adalah dengan pergi ke masjid untuk bersolat jemaah, “Abang nak pergi masjid ni!”
Si isteri terkedu-kedu pandang si suami yang siap berkopiah dan kacak berbaju melayu.
Balik dari masjid, si suami cepat-cepat berkata, “Abang baru balik masjid ni. Salam lekas. Berkat ! berkat ni ! ”
Si isteri tersenyum panjang.
Siapa pun dia yang telah tercipta menjadi suami kita. Bagaimana sikapnya yang telah dijodohkan untuk kita. Juga wajah rupanya yang telah Allah rapatkan dengan hati kita, Sayangilah suami kamu seadanya. Hormatilah dia sehingga ke akhir nyawa. Biar cinta kita sampai ke syurga. Biar bahagia di damba sehingga ke dalam jiwa.
Tidurlah dengan lena dan sesekali jangan lupa mengucapkan yang kamu benar-benar bahagia dipilih menjadi isteri sang lelaki itu.
Salam comel-comel semua!

Kita serupa kak, kadang emosi berlebihan,kadang bergaduh, muncung confirm panjang sedepa..dia tolong pujukkan..kadang kesian sebab selalu uji dia dgn karenah yang macam2 hal..huhu Allah takdirkan kita dgn pasangan yang terbaik untuk kita.. semoga kita bercinta hingga ke syurga..
BalasPadamsemoga dik! amin-amin. mari menjadi solehah. menyayanginya sepenuh jiwa!
BalasPadam